Di Sebalik Visa J1 Anwar Ibrahim

Pendedahan visa kerja Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat (AS) telah membangkitkan polemik di internet, terutamanya tentang status ‘J1’ dan keistimewaan yang diperolehi oleh pemegang visa seperti itu.

Visa kerja Anwar dikeluarkan pada 19 Ogos 2005 dan tarikh luput visa berkenaan pada 30 Jun 2006.

Menurut prosedur AS, setiap pemilik visa berstatus J1 dibenarkan bekerja selama 2 tahun di negara itu, bermakna selepas tamat tempoh pada Jun 2006, Anwar dibenarkan untuk menyambung khidmatnya untuk setahun lagi yang dijangka berakhir pada pertengahan/penghujung 2007.

Dalam visa tersebut tertera 4 kali dicop iaitu pada 22 Ogos 2005, 10 September 2005, 11 Oktober 2005 dan 17 Oktober 2005.

Ketika Anwar berhijrah dan memperolehi visa kerja di AS, world view kerajaan AS terhadap individu beridentiti Muslim sangat negatif.

Semua ini berpunca dari momokan tanpa bukti Pentadbiran Bush yang menuduh ‘teroris Islam’ sebagai ‘pengganas’ yang meletupkan bangunan World Trade Center (WTC) dan Pentagon pada 11 September 2001 (9/11).

Tanpa bukti juga, Anwar Ibrahim turut mengesahkan dakwaan Pentadbiran Bush itu dengan menuduh Mohamed Atta dan Osama bin Laden sebagai puncanya.

Sadam Hussin pula dituduh Anwar sebagai diktator sebagai justifikasi zionis, Wolfowitz menyerang dan memusnahkan negara Islam, Iraq.

Paul Wolfowitz 9/11

Selepas peristiwa 9/11 itu, Adama Bah, pelajar Muslim dari Afrika yang menuntut di AS menceritakan pengalamannya sebagai Muslim yang berada di AS.

“Setiap individu Muslim ketakutan, disyaki. Kami menerima pemeriksaan tambahan, beg-beg kami diperiksa, kami ditarik ke tepi. Saya tidak pernah merasakan layanan rasis seperti itu sebelum ini”, katanya.

“Pegawai lapangan terbang dilaporkan perlu menghalang sesiapa sahaja yang mempunyai “nama Islam” dan nama mereka akan disemak untuk dibandingkan dengan senarai nama hitam (black list)”, lapor ipsnews.net

Laman migrationinformation.org melaporkan, “Kerajaan AS telah menahan lebih daripada 1,200 orang selepas 9/11, tetapi enggan untuk mendedahkan nama-nama mereka atau tempat mereka ditahan.

“Ada di kalangan mereka yang dihalang daripada menghubungi peguam mereka. Sekurang-kurangnya 611 kes (yang diklasifikasikan sebagai kes “kepentingan istimewa”) telah ditutup kepada orang awam dan media.

“FBI telah menemu bual lebih daripada 8,000 bukan warganegara yang dikenal pasti dari negara-negara tertentu yang disyaki berkaitan dengan al Qaeda”.

Yusuf al-Qaradawi Diblacklist

Nama Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, ulama Mesir tersohor disenaraihitamkan (blacklist) daripada memasuki AS dan United Kingdom (UK) kerana didakwa menyokong serangan ke atas tentera AS dan serangan berani mati.

Laman telegraph.co.uk melaporkan Yusuf al-Qaradawi dikatakan menyokong hukuman mati kepada pelaku aktiviti homoseksual tidak dibenarkan masuk ke Britain, kerana kumpulan Konservatif UK telah berkempen agar kerajaan tidak meluluskan visa kepada ulama Islam itu.

Ulama itu didakwa telah mempertahankan serangan berani mati ke atas penduduk awam Israel yang dilarang daripada memasuki AS, dan kini tidak akan dibenarkan masuk ke UK walaupun hanya untuk rawatan perubatan.

Pejabat Dalam Negeri UK berkata, ulama itu tidak dibenarkan masuk kerana bimbang pandangannya “dapat memupuk keganasan antara-komuniti”.

David Cameron menyifatkan al-Qaradawi sebagai “berbahaya dan memecah-belahkan”.

Laman globalmbreport.org turut melaporkan, selaras dengan tindakan AS dan UK menyenaraihitamkan nama Yusuf al-Qaradawi maka Ireland juga turut mengambil langkah yang sama.

Menurut wikipedia ‘List of people banned from entering the United Kingdom‘, selain Yusuf al-Qaradawi, nama Zakir Naik, ulama tersohor dari India juga turut disenaraihitam.

Laman usatoday.com menyenaraikan nama-nama tokoh dari Syria yang dihalang daripada memasuki AS.

Ironiknya, walaupun penama-penama lain yang beridentiti Islam dari pelajar hingga ulama menghadapi pelbagai tekanan dan siasatan tambahan, namun Anwar terkecuali, bebas keluar masuk ke AS tanpa halangan.

Malah, Azmin Ali mendakwa Anwar turut disambut oleh pegawai-pegawai AS ketika tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles.

Jadi Spy Siasat Yusuf al-Qaradawi

Sesuatu yang mengejutkan bahawa Anwar Ibrahim pernah ditugaskan menjadi spy oleh pejabat Washington dan menyiasat Yusuf al-Qaradawi selama 5 jam di kediaman ulama itu di Qatar.

Siasatan Anwar ke atas Yusuf al-Qaradawi berlaku pada tahun 2005, di mana ketika itu sentimen umat Islam secara keseluruhan membenci AS.

Peranan Anwar sebagai spy itu didedahkan sendiri oleh orang kanannya, Azmin Ali kepada Agendadaily.

AGENDADAILY :Bagaimana dengan prasangka orang terhadap motif sebenar Datuk Seri Anwar. Misalnya ada yang curiga terhadap hubungan akrabnya dengan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz yang merupakan bakal CEO Bank Dunia?

AZMIN :”Soal pandangan serong dan curiga tentang motif tu…itu tafsiran dan pandangan masing-masing. Pokoknya kalau kita dapat berhujah dan meyakinkan mereka..banyak masalah boleh selesai.

“DSAI tidak bertemu dengan apa yang didakwa oleh kumpulan yang saya kira desperate itu …beliau bertemu dengan ulamak-ulamak besar.

“Misalnya beliau berada di Qatar dan mengambil masa lima jam bertemu dan berbincang dengan Dr Yusof Qardawi.

“Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan. DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI.

“Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof Qardawi…ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam.

“Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan boleh dibunuh orang awam AS..halal darah mereka.

“Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya.

“Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul.

“DSAI minta agar Washington betulkan persepsi ini. Makanya tanpa dialog dengan Wolfowitz apakah kita mampu selesaikan masalah itu…sebab mereka kuasa besar. Ini peranan DSAI”.

Itulah jawapan Azmin Ali berkenaan peranan Anwar Ibrahim di AS dan kaitannya dengan zionis, arkitek perang bernama Paul Wolfowitz.

Walaupun Azmin mendakwa Anwar telah ‘membersihkan’ nama Yusof Qardawi di Washington, namun ulama tersohor itu tetap disenaraihitam daripada memasuki AS.

Walaupun Azmin cuba menggambarkan Anwar sebagai ‘pembela dunia Islam’ ketika memberitahu rakyat Malaysia, namun tiadapun cadangan Anwar untuk kebaikan dunia Islam diterima pakai oleh zionis AS tersebut.

Meneliti bukti-bukti selanjutnya, apa yang diberitahu kepada rakyat Malaysia, tidak sama dengan apa yang dilakukan Anwar di AS.

Malah, kesudahannya, Anwar juga termasuk sebagai salah seorang Muslim yang menjadi mata rantai untuk mengukuhkan penguasaan regim AS dan Israel di dunia Islam.

Anwar Dilayan Istimewa

Sekali lagi orang kanan Anwar, Azmin Ali menceritakan layanan istimewa yang diperolehi Anwar ketika berkunjung ke AS.

Asalnya Azmin membuat laporan-laporan itu untuk menunjukkan ‘kehebatan Anwar’, namun di sebalik kehebatan itu terbongkar pertualangan atau zionis stooge

Blog pro Anwar, sepangonline.blogspot.com, menyiarkan kenyataan media Azmin, 3 Mac 2005;

“Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Washington D.C., lewat malam, Rabu, 23 Februari 2005..Anwar dan rombongan yang tiba dari London di Lapangan Terbang Washington Dulles disambut oleh pegawai-pegawai yang diketuai oleh Edward J.Bolton, Timbalan Pengarah dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri AS.

“Anwar berlepas ke New York pada hari Isnin, 28 Feb untuk mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan. YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Azmin Ali dan Michael Moller turut serta dalam pertemuan dengan Kofi Annan di Ibu Pejabat PBB”.

Hebatnya gambaran Azmin berikan kepada Anwar, laksana Perdana Menteri atau Menteri Luar Negeri, walhal ketika itu Anwar hanya berstatus ‘bekas banduan’ dari penjara Sungai Buloh.

Dalam kenyataan media seterusnya, Azmin mengambarkan Anwar dilayan sebagai ‘tetamu istimewa’, dijamu makan malam dan makan tengahari serta diajak bermesyuarat oleh tokoh-tokoh Yahudi di AS.

Ketika di Washington D.C. pada 24 Februari 2005, Anwar juga diraikan dalam satu majlis makan tengahari oleh Jim Wolfensohn, Presiden Bank Dunia di pejabatnya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, isteri Jim, Elaine serta Azmin Ali.

Anwar diberikan taklimat ringkas mengenai suasana ekonomi dunia yang semakin muram khususnya di Asia Tenggara dan juga program-program yang sedang dijalankan oleh Bank Dunia khususnya untuk membangunkan semula negara-negara yang terlibat dengan Tsunami.

Pada sebelah petang, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council, Elliots Abrams di White House.

Dalam pertemuan selama 45 minit, Elliots berkongsi pandangan dengan Anwar mengenai usaha untuk mewujudkan keamanan dunia.

Pemangku Setiausaha Negara AS, Robert Zoellick juga menemui Anwar di hotel penginapannya di Washington D.C. pada 24 Februari.

Zoellick yang baru dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Negara bertanggungjawab di atas perkembangan politik dan pembangunan di Timur Tengah.

Zoellick meninjau pandangan Anwar mengenai masalah ketegangan di antara Islam dan Barat khususnya AS.

Anwar memulakan penjelasan dengan menyatakan penghargaan beliau kepada pentadbiran AS yang secara tuntas prihatin terhadap masalah yang menimpa beliau sebelum ini.

Dalam menghimbau permasalahan politik antarabangsa terutamanya yang menyangkut kedudukan umat Islam, Anwar menegaskan betapa perlunya sikap sederhana bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga pentadbiran di Washington D.C.

Menurut Anwar lagi, umat Islam merasa resah kerana persepsi di kalangan mereka, umat Islam tidak diberikan keadilan.

Walau bagaimanapun, Anwar tetap menyokong langkah mendesak pengunduran tentera asing dari negara berkaitan seperti tentera Syria di Lebanon, tentera Israel di tanah jajahan Palestin dan tentera penaklukan AS di Iraq.

Zoellick menegaskan bahawa berbeda daripada tanggapan umum, pentadbiran AS tetap mendukung prinsip kebebasan dan menganjurkan dialog di antara Barat dan Islam.

Sekembali dari Jacksonville, pada 27 Februari, Anwar singgah semula di Washington D.C. untuk mengadakan perbincangan dengan bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright.

Semasa menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik.

Kini selaku Pengerusi Institut Demokratik Kebangsaan (NDI), Albright bersedia memberikan kerjasama bagi menjayakan rencana dialog Islam dan AS.

Azmin juga turut melaporkan pertemuan Anwar dengan Paul Wolfowitz di Pentagon.

Ketika Anwar, Azmin dan Khalid masuk ke Pentagon itu, Wolfowitz adalah Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, individu zionis yang digelar arkitek perang ke atas negara Islam, Iraq.

Anwar mengadakan pertemuan dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS di Pentagon pada 24 Februari 2005.

Perbincangan selama satu jam ini memberi tumpuan kepada perkembangan pasca pilihan raya di Iraq, konflik di antara Barat dan Islam serta program pembangunan semula Acheh.

Anwar mahu AS mengambil pendekatan “constructive engagement” dalam menjalin hubungan dengan negara-negara Islam; dan tidak dilihat sebagai angkuh dengan pendekatan keras dan mengenepikan muafakat dan tidak mengambil pendekatan unilateral yang menjadi amalan pentadbiran Bush hari ini.

Anwar memberikan contoh Indonesia di mana sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk Islam terbesar di dunia mampu membuat transformasi dan reformasi ke arah penyuburan demokrasi dan kebebasan media dengan aman dan teratur.

Justeru itu, Anwar bersetuju dengan dasar pentadbiran AS yang menyokong prinsip kebebasan.

Anwar yakin bahawa sebarang kemajuan positif ke arah demokrasi yang berlaku dalam mana-mana negara Islam akan memberikan dampak kepada negara Islam yang lainnya.

Pada masa yang sama, Anwar juga menegur sikap sebahagian besar pemimpin negara-negara Islam yang tidak konsisten – lebih cenderung untuk menyerang AS tetapi bersikap ganas terhadap rakyat negara masing-masing termasuk menyekat kebebasan media, menghalang usaha ke arah demokrasi dan mengekalkan undang-undang kuku besi seperti ISA.

Sebagai contoh, kata Anwar, terlalu mudah bagi pemimpin-pemimpin negara-negara Islam membangkitkan kemarahan umat Islam mengenai kezaliman tentera AS di penjara Abu Gharib di Iraq tetapi pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin ini mengamalkan kekejaman di penjara negara masing-masing.

Walapun Azmin cuba mengolah laporan yang berbentuk positif kepada bosnya itu, namun jika diperhalusi, jelas menunjukkan Anwar sedang menyokong regim zionis dan menawarkan diri untuk bekerja menjadi tali barut mereka.

Daripada laporan Azmin itu dan laporan dari sumber lain, disertakan ringkasan seperti berikut:

23 Feb 2005 – Tiba di Lapangan Terbang Washington Dulles. Disambut oleh Edward J.Bolton (Timbalan Pengarah dan Keselamatan Dalam Negeri AS)

Anwar bersama zionis James/Jim Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia

Anwar dijamu makan malam oleh Cohen Group : Dari kiri William Cohen, Anwar dan Paul Wolfowitz. Dua zionis, bekas orang kuat pertahanan AS apit Anwar

Anwar bersama zionis Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara AS, sekarang Pengerusi NDI

Anwar bersama Robert E. Rubin , Pengerusi Pengarah Eksekutif Komiti Citigroup dan bekas Menteri Kewangan AS

24 Feb 2005 -Perjumpaan dengan Robert Zoellick, Jim Wolfenson, Elliots Abraham & The Cohen Group.

Perjumpaan dengan Robert Zoellick (Pemangku Setiausaha Negara AS) di Hotel Washington, AS.

Dijamu makan tengahari oleh zionis, Jim Wolfenshon (Presiden Bank Dunia) di Washington DC.

Bacaan lanjut, sila klik di sini

Selepas itu, Anwar berkunjung ke White House menemui Elliots Abrams (Penasihat Bush & Pengarah National Security Council)

Pada sebelah malam dijamu makan malam oleh The Cohen Group, milik zionis William S. Cohen (bekas Menteri Pertahanan AS) di Hotel Washington, AS.

Turut hadir dalam majlis makan malam itu, Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan AS), Jeneral Pete Pace (bekas Pengerusi The Joint Chiefs of Staff), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand), Alvin Toffler dan lain-lain.

24 Feb 2005 – Anwar menyertai mesyuarat The Cohen Group di Jacksonville.

Turut bersama dalam mesyuarat itu adalah Cohen, Anwar Ibrahim, Howard Berman (Member of United States House of Representatives, California), Wolf Blitzer (CNN), William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS),
David Ignatius (Washington Post), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand) dan lain-lain.

Bacaan lanjut sila klik di sini

27 Feb 2005 – Mesyuarat dengan Madeline Albright di Washington DC. Hala tuju mesyuarat mengenai demokrasi kerana Madeline Albright adalah Pengerusi NDI.

Bacaan lanjut, sila klik di sini dan sini

Pada sebelah malamnya, Anwar dijamu makan malam oleh Joseph E. Robert Jr, Pengerusi J.E Robert Companies dan City Group.

28 Feb 2005 -Pertemuan tertutup dengan Paul Wolfowitz di Pentagon yang turut disertai orang-orang kanan Anwar Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Khalid Jaafar (Pengarah IKD).

1 Mac 2005 – Pertemuan dengan Kofi Annan dan Robert E Rubin.

Anwar mengadakan pertemuan selama 45 minit dengan Kofi Annan, ketika itu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Ibu Pejabatnya, di Washington

Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Robert E. Rubin, Pengerusi Pengarah Eksekutif Komiti Citigroup dan bekas Menteri Kewangan AS) di Ibu Pejabat Citigroup, New York.

Hasil Selepas Lobi Zionis

Lawatan 7 hari ke AS itu boleh dianggap sebagai proses mempromosi dan melobi diri sendiri.

Hasilnya, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Fellow Pelawat di Paul H. Nitze School Of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, AS hasil cadangan Paul Wolfowitz di mana dia merupakan bekas Dekan di SAIS, universiti tersebut.

Seterusnya dengan pertolongan Wolfowitz juga, Anwar telah dilantik sebagai perunding jangka pendek di Bank Dunia pada 25 Januari 2006.

Juga turut dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future, satu badan untuk menyebarkan demokrasi dan menjaga ketuanan Israel di Timur Tengah.

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s