Justifikasi Anwar Pro Israel Adalah ‘Muslim Sekular’

Wawancara Mingguan Malaysia dengan Profesor Dr Chandra Muzaffar hari ini memberi maklumat tambahan apa yang telah kita tahu sebelum ini.

“Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab.

“Yayasan ini diilhamkan oleh Liz Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Liz Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian,”kata Dr Chandra ketika ditanya berkaitan soalan apa kesannya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri memandangkan latar belakang Ketua Umum PKR itu pernah menjadi Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future.

“Badan ini dilancarkan pada 2005 oleh bekas Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice. Ini menunjukkan pertubuhan ini sangat rapat dengan AS dan golongan tertentu yang rapat dengan Zionisme dan penguasaan dunia.

“Anwar menjadi pengerusi selama tiga tahun dan meletakkan jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Yayasan ini jelas matlamatnya dalam memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat tetapi bertopengkan demokrasi seperti beberapa NGO lain antaranya National Endownment for Democracy dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros”, katanya.

Dr Chandra turut hairan, kenapa misionari yang memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat memilih Anwar Ibrahim seorang individu yang pernah dilabel ‘ektrimis Islam’ dari Malaysia.

“Ini pastinya menimbulkan tandatanya kenapa Anwar dipilih sebagai pengerusi yayasan ini selain menunjukkan mereka begitu yakin terhadap beliau.

“Selepas Anwar menyertai demonstrasi mengenai flotila Palestin pada 2010, beliau mengecam Israel tentang hal ini namun kemudian bergegas berkunjung ke AS untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Anwar telah ditemuramah oleh CNN dan sebagainya untuk memulihkan imejnya.

“Dua pemimpin AS menulis rencana dalam Wall Street Journal yang kita ketahui dikuasai oleh Rupert Murdoch seorang Yahudi Zionis yang menguasai media. Al Gore yang juga bekas Naib Presiden AS dan Paul Wolfowitz menulis rencana yang membela Anwar yang mereka sifatkan bahawa beliau seorang yang baik, kawan rapat dan sebagainya.

“Ini juga menimbulkan tanda-tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh membela Anwar. Malah kita boleh lihat sejak sekian lama, setiap kali Anwar berhadapan dengan krisis, cara mereka membela Anwar dan tekanan yang dilakukan mereka begitu bersungguh-sungguh. Ini menimbulkan persoalan kenapa mereka begitu sayang pada Anwar. Sudah tentu jika mereka bersungguh-sungguh membela Anwar pasti ada sesuatu yang mereka harapkan daripada beliau”, katanya lagi.

Pandangan Dr Chandra pernah diutarakan oleh Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP (Government Accountability Project), sebuah badan berpengkalan di AS yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan negara tersebut.

Shelley Walden turut menyediakan laporan khusus berkenaan Foundation For The Future (FFF) yang mengambil masa 33 bulan berdasarkan 267 dokumen-dokumen daripada Jabatan Negara AS.

Laporan bertajuk, “Report Exposes Irregularities of Obscure State Department-Funded Organization” dikeluarkan untuk bacaan umum pada Julai 2010.

Menurut Shelley yang memetik kenyataan Karen Hughes berkata bahawa faktor utama ditubuhkan FFF dan the Fund for the Future adalah untuk ‘menyokong reformasi demokrasi dan hak asasi manusia di Timur Tengah dan Afrika Utara’.

Hughes adalah Penolong Setiausaha untuk diplomasi awam dan hal ehwal orang awam di Jabatan Negara AS.

Faktor Kroni


Pemilihan Anwar sebagai Pengerusi FFF, tidak transperen kata Shelley, kerana dibuat melalui inner circle tertentu, lagipun Ketua Umum PKR itu tidak berasal dari kawasan skop yayasan tersebut iaitu Timur Tengah dan Afrika Utara, namun kerana faktor kroni, yakni hubungan rapat Anwar dengan Paul Wolfowitz maka dia dipilih, walaupun tidak layak.

Menurutnya dengan pelantikan Anwar itu membuktikan Jabatan Negara AS dan Shaha Riza terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju dan operasi FFF.

Menurut laporan itu, ini jelas menunjukkan FFF tidak layak untuk mengajar reformasi demokratik di Timur Tengah dan Afrika Utara kerana proses pemilihan dan pembentukan yayasan itu sendiri, tidak telus dan tidak demokratik, “dibolot oleh orang-orang yang dekat dengan Naib Presiden AS, anak perempuannya (Liz Cheney), Wolfowitz dan teman wanitanya, Shaha Riza dan rakan yang paling disukai Wolfowitz dari Malaysia, Anwar Ibrahim”.

‘Jailed dissident’


Menurut Shelley, selain faktor kroni Paul Wolfowitz, dua lagi kekuatan Anwar adalah faktor bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan ‘jailed dissident‘.

Jailed dissident‘ bermaksud ‘seorang banduan yang dipenjarakan kerana tidak bersetuju dengan sistem yang dipraktikkan di sesebuah negara’.

Menurut dictionary merriam-webster.com, ‘dissident‘ berasal dari perkataan Latin yang bermaksud ‘duduk berasingan’ yakni tidak bersetuju dengan sistem politik atau agama, organisasi, atau kepercayaan.

Saya pernah menulis perkara ini pada 27 Disember 2009 bertajuk “Demokrasi, Hak Asasi & Kebebasan maknanya halalkan homoseksual ?” dengan menyorot pandangan dari individu yang paling mengenali pemikiran Anwar, Dr Munawar Anes.

Menurut Munawar Anes, pemenjaraan Anwar disebabkan ‘pertembungan pemikiran Anwar dengan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad’.

Pada tahun 1998, ketika masyarakat Malaysia, masih lagi keliru tentang makna ‘reformasi’ yang dilaungkan Anwar, namun Dr Munawar Anes, bekas penulis ucapan Anwar yang dipenjara 6 bulan kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual bersama Anwar telah menghuraikan secara lebih jelas maksud tersebut.

Dr Munawar merumuskan bukan disebabkan pertembungan pemikiran ‘Anwar Ibrahim’ vs Dr Mahathir pada tahun 1998 tetapi pertembungan pemikiran “Jefferson vs Dr Mahathir” di Malaysia.

‘Jefferson’ yang dijolok oleh Munawar kepada Anwar itu merujuk kepada Thomas Jefferson (1743-1826), seorang tokoh bekas Presiden AS yang ketiga (1801–1809) yang memperkenalkan ‘Deklarasi Kemerdekaan AS’ (1776) dan dianggap sebagai ‘bapa pencerahan’(Enlightenment) AS, kerana dengan deklarasinya itu polisi AS secara rasminya berjaya memisahkan kuasa gereja dengan pemerintahan.

Satu lagi simbol keagungan Jefferson adalah bapa ‘kebebasan agama’ di AS melalui pengistiharan ‘Statut Virginia untuk Kebebasan Agama’ (Virginia Statute for Religious Freedom – 1779, 1786).

Bermakna akar pemikiran ‘reformasi’ Jefferson adalah berkaitan dengan reformasi agama iaitu memisahkan peranan agama daripada pemerintahan dan melaksanakan ‘konsep kebebasan’ dengan membuang nilai-nilai agama yang menjadi penghalang amalan kebebasan itu terus dipraktikkan.

Maknanya menurut Munawar Annes, bukan soal liwat atau tidak, tetapi soal paling utama adalah pertembungan pemikiran Anwar @ Jefferson VS Dr Mahathir. Anwar membawa pemikiran Jefferson memperjuangkan kebebasan yang aktiviti liwat atau seks bebas dibenarkan asalkan suka sama suka, namun Mahathir menentangnya kerana berpegang kepada pemikiran fundamentalis yang masih mengekalkan unsur agama.

Untuk memahami lanjut, baca juga tulisan saya bertajuk “Anwar, Homoseksual & Vox Populi Vox Dei” yang ditulis pada 7 Julai 2009.

Sekarang ini sudah semakin jelas, apabila Anwar sendiri mengakui secara terang-terangan mahu meminda undang-undang anti-liwat seperti diucapkannya di Mumbai kepada BBC News 12 Jan 2012.

Muslim Sekular

Satu lagi fakta menarik yang dilaporkan Shelley dalam menjustifikasi pandangan pentadbiran Bush melantik Anwar sebagai Pengerusi FFF adalah faktor ‘a Secular Muslim‘ yang bermakna seorang Muslim Sekular.

Mungkin kepada rakyat Malaysia, istilah ‘Muslim Sekular’ tidak memberi apa-apa makna, namun kepada masyarakat Barat istilah ini memberi erti yang amat signifikan kerana dapat membezakan seseorang Muslim itu sama ada fundamentalis, militan atau Muslim Sekular.

Muhamad Ali dari California, AS ketika ditanya apakah itu ‘Muslim Sekular’, dia menjawab seperti berikut;

“Terdapat cara yang berbeza untuk menentukan umat Islam Sekular. Pertama, mereka adalah orang-orang Islam yang masih percayakan Islam, menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam, tetapi mereka tidak mengamalkan secara rutin acara solat (yang dituntut Islam), tidak pergi ke Haji dan amalan ritual yang lain. Masyarakat Barat mentakrifkan mereka sebagai “tidak mempraktikkan ajaran Islam”.

“Kedua, orang Islam yang percaya dan mengamalkan ritual, tetapi tidak mengadakan integrasi antara Islam dan politik, mahupun integrasi antara Islam dan sains, mereka percaya bahawa politik, sains, dan lain-lain adalah urusan duniawi yang “mencemarkan” dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada agama atau Islam.

“Ketiga, seorang Muslim Sekular itu boleh dinilai oleh sesiapa sahaja yang melihat dirinya. Ini lebih kepada pandangan peribadi tentang makna ‘Islam’ dan ‘sekularisme’ oleh seseorang”, katanya dalam blog muhamadali.blogspot.com

Muhamad Ali, merupakan salah seorang aktivis Islam Liberal Indonesia yang kini menjadi pengajar di University of California Riverside, AS dalam bidang konflik antara agama.

Menurut Tewfik Allal dan Brigitte Bardet manifesto Muslim Sekular adalah menentang kebencian terhadap wanita, homophobia (golongan anti-homoseksual), anti-Semitisme (anti-Yahudi) dan penggunaan Islam dalam politik.

“Kami adalah sebahagian daripada budaya Islam; kami menentang kebencian terhadap wanita, homophobia, anti-Semitisme dan penggunaan Islam dalam politik. Kami lebih kukuh hidup dalam sekularisme.

“Kami adalah wanita dan lelaki dalam budaya Islam. Sebahagian daripada kami adalah orang-orang yang masih percayakan Islam, yang lain adalah golongan agnostik atau ateis.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pengisytiharan dan tindakan kebencian terhadap wanita, homophobia, dan anti-Semitisme yang telah kita dengar dan saksikan sekarang ini di Perancis, dan yang telah dijalankan di atas nama Islam.

“Ketiga-tiga ciri di atas membayangkan politik Islam yang telah dipraktikkan secara paksa sejak sekian lama di beberapa negara asal kami. Kami menentang mereka di sana, dan kami komited untuk memerangi mereka lagi di sini”, kata Tewfik Allal dan isterinya, Brigitte Bardet.

Tewfik Allal adalah Presiden Persatuan ‘Manifeste des libertés’ (Manifesto of Liberties Association) di Perancis, berasal dari Maghribi, manakala isterinya, Brigitte Bardet, adalah seorang guru dan aktivis feminis di Perancis.

Nama Tewfik mula popular apabila dia mempertahankan kebebasan berkarya (freedom of expression) terhadap isu kartun yang menghina Rasulullah SAW.

Pendirian Anwar juga hampir senada dengan Tewfik ketika berucap di ‘Perth Interfaith Conference‘ pada Julai 2009.

Ketika bercakap di hadapan kelompok Kristian di Perth, Anwar mendakwa prinsipnya sentiasa mengagungkan Nabi Isa dan tidak menyebut sanjungannya kepada Nabi Muhamad SAW.

Berdasarkan laporan Shelley, Muhamad Ali (aktivis JIL) dan Tewfik Allal (Persatuan Liberty) menjawab teka-teki kenapa kajian RAND Corporation meletakkan nama Anwar Ibrahim sebaris dengan golongan murtad, termasuk Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Ayaan Hirsi Ali, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie dan Ibn Warraq.

Kajian RAND bertajuk “Building Muslim Moderate Networks” dibuat khusus pada tahun 2007 sebagai usaha untuk mengembleng tenaga kumpulan ‘Muslim Moderat’ seluruh dunia untuk menentang kumpulan militan dan fundamentalis Islam.

Baca lanjut Anwar dan RAND, sila klik di sini sini dan sini

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s