Monthly Archives: August 2013

Belajar Dari Buku 50 Dalil…

Saya masih ingat ketika ‘diinterbiu’ Ezam Mohd Nor kali kedua di Damansara, bekas orang kanan Anwar banyak meneroka pengetahuan saya tentang kes-kes terdahulu khususnya sebelum dan selepas zaman reformasi, 1998/1999.

Ezam interbiu saya secara empat mata, tanpa direkod sebelum saya dapat interbiu beliau pada tarikh dan tempat lain secara rakaman untuk siaran umum di laman ini.

“Kalau tanya saya..”kata Ezam, “saudara balik, cari semula buku 50 Dalil, baca satu-satu..kalau boleh bermula dari situ,” tambahnya lagi.

Buku 50 Dalil itu merujuk kepada sebuah buku bertajuk “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM,” tulisan Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, penerbit Media Pulau Lagenda yang tersebar meluas di Perhimpunan Agung UMNO pada 18 Julai 1998. Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Cetusan AIDC