Category Archives: Anwar & Liwat

Demokrasi, Hak Asasi & Kebebasan maknanya halalkan homoseksual ?

Sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004), kalimah ‘Demokrasi, Hak Asasi dan kebebasan’ banyak keluar dari mulutnya. Barangkali kerana kalimah-kalimah itu masih baru, maka kita tidak memahami dengan tepat.

Mungkin kepada Anwar kalimat azimat ‘Demokrasi’ bukanlah perkara baru. Sudah lama dipraktikkan, sejak dari zaman belia lagi, tetapi kerana disulami dengan ‘ayat-ayat agama’, kita tidak nampak maksud sebenar Anwar. Memang Anwar suka cakap berkias-kias, bombastik dan dipenuhi dengan metafora, hingga kita tidak dapat menangkap maksud sebenar ucapannya. Buangkan kiasan, bombastik dan metafora itu kita akan jumpa maksud sebenarnya.

Continue reading

Advertisements

2 Comments

Filed under Anwar & Liwat

Apa yang Wan Azizah beritahu Ezam ?

Wan Azizah Told Ezam

Jika anda ingin mencari salah seorang inner circle dan paling rapat dengan Anwar. Ezam lah jawapannya. Bukan setakat itu, malah Ezam sanggup ‘mempertaruhkan’ nyawanya semata-mata untuk membela bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ezam terus menyertai gerak kerja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Pada tahun 1994, ketika berusia 26 tahun, dia telah dilantik sebagai Timbalan pengarah IKD. Satu jawatan yang cemerlang jika dibandingkan dengan usianya.

Continue reading

2 Comments

Filed under Anwar & Liwat

Anwar, Homoseksual & Vox Populi Vox Dei

Oleh : AIDC

Tiada siapa sangka, hari ini Anwar masih dibelenggu dengan masalah sama yang pernah dialaminya sejak 10 tahun lalu. 2 September 1998, merupakan tarikh paling pahit kepada Anwar dan para penyokongnya. Pada tarikh itulah berakhirlah karier Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apabila jam 7.00 petang, dia menerima surat pemecatan sebagai ahli UMNO daripada Presiden UMN0, Dr Mahathir Mohamad. Continue reading

9 Comments

Filed under Anwar & Liwat

Kenapa Timbalan Presiden PKR kata Anwar peliwat, agen Amerika, penjual maruah Melayu?

Kongres PKR telah bermula semalam. Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR memulakan gelanggang dengan merasmikan perhimpunan Wanita dan AMK.

Dalam banyak butiran ucapan Dr Syed Husin Ali, sempat juga beliau melontarkan bola tanggung, tetapi tidak dinafikan sepenuhnya. Kata Timbalan Presiden PKR itu, “Anwar sering dituduh sebagai peliwat, agen Amerika, menjual maruah Melayu, tetapi rakyat Malaysia menolaknya, buktinya lima negeri telah ditawan oleh PR. Continue reading

1 Comment

Filed under Anwar & Liwat

Kes liwat Anwar – Saiful masih belum terurai simpulan

Hari ini, 31 Oktober, prosiding kes liwat Anwar – Saiful disambung kembali setelah ditangguh 8 Oktober lalu. Bermula dari tarikh laporan polis oleh Saiful, 28 Jun; tarikh didakwa di Mahkamah Sekyen Jalan Duta, 7 Jun hingga ke hari ini, 31 Oktober, pelbagai ‘drama selingan’ mewarnai perbicaraan tersebut. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Liwat

Kes Liwat – Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas?

Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing.
Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Liwat

Anwar & Saiful mencongak tarikh 26 Jun & 24 September

Kenapa Anwar gugurkan barisan peguam senior mengendalikan kes liwat 2008 ? Kenapa pula tidak kekalkan Zulkifli Nordin, sedangkan sebelum ini, beliau setia menjadi peguambela Anwar ?. Dari kanan Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh. Christopher telah meninggal dunia. Kecuali Sankara, kesemua yang lain tidak lagi menjadi peguam Anwar

Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembancuh kopi Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Liwat