Category Archives: Malaysia Baru

Ulama VS Liberal : Pastinya Dr Bridget Welsh Sokong Mat Sabu

Pemerhati asing mula menunjukkan minat terhadap pemilihan PAS sejak dari tahun 2009, iaitu selepas Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12)

Kehadiran Dr Bridget Welsh pada Muktamar PAS ke-55 tentunya menarik perhatian. Welsh hadir sebagai pemerhati di sayap wanita (muslimah) parti itu sambil ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Continue reading

Leave a comment

Filed under Malaysia Baru

Sang Saka Malaya : Hishamuddin Rais Dakwa PAS Sebaris Sosialis ?

Hishamuddin Rais dan Datuk A. Samad Said adalah dua watak yang masih hidup ketika berlakunya tragedi berdarah rusuhan kaum, 13 Mei 1969.

Hishamuddin Rais juga dikenali sebagai Isham ketika itu masih belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1971 menyertai Kelab Sosialis (the Socialist Club), platform untuk jawatan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974 dan selepas itu melarikan diri ke luar negara tanpa menghabiskan pengajian kerana takut ditahan ISA. Continue reading

Leave a comment

Filed under Malaysia Baru

Helen Ang, Refleksi PRU Sarawak & PRU 2008

Helen Ang, bekas penyelidik dan kolumnis Mkini dotcom

Satu ketika dahulu, Mkini dot com pernah menggelarkan Helen Ang sebagai ‘penyelidik dan kolumnis’, mungkin sekarang portal itu telah melupakan gelaran tersebut, setelah kolumnya dipadamkan dan perkhidmatan kolumnis itu dibekukan.

Tetapi, minda Helen Ang ketika menulis di Mkini dot com dengan blog sendiri helenang.wordpress.com/, adalah kotak fikir daripada individu yang sama.

Bak kata orang tua, ‘umpama air mengalir, sekalipun disekat, jika ada ruang, ia tetap mengalir jua’, begitulah juga minda Helen Ang, meskipun disekat di Mkini dot com, namun ia tetap ‘mencurah’ jua di blognya sendiri.

Saya tergerak hati untuk menemuinya, kerana perbezaan kotak minda itu, saya ingin belajar sesuatu darinya, sesuatu yang saya tidak ada yang mungkin ada padanya.

Dan saya memperolehi sesuatu daripadanya. Continue reading

Leave a comment

Filed under Malaysia Baru