Monthly Archives: July 2012

Ledakan Rumah Urut Selangor Simbol Kejayaan Reformasi, Liberalisme Anwar Ibrahim

Jika di Indonesia, selepas zaman Reformasi dan Presiden Suharto dijatuhkan, maka bertapaklah Majalah Playboy yang selama ini menjadi majalah larangan untuk negara umat Islam terbesar di rantau ini.

Menurut Erwin Arnada, editor majalah Playboy versi Indonesia, majalah itu merupakan simbol kebebasan media sebagai salah satu pengisian makna demokrasi pasca zaman reformasi.

Di Malaysia, tokoh yang paling lantang melaungkan slogan ‘reformasi’ adalah Anwar Ibrahim yang dilaung-laungnya selepas dilucutkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Anwar Cemburu Populariti Najib Meningkat..

“Najib ‘Ditelanjangkan’ Akhbar Antarabangsa: Juara ‘Double-Talk’ Kepada ‘Demokrat Palsu’”, begitulah tajuk laman rasmi Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog, 25 Julai.

Anwar salinkan semula di laman peribadinya satu rencana dari Malaysia Chronicle, satu laman serpihan portal Malaysiakini yang diwar-warkan ada kaitan dengan Tian Chua, Naib Presiden PKR.

Mengenali Anwar, setiap rencana atau berita yang disalin semula di laman peribadinya, bermakna beliau bersetuju dengan pandangan penulis itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk menyebarluaskan kepada para pengikutnya. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Rumah Urut Di Selangor Tumbuh Seperti Cendawan Selepas Hujan..

Pada Sabtu lalu (14 Julai), saya dijemput SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan untuk meninjau pertumbuhan rumah urut di Bukit Tinggi, Klang Selangor.

Tujuan beliau memanggil saya untuk melihat sendiri apa yang diperkatakan sebelum ini adalah benar belaka.

Sebelum ini, saya pernah mempertikaikan kenyataan beliau tentang kepesatan pertumbuhan rumah urut di Selangor yang disifatkan sebagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor selepas Pilihanraya Umum ke-12. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam