Sejak 2005, Aktivis Yahudi Sudah Sahkan Anwar Pro-Israel

Nampaknya Anwar Ibrahim bertegas dengan prinsipnya mahu memberi pengikrirafan Negara Israel, walaupun bersyarat selagi mana Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Bermakna boleh dibaca, kata dua Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz yang mendesak Anwar tarik balik kenyataan itu di WSJ (jika Anwar memang berpendirian sepertimana dilaporkan) atau menyaman WSJ sepertimana dia ghairah menyaman Utusan Malaysia dan media tempatan (jika sekiranya WSJ tersalah lapor), tidak mengugat pegangannya yang sudah diputuskannya.

Dalam pada memperlembutkan kata dua itu menjadi ‘teguran yang sopan’, ironiknya Anwar pula berdiri teguh mempertahankan pendapatnya yang boleh ditafsir sebagai menyanggah kebijaksanaan seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan tersebut.

Boleh juga dibaca, seluruh kepala ahli Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan itu tidak tepat, jika dibandingkan dengan hanya satu kepala Anwar Ibrahim.

Jika diperhalusi jawapan terbaru Anwar pada 16 Februari, ianya tidak jauh beza dengan jawapannya pada 28 Jan yang menjelaskan lagi maksud wawancaranya di WSJ, 26 Jan, ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians‘.

Bezanya, jawapannya pada 16 Februari hanya dibuat dalam satu versi, Bahasa Melayu, barangkali untuk fokus kepada audiens Melayu/Islam di Malaysia berbanding dengan jawapannya pada 28 Jan yang dibuat dua versi, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang mungkin difokuskan untuk dalam negara dan luar negara.

Namun secara makronya, ketiga-tiga jawapan itu masih berlegar dalam satu kerangka yang sama iaitu‘two state solution’ atau ‘kedaulatan dua negara, Israel dan Palestin secara sekaligus yang telah diputuskan Anwar bersama rakan-rakan Yahudinya dalam sebuah organisasi antarabangsa berpengkalan di Brussels dinamakan ICG (International Crisis Group).

Resolusi ‘two state solution’ yang merupakan kunci untuk membuka pintu hubungan diplomatik dunia Islam dengan Israel diputuskan dalam meyuarat ICG, (badan tajaan George Soros) di Vancouver, Kanada, pada tahun 2007.

Sebab itu, kenyataan Anwar di WSJ menyentuh dua perkara sensitif tersebut.

Untuk memahami lebih lanjut, sila baca rencana sebelumnya, “Hujah Anwar ‘Two State Solution’, Sah Sokong Negara Israel !

Pengesahan Paul Wolfowitz

Sebenarnya, prinsip yang dipegang oleh Anwar sekarang bukan pelik, malah ia merupakan cerminan apa yang Anwar lakukan sekitar tahun 2005 -2008, ketika mana dia berpindah dan menetap di Amerika Syarikat (AS).

Prinsip yang dipegang sekarang inilah merupakan senjata dia diterima sebagai tali barut Presiden Bush dan Paul Wolfowitz di Foundation For The Future dan Bank Dunia.

Prinsip itu juga merupakan kunci, dia diterima sebagai mata rantai badan-badan tajaan Yahudi, termasuk NED (National Endowment For Democracy), CSID (Center For Muslim Islam and Democracy), CFR (Council On Foriegn Relations), ICG (International Crisis Group) dan lain-lain.

Kecenderungan Anwar Ibrahim ini sudah dikesan dan disahkan oleh aktivis-aktivis Yahudi sekurang-kurangnya pada tahun 2005, yakni selepas dia dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Mungkin proses pengesanan telah dilakukan lebih awal lagi, namun aktivis-aktivis Yahudi benar-benar yakin dan memperalatkan Anwar sebagai senjata mereka bermula pada tahun 2005.

Malah, Steven C. Clemons dari Japan Policy Research Institute sudah mengesan kecenderungan Anwar merasuah badan pelobi Yahudi di AS sejak tahun 1990-an lagi.

Badan pelobi yang yang dimaksudkan Clemons itu adalah Asia Pacific Policy Centre (APPC), kepunyaan Douglas Paal.

Profesor Dr Chandra Muzaffar berkata beliau mula mengesan kecenderungan Anwar itu pada tahun 2001 melalui rencana bertajuk ‘Who Hijacked Islam ?’, diterbitkan majalah Time, 15 Oktober 2001, tiga bulan selepas itu, selepas Anwar gagal memberi penjelasan sewajarnya, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan dan mengistiharkan diri keluar daripada parti itu.

Telahan Dr Chandra benar, kerana wartawan Barat, Peter J. Boyer , dalam artikelnya bertajuk “The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, disiarkan di The New Yorker, 1 Novermber 2004, mengakui asas kuat yang mendorong Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS sanggup menaiki pesawat dari AS ke Munich adalah berpunca dari rencana Anwar di majalah Time itu.

Boyer akui Wolfowitz sangat sibuk dengan tugasan sebagai Penolong Setiausaha Pertahanan AS, apatah lagi ketika itu zionis yang digelar arkitek perang ke Iraq sedang melancarkan kempen perang ke Iraq.

Wartawan Barat itu mencatatkan secara terpeinci kesibukan Wolfowitz, taklimat peperangan kepada mahasiswa, pensyarah, pegawai tentera dan kerajaan Poland di Warsaw University, melawat bandar lama Warsaw, untuk meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan “Warsaw Ghetto Heroes“ (monumen Yahudi Ghetto di Warsaw, Poland) dan di ‘Umschlagplatz Memorial’ sebagai memperingati tiga ratus ribu Yahudi Warsaw yang telah dibunuh oleh Nazi di Treblinka.

Acara ini sangat menyentuh hatinya, apatah lagi di Warsaw juga bermulanya salasilah warisan keluarga Yahudinya, dari keturunan Jacob. Wartawan itu menyebut sebagai kelahiran dari bangsa Yahudi, Wolfowitz sukar melupakan kebencian masa lampaunya ketika keturunannya terselamat daripada pembunuhan Nazi dalam peristiwa Holocaust dan dendamnya itu masih membara sampai sekarang.

Dalam kesibukan itu, Wolfowitz menemui Anwar dan Gus Dur (Abdurrahman Wahid) di Munich. Baca selanjutnya intipati pertemuan, sila klik di sini

Wolfowitz semasa mempengerusi program ‘A Presidential Fellows Lecture, Anwar Ibrahim‘ di Bank Dunia pada 19 Jun 2006 mengakui dia sudah analisis prinsip dan pemikiran Anwar sejak akhir tahun 1990-an.

“Masih segar dalam memori apabila saya bertemunya dalam program AS-ASEAN – Saya fikir ia dipanggil – Dialog Pasifik di Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan dalam sesi soal jawab, saya bertanya kepadanya mengenai pandangannya tentang Islam dan politik.

“Sebahagian daripada jawapannya yang panjang itu, saya masih ingat lagi, dia kata kepada semua hadirin, “Saya tidak berguna kepada negara, yang memanggil dirinya Islamik tetapi menafikan hak asasi asas daripada separuh penduduk negara ini.” kata Wolfowitz.

Jawapan Anwar itu yang memberi petunjuk kepada Wolfowitz bahawa Anwar adalah individu yang sesuai dijadikan kawan, yang selepas itu dilabel sebagai ‘kawan karib’ oleh kebanyakan pemerhati Barat.

Pengesahan Carl Gershman & Gershon Baskin

Pada 1 Disember 2005, Anwar berpidato tajuk “The Future of Muslim Democracy” (Masa Depan Demokrasi Muslim), anjuran NED dan FPA (Foreign Policy Association) di New York.

Bagaimana seorang neocon seperti Carl Gershman yang dianggap sebagai ‘deep, emotional support for Israel‘ boleh bersetuju menjemput Anwar sebagai pemidato program NED jika elemen pemikiran Anwar diragui oleh Yahudi ?

Gershman adalah Presiden NED, badan yang diilhamkan kumpulan neocon AS sebagai topeng CIA untuk ‘menakluk dunia’ menggunakan ‘senjata demokrasi’.


Rakaman video di atas adalah bukti sokongan Anwar kepada Israel yang diucapkan di hadapan kelompok pemikir dasar luar AS (kebanyakan Yahudi) di New York.

Dalam rakaman itu memaparkan seorang Yahudi bernama Gershon Baskin yang merupakan CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI) bertanyakan soalan yang pro Israel iaitu memperlekehkan Hamas/Hezbollah yang kononnya tidak demokrasi kerena masih mengekalkan perjuangan mengangkat senjata.

Anwar menjawab; “Sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib (Gershon Baskin) dari Israel.Saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama bahawa apa yang perlu dititikberatkan apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi mereka (Hezbollah dan Hamas) harus membuang semua cara…pilihan-pilihan lain dari segi keganasan atau kegiatan militan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan.

“Saya tidak percaya… ia akan berkesan jika kedua-dua cara cuba dilaksanakan pada masa yang sama. Pendirian saya mengenai keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh dirunding lagi.

“Jika Hamas dan Hezbollah mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan”, katanya.

Jawapan Anwar itu, pada Baskin sudah cukup menyakinkannya bahawa Ketua Pembangkang dari Malaysia itu adalah pro Israel.

Pengesahan prinsip Anwar dicatat Baskin dalam tulisannya di Israel Insider, 6 Januari 2006 dan The Jerusalem Times, 27 Januari 2006.

Ismail Haniyeh, Ketua Hamas dan Perdana Menteri Palestin barangkali mempunyai alasan-alasan tersendiri, kenapakah pihaknya tidak tidak mahu meletakkan senjata kerana tidak adil pihaknya sahaja meletakkan senjata sedangkan Israel bermaharajalela membunuh umat Islam di Palestin.

Namun, satu fakta menarik dalam ucapan Anwar di NED pada tahun 2005 adalah dia begitu yakin PAS di Malaysia sudah berada dalam cengkamannya.

“Kuncinya ‘penglibatan’..kita perlu ada keberanian..keyakinan untuk melibatkan diri..Ia adalah pada fikiran saya tidak boleh diterima untuk terus meminggirkan kumpulan-kumpulan yang memberi pandangan yang menentang Barat..

“Pada fikiran saya, ianya (penglibatan) perlu sama sekali kerana dalam pengalaman saya yang terhad dalam parti Islam (PAS)..yang dahulunya dikenali sebagai penyokong kuat undang-undang Islam dan sebuah Negara Islam.

“Sekarang..Negara Islam bukan lagi agenda kami”, kata Anwar.

Anwar bercakap tentang PAS yang bakal mengugurkan konsep Negara Islam pada tahun 2005 di New York. Pada pilihanraya umum ke-12, ternyata ramalan Anwar benar, apabila PAS mengugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan.

Pengesahan George Soros

Selain Wolfowitz dengan kekuatan Pentagon dan Bank Dunia, Gershman dengan NED, seorang lagi Yahudi yang menjadi dalang penaklukan dunia melalui topeng ‘demokrasi’ adalah George Soros.

Soros bergerak melalui kekuatan dananya, OSI (Open Society Institute) dengan penajaan NGO-NGO yang menjadi mata rantainya, termasuk ICG.

Menurut Mike Billington, dari Executive Intelligence Review (EIR), “Soros merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang (hidden behind the facade of “democratic” opposition).

Anwar Ibrahim dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada Jun 2006, ketika itu dia menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK.

Kenapa Soros begitu yakin Anwar berpihak kepadanya sehingga bersedia dilantik sebagai salah seorang mata rantainya dalam ICG ?


Berdasarkan rakaman video di atas, majoriti anggota ICG adalah kroni-kroni Soros, seperti Chris Pattern (Pengerusi bersama); Thomas R. Pickering ( Yahudi/bekas Duta Amerika Syarikat ke Israel); Morton Abramowitz (Yahudi/bekas Pembantu Setiausaha Negara/bekas Duta Amerika di Turki); Zbigniew Brzezinski, (Yahudi/Penasihat polisi luar negara Presiden Obama/bekas Penasihat Keselamatan Negara Presiden Jimmy Carter); Kenneth Adelman (Yahudi/bekas pembantu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld/Ahli Lembaga Pengarah Polisi Pertahanan Pentagon/Penyokong utama serangan Amerika ke atas Iraq).

Begitu juga dengan Jeneral Wesley Clark, (Yahudi/Bekas Komander Bersekutu Tertinggi NATO), Stephen Solarz(Yahudi/neocon/Amerika Syarikat/Naib Pengerusi ICG/ bekas Pengarah NED (National Endowment for Democracy) dan Pengarah IRI ( International Republican Institute)/ Ahli Jawatankuasa Projek Meliberalisasi Iraq/Ahli Lembaga Penasihat JINSA (Jewish Institute for National Security Affairs); Stanley Fischer,(Yahudi/ Naib Pengerusi Citigroup/Bekas Timbalan Pengarah IMF (International Monetary Fund) dan lain-lain.

Paling menarik, salah seorang anggota ICG adalah Shlomo Ben-Ami iaitu bekas Menteri Keselamatan Israel dan bekas Menteri luar negara Israel.

Dialah antara individu yang paling lantang melaungkan konsep ‘two state solution’ tersebut.

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s