Category Archives: Anwar & Yahudi

Lawatan Gaza : Anwar Tidak Perlu Cemburu Pada Najib

Anwar Ibrahim berkata lawatan Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana gagal mengiktiraf pergerakan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Suara Anwar hampir sama dengan akhbar Israel, ‘The Times of Israel’ yang melaporkan kekecewaan Mahmoud Abbas yang tidak dilawati Najib.

Najib hadir ke Gaza di atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan menemui Perdana Menteri Palestin yang dipilih secara demokratik, jadi Anwar tidak perlu menjadi batu api dengan menentukan kebijaksanaan seseorang.

Sebagai seorang yang kononnya pengamal demokrasi, Anwar tidak boleh memaksa orang lain mengikut telunjuknya, kerana setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan mengikut pertimbangannya sendiri. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Di Sebalik Visa J1 Anwar Ibrahim

Pendedahan visa kerja Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat (AS) telah membangkitkan polemik di internet, terutamanya tentang status ‘J1’ dan keistimewaan yang diperolehi oleh pemegang visa seperti itu.

Visa kerja Anwar dikeluarkan pada 19 Ogos 2005 dan tarikh luput visa berkenaan pada 30 Jun 2006.

Menurut prosedur AS, setiap pemilik visa berstatus J1 dibenarkan bekerja selama 2 tahun di negara itu, bermakna selepas tamat tempoh pada Jun 2006, Anwar dibenarkan untuk menyambung khidmatnya untuk setahun lagi yang dijangka berakhir pada pertengahan/penghujung 2007. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Skandal Anwar Di Sebalik Sepucuk Surat

Pendedahan surat tawaran jawatan perunding jangka pendek dari Bank Dunia kepada Anwar Ibrahim menimbulkan pelbagai persoalan.

Pertamanya soal prosedur double standard Bank Dunia melayan Anwar sedangkan Ketua Umum PKR itu bukan warga negara Amerika Syarikat (AS).

Notis surat diberi 24 Januari 2006, dan jawatan Anwar dikuatkuasakan pada keesokan harinya iaitu 25 Januari 2006.

Begitu istimewa sekali layanan ke atas Anwar, sedangkan warganegara AS sendiri tidak mendapat layanan seumpama itu.

Inilah yang disebut oleh GAP (Government Accountability Project), sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS, sebagai ‘anugerah kroni’, satu jawatan yang diperolehi hasil hubungan baik dengan arkitek perang zionis, Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan Presiden Bank Dunia. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Nik Nazmi Sahkan Anwar Ibrahim Boneka Asing

Jawapan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dengan tiga pucuk surat Anwar Ibrahim kepada pengurus-pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu memang meminta campur tangan asing untuk mencampuri urusan politik negara Malaysia.

Nik Nazmi begitu yakin mengesahkan surat-surat itu adalah milik Anwar kerana pada tahun 2006-2007, iaitu dalam tempoh surat-surat itu dihantar, dia merupakan salah seorang pegawai khas Anwar. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Rahsia Dana Anwar – Yahudi


Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) wajar diberi perhatian serius. RPK kata Anwar Ibrahim memerlukan sekurang-kurangnya RM600 juta untuk merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7 dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan Anwar perlu melupakan sahaja cita-cita yang amat mendalam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia”, kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, Malaysia-Today. Continue reading

3 Comments

Filed under Anwar & Yahudi

Terjawab Persoalan Bakri Musa Label Anwar Sebagai Sadat..

Ketika seorang warganegara Malaysia, Dr Bakri Musa yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Anwar Sadat, ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan label buruk seumpama itu.

Label Dr Bakri dibuat pada 12 Oktober 2006 selepas mendengar ceramah Anwar bertajuk “Democracy and the Muslim World” di Stanford University, AS.

Namun, setelah hampir tujuh tahun berlalu, pengamatan doktor pakar dari California itu ternyata benar, apabila Anwar mempertahankan kenyataannya mempertahankan keselamatan Israel di Wall Street Journal baru-baru ini. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Bukti Sokong Israel : Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.

Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.

Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O’Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.

Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Sejak 2005, Aktivis Yahudi Sudah Sahkan Anwar Pro-Israel

Nampaknya Anwar Ibrahim bertegas dengan prinsipnya mahu memberi pengikrirafan Negara Israel, walaupun bersyarat selagi mana Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Bermakna boleh dibaca, kata dua Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz yang mendesak Anwar tarik balik kenyataan itu di WSJ (jika Anwar memang berpendirian sepertimana dilaporkan) atau menyaman WSJ sepertimana dia ghairah menyaman Utusan Malaysia dan media tempatan (jika sekiranya WSJ tersalah lapor), tidak mengugat pegangannya yang sudah diputuskannya.

Dalam pada memperlembutkan kata dua itu menjadi ‘teguran yang sopan’, ironiknya Anwar pula berdiri teguh mempertahankan pendapatnya yang boleh ditafsir sebagai menyanggah kebijaksanaan seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan tersebut. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Justifikasi Anwar Pro Israel Adalah ‘Muslim Sekular’

Wawancara Mingguan Malaysia dengan Profesor Dr Chandra Muzaffar hari ini memberi maklumat tambahan apa yang telah kita tahu sebelum ini.

“Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab.

“Yayasan ini diilhamkan oleh Liz Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Liz Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian,”kata Dr Chandra ketika ditanya berkaitan soalan apa kesannya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri memandangkan latar belakang Ketua Umum PKR itu pernah menjadi Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Penglibatan Anwar Ibrahim dalam sokongan kepada sebuah Negara Israel terlalu ketara. Tidak dapat disangkal dengan aqal yang waras.

Bukti kenyataan di The Wall Street Journal (WSJ) hanyalah tip of the iceberg, lebih mendasar lagi, lebih kukuh lagi, buktinya, penglibatannya dalam menggerakkan misionari kerajaan Amerika Syarikat (AS), pimpinan Presiden George W. Bush, Foundation For The Future(FFF).

Pendedahan hasil siasatan Government Accountability Project (GAP) atau Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan, sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk “The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal” pada Julai 2010 menyerlahkan peranan Anwar Ibrahim sebagai tali barut Presiden Bush mulai 2006-2007 tidak dapat disangkal lagi. Continue reading

1 Comment

Filed under Anwar & Yahudi