Di Sebalik Banglo Di Jalan Pinhorn : Rahsia Guan Eng Di Tangan Miss P

Ketika Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu banglo mewah (di Jalan Pinhorn) dan perkaitannya dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (di Taman Manggis), di Dewan Rakyat, pada 17 Mac (Khamis), Lim Guan Eng mengambil masa sehari untuk menjawabnya.

Penangguhan masa sehari itu juga memberi maksud bahawa Guan Eng mengetahui kisah sebenar di sebalik kedua-dua isu tersebut.

Pada keesokan harinya, 18 Mac (Jumaat), Guan Eng membuat sidang media di pejabatnya, di KOMTAR, namun sidang media itu bersifat sehala kerana beliau melarang sesi pertanyaan daripada wartawan.

Larangan wartawan bertanya soalan juga telah menimbulkan satu persoalan, kenapa Guan Eng seolah-olah seperti takut menghadapi soalan-soalan daripada wartawan, apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum ?

Tidak berpuas hati dengan sidang media sehala itu, Guan Eng sekali lagi menjemput wartawan melawat banglonya pada 19 Mac (Sabtu).

Namun, sekali lagi langkahnya mula ‘back fire’ apabila wartawan bertanya adakah beliau tahu banglo itu dibeli di bawah harga pasaran.

Guan Eng menjawab beliau tidak tahu harga pasaran banglo ketika itu kerana beliau bukan seorang ejen hartanah.

Jawapan Guan Eng itu seperti ‘membunuh’ dirinya sendiri kerana dalam satu dokumen berkenaan taksiran pindah milik harta tanah bertarikh 27 Ogos 2015 atas nama Lim Guan Eng (di bawah) menunjukkan harga pasaran banglo miliknya itu bernilai RM4.27 juta.


Nampaknya, Guan Eng bermula dengan langkah kiri ketika berhadapan dengan isu ini. Langkahnya sumbang kerana Guan Eng tidak bersedia menjawab secara telus, terlalu banyak rahsia yang cuba disembunyikan di sebalik skandal banglo itu.

Misteri pemilik banglo – Miss P

Pemilik asal banglo itu bernama Phang Li Koon, belum berkahwin yang lebih dikenali sebagai Miss P.

Miss P ini adalah sepupu Phee Boon Poh salah seorang exco kerajaan negeri yang terkaya di Pulau Pinang.

Wanita misteri ini mempunyai kaitan rapat dengan seorang taikun bernama Tan Kok Ping.

pccc

phang1

Gambar rajah di bawah menjelaskan perkaitan Guan Eng dengan pemilik asal banglo (Miss P) dengan pembidaan tanah di Taman Manggis yang dimenangi oleh KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Center).

Projek asal tanah di Taman Manggis diluluskan oleh kerajaan BN sebelum PRU 2008 adalah untuk projek perumahan rakyat termiskin, namun selepas Guan Eng mengambil alih jawatan Ketua Menteri, perwartaan itu telah dilupuskan dan ditender semula kepada KLIDC untuk projek hospital swasta dan hotel.

Guan Eng mula menyewa banglo itu bermula Julai 2009 dan dibelinya pada Oktober 2015

Pada tahun 2012, isu Ketua Menteri Pulau Pinang menyewa banglo milik Miss P sudah dipertikai oleh laman Stop The Lies.

“Rakyat mesti tertanya-tanya kenapa Guan Eng melindungi wanita itu (Miss P) dengan begitu hebat. Menurut sumber DAP, Guan Eng marah apabila anggota exco negeri Phee Boon Poh yang juga sepupu kepada wanita itu, telah menjelaskan perkara itu dengan The Star. The Star membuat pembetulan beritanya pada keesokan harinya.

“Wanita itu (Miss P), diberitahu pada asalnya hanya seorang ejen pembantu rumah sebelum pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, wanita itu menjadi kaya raya selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Kini orang ramai mula tertanya-tanya sama ada wanita itu adalah “teman wanita” Guan Eng (kedua) selepas (Guan Eng berjaya) mengeksploitasi (seorang lagi yang digelar) Xiao Hong aka Rainbow.

“Guan Eng perlu memberitahu orang ramai mengapa wanita itu (Miss P) mempunyai begitu banyak wang untuk membeli sebuah banglo mewah dan mempunyai rangkaian perniagaan dengan seorang ahli perniagaan Sabah dalam masa beberapa bulan selepas beliau menjadi Ketua Menteri,” dedahnya.

Stop The Lies membuat pendedahan itu sebagai mengulas tindakan Guan Eng ‘menyerang’ wartawan The Star, Joceline Tan selepas pendedahannya berkaitan dengan seorang wanita bernama Miss P dan kaitan dengan tender tanah di Taman Manggis.

“Wartawan The Star, Joceline Tan mendapati dirinya sasaran Guan Eng selepas melakukan kesilapan dengan menyatakan bahawa wanita yang memiliki banglo itu (Miss P) yang disewa sebagai kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang adalah isteri kepada seorang pemegang saham dalam syarikat Kuala Lumpur yang telah membeli tanah Taman Manggis.

“Kita diberitahu bahawa dia (Guan Eng) telah menghantar e-mel memarahi editor The Star dan mengancam untuk menyaman akhbar itu – walaupun akhbar itu telah membuat penjelasan sebanyak dua kali menyatakan kekesalan mereka.

“Rakyat Pulau Pinang kini tertanya-tanya mengapa Guan Eng begitu beremosi dan memberi “perhatian khas” kepada wanita itu (Miss P). Sebaliknya, wanita itu tidak bertindak balas walaupun kesilapan itu telah dibuat oleh The Star.

“Mengapa Ketua Menteri begitu marah dengan perkara itu? Ada yang berkata: Guan Eng mungkin mempunyai hubungan “istimewa” dengan wanita itu,”dedahnya lagi.

‘Miss P’ lain yang tinggal berdekatan banglo Guan Eng

Ada seorang lagi Miss P yang juga dikaitkan dengan Guan Eng iaitu Phaik Keng, daripada nama penuhnya Ng Phaik Keng.

Stop The Lies ‘Miss P’ ini lebih dikenali sebagai Xiao Hong aka Rainbow atau dalam bahasa Cina dikenali sebagai ‘Chai Hong’ yang bermaksud kekasih gelap.

Menurutnya, ‘Miss P’ ini juga ada kaitan dengan taikun Tan Kok Ping.

tan kok ping-lge

“Tan Kok Ping yang menguruskan Guan Eng untuk menyewa sebuah banglo di Jalan Pinhorn (milik Phang Li Koon) sebagai kediamannya. Banglo itu adalah milik salah seorang ahli keluarga Kok Ping.

“Tetapi Kok Ping mempunyai agenda yang lebih jahat kerana beliau menggalakkan Ng Phaik Keng untuk membeli sebuah rumah teres tiga tingkat di Slim Villas di Jalan Free School yang berdekatan dengan tempat kediaman Guan Eng tinggal.

“Kok Ping berjaya memujuk pemaju untuk menjual unit kepada Phaik Kheng dengan harga RM700,000 walaupun harga pasaran rumah adalah sekitar RM1.35 juta,’dedah Stop The Lies pada tahun 2013.

rainbow

Ketika itu, (sebelum tahun 2013), Guan Eng sering tinggal keseorangan di banglo di Jalan Pinhorn kerana isteri beliau, Betty Chew merupakan ADUN Kota Laksamana, Melaka.

“Idea keseluruhan untuk memastikan Rainbow (Phaik Kheng) tinggal berhampiran Guan Eng kerana Betty Chew sering balik ke Melaka.

“Rainbow telah melawat beliau (Guan Eng) banyak kali dan Guan Eng juga telah sering masuk ke rumah Rainbow di Slim Villas.

“Adakah ini direkayasa oleh Tan Kok Ping supaya Guan Eng jatuh ke dalam perangkap madu dan kemudian akan terhutang budi kepadanya?,” soal Stop The Lies.

Taikun Tan Kok Ping didedahkan Stop The Lies sebagai seorang taikun mengawal kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam semua kegiatan maksiat – dari dadah, pelacuran, penyeludupan, perjudian, ah long (pinjaman hutang)- yang menggunakan taktik penyamaran imej korporat dan perniagaan.

“Tan Kok Ping memahami kelemahan lelaki – dia mempunyai pengalaman berurusan dengan ramai lelaki terutamanya yang dalam kedudukan yang kuat.

“Kebanyakan lelaki akan jatuh salah satu daripada – Wang, Seks atau Kuasa. Dan Lim Guan Eng juga tidak berbeza.

“Sudah tentu, tawaran wang yang melibatkan harta dan sogokan adalah sebahagian daripada senjata Tan Kok Ping yang digunakan dengan berkesan kepada Lim Guan Eng, namun Kok Ping memerlukan insurans (yang lebih berkesan) apabila faktor wang sudah tidak berfungsi lagi maka seks dan wanita faktor mesti digunakan,”dedahnya.

Isu hubungan Guan Eng dan Phaik Kheng pernah menjadi tajuk utama media pada 2012 apabila Betty Chew ditanya berkenaan wanita itu dalam sidang DUN Melaka.

Phaik Kheng ketika merupakan salah seorang daripada 20 kakitangan di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng.

Apabila skandal itu terbongkar, Phaik Kheng telah dikeluarkan daripada Pejabat Ketua Menteri dan dipindahkan ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang di bawah seliaan ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.

Kesimpulannya, kedua-dua ‘Miss P’ itu – Phang Li Koon dan Phaik Kheng menyimpan banyak rahsia mengenai Guan Eng yang bermula dari sebuah banglo di Jalan Pinhorn.

lge1

ubah stail

rumah mampu tengok

1 Comment

Filed under Uncategorized

One response to “Di Sebalik Banglo Di Jalan Pinhorn : Rahsia Guan Eng Di Tangan Miss P

  1. Pingback: Di Sebalik Banglo Di Jalan Pinhorn : Rahsia Guan Eng Tersimpan Di Tangan Miss P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s