Category Archives: Anwar & Amerika

Apabila Barat Mula Hentam Anwar…

Saya membaca dengan penuh minat tulisan Yusof Harun, kolumnis Sinar Harian, bertajuk “Media Barat mula hentam Anwar” yang menyentuh perubahan sikap media Barat terhadap Anwar Ibrahim.

Latar belakang penulis yang pernah menerbitkan buku, “Dialog Dengan Pemimpin”, 1986, Penerbitan Pena, di mana Anwar merupakan salah seorang yang disorotinya menjadikannya semakin kredibel untuk menulis tentang Ketua Umum PKR itu.

Sudah tentu penulis mampu membuat pengamatan kritis antara Anwar pada tahun 1980-an dengan masa kini. Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Anwar & Amerika

Godfather Anwar : Dulu Paul Wolfowitz, sekarang Al Gore

Anwar_AlGore2

Wartawan Barat dari Executive Intelligence Review (EIR), Michael Billington dalam tulisannya bertajuk “Gore’s Racist Assault Against Malaysia”(2008)[klik di sini] sudah menulis bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘aset yang dikongsi bersama’ oleh dua orang Zionis Amerika Syarikat iaitu Paul Wolfowitz dan Al Gore.

Anwar bergilir-gilir bertuankan kepada kedua-dua godfather Zionis ini mengikut suasana politik Amerika Syarikat. Siapa yang lebih berkuasa, maka tokoh Zionis itu akan dihampiri. Manakala kedua-dua Zionis ini saling bergilir-gilir berkongsi aset mereka (Anwar Ibrahim) asalkan aset itu bersedia melaksanakan misi mereka.

Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Amerika

Anwar Ibrahim : Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR, New York (II) ?

Oleh AIDC

Ketika artikel ini ditulis (2 Oktober 2009), Anwar masih lagi berada di Amerika Syarikat. Anwar dan Azizah bertolak dari KLIA, pada 24 September 09 [klik di sini] dan sampai di New York pada 25 September 09 [klik di sini]. Nampaknya begitu padat jadual Anwar di Amerika, menjelajah dari negeri ke negeri. Dari New York, Florida, San Francisco dan lain-lain lagi [klik di sini]. Begitu sibuk Anwar, bermesyuarat di pelbagai tempat yang berlainan, terpaksa bertukar-tukar penerbangan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Siapa Anwar, hingga begitu penting menghadiri pelbagai jemputan mesyuarat ? Siapa penaja Anwar dan apa tujuan ditaja, hingga menerbangkan Anwar ke pelbagai destinasi? Continue reading

9 Comments

Filed under Anwar & Amerika, Anwar & Yahudi

Anwar Ibrahim: CFR, Bangsa Terpilih dan Israel

Oleh AIDC

Pada tahun 1977, Thomas Dye seorang pengalisis politik telah menyampaikan ucapannya kepada the Southern Political Science Association di the University of California, Santa Cruz. Topiknya adalah: ‘Dakwaan peranan organisasi penentuan dasar ‘swasta’ dalam menentukan hala tuju Amerika Syarikat’. Ucapannya itu telah diterbitkan pada tahun 1978 dalam journal penyelidikan ( The Journal of Politics) dan keseluruhan ucapannya menumpukan peranan the Council on Foreign Relations (CFR) dalam penentuan dasar luar Amerika Syarikat. Continue reading

5 Comments

Filed under Anwar & Amerika, Anwar & Yahudi

Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

Oleh : AIDC

Semua rakyat Amerika tahu Steve Clemons seorang blogger terkemuka. Dia juga merupakan pemikir politik Amerika dan penulis terkenal. Di bolgnya, The Washington Note, dia dedahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam dua organisasi paling bahaya di Amerika. Dua organisasi rahsia yang dimaksudkan itu berkait dengan badan perisikan luar Amerika (Foreign Policy). Continue reading

2 Comments

Filed under Anwar & Amerika

Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson


Oleh : AIDC

Mary Robinson merupakan salah seorang kenalan Anwar Ibrahim yang kedua-dua mereka merupakan anak buah Al Gore bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

Sekitar tahun 1990-an, Anwar Ibrahim dan Mary Robinson merupakan penyokong kuat parti Demokrat Amerika pimpinan Presiden Bill Clinton dan Al Gore. Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998), manakala Mary Robinson pula Presiden Ireland (1990-1997). Continue reading

4 Comments

Filed under Anwar & Amerika

Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah

Oleh: AIDC

Rencana berikutnya merupakan beberapa tulisan yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Amerika yang dibuat secara bersiri. Untuk siri yang pertama, ditulis satu rencana khusus berkenaan dengan hubungan Anwar Ibrahim dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

Secara ringkas hubungan mereka berdua boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu hubungan ketika Anwar jadi TPM (1994-1998); hubungan semasa Anwar dipenjarakan (1998-2004) dan hubungan selepas Anwar dibebaskan (2004-2007) Continue reading

8 Comments

Filed under Anwar & Amerika