Lawatan Gaza : Anwar Tidak Perlu Cemburu Pada Najib

Anwar Ibrahim berkata lawatan Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana gagal mengiktiraf pergerakan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Suara Anwar hampir sama dengan akhbar Israel, ‘The Times of Israel’ yang melaporkan kekecewaan Mahmoud Abbas yang tidak dilawati Najib.

Najib hadir ke Gaza di atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan menemui Perdana Menteri Palestin yang dipilih secara demokratik, jadi Anwar tidak perlu menjadi batu api dengan menentukan kebijaksanaan seseorang.

Sebagai seorang yang kononnya pengamal demokrasi, Anwar tidak boleh memaksa orang lain mengikut telunjuknya, kerana setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan mengikut pertimbangannya sendiri.

Dari sudut lain, penentuan neraca bijak atau kurang bijak yang diputuskan Anwar itu mengesahkan lagi pengalamannya sebelum ini yang sering disebut-sebut sebagai ‘pemain di sebalik tabir’ dalam menentukan hala tuju politik Timur Tengah khususnya dalam konteks Arab-Israel.

Namun berbeza dengan Najib. Inilah sejarah buat Perdana Menteri Malaysia, individu pertama yang menjejakkan kaki ke bumi Gaza.

Najib hadir pun kerana diundang, sebagai memenuhi permintaan Ismail Haniyeh menyatakan hasratnya untuk bersolat dan mengadakan pertemuan Perdana Menteri Malaysia di mana beliau menyampaikan hasrat itu kepada sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia yang berkunjung di kediamannya di Al Shouterd.

Sebelum ini, Anwar sendiri mewar-war dia ‘rapat’ dengan Hamas dengan memuatturunkan foto pertemuannya dengan Khalid Mashal di Qatar tahun lepas.

Tiada sebarang ulasan dibuat mengenai pertemuan itu, kecuali foto-foto dan ini mengundang pertanyaan adakah Anwar berjumpa wakil Hamas untuk memohon maaf di atas kenyataannya ‘melindungi keselamatan Israel’ di Wall Street Jounal (WSJ).

Anwar jamin akan lindungi keselamatan Israel

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, itu kata-kata Anwar ketika diwawancara The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan 2012.

Anwar membuat kenyataan di media antarabangsa itu selepas 3 minggu Mahkamah Tinggi membebaskannya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika dalam Parlimen, Anwar mendakwa kenyataannya di WSJ telah dimanipulasi tanpa tidak membaca sepenuhnya terutamanya syarat (contingent) yang dikenakannya, namun hujah Anwar telah disanggah oleh Khairy Jamaluddin.

Khairy membacakan semula dua petikan kenyataan Anwar di WSJ iaitu, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”.

Kata Khairy : “Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Maksud yang disampaikan tadi oleh Ketua Pembangkang..I support all efforts to protect the security of the state of Israel..tidak ada ‘contingent’..itu bahagian pertama.

“Yang ada ‘contingent’ adalah untuk ‘recognize the Jewish State‘…mengiktiraf kerajaan dan negara Israel. Tetapi soal ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel‘ adalah ‘blanket support‘, sokongan mutlak yang tidak ada ‘contingent’..yang tidak ada syarat..yang diberi secara total kepada kerajaan Israel.”

Menurut Prof. Dr Chandra Muzaffar ungkapan‘Keselamatan Israel’ yang diucapkan oleh Anwar adalah satu slogan ideologi yang sering diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin regim Zionis.

Kata Chandra : “Kalau kita kaji secara mendalam..istilah yang digunakan oleh Anwar bahawa beliau ‘akan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel’..keselamatan Israel itu adalah ideologi negara Zionis ini.

“Mereka menggunakan isu keselamatan untuk menguasai kawasan di sekeliling mereka itu. Mereka menggunakan istilah keselamatan ini untuk mengusir rakyat Palestin daripada wilayah mereka..untuk membunuh rakyat Palestin mereka mengunakan istilah keselamatan ini..

“Istilah keselamatan ini untuk menjustifikasikan benda-benda lain yang dilakukan Israel sepanjang 63 tahun ini, termasuk pemilikan senjata nuklear..atas nama keselamatan..dia mendirikan tembok..segala-segalanya dilakukan atas nama keselamatan..”

Menurutnya penggunaan istilah ‘security of Israel‘ (keselamatan Israel) popular di kalangan pemimpin Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk mewajarkan penaklukan dan penguasaan Israel ke atas bumi Palestin.

“Saya menganggap kenyataan yang dibuat oleh Anwar ini..(bahawa)..beliau nak membuktikan kepada Zionis..membuktikan kepada AS yang merupakan pelindung kepada Zionis ini..bahawa beliau adalah seorang pemimpin di Malaysia yang boleh dipercayai…bahawa beliau adalah pemimpin yang harus terus disokong mereka.

“Jangan lupa..ada bukti-bukti lain, tentang kerjaya politik Anwar yang jelas membuktikan bahawa beliau itu memang rapat dengan lobi-lobi tertentu dengan Paul Wolfowitz..

“Beliau sebagai ketua kepada Foundation for the future..antara tahun 2005 dan 2008..ini adalah satu pertubuhan yang ditubuh oleh beberapa individu tertentu termasuk anak kepada bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney untuk mengembangkan ‘demokrasi’..itu sebagai topeng..tapi matlamat utamanya adalah untuk meneruskan penguasaan AS dan Israel di kawasan itu..dan beliau (Anwar) sebagai ketuanya..”

Sebagai kesinambungan daripada itu, Presiden JUST, Dr Chandra turut menyentuh lawatan Anwar ke AS tiga tahun lepas untuk memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di atas salah-tafsir ucapannya yang dikatakan sebagai anti semitik .

“Dua pemimpin AS..salah seorang daripadanya memang ketua neocon ini..golongan konservatif yang menyokong Zionis..Paul Wolfowitz, kawan akrab beliau..dan seorang lagi Al Gore.

“Mereka (Wolfowitz & Al Gore) menulis artikel dalam WSJ..dan WSJ kita tahu adalah majalah yang dimiliki oleh Rupert Murdoch (Yahudi)..sekali lagi seratus peratus pro Zionis.

“Dan artikel mereka ini..mereka mempertahankan Anwar..mereka cuba memberi gambaran bahawa beliau (Anwar) ini adalah seorang kawan kita yang kita boleh harapkan.”

Majlis Syura Pas beri kata dua kepada Anwar

Kenyataan Anwar di WSJ turut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Februari 2012 di Kuala Lumpur.

Mursyidul Am parti itu, Nik Abdul Aziz mengemukakan resolusi keputusan Majlis Syura iaitu meminta Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ.

“Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.”

Menurut Nik Aziz, keselamatan Isreal bukan menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh umat Islam.

“Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.

“Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.”

Respon terhadap keputusan Majlis Syura Pas itu, Anwar berkata dia menghormati pendirian Pas, tetapi akan terus kekal dengan pendiriannya.

Kata Anwar : “Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.”

Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

“Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin,” katanya.

Namun kenyataan Anwar itu disanggah oleh Dr. Mousa Abu Marzook, Pengerusi Biro Politik Hamas yang berkata aspirasi rakyat Palestin tidak sama sekali akan mengiktiraf Negara Israel kerana kewujudannya dilakukan secara haram dan tidak sah.

“Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu,” katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3, 2 Mac 2012.

Jelas Mousa, pendirian Hamas berhubung Israel tidak pernah berubah kerana walau apapun alasannya Hamas tidak akan mengiktiraf negara rejim zionis berkenaan.

“Kewujudan negara Israel menganggu sistem pengurusan, mengugat keadaan Masjid Al Aqsa dan kesuciannya. Ketamakan serta kerakusan Israel tidak pernah berhenti, mereka tetap meneruskan matlamat untuk meluaskan jajahan bumi Palestin.”

Nik Aziz ketika ditanya pendirian Anwar itu, ““Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa.”

Pada 21 Februari 2012, Anwar mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz kira-kira sejam di PNB Darby Park, Kuala Lumpur bagi menjelaskan pendiriannya berhubung dengan isu sokongan kepada Israel.

Dalam pertemuan itu Anwar tetap menolak kedua-dua permintaan Majlis Syura Pas.

Nik Aziz berkata walaupun Anwar telah menyatakan pendiriannya, namun Pas akan tetap berpegang teguh dengan keputusan Majlis Syura.

“Maka Pas tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian Pas ini,” katanya.

Anwar sokong Mahmoud Abbas, guna kaedah tipu muslihat iktiraf Negara Israel

Kenapa Anwar berkeras mempertahankan kenyataannya ? Sebabnya Anwar sudah ‘berbaiah’ dengan badan tajaan penyangak Yahudi, George Soros, International Crisis Group (ICG) untuk menerima konsep ‘Two State Solution’(Solusi Dua Negara) sebagai kaedah tipu muslihat untuk mengiktiraf Negara Israel.

Anwar telah dilantik sebagai anggota ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, UK, sebuah kolej di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.

Pada 10 Oktober 2007, ICG bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice mengadakan ‘Annapolis Summit’ sebagai menjayakan matlamat ‘two state solution‘.

Dalam surat lobi yang turut ditandatangani oleh Anwar Ibrahim itu, mereka mencadangkan agar kerajaan AS mengutamakan konsep ‘two state solution’, sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Annapolis Summit atau The Annapolis Conference telah dijayakan oleh Presiden Bush pada 27 November 2007 di United States Naval Academy, Maryland, AS.

Wakil Palestin adalah Mahmoud Abbas, manakala Israel pula diwakili oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert.

Annapolis Summit 2007 : Dari kiri Ehud Olmert., Presiden Bush dan Mahmoud Abbas

Namun usaha Presiden Bush gagal kerana majoriti rakyat Palestin tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menyeru negara Arab supaya “tidak menyokong mana-mana konsensi baru dalam isu Palestin,” dan memberi amaran tentang “matlamat sebenar Amerika di sebalik sidang kemuncak itu, sebagai satu usaha untuk menormalisasi negara-negara Arab, terutamanya antara Arab Saudi dan Israel”.

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s