Category Archives: Anwar & Islam

Kalimah Allah Diperjudi Untuk Jadi PM

Tuntutan DAP mahu kalimah Allah dikongsi dan diguna pakai oleh penganut Kristian bukan kebetulan. Semuanya terancang. Dituntut oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP (posisi paling power), sebagai mesej sambutan Krismas 2012 di mana bakal menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.

Disokong pula oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membawa maksud seluruh kepimpinan DAP sepakat memperjuangkan kalimah Allah untuk diberi kepada penganut Kristian.

Isu kalimah Allah bukan perkara baru. Pernah dibangkitkan pada tahun 2010. Ketika itu Anwar paling lantang berkempen kalimah Allah diberikan kepada Kristian. Anwar pula mendakwa PAS turut bersetuju dengan saranannya itu, meskipun segelintir daripadanya menentang. DAP pula mendiamkan diri, membiarkan sahaja Anwar memainkan peranannya. Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Akhirnya Anwar Pilih JalanTelawi

Benar pendapat Ustaz Hazizi Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA yang mengatakan pendokong-pendokong Islam Liberal Malaysia tidak akan mengaku mereka adalah penganut fahaman tersebut, namun melalui kenyataan, isyarat dan tindak balas individu tersebut, kecenderungan aliran ideologinya dapat dikenal pasti.

Menurutnya, pendokong-pendokong Islam Liberal menyuntik ideologi mereka secara halus, menggunakan dalil Al Quran dan Hadis yang ditafsirkan mengikut logik akal bertujuan untuk mengelirukan atau menjerat golongan muda supaya bersama-sama menganut fahaman mereka.

Pengkaji Islam Liberal, Dr Adian Husaini juga memberi pendapat yang sama tentang modus operandi pendokong Islam liberal di Indonesia.

Menurutnya, pendokong-pendokong Islam liberal Indonesia menggunakan bahasa indah, berbaur Islamis, tetapi dalam masa sama turut disuntik racun-racun liberalisme dan pluralisme.

Dedahnya lagi, pendokong-pendokong liberal suka berselindung di sebalik sosok tubuh tokoh-tokoh terkenal sebagai daya tarikan umum. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Suara Nurul Izzah Penyambung Lidah IFC

“Bukan suara terasing, tetapi sambungan rentetan kes yang panjang”, begitulah kesimpulan Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM ke-6 ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Gereja Tabernacle, 3 November.

Yusri membuat kesimpulan itu ketika berdiskusi dalam forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 8 November.

Mengukuhkan lagi hujah, Yusri menceritakan pengalamannya semasa menjadi Presiden ABIM dan Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang bergelut dengan kes murtad, wanita Melayu bernama Azlina Jailani. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Dengan PAS, DAP & Tentera Kristian, Mampukah Anwar Jadikan Malaysia Negara Liberal ?

Mungkin ramai tidak perasan, PKR kini sudah hampir sinonim dengan polisi DAP, berteraskan Negara Sekular yakni sebuah Negara Liberal, Bebas dan Demokratik yang berpaksikan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi.

Mungkin juga kerana hala tuju politik baru PKR selepas pasca pembebasan Anwar 2004 itu, menyebabkan tokoh-tokoh pengasas awal seperti Dr Chandra, Lokman Noor Adam, Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Noordin, Zahrain, Dr Halili (sekadar menyebut beberapa nama) terpaksa keluar parti. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Perjuangan Islam Anwar Diragui Sejak Dibebas Penjara 2004..

Kenyataan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merumuskan bahawa Anwar Ibrahim hari ini bukan lagi pejuang Islam sewajarnya dipandang serius.

Ini kerana sebagai presiden sebuah gerakan Islam, kenyataan ustaz Abdullah Zaik dianggap autoriti dalam membandingkan hala tuju Anwar sekarang yang dahulunya, sewaktu usia muda pernah melaungkan ‘Islam sebagai satu cara hidup’ ketika meneraju Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Banyak lagi slogan-slogan Islamis yang dicanang ketika itu, termasuk, ‘Insan Kamil,’ ‘Generasi Rabbani’ atau ‘Generasi Quranik’, iaitu dan sebagainya.

Namun, kini prinsip perjuangan Islam Anwar seperti ditegaskan oleh Presiden ISMA perlu dinilai kembali memandangkan bekas Presiden ABIM itu mutakhir ini sering dilihat bersama kelompok-kelompok liberal misalnya terbaru bersama Mubasyar Jawid Akbar, pengarah editorial majalah mingguan India Today. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Anwar Ibrahim Demokrat Palsu

Apakah jenis Islam yang dianuti Anwar ? soal wartawan Malaysiakini, Susan Loone ketika menulis “Anwar grilled on press freedom, homosexuality, communism” tentang ceramah Ketua Umum PKR itu dalam majlis FCCT (Foreign Correspondence Club of Thailand) di Bangkok pada tahun 2007.

Soalan Susan Loone itu merupakan soalan peserta dalam program FCCT di Bangkok itu.

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada tulisan Susan Loone itu dan tulisannya dianggap kredibel untuk membahaskan tentang sikap Anwar Ibrahim dari sudut demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Ledakan Rumah Urut Selangor Simbol Kejayaan Reformasi, Liberalisme Anwar Ibrahim

Jika di Indonesia, selepas zaman Reformasi dan Presiden Suharto dijatuhkan, maka bertapaklah Majalah Playboy yang selama ini menjadi majalah larangan untuk negara umat Islam terbesar di rantau ini.

Menurut Erwin Arnada, editor majalah Playboy versi Indonesia, majalah itu merupakan simbol kebebasan media sebagai salah satu pengisian makna demokrasi pasca zaman reformasi.

Di Malaysia, tokoh yang paling lantang melaungkan slogan ‘reformasi’ adalah Anwar Ibrahim yang dilaung-laungnya selepas dilucutkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam