Politik Macheveli Tun Mahathir & Lim Kit Siang

Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Rumah Universiti (UM) Kuala Lumpur pada 4 Mac (Jumaat)

Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Jumaat lalu seolah-olah mencerminkan apa yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada tahun 2008.

Memang diakui, Tun Mahathir dan Lim Kit Siang merupakan dua tokoh politik veteran yang hebat. Kedua-dua tokoh itu memiliki gelaran yang hampir sama, pemain politik licik, pencatur politik Macheveli dan sebagainya.

Tun Mahathir mengetahui kekuatan politik pemimpin supremo DAP itu dan begitulah sebaliknya, Kit Siang juga mengenali kekuatan politik bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Pada November 2013, Tun Mahathir melabelkan Kit Siang sebagai pemimpin gila kuasa yang tidak mahu bersara dalam bidang politik yang diceburinya sejak dari tahun 1964.

“Pada 1964 saya jadi Wakil Rakyat (di parlimen Kota Star Selatan, Kedah). Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair (Ahli Parlimen PAP, Bangsar). Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia, Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya.

“Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?,” soal Tun Mahathir.

Sebelum itu, semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada April 2013, Tun Mahathir turut berkempen di Johor untuk mengalahkan Kit Siang yang bertanding di Parlimen Gelang Patah.

“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.

“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai.

Tun Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia.”

Walaupun Tun Mahathir turun berkempen, namun, Kit Siang tetap menang sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah pada PRU 13.

Pada PRU 13, BN berjaya mengambil semula kerajaan Kedah dan Perak, namun masih tewas di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

BN juga masih lagi gagal mendapat kuasa 2/3 di parlimen apabila memperolehi 133 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30 dan PAS 21).

Tun Mahathir berkempen menyokong BN pada PRU 13, selepas menyertai UMNO semula pada 4 April 2009, selepas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Borang kemasukan semula UMNO Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diserahkan sendiri kepada Najib yang juga Presiden UMNO.

Sebelum itu, pada 19 Mei 2008, Tun Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO kerana hilang keyakinan kepada kepimpinan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketika itu, meskipun hanya Tun Mahathir yang mengumumkan keluar UMNO, namun suara beliau disokong oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Menteri kabinet dan Ahli Parlimen Pagoh), Datuk Mukhriz Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun) dan Dr. Mohd Puad Zarkashi (Ahli Parlimen Batu Pahat).

Mereka meletakkan kesalahan kejatuhan kerajaan BN di Perak, Kedah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan pada PRU 2008 berpunca daripada kelemahan pimpinan Tun Abdullah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Pada PRU 2008 juga BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat apabila BN mendapat 139 kerusi berbanding dengan Pakatan Rakyat 75 kerusi (DAP 28, PKR 24 dan PAS 23) serta Bebas 8 kerusi.

Ekoran prestasi buruk itu, Tun Mahathir mendesak supaya Tun Abdullah meletak jawatan PM dan Presiden UMNO dan menamakan Najib sebagai penggantinya.

Pada April 2009, Tun Abdullah meletakkan jawatan PM dan Presiden UMNO untuk diambil alih oleh penggantinya, Najib Razak.

statistik

Dato’ Sri Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA ketika ditemui AIDC pada Oktober tahun lalu kritikan-kritikan Tun Mahathir terhadap pentadbiran Tun Abdullah yang bermula pada tahun 2005 telah diambil kesempatan oleh DAP untuk memecah belah undi Cina yang mengakibatkan BN hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Sebagai ahli politik veteran, Tun Mahathir tahu kunci undi Cina dalam menentukan kemenangan kerana beliau sendiri pernah tewas di Parlimen parlimen Kota Star Selatan pada PRU 1969.

p kota star selatan

Ketika itu, Tun Mahathir tewas kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa dengan majoriti 989 undi sedangkan sebelum ini pada PRU 1964, beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Abdul Syukor dengan majoriti 4,210 undi.

Tun Mahathir dipecat keahlian UMNO pada 26 September 1969 selepas beliau mengedarkan surat terbukanya yang mengkritik perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al Hajj.

Dalam surat tersebut, Tun Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat kaum Cina.

Kemunculan DAP sebagai kuasa politik terkuat di kalangan parti pembangkang pada PRU 12 dan PRU 13 sebenarnya adalah cerminan kejayaan parti itu pada PRU 1969.

Sebagai kesinambungan perjuangan PAP (People Action Parti) yang kalah teruk pada PRU 1964, DAP lebih lantang memperjuangkan isu rasis kepada kaum Cina.

Meskipun ketika itu, Lim Kit Siang merupakan Setiausaha Organisasi DAP, namun suara rasisnya lebih lantang berbanding dengan Goh Hock Guan (Setiausaha Agung DAP) dan Dr Chen Man Hin (Pengerusi DAP).

Menggunakan platform The Rocket, organ DAP, Kit Siang mengecam sekeras-kerasnya terhadap MCA yang didakwanya mengikut telunjuk UMNO.

Kit Siang juga menjadi penyambung lidah PAP apabila melaungkan dengan lantang konsep ‘Malaysian Malaysia’ iaitu satu konsep mengamalkan politik sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

Perkara 153 berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu-Bumiputera dan bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dikritik hebat oleh Kit Siang menjadikan dirinya popular dalam suratkhabar berbahasa Cina.

Begitu juga dengan kritikan-kritikannya terhadap perkara 152 (kedudukan Bahasa Melayu) Perlembagaan Persekutuan.

Kritikan terhadap Perkara 152 dan 153 sebenarnya dipopulari oleh Lee Kuan Yew, Setiausaha Agung PAP ketika berada dalam Malaysia.

Ekoran perkauman yang melampau itu, DAP berkongsi kemenangan dengan Parti Gerakan Malaysia (PGM) di kawasan pengundian majoriti Cina pada PRU 1969.

Ketika itu PGM adalah parti pembangkang dan kemudiannya menyertai BN selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969.

penang

69-penang

pru perak

69-perak

69-perak1

PRU sel

69-sel

69-sela

69-selb

pru johor

69-joh

69-joha

pru melaka

69-mel

pru negeri 9

69-ns

69-nasa

69-nasb

69-nasc

pru pahang

69-pahang

1 Comment

Filed under Uncategorized

One response to “Politik Macheveli Tun Mahathir & Lim Kit Siang

  1. Pingback: Politik Macheveli Tun Mahathir & Lim Kit Siang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s