Monthly Archives: January 2012

Hujah Anwar ‘Two State Solution’, Sah Sokong Negara Israel !

Akhirnya Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa dia mahukan formula ‘two state solution’ (formula dua negara) ketika menjawab isu Wall Street Journal (WSJ), 26 Januari 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’

Petikan di atas adalah jawapan Anwar sendiri bertajuk ‘Jangan putar belit kenyataan demi menghambur fitnah’. Continue reading

3 Comments

Filed under Anwar & Yahudi

The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel

Penegasan Anwar dengan berkata, “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” seperti dilaporkan dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan, bukan sesuatu yang mengejutkan bahkan mengukuhkan fakta yang sedia ada.

Memetik kata-kata Dr Hassan Ali, “kalau kita tengok balik..itulah pandangan peribadi..pandangan asasi yang dipegang oleh saudara Anwar Ibrahim” !

Itu pandangan kredibel, seorang tokoh yang masuk PAS, sejurus selepas Anwar dipecat dari UMNO pada September 1998. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Apabila Barat Mula Hentam Anwar…

Saya membaca dengan penuh minat tulisan Yusof Harun, kolumnis Sinar Harian, bertajuk “Media Barat mula hentam Anwar” yang menyentuh perubahan sikap media Barat terhadap Anwar Ibrahim.

Latar belakang penulis yang pernah menerbitkan buku, “Dialog Dengan Pemimpin”, 1986, Penerbitan Pena, di mana Anwar merupakan salah seorang yang disorotinya menjadikannya semakin kredibel untuk menulis tentang Ketua Umum PKR itu.

Sudah tentu penulis mampu membuat pengamatan kritis antara Anwar pada tahun 1980-an dengan masa kini. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Amerika