Monthly Archives: September 2013

Kalau Bukan Dalang, Kenapa Kit Siang Ditahan ISA 18 Mei 1969 ?

Kalau bukan dalang 13 Mei, kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ?

Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 ditempatkan pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970.

Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan, satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang ditahan tanpa ada kaitan dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei.

Namun, hingga kini, selepas 44 tahun masa berlalu, Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu, sekaligus mengesahkan penahanannya enam hari selepas tragedi berdarah itu adalah tepat dan tidak mampu disangkal olehnya. Continue reading

Advertisements

4 Comments

Filed under DAP

Sang Saka Malaya : Hishamuddin Rais Dakwa PAS Sebaris Sosialis ?

Hishamuddin Rais dan Datuk A. Samad Said adalah dua watak yang masih hidup ketika berlakunya tragedi berdarah rusuhan kaum, 13 Mei 1969.

Hishamuddin Rais juga dikenali sebagai Isham ketika itu masih belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1971 menyertai Kelab Sosialis (the Socialist Club), platform untuk jawatan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974 dan selepas itu melarikan diri ke luar negara tanpa menghabiskan pengajian kerana takut ditahan ISA. Continue reading

Leave a comment

Filed under Malaysia Baru