Monthly Archives: February 2012

Terjawab Persoalan Bakri Musa Label Anwar Sebagai Sadat..

Ketika seorang warganegara Malaysia, Dr Bakri Musa yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Anwar Sadat, ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan label buruk seumpama itu.

Label Dr Bakri dibuat pada 12 Oktober 2006 selepas mendengar ceramah Anwar bertajuk “Democracy and the Muslim World” di Stanford University, AS.

Namun, setelah hampir tujuh tahun berlalu, pengamatan doktor pakar dari California itu ternyata benar, apabila Anwar mempertahankan kenyataannya mempertahankan keselamatan Israel di Wall Street Journal baru-baru ini. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Bukti Sokong Israel : Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.

Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.

Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O’Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.

Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Sejak 2005, Aktivis Yahudi Sudah Sahkan Anwar Pro-Israel

Nampaknya Anwar Ibrahim bertegas dengan prinsipnya mahu memberi pengikrirafan Negara Israel, walaupun bersyarat selagi mana Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Bermakna boleh dibaca, kata dua Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz yang mendesak Anwar tarik balik kenyataan itu di WSJ (jika Anwar memang berpendirian sepertimana dilaporkan) atau menyaman WSJ sepertimana dia ghairah menyaman Utusan Malaysia dan media tempatan (jika sekiranya WSJ tersalah lapor), tidak mengugat pegangannya yang sudah diputuskannya.

Dalam pada memperlembutkan kata dua itu menjadi ‘teguran yang sopan’, ironiknya Anwar pula berdiri teguh mempertahankan pendapatnya yang boleh ditafsir sebagai menyanggah kebijaksanaan seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS yang membuat keputusan tersebut. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Justifikasi Anwar Pro Israel Adalah ‘Muslim Sekular’

Wawancara Mingguan Malaysia dengan Profesor Dr Chandra Muzaffar hari ini memberi maklumat tambahan apa yang telah kita tahu sebelum ini.

“Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab.

“Yayasan ini diilhamkan oleh Liz Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Liz Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian,”kata Dr Chandra ketika ditanya berkaitan soalan apa kesannya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri memandangkan latar belakang Ketua Umum PKR itu pernah menjadi Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Penglibatan Anwar Ibrahim dalam sokongan kepada sebuah Negara Israel terlalu ketara. Tidak dapat disangkal dengan aqal yang waras.

Bukti kenyataan di The Wall Street Journal (WSJ) hanyalah tip of the iceberg, lebih mendasar lagi, lebih kukuh lagi, buktinya, penglibatannya dalam menggerakkan misionari kerajaan Amerika Syarikat (AS), pimpinan Presiden George W. Bush, Foundation For The Future(FFF).

Pendedahan hasil siasatan Government Accountability Project (GAP) atau Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan, sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk “The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal” pada Julai 2010 menyerlahkan peranan Anwar Ibrahim sebagai tali barut Presiden Bush mulai 2006-2007 tidak dapat disangkal lagi. Continue reading

1 Comment

Filed under Anwar & Yahudi

The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel II

Meskipun Celine Fernandez, wartawan Wall Street Journal (WSJ) membuat pembetulan untuk rencana pertama, namun pegangan Anwar masih kerangka menyokong Negara Israel.

Rencana pertama oleh Shibani Mahani, 26 Jan, wartawan WSJ melaporkan Anwar berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”

Bacaan tersurat, Anwar mendahulukan sokongan sepenuhnya terhadap usaha menjaga keselamatan Negara Israel berbanding dengan keselamatan Palestin.

Bacaan tersirat, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, dia bersedia membuka hubungan diplomatik Malaysia-Israel dengan syarat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Apa Anwar Buat Di Turki ?

Kalau ikut dari mulut Anwar, hanya Recep Tayyip Erdoğan yang jemputnya untuk bersyarah kepada Perdana Menteri Turki itu tentang ‘Islam, Demokrasi dan Kebebasan’.

Itu persepsi yang cuba Anwar gambarkan dalam twitter-twitternya yang menunjukkan kehebatannya hinggakan Perdana Menteri Turki yang sedang memerintah sekarang tidak mampu memimpin negara itu tanpa tunjuk ajar Anwar.

Namun, apabila Dr Wan Azizah (Presiden PKR), Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) juga turut hadir bersama Anwar ke Turki, persepsi yang cuba digambarkan itu tidak tepat, kerana tidak logik satu saff kepimpinan PKR yang bukan pemerintah mahu mengajar Recep Tayyip Erdoğan yang sedang memerintah.

Jadi, apa yang sebenar Anwar dan pimpinan PKR buat di Turki ? Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam