Monthly Archives: January 2013

Lawatan Gaza : Anwar Tidak Perlu Cemburu Pada Najib

Anwar Ibrahim berkata lawatan Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana gagal mengiktiraf pergerakan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.

Suara Anwar hampir sama dengan akhbar Israel, ‘The Times of Israel’ yang melaporkan kekecewaan Mahmoud Abbas yang tidak dilawati Najib.

Najib hadir ke Gaza di atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan menemui Perdana Menteri Palestin yang dipilih secara demokratik, jadi Anwar tidak perlu menjadi batu api dengan menentukan kebijaksanaan seseorang.

Sebagai seorang yang kononnya pengamal demokrasi, Anwar tidak boleh memaksa orang lain mengikut telunjuknya, kerana setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan mengikut pertimbangannya sendiri. Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Berjayakah Dalang Pencabar Allah Jadi PM ?

Pendedahan bekas pegawai PKR, Syamsul Hidayat Mohd Sharif tentang BERSIH yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim sebagai senjata terpenting menumbangkan kerajaan menarik diteliti.

Syamsul Hidayat yang merupakan bekas salah seorang staff di ibu pejabat PKR di Brickfields juga turut dilibatkan sebagai salah seorang anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1.0 pada 2007.

Dedahnya, Anwar, Ketua Umum PKR mencetuskan idea demonstrasi jalanan itu untuk memulihkan sokongan terhadapnya yang semakin menyusut berbanding dengan reformasi 1998.

Semasa era reformasi 1998, nama Anwar Ibrahim boleh ‘dijual’ untuk menarik khalayak rakyat, namun selepas dia merengkok dalam penjara untuk jangka masa 6 tahun, kepopularan namanya mula kian pudar.

Selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004, Anwar melakukan proses ‘rehat’ buat sementara dengan berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) selama dua tahun. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Kalimah Allah Diperjudi Untuk Jadi PM

Tuntutan DAP mahu kalimah Allah dikongsi dan diguna pakai oleh penganut Kristian bukan kebetulan. Semuanya terancang. Dituntut oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP (posisi paling power), sebagai mesej sambutan Krismas 2012 di mana bakal menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.

Disokong pula oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membawa maksud seluruh kepimpinan DAP sepakat memperjuangkan kalimah Allah untuk diberi kepada penganut Kristian.

Isu kalimah Allah bukan perkara baru. Pernah dibangkitkan pada tahun 2010. Ketika itu Anwar paling lantang berkempen kalimah Allah diberikan kepada Kristian. Anwar pula mendakwa PAS turut bersetuju dengan saranannya itu, meskipun segelintir daripadanya menentang. DAP pula mendiamkan diri, membiarkan sahaja Anwar memainkan peranannya. Continue reading

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam