Category Archives: Anwar & Cita – cita

Anwar PM Ke-7, Kalimah Allah Halal Untuk Bukan Islam

Meminjam kata-kata Anwar Ibrahim, “jika hari ini menang Putrajaya, esok saya akan turunkan harga minyak !” dalam perkembangan politik terkini, kiasan sama mungkin boleh dipakai untuk kalimah Allah.

“Jika hari ini berjaya tawan Putrajaya, esok, saya akan berikan kalimah Allah kepada penganut Kristian !”

Karpal Singh, Pengerusi DAP dalam kenyataan terbaru mengulangi pendirian partinya menegaskan Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri (PM) ke-7 sebab dia adalah calon paling layak.

Ironiknya, tokoh yang sama juga pernah menuduh Anwar kurang layak dan tidak bersih sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.

Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Berjayakah Dalang Pencabar Allah Jadi PM ?

Pendedahan bekas pegawai PKR, Syamsul Hidayat Mohd Sharif tentang BERSIH yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim sebagai senjata terpenting menumbangkan kerajaan menarik diteliti.

Syamsul Hidayat yang merupakan bekas salah seorang staff di ibu pejabat PKR di Brickfields juga turut dilibatkan sebagai salah seorang anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1.0 pada 2007.

Dedahnya, Anwar, Ketua Umum PKR mencetuskan idea demonstrasi jalanan itu untuk memulihkan sokongan terhadapnya yang semakin menyusut berbanding dengan reformasi 1998.

Semasa era reformasi 1998, nama Anwar Ibrahim boleh ‘dijual’ untuk menarik khalayak rakyat, namun selepas dia merengkok dalam penjara untuk jangka masa 6 tahun, kepopularan namanya mula kian pudar.

Selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004, Anwar melakukan proses ‘rehat’ buat sementara dengan berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) selama dua tahun. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Ideologi Komunis Bangkit Semula Di Malaysia ?

Pengibaran bendera merah putih, Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan dan Hari Malaysia signifikan kepada sesetengah pihak, sekurang-kurangnya sebagai mercu tanda kebangkitan semula kumpulan sosialis di Malaysia.

Penganjur Sang Saka 2012 adalah individu yang sama yang terlibat dalam Kelab Sosialis Universiti Malaya sekitar awal tahun 70-an.

Individu itu adalah Hishamuddin Rais atau Isham Rais. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Anwar Cemburu Populariti Najib Meningkat..

“Najib ‘Ditelanjangkan’ Akhbar Antarabangsa: Juara ‘Double-Talk’ Kepada ‘Demokrat Palsu’”, begitulah tajuk laman rasmi Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog, 25 Julai.

Anwar salinkan semula di laman peribadinya satu rencana dari Malaysia Chronicle, satu laman serpihan portal Malaysiakini yang diwar-warkan ada kaitan dengan Tian Chua, Naib Presiden PKR.

Mengenali Anwar, setiap rencana atau berita yang disalin semula di laman peribadinya, bermakna beliau bersetuju dengan pandangan penulis itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk menyebarluaskan kepada para pengikutnya. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

BERSIH 3.0 : Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

Sama ada disedari atau tidak, Anwar Ibrahim kini sedang menuju ke fasa kedua kejatuhannya, di mana dalam fasa pertama dulu, Ketua Umum PKR dibuktikan dengan fakta statistik yang menunjukkan beliau telah jatuh merudum popularitinya.

Fasa pertama kejatuhan Anwar bermula selepas Oktober 2008 yang berpunca dari kegagalan beliau menunaikan janjinya sendiri untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 16 September 2008.

Kenyataan ini bukan bersifat andaian semata-mata, tetapi dengan sokongan fakta hasil kajian penyelidikan daripada Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Di sebalik kisah saham Shamsida Taharin

Apabila bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan , Anuar Shaari  membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar sebagai ‘diupah’ dan Azmin pula melabel sebagai ‘pengemis politik’.

Memahami karektor Anwar dan Azmin, apabila mereka memulakan perlabelan ke atas seseorang, bermakna mereka tiada hujah untuk menjawabnya, kecuali menggunakan kaedah ‘character assassination’ (pembunuhan watak) dengan label-label jahat seperti itu.

Continue reading

2 Comments

Filed under Anwar & Cita - cita

Misteri kebakaran IIIT Malaysia & Rektor UIA larikan diri

Anwar dan Rektor UIA by you.
Abdul Hamid Abu Suleyman (Rektor UIA) bersama dengan Anwar Ibrahim (Presiden UIA) dalam satu majlis konvokesyen UIA. Pelantikan Abdul Hamid sebagai Rektor dibuat atas kuasa Anwar Ibrahim sebagai Presiden UIA dan Menteri Pendidikan


Dua peristiwa yang masih menjadi misteri sampai ke hari ini adalah peristiwa kebakaran pejabat IIIT Malaysia di kampus UIA Petaling Jaya dan Rektor UIA, Abdul Hamid Sulaiman, warganegara Amerika Syarikat melarikan diri ketika masih menjawat jawatan Rektor UIA. Beliau bersama Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas IIIT di Virginia, Amerika Syarikat. Sebenarnya pelantikan Abdul Hamid Sulaiman sebagai Rektor UIA dibuat sejurus Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UIA menggantikan Tun Hussein Onn (allahyarham) pada Julai 1988. Ketika itu juga Anwar adalah Menteri Pendidikan Malaysia. Klik di sini dan di sini

Continue reading

3 Comments

Filed under Anwar & Cita - cita