Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

Pertemuan rahsia di Munich ini telah memberi seribu satu makna tersirat..

Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur menceritakan intipati pertemuan beliau, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Munich pada 2004, dalam tulisannya bertajuk Susu Kerbau Dibilang Susu Sapi” yang disiarkan di laman webnya, http://www.gusdur.net.

Dalam catatan itu, Gus Dur menulis, beliau tergesa-gesa bertolak dari Seoul, Korea Selatan (selepas menyampaikan pidato) pada 3 Oktober 2004 kerana terpaksa ke Munich untuk menghadiri pertemuan penting yang telah dirancang rapi sebelum ini dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Pertemuan penting diatur di Munich, kerana Anwar berada di situ menjalani rawatan sakit tulang belakang di Hospital Klinik Alpha Munich sejak 6 September 2004, selepas 4 hari dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar dibebaskan pada 2 September 2004, setelah Mahkamah Persekutuan menerima rayuan keduanya pada 10 Mei 2004. Meskipun ketiga – tiga hakim yang menyemak semula keputusan Hakim Datuk Arifin Jaka (8 Ogos 2000) bersepakat mengatakan terdapat aktiviti meliwat antara Anwar, Sukma dan Azizan, namun Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal. Klik di sini

Berdasarkan catatan Gus Dur itu, perjumpaan itu amat penting, dan beliau mesti mengosongkan jadual untuk menghadirinya kerana tetamu yang datang melawat Anwar adalah tokoh paling penting di Amerika ketika itu iaitu Timbalan Setiausaha Amerika.

Kesungguhan Paul Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich awal Oktober itu menyebabkan Gus Dur teruja. Apatah lagi, ketika itu Paul Wolfowitz sangat sibuk dengan urusan kerjanya di Amerika, ketika Amerika menghadapi saat – saat kritikal menyusun perancangan perang ke atas Iraq.

Kesibukan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika itu dicatat oleh wartawan Peter J. Boyer , dalam artikelnya bertajuk “The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, disiarkan di The New Yorker, 1 Novermber 2004. Klik di sini

Menurut Peter J. Boyer, sebelum Paul Wolfowitz bermesyuarat dengan Anwar dan Gus Dur di Munich, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika itu sibuk dengan taklimat peperangan ke atas Iraq kepada semua lapisan rakyat sekutu Amerika, termasuk golongan mahasiswa, pensyarah, pegawai tentera dan kerajaan di Warsaw University, Poland.

Peter J Boyer juga mencatatkan keletihan Paul Wolfowitz menaiki pesawat dari Washington ke negara sekutu Amerika semata-mata untuk proses lobi kepada kerajaan Poland supaya menyokong tindakan Amerika.

Sebelum menaiki pesawat khas di Andrews Air Force Base, Wolfowitz menerima nota yang mengecewakannya daripada bosnya, Donald Rumsfeld (Setiausaha Pertahanan Amerika) yang berucap di New York, mengesahkan , setakat hari itu, Amerika belum lagi mendapat bukti kukuh yang boleh mengaitkan kegiatan Al Qaeda dan Saddam Hussein terhadap serangan WTC, 11 September.

Berita ini sangat mengecewakan Wolfowitz kerana sebelum ini beliau bermati-matian menegaskan kepada Presiden Bush bahawa Saddam Hussein adalah ‘teroris’ yang mempunyai perkaitan rapat dengan rangkaian Al Qaeda.

Terdahulu sebelum ucapannya di Poland, Wolfowitz, Yahudi Zionist Amerika telah melawat bandar lama Warsaw, dengan kawalan tentera Poland untuk meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan Warsaw Ghetto Heroes (monumen Yahudi Ghetto di Warsaw, Poland) dan di ‘Umschlagplatz Memorial’ sebagai memperingati tiga ratus ribu Yahudi Warsaw yang telah dibunuh oleh Nazi di Treblinka.

Acara itu amat bermakna kepada Wolfowitz kerana inilah kali pertama beliau melawat tugu peringatan, ‘Umschlagplatz Memorial’ walaupun bapanya Jacob Wolfowitz dilahirkan di Warsaw. Wolfowitz juga sukar melupakan kebencian masa lampaunya ketika keturunannya terselamat daripada pembunuhan Nazi dalam peristiwa Holocaust. Dendamnya ke atas pembunuhan etnik Yahudi itu masih membara sampai sekarang.

Selepas ucapan di Poland, Wolfowitz juga telah diberi taklimat oleh Jan Nowak, bekas Polis Risikan Poland yang pernah memberi maklumat – maklumat kepada Amerika tentang kegiatan gerakan bawah tanah Nazi.

Menurut Jan Nowak, peperangan Amerika ke atas Iraq wajar diberi penjelasan kepada umum, supaya masyarakat memahami dan menyokong tindakan serangan itu. Propanganda penerangan seluas-luasnya sama seperti media Yahudi memberitahu dunia tentang peristiwa Holocaust.

Pertemuan penting Wolfowitz, Anwar dan Gus Dur

Wartawan Peter J. Boyer menulis pertemuan Wolfowitz – Anwar -Gus Dur dibuat selepas Wolfowitz membuat hentian penerbangan sementara di Munich dalam rangka lawatannya ke Poland.

Menurut penulis, Wolfowitz sanggup meluangkan masa ke Klinik Alpha, Munich kerana sudah dibuat temujanji menemui ‘dua tokoh Islam’ itu.

Wartawan itu mengambarkan ‘dua tokoh Islam’ itu iaitu Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Gus Dur (Indonesia) adalah kenalan rapat Wolfowitz sebagai ‘mata dan telinga’ Amerika dalam dunia Islam.

Mereka berdua digambarkan ‘tokoh Islam moderate’ yang pro – Barat dan sangat bertoleransi dalam keagamaan serta dijadikan sebagai ‘bahan rujukan’ mengenai dunia Islam.

Pada Wolfowitz, beliau perlu menemui kedua – dua tokoh Islam itu, kerana mahukan sokongan di atas tindakannya menyerang Iraq.

Peter J. Boyer juga mencatatkan kedua – dua tokoh Islam itu telah menunjukkan sokongan padu ke atas tindakan Wolfowitz menyerang Iraq berdasarkan bukti Anwar semasa dalam penjara Sungai Buloh telah menghantar surat mengkritik Osama ben Laden dan Saddam Hussein sebagai penjenayah perang yang didakwa sebagai perancang komplot pengeboman WTC, 11 September 2001.

Kecaman keras Anwar ke atas Osama ben Laden dan Sadam Hussein disiarkan dalam Majalah TIME bertajuk Who Hijacked Islam dan Majalah International Herald Tribune, New York bertajuk Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism pada 11 Oktober 2001.

Bacaan lanjut sila klik di sini.

Kiri, Osama Laden, Anwar kecam sebagai ‘teroris’ dalam tulisannya Majalah TIME dan International Herald Tribune (Kedua-dua majalah milik Yahudi). Kanan, Dr Yusof Al Qardawi. Azmin Ali, Naib Presiden PKR sebut, Anwar menyoal siasat ulamak itu selama lima jam untuk menentukan sama ada ulamak Mesir itu ‘teroris’ atau tidak.

Tentunya tindakan Anwar bersusah payah menulis surat dari Penjara Sungai Buloh itu sebagai sokongan paling penting ke atas Paul Wolfowitz yang secara tersirat menyokong tindakan Timbalan Setiausaha Amerika menyerang Iraq adalah tindakan yang betul. Apatah lagi kecaman ke atas Osama ben Laden dan Sadam Hussein dibuat oleh tokoh Islam sendiri.

Gus Dur pula mengesahkan kekejaman Sadam Hussein kerana beliau pernah belajar di Baghdad. Kata Gus Dur kepada Wolfowitz, beliau menjadi saksi kekejaman Parti Baath yang telah bertindak zalim ke atas rakyatnya.

Keterangan Gus Dur, ditulis Peter J. Boyer seperti berikut; “Wahid had studied in Baghdad, and that he was an early witness to the Baath Party’s atrocities. Wahid had described how Saddam’s regime “left the bodies hanging so long, the necks stretched,” Wolfowitz said. “It was in the main square in Baghdad, to send a message, to say, ‘This is who you’re dealing with from now on.’ And he said his teacher was taken away, the body was brought back in a sealed coffin, and they were told not to open it. They went ahead and opened it, and they found he’d been horribly tortured.”

Sudah tentu keterangan Gus Dur sebagai saksi dan sokongan Anwar itu sangat mengembirakan hati Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dan Paul Wolfowitz mampu berhujah kepada rakyat Amerika bahawa tokoh-tokoh Islam sendiri menyokong tindakan Amerika menyerang Iraq.

Hubungan Gus Dur, Anwar dengan Paul Wolfowitz bermula sejak 1980-an lagi, ketika itu Wolfowitz adalah Penolong Setiausaha Negara Amerika untuk Asia Tenggara dan pernah menjadi duta Amerika di Indonesia.

Wolfowitz pula amat teruja dengan sikap toleransi Gus Dur kerana bukan sahaja pro- Barat malah pro – Israel.

Sokongan Gus Dur kepada Israel itu dibuktikan dengan penglibatan beliau dalam program – program ; International Strategic Dialogue Center, Netanya University, Israel; Member of International Board along with Mikhail Gorbachev, Ehud Barak and Carl Bildt; Shimon Perez Center for Peace, Tel Aviv, Israel; International Islamic Christian Organization for Reconciliation and Reconstruction(IICORR ), London, England, International and Interreligious Federation for World Peace (IIFWP), New York, USA; World Conference on Religion and Peace (WCRP), New York, United States dan lain -lain.

Maka dengan sokongan ini, tidak hairan Gus Dur diberi anugerah dan liputan media asing antaranya : Paul Harris Fellow, The Rotary Foundation of Rotary International; Public Service Award, Columbia University , New York, United States; The Culture of Peace Distinguished Award 2003, International Culture of Peace Project Religions for Peace, Trento, Italy; Global Tolerance Award, Friends of the United Nations, New York, United States; Ambassador of Peace, International and Interreligious Federation for World peace (IIFWP), New York, United States; Magsaysay Award, Manila , Philippine; Figure of the Year 1990 (Tokoh 1990), Editor Magazine, Indonesia dan lain -lain

Lihat bukti kaitan Gus Dur menyokong Israel klik di sini.


Wolfowitz tugaskan Anwar Ibrahim sebagai “Jurubicara Barat – Dunia Islam”?

Dalam catatan Gus Dur pula beliau menjelaskan lagi resolusi perbincangan penting dengan Wolfowitz itu.

Gus Dur bersetuju dengan pandangan Wolfowitz melantik Anwar sebagai ‘Jurubicara Barat untuk Dunia Islam’ kerana kebolehannya berpidato.

Tulis Gus Dur seperti berikut, “Penulis (Gus Dur) memperkirakan ia akan menjadi tokoh kunci dalam perkembangan dunia Islam. Pada saat ini terasa, bahwa “Dunia Islam” tampak sedang berada dipersimpangan jalan. Tampak bahwa cukup besar keinginan orang-orang muda muslimin, berbuat dengan sungguh-sungguh untuk menunjukkan bahwa Islam dapat menjadi moto kehidupan secara formal. Artinya mereka tidak menginginkan “Negara Islam’ sebagai sesuatu yang bersikap resmi, melainkan ingin memperagakan Islam sebagai jalan hidup terbaik bagi umat manusia yang tengah mengalami krisis di berbagai bidang”

“Kebangkitan seperti itu, adalah sesuatu yang tentu saja dapat membuat “Dunia Islam” bertabrakan dengan faham-faham lain, dan menjadi tugas bagi para tokoh muslimin untuk sejauh mungkin mempertautkan antara berbagai pemikiran dan pandangan itu”

“Di sinilah terletak posisi istimewa dari tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim. Karena posisinya yang unik itu, Anwar Ibrahim dapat saja menjadi “juru penengah” antara berbagai pandangan dan pemikiran, atau ia justru terlibat dalam pertentangan-pertentangan yang baru”.

“Karena itulah, penulis (Gus Dur) beranggapan pertemuan Paul D. Wolfowitz dan Anwar Ibrahim sangat penting. Bahwa penulis turut serta dalam pertemuan itu, juga menjadikannya sesuatu yang bernilai tinggi”.

Ini rupanya dimengerti sepenuhnya oleh Paul Wolfowitz, hingga ia datang dengan pesawat khusus ke Munchen (Munich) dan kembali lagi ke Washington DC, setelah bertemu berdua dengan Anwar Ibrahim dan kemudian bertiga dengan penulis”.

Pada kalimah akhir Gus Dur menjelaskan peranan Anwar seperti berikut; “Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahwa posisi Anwar Ibrahim, seperti Saad al-Din Ibrahim, Sekjen Muntada Al-Fikr Al-‘ARabi (Klub Pemikiran Arab), yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat“.

Dalam catatan 8 Oktober 2004 itu, Gus Dur menegaskan “agama Islam dengan Yahudi (Judaisme), yang harus memikul beban kesejarahan sebagai sebuah faham yang berada di benua tersebut. Dalam hal ini, antara Islam dan agama tersebut harus ada perdamaian yang langgeng, bukannya pertentangan terus menerus”.

Pandangan Azmin Ali – Pertemuan Anwar – Wolfowitz Munich

Azmin Ali, Naib Presiden PKR, orang yang paling rapat dengan Anwar dan menjadi pengatur jadual Anwar di Munich pula bersetuju dengan tugasan yang diberikan oleh Paul Wolfowitz itu tetapi menggunakan bahasa lunak yang boleh diterima positif oleh rakyat Melayu – Islam di Malaysia.

Pertemuan kali kedua Anwar dengan Paul Wolfowitz pada 2005. Ketika itu Anwar mengunjungi Paul Wolfowitz di Pentagon yang menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Kata Azmin, “Kami dapati ada masalah besar dalam percaturan politik dunia.Sikap benci membenci makin menebal khususnya antara negara Barat dengan negara Timur,khususnya dengan Amerika Syarikat. Maka DSAI merasa bertanggungjawab main peranan untuk meredakan keadaan itu dengan mengadakan dialog

“DSAI merasa beliau ada peranan untuk dimainkan bukan sahaja untuk mewujudkan toleransi antara Barat dan Timur tetapi juga menghormati antara satu agama dengan agama lain. Alhamdullilah beberapa pimpinan Barat merasakan mereka perlukan satu rakan kongsi dalam usaha ini sebab mereka tengok kegagalan mereka di Iraq dan Palestin. Masalah ini tak boleh selesai dengan senjata tetapi masalah ini boleh selesai menerusi dialog.

“Orang yang ada kemampun berdailog dengan Barat dan dimasa yang sama ada hubungan yang akrab dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah ialah DSAI. Sebab itu mereka minta DSAI terima permintaan supaya jadi rakan kongsi dalam dialog ini agar ada dialog berterusan dan wujud hubungan yang akrab antara negara Islam dan Barat”

Dalam membicarakan peranan Anwar dan Wolfowitz, Azmin menjelaskan begini;

“Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan.DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI”

“Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof Qardawi … ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam. Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan boleh dibunuh orang awam Amerika Syarikat..halal darah mereka”

“Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya. Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul”

Untuk melihat keterangan Azmin Ali selengkapnya, sila baca wawancara Agendadaily dengan Azmin Ali bertajuk “Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…” Klik di sini.

Berdasarkan keterangan Azmin Ali itu, walaupun beliau memberi gambaran positif mengenai peranan bosnya, berkenaan tugasan baru arahan Paul Wolfowitz, tetapi sebagai pembaca kita boleh menganalisis secara dua lapis.

Pertama, Azmin mengesahkan tugasan baru yang diarahkan kepada Anwar itu adalah mendekatkan jurang Timur dan Barat termasuk dalam bidang agama. Gus Dur menjelaskan lagi dalam tulisan di atas mendekatkan agama Islam dan agama Yahudi.

Keduanya, Azmin turut mengesahkan tugasan Anwar sangat rapat dengan Wolfowitz. Boleh berinteraksi dan berkomunikasi pada bila – bila masa.

Malah Azmin turut mengesahkan tugasan Anwar adalah ‘tukang semak’ (SB?) nama tokoh-tokoh Islam yang disenaraihitamkan oleh Amerika.

Azmin mengesahkan bahawa Anwar pernah berjumpa dengan Dr Yusof Qardawi, dan menyoal siasat ulamak tersohor Mesir itu selama lima jam untuk menentukan sama ada ulamak itu teroris atau tidak. Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan Dr Yusof Qardawi, Anwar pulang semula ke Amerika melaporkan kepada Paul Wolfowitz.

Jadi, apakah faktor ini, Dr Yusof Qardawi berpesan kepada PAS, agar berhati-hati dengan Anwar, seperti yang dilaporkan oleh Songkok Putih di Tranungkite ? Klik di sini.

Meneliti pula laras bahasa yang digunakan oleh Azmi, dalam menjelaskan peranan Anwar sebagai ‘mendekatkan jurang Timur dan Barat’ dilihat sebagai bahasa lunak untuk tidak memudaratkan Anwar sebagai tokoh politik pembangkang di Malaysia.

Bagaimana pula laras bahasa yang bermain di fikiran Wolfowitz, seorang zionist yang ghairah membunuh umat Islam di Iraq ketika memberi tugas itu kepada Anwar?

Adakah sama dengan laras bahasa Anwar dan Azmin ketika memberitahu rakyat Malaysia melalui wawancara dengan Agendadaily ?

Dalam mengambarkan laras bahasa berlainan ini, Gus Dur mengesahkan peranan Anwar bukan sekadar “Jurubicara mendekat Timur dan Barat”, tetapi lebih jauh daripada itu iaitu sebagai ‘golongan penengah’ kepada dunia Islam terutamanya golongan muda yang bercita-cita menjadi “Negara Islam”, bukan semata-mata slogan malah sebagai satu realiti cara hidup.

Gus Dur menjelaskan fenomena baru di negara Islam yang mahu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup amat bahaya dan Wolfowitz menugaskan Anwar untuk memberi penjelasan secukupnya agar Islam boleh diliberalkan.

Gus Dur pula menyamakan tugas baru Anwar itu sama seperti Saad al-Din Ibrahim

Siapa Saad al-Din Ibrahim ? Klik di sini dan di sini dan di sini

Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Saad al-Din (Mesir) adalah sama-sama tokoh Muslim Moderate yang dianugerahkan Amerika

Saad al-Din Ibrahim seorang aktivis Demokrasi Amerika di Mesir yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Mesir dan Amerika Syarikat. Beliau adalah pengasas “Khaldun Center di Mesir atau Universiti Amerika, di Mesir.

Beliau ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), sebuah yayasan Amerika untuk mengembangkan Demokrasi Amerika ke Timur Tengah.

Kalau dalam bahasa mudah, Saad al-Din Ibrahim adalah agen Amerika di Mesir yang ditugaskan mengembangkan demokrasi Amerika menggunakan status penjawat akademik.

Kalau Gus Dur menyamakan Anwar sebagai Saad al-Din Ibrahim, apakah pula tanggapan yang bermain dalam Zionist Amerika (Wolfowitz) kepada Anwar ketika memberi arahan itu di Munich ?

AIDC
20 Oktober 2008
email – aidceditor@yahoo.com

Artikel berkaitan :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)

3. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?

4. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar

11 Comments

Filed under Anwar & Amerika

11 responses to “Rahsia tugasan Anwar – Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

  1. Pingback: Anwar Ibrahim : Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR, New York (II) ? « MINDA AIDC

  2. Pingback: Godfather Anwar : Dulu Paul Wolfowitz, sekarang Al Gore | AIDC

  3. Pingback: Sokongan Al Gore & Wolfowitz sahkan Anwar aset Yahudi ? | AIDC

  4. Pingback: Anti-Semitic : Tun Dr Mahathir Di Blacklist, Anwar Ibrahim Bersih | AIDC

  5. Pingback: Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat | AIDC

  6. Pingback: Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (2) – Risikan CIA | AIDC

  7. Pingback: Membongkar jaringan Islam Antarabangsa Anwar (IIIT) | AIDC

  8. Pingback: Anwar : Aktivis Islam dalam jaringan Zionis | AIDC

  9. Pingback: Di Munich-turning point mengenali Anwar… | AIDC

  10. Pingback: Aktivis Yahudi Sudah Sahkan Anwar Pro-Israel | MINDA AIDC

  11. Pingback: Sejak 2005, Aktivis Yahudi Sudah Sahkan Anwar Pro-Israel | MINDA AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s