Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng

lge-kroni Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

‘Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.

Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.

Ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.

Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.

kok peng-lge

Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama Choot Ewe Seng (Presiden PCCC) . Mesyuarat bersama Kerajaan Pulau Pinang dengan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Di belakang Ewe Seng adalah Tan Kok Ping

Miss P, pemilik banglo yang dibeli Guan Eng juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PCCC itu.

Wanita pemilik asal banglo itu, Miss P berada di bawah kepimpinan terbaharu PCCC pimpinan Ewe Seng yang dinasihati oleh Tan Kok Ping.

Rujuk senarai terbaharu pimpinan PCCC seperti lampiran di bawah.

Pada tahun lepas, isteri Guan Eng sendiri, Betty Chew dilantik PCCC sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu, namun apabila berita itu menjadi kontroversi, Betty Chew menarik diri daripada mengangotai organisasi tersebut.

Rangkaian kroni Guan Eng

Satu-satunya isu yang paling menonjol di sebalik skandal banglo Jalan Pinhorn milik Miss P itu adalah rangkain kroni Guan Eng.

triad-lge

Tan Kok Ping, Goh Choon Lye dan Lim Guan Eng

Ia bermula dari Tan Kok Ping, Penasihat Eksekutif PCCC sendiri.

Stop The Lies mendedahkan Tan Kok Ping merupakan orang kanan kepada taikun judi Sports Toto, Vincent Tan Di Pulau Pinang.

Tan Kok Ping juga tidak asing dengan kontroversi kerana beliau juga adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh” atau kumpulan kongsi gelap Merah di Pulau Pinang.

“Kok Ping juga dikaitkan dengan beberapa kejadian yang dipertikaikan terutamanya yang pada tahun 2002 ketika beliau menjadi pengerusi eksekutif Magnum Corp Berhad (syarikat judi milik Vincent Tan) di mana beliau telah disoal siasat selama tiga jam oleh pihak polis di Bukit Aman berkaitan dengan surat palsu yang didakwa digunakan untuk mencapai kedudukannya dalam syarikat itu.

“Kenyataan beliau direkodkan oleh pasukan B yang diketuai oleh A. Thaiveegan daripada Jabatan Jenayah Komersial Polis Persekutuan.

“Apabila New Straits Times melaporkan berita itu, beliau telah menyaman akhbar itu tetapi beliau telah kalah saman itu apabila beliau gagal membuktikan kesnya terhadap NST,” lapor Stop The Lies.

Hubungan baik Kok Ping dengan Guan Eng amat rapat apabila beliau mewakili syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3 ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah sebenar untuk tanah Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Pulau Pinang) di Gergetown adalah bernilai RM1.5 billion.

Mereka berdua (Guan Eng-Kok Ping) digambarkan sangat rapat, sering kali bercakap melalui telefon dan boleh berjumpa dengan Ketua Menteri bila-bila masa tanpa perlu melalui proses temu janji.

“Pada tahun 2011, masyarakat India Muslim sangat marah dengan Guan Eng dan mencabar Guan Eng untuk ‘bertumbuk’ di KOMTAR dan juga kejadian di Teluk Kumbar di mana Ketua Menteri hampir diserang oleh kemarahan masyarakat Melayu.

“Apabila Kok Ping mengetahuinya melalui perbualannya dengan Guan Eng, beliau amat marah dan segera mencadangkan agar ditubuhkan skuad perlindungan persendirian khas untuk melindungi Guan Eng.

“Kok Ping menawarkan sumbangan RM1 juta sebagai pembiayaan awal untuk penubuhan skuad khas itu.

“Oleh itu, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan dan Guan Eng melancarkannya pada 17 September 2011.

“Sudah tentu, PPS direka secara rasmi sebagai unit sukarelawan untuk memerangi jenayah kerana ia meronda di sekeliling bandar dengan jaket rasmi (berwarna unggu) mereka, menaiki motosikal dan bersenjata ‘walkie talkie’ tetapi agenda tersembunyi ialah untuk menyediakan pasukan keselamatan untuk Guan Eng di Pulau Pinang.

“Ahli-ahli skuad PPS juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua anggota exco kerajaan negeri. Mereka (PPS) diletakkan di bawah seliaan ahli exco Phee Boon Poh,”lapornya lagi.

pasukan-peronda-pp

Phee yang disebut oleh Stop The Lies adalah individu yang sama yang membacakan akuan bersumpah Miss P bagi membela Guan Eng dalam isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Pada tahun 2014, PPS yang dinaungi Kok Ping dan diselia oleh Phee itu menjadi kes polis apabila anggota PPS memukul individu-individu yang mengkritik pentadbiran Guan Eng.

Ong Eu Soon, seorang pencinta alam, aktivis NGO, ALIRAN telah dibelasah oleh lebih kurang 10 anggota PPS kerana mengkritik projek Terowong Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pernah mendedahkan sesetengah anggota PPS adalah bekas ahli kongsi gelap yang pernah terlibat dengan jenayah ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam.

“Siasatan polis juga mendapati seorang daripada 11 lelaki itu merupakan anggota kongsi gelap dan lelaki berusia 50 tahun itu pernah ditahan menurut Ordinan Darurat,”katanya.

Taikun kongsi gelap pakai baju korporat

Loh Geok Beng adalah bekas Timbalan Presiden PCCC di bawah kepimpinan Tan Kok Ping.

Menurut Stop The Lies, sebelum ini Loh dikenali sebagai Ooi Gan @ Loh Gan.

pccc1

Tan Kok Ping (tiga dari kanan) dan Loh Geok Beng (dua dari kanan) merupakan bekas Presiden dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)

“Dia (Loh) terkenal Pulau Pinang sebagai geng kongsi gelap yang dikenali sebagai geng Pheh – geng kongsi gelap sama seperti Tan Kok Ping.

“Untuk masa yang panjang, Ooi Gan @ Loh Gan adalah seorang gangster menakutkan yang mampu melakukan keganasan dahsyat.

“Dia terlibat dalam satu kes pembunuhan tetapi bukti tidak mencukupi untuk mendakwanya dan kerana itu dia telah ditahan di bawah Ordinan Darurat dan telah dibuang negeri di bawah Akta Penduduk Terhad,” dedahnya.

Selepas tamat tempoh buang negeri, Loh kembali semula ke Pulau Pinang pada tahun 1988 dan memulakan hidup semula sebagai kontraktor kecil yang dikenali sebagai Wah Bee Engineering Construction.

“Dia juga telah menukar namanya kepada yang lebih terhormat iaitu Loh Geok Beng dan membuang dua nama alias yang berkaitan dengan sejarah gelap dan jenayahnya,”dedahnya lagi.

Loh dan Kok Ping yang menaja PPS sebagai pegawal keselamatan Guan Eng.

“Bersama-sama dengan Tan Kok Ping, mereka menyediakan peruntukan awal bagi PPS – Skuad peronda di Pulau Pinang yang anggotanya sebenarnya diambil dari kumpulan-kumpulan kongsi gelap tetapi kini disahkan sebagai samseng berlesen.

“Tidak hairanlah salah satu daripada pemimpin pasukan PPS telah menyerang wartawan dan didakwa serta didenda di mahkamah,” dedahnya.

Hasil hubungan baik Loh dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng, dia telah diberi projek Kampung Buah Pala yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu.

“Pada 27 Mac 2008, Lim Guan Eng mengeluarkan dokumen hak milik tanah baru di Kampung Pala kepada pemaju selepas menerima RM 2.24 juta dalam premium khas dan seterusnya pemaju yang dilantik syarikat Loh iaitu Wabina Construction and Engineering.

“Penduduk Kampung Pala dihalau secara paksa tanpa pampasan yang mencukupi.”

logo-dan-tatoo-kumpulan-kongsi-gelap-di-malaysia-2013

aktiviti kongsi gelap

Red Rock Hotel

Menurut Stop The Lies, Guan Eng mula-mula dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada malam 8 Mac 2008 melalui satu mesyuarat di sebuah bilik hotel di Red Rock Hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Red Rock Hotel adalah ibu pejabat operasi DAP secara tidak rasmi kerana di situ juga terdapat bilik perang DAP (war room) untuk PRU12 pada tahun 2008.

red-rock-hotel-george-town

“Di Red Rock Hotel, Lim Guan Eng “mencalonkan” dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri baharu Pulau Pinang dan yang bodoh adalah Chow Kon Yeow, pemimpin paling kanan DAP Pulau Pinang yang tidak bersedia dengan kejutan itu apabila beliau tidak boleh menyuarakan apa-apa bantahan kepada Lim Guan Eng yang telah merampas jawatan yang sepatutnya menjadi miliknya.”

Hotel Red Rock Hotel dimiliki oleh kroni Guan Eng iaitu dua orang gangster tempatan, yang bernama Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng yang berkongsi perniagaan dalam syarikat Red Rock Construction Sdn Bhd.

“Mereka (Lam Peng dan Nam Seng) adalah daripada kumpulan kongsi gelap “Hung Mun” – bermaksud “Pintu Merah” dalam bahasa Cina, semua ini diambil daripada pengaruh Maharaja Ming dari negara China.

“Mereka telah melakukan pelbagai perkara melalui penubuhan syarikat-syarikat Red Rock Group- yang mengendalikan aktiviti dadah, penyeludupan, perjudian, ‘bookies’, samseng, peras ugut, pelacuran, maksiat, pinjaman ah long, pengubahan wang haram dan kini telibat dalam membangunkan hartanah.

“Lelaki ini, Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng, yang memiliki Red Rock Hotel juga menganjurkan disko dan pusat hiburan besar di Jalan Abu Sittee di mana muzik pusat hiburan itu berdenyut dari lewat malam ke awal pagi.

“Mereka juga merupakan pembekal pil ‘Ecstasy’ dan ‘Ketamin’ atau juga dikenali sebagai pil ‘Happy 5’ untuk mereka yang mahukan suasana “feng tau” (suasana disko) dan kegilaan dalam minuman keras mereka.

“Kemudian terdapat wanita-wanita, PRO-PRO dan pelacur yang mudah didapati untuk pelanggan-pelanggan mereka, di Red Rock Hotel, terdapat bilik tertentu disediakan untuk penginapan secara “jam” yang berguna untuk kegiatan maksiat itu.”

lge-girls

lge-girls1

Pemaju hartanah dan pelacur

Stop The Lies turut mendedahkan tentang Low Eng Hock pemilik Ivory Properties Group Berhad, syarikat kroni Guan Eng.

“Low Eng Hock mendapat gelaran Datuk dan melalui perangkapnya yang mengunakan wanita-wanita karaoke yang juga bertindak sebagai PRO (Professional atau Prostitute), pengiring sosial (escort) dan pelacur.

“Dia (Low) memiliki maklumat sulit yang tebal daripada ramai pemimpin DAP dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dari Lim Guan Eng, Phee Boon Hock, Lim Hock Seng, Ng Wei Aik, Jeff Ooi dan lain-lain semua dalam rekod sulit (aktiviti gelap) itu.

“Low tahu siapa ahli politik yang telah mengadakan hubungan sulit dengan wanita-wanita karaoke di bawah bayarannya – yang telah menyimpan wanita-wanita itu sebagai perempuan-perempuan simpanan mereka.

“Sesetengah daripada mereka telah dirakam dalam bentuk video, dan rakaman gambar-gambar, semuanya boleh dijadikan bukti berguna kepada Low suatu hari nanti..

“Ini adalah senjata pemusnah besar-besaran kepada Low terhadap kerajaan DAP negeri dan dia akan menggunakan senjata itu untuk memeras ugut supaya ahli-ahli politik dapat dikekang dan memastikan keputusan dibuat memihak kepadanya.

“Sebab itulah dia telah mendapat hartanah di Bayan Bay dengan harga murah dan menjadikan dia sebagai seorang jutawan untuk syarikatnya Ivory Properties serta duit poket peribadi sendiri – sudah tentu, sesetengah wang itu akan dimasukkan ke akaun bank rahsia Lim Guan Eng di Hong Kong dan Taiwan.”

lge mers

empayar kroni lge

1 Comment

Filed under Uncategorized

One response to “Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng

  1. Pingback: ‘Miss P’ Buka Rahsia Sulit Guan Eng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s