Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Penglibatan Anwar Ibrahim dalam sokongan kepada sebuah Negara Israel terlalu ketara. Tidak dapat disangkal dengan aqal yang waras.

Bukti kenyataan di The Wall Street Journal (WSJ) hanyalah tip of the iceberg, lebih mendasar lagi, lebih kukuh lagi, buktinya, penglibatannya dalam menggerakkan misionari kerajaan Amerika Syarikat (AS), pimpinan Presiden George W. Bush, Foundation For The Future(FFF).

Pendedahan hasil siasatan Government Accountability Project (GAP) atau Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan, sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk “The Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal” pada Julai 2010 menyerlahkan peranan Anwar Ibrahim sebagai tali barut Presiden Bush mulai 2006-2007 tidak dapat disangkal lagi.

Doktrin Freedom Bush

Maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara membuktikan FFF merupakan agenda kebebasan (freedom agenda) pentadbiran Bush untuk Timur Tengah antara 2005 dan 2008.

Pasca Perang Iraq yang diarkitek oleh Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, bertemakan ‘perubahan regim’ (regime change), Presiden Bush dan Naib Presidennya, Dick Cheney mula
bercakap tentang ‘demokrasi’ dan ‘Freedom’ di Iraq dan Timur Tengah.

Slogan ‘perubahan regim’, ‘demorasi’ dan ‘freedom’ yang diucapkan Presiden Bush sebenarnya datang dari Wolfowitz dan teman wanitanya, Shaha Ali Riza.

Pendedahan Channel 4 News sebelum ini jelas membuktikan Wolfowitz dan Shaha Riza terlibat secara langsung dalam serangan ke atas Iraq dan turut memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan baru proksi AS, di Iraq yang kononnya untuk membentuk sebuah negara demokratik dan bebas.

Turut terlibat dalam skandal Wolfowitz dan Shaha Riza adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia. Sila rujuk minit 08:05 – 09:02 dalam video di atas.

Pada tahun 2005, Jabatan Negara mula melaksanakan idea Presiden Bush itu. Semasa persidangan ‘the Group of Eight’ (G8) dan ‘Broader Middle East and North Africa’ (BMENA), di Bahrain pada 25 November 2005, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara AS mengumumkan penubuhan satu yayasan untuk Timur Tengah dan Afrika Utara yang dinamakan Foundation For The Future.

Persidangan dan majlis pelancaran itu diusahakan oleh Elizabeth (Liz) Cheney, Principal Deputy Assistant Secretary of State for Near Eastern Affairs (Ketua Timbalan Penolong Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Timur).

Liz Cheney, anak perempuan kepada Dick Cheney, Naib Presiden AS pula dibantu oleh Shaha Riza, ‘Penasihat’ Jabatan Negara untuk Timur Tengah.

Menurut laporan GAP, penubuhan FFF diusahakan oleh Liz Cheney, Shaha Riza dan Wolfowitz.

“Secara keseluruhan, walaupun tiada mana-mana ahli lembaga FFF merupakan ahli yang aktif kerajaan (namun) yayasan ini dicipta oleh Jabatan Negara AS yang menerima sebahagian pembiayaan daripada kerajaan AS.

“Ini bukan merupakan satu rahsia yang dijaga rapi”, lapor GAP

Kronisme Pelantikan Anwar

Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi FFF menimbulkan kontroversi kerana menurut laporan GAP, tokoh pembangkang dari Malaysia itu tidak layak kerana tidak menepati kreteria penubuhan FFF.

Penubuhan FFF bertujuan untuk memperkukuhkan masyarakat awam (sivil society), hak sama rata untuk semua warganegara terlibat dalam politik, perlindungan hak asasi manusia khususnya hak asasi wanita, reformasi sistem pendidikan, kedaulatan undang-undang (rules of law), kebebasan media dan demokrasi dalam kerajaan di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara.

Negara-negara yang termasuk dalam skop itu adalah Tunisia, Mesir, Libya, Iraq, Iran, Afganistan, Algeria, Bahrain, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Moroko, Oman, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Syria, United Arab Emirates dan West Bank/Gaza.

“Pengerusi Lembaga (FFF sepatut) akan (dipilih) dari rantau (Timur Tengah dan Afrika Utara). Namun, Pengerusi Lembaga akhirnya dipilih Anwar Ibrahim yang bukan dari rantau itu, dan (ini merupakan) taktik yang digunakan untuk meletakkan beliau sebagai Pengerusi (yang) tidak telus”, dedah GAP.

Menurut laporan itu, kerajaan Yaman telah menghantar calon yang sesuai untuk dipilih menjadi Pengerusi FFF, namun pencalonannya ditolak.

Bukan setakat ditolak sebagai Pengerusi atau Presiden, malah calon dari Yaman itu tidak dicalonkan untuk mana-mana posisi ahli lembaga pengarah.

Scott Carpenter, Timbalan Penolong Setiausaha, Jabatan Negara berkata agak sukar untuk memilih Pengerusi FFF, khususnya yang mempunyai pengalaman dalam masyarakat awam (civil society), demokrasi dan hak asasi manusia.

Namun menurut laporan GAP pandangan Carpenter berbeza dengan pandangan Shaha Riza.

“Shaha Ali Riza bercakap tentang tiga nama jawatankuasa yang dicadangkan iaitu, Rahma Bourqia dari Maghribi, Bakhtiar Amin dari Iraq, dan Anwar Ibrahim dari Malaysia. Mereka semua telah dihubungi dan bersedia untuk berkhidmat”

Pada 2 Februari 2006, Jabatan Negara AS turut mendedahkan dokumen pelantikan Anwar sebagai Jawatankuasa Pemilih Ahli Lembaga Pengarah FFF.

“Selepas perundingan antara wakil masyarakat awam dan pegawai-pegawai kerajaan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah dan Afrika Utara, hari ini mengumumkan bahawa Rahma Bourqia dari Maghribi, Bakhtiar Amin dari Iraq, dan Anwar Ibrahim dari Malaysia sebagai ahli jawatankuasa pemilihan untuk melantik ahli lembaga pengarah Foundation for the Future.

“Pada peringkat awal kerajaan AS telah melakukan sumbangan lebih daripada $ 50 juta kepada yayasan itu”, kata jurucakap pejabat Washington, DC.

Anwar kemudiannya dilantik Pengerusi FFF.

“Anwar Ibrahim yang menjadi teraju utama pengurusan FFF adalah kawan peribadi kepada Paul Wolfowitz, individu yang didakwa paling layak untuk posisinya hakikatnya adalah seorang Muslim sekular.

“Kebimbangan serius dan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kerajaan Yaman telah diabaikan dan pelbagai keraguan berkenaan kepelbagaian karektor dalam FFF ditolak oleh Jabatan Negara AS sebagai ‘teori-teori konspirasi'” , lapor GAP.

Pelantikan Tidak Telus

Menurut GAP pelantikan Anwar Ibrahim dari Malaysia adalah tidak telus dan membuktikan yayasan itu dikontrol sepenuhnya oleh Shaha Ali Riza.

Pelantikan Rahma, Bakhtiar dan Anwar tidak dibuat secara telus, tetapi berselindung di sebalik kenyataan jurucakap Jabatan Negara yang membuat kenyataan media menyatakan pemilihan ketiga individu itu dibuat ‘secara konsesus selepas rundingan di kalangan masyarakat sivil dan penyumbang dana di AS, Eropah, Timur Tengah, dan Afrika Utara’

“Ini menunjukkan Shaha Riza adalah ‘de facto‘ yang kontrol proses pemilihan ahli lembaga pengarah FFF”, dedah GAP.

Menurut kenyataan media, Blake Thorkelson (Jabatan Negara AS), mesyuarat lembaga pengarah FFF yang pertama diadakan di Qatar pada 16 Julai 2006.

Dalam tambahan senarai ahli lembaga pengarah itu termasuklah Andreu Claret Serra (Sepanyol)
Dr. Juhaina Sultan Al-Easa (Qatar), Laila al Hamad (Kuwait); Kamel Abu Jaber (Jordan), Ibrahim Kalin (Turki), Jamil Mroue (Lubnan) Sandra Day O’Connor (AS), Abdul Rahman al Rashed (Arab Saudi), Naguib Sawiris (Mesir) dan Dr. Cornelio Sommaruga (Switzerland).

Untuk mengetahui latar belakang penama-penama di atas, sila baca di sini

Dalam mesyuarat pertama, ahli lembaga memilih Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi, Rahma Bourqia sebagai Naib Pengerusi dan Bakhtiar Amin sebagai Presiden FFF.

Menurut GAP, walaupun pemilihan itu nampak seperti ‘sistematik dan menurut prosedur’, namun semuanya telah diatur ‘secara sistematik’ oleh Shaha Riza, secara tidak langsung dibuat oleh Jabatan Negara AS.

“Pencalonan (untuk Lembaga FFF) boleh dibuat menerusi kedutaan atau secara terus kepada Shaha Riza
(sriza@worldbank.org) dan Blake Thorkelson (Jabatan Negara AS).

“Oeh itu, jelas bahawa Jabatan Negara AS dan Shaha Riza (terlibat secara) khusus dalam menguruskan pemilihan Pengerusi FFF.

“Organisasi mempromosikan satu “model” dan isyarat inspirasi untuk pembangunan masyarakat demokrasi i mana ia beroperasi..menunjukkan jawatan tersebut dibolot oleh orang-orang yang dekat dengan Naib Presiden AS, anak perempuannya (Liz), Wolfowitz dan teman wanitanya, Shaha Riza dan rakan yang paling disukai Wolfowitz dari Malaysia, Anwar Ibrahim”, dedah GAP.

Faktor Kroni Wolfowitz

Laporan GAP menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai ‘sahabat baik’ Wolfowitz sebagai salah seorang daripada lima nama yang memainkan peranan dalam pembentukan FFF.

Mereka adalah Condoleeza Rice, Liz Cheney, Shaha Riza, Sandra O’Connor dan Anwar Ibrahim.

Dalam menghuraikan latar belakang Anwar Ibrahim, GAP melaporkan satu-satu faktor kekuatan Anwar Ibrahim adalah hubungan baiknya dengan Paul Wolfowitz.

Laporan itu memetik pendapat David Corn berkenaan Anwar Ibrahim yang menyatakan Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia merupakan kawan lama Wolfowitz sejak pertengahan tahun 1980-an.

Pada tahun 80-an, ketika Wolfowitz sebagai duta AS ke Indonesia, Anwar baru sahaja menyertai kabinet kerajaan, mula melonjak sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Pada tahun 1998, selepas Anwar dipecat dari kerajaan atas tuduhan rasuah dan liwat dan dipenjarakan
Wolfowitz merupakan salah seorang yang lantang memperjuangkan Anwar.

Apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Wolfowitz telah melawat Anwar yang sedang dirawat di Munich, Jerman dan selepas itu Anwar telah dilantik sebagai konsultan Bank Dunia, ketika Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia itu.

Pada 19 Jun 2006, Wolfowitz mempengerusikan pidato Anwar dalam syarahan ‘ a Presidential Fellows Lecture at the World Bank‘.

Pidato Anwar bertajuk “Accountability and the Future of Freedom” dibuat lebih kurang setahun sebelum Wolfowitz diwajibkan meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia kerana faktor neptisme.

Dalam ucapan mukadimahnya, Wolfowitz berkata Anwar sebagai ‘rakan sekerja, rakan rapat kepada Bank Dunia dan masyarakat pembangunan, dan kawan peribadi (saya).. Dia (Anwar) juga telah melakukan beberapa kerja di sini untuk kita di Bank Dunia sebagai perunding yang bekerja dengan Institut Bank Dunia dalam usaha pencegahan isu-isu rasuah dan akauntabiliti’.

Membaca pandangan penuh Wolfowitz terhadap Anwar, sila klik di sini

Laporan-laporan dari WorldBankPresident.org menunjukkan Anwar Ibrahim menerima upah sebanyak $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak yang bermula pada 25 Januari hingga 1 mei 2006.

“Anwar Ibrahim menerima $21,000 dari bank Dunia untuk kontrak bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006 untuk kerja ‘meningkatkan permintaan bagi tadbir urus yang baik’..Namun menurut WorldBankPresident.org, ‘sumber daripada Bank Dunia tidak menerima sebarang laporan kerja daripada Anwar’.

“Kurang daripada sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar telah dipilih sebagai Pengerusi FFF, walaupun dia bukan dari kawasan itu..Kemudian pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia ‘menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela’ dalam tempoh peletakan jawatan (presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih”, dedah GAP.

Bakhtiar Amin meletak jawatan sebagai Presiden FFF pada bulan Februari 2007 dengan tidak memberi sebarang alasan kenapa dia bertindak sedemikian.

Laporan itu turut menyebut, pada bulan April 2010, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Nor mendakwa dia akan segera menyerahkan “fail-fail kepada parlimen (Malaysia) yang didakwa mengandungi bukti ketua pembangkang, Anwar Ibrahim terlibat dalam melindungi skandal Paul Wolfowitz”.


Ezam berkata dokumen-dokumen itu telah dibocor kepadanya oleh pekerja Malaysia di Bank Dunia.

“Anwar terlibat secara langsung sebagai perisai kepada Wolfowitz daripada disiasat lanjut iaitu dengan (menghantar surat) memohon Shaha Riza dipindahkan ke FFF” kata Ezam.

Bersubahat Sembunyikan Fakta Dana

“Laporan GAP juga mendapati pengurusan FFF-termasuk bekas Pengerusinya (dan kawan rapat Paul Wolfowitz) Anwar Ibrahim, telah mengelirukan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS,” dedah penyiasatan bertajuk “Report Exposes Irregularities of Obscure State Department-Funded Organization

Anwar didakwa bersubahat dengan rakan baiknya, Paul Wolfowitz antara tahun 2006 dan 2007 dengan menyembunyikan fakta sebenar mengenai laporan kewangan FFF yang diketuainya.

Rekod Jabatan Negera menunjukkan bahawa ahli lembaga pengarah FFF pernah melobi Kongres AS. Sebagai contoh, pada 21 Februari 2007 Sandra O’Connor pernah melobi Senator Biden.

Walau bagaimanapun, dokumen tax cukai FFF untuk tahun 2006 dan 2007 yang dihantar kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS ( IRS -the U.S Internal Revenue Service) tidak menyatakan aktiviti-aktiviti melobi.

“Borang berkenaan (990) khusus bertandakan soalan “Pada tahun ini, adakah organisasi cuba untuk mempengaruhi negara, negeri atau perundangan tempatan, termasuk sebarang percubaan untuk mempengaruhi pendapat awam mengenai perkara perundangan atau referendum?

“Yayasan itu menjawab “Tidak” untuk soalan ini pada tahun 2006 dan 2007. Ini menunjukkan FFF telah menyembunyikan fakta sebenar kewangan khususnya aktiviti lobi kepada Jabatan Hasil Negara (IRS)”, dedahnya.

Shelley Walden pegawai antarabangsa GAP dan individu yang bertanggungjawab menyediakan laporan GAP itu berkata, Anwar dan rakannya turut menafikan bahawa yayasan tersebut tidak berusaha mempengaruhi Undang-Undang Kebangsaan Amerika.

Katanya, laporan kewangan yang dibuat oleh yayasan itu bertentangan sama sekali dengan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Luar Negera Amerika.

“Beberapa dokumen menunjukkan bahawa wakil yayasan berkenaan aktif melobi Kongres pada tahun 2006 dan 2007 bagi mendesak perubahan perundangan sedia ada agar ia dapat memberi manfaat kepada yayasan tersebut,” katanya.

Begitu juga laporan GAP turut menyebut proses melobi untuk mendapatkan sumber dana itu dilakukan sendiri oleh pihak pentadbiran Bush

“Pentadbiran Bush dengan tabah berusaha menyakinkan kebenaran Kongres mendapatkan dana sebanyak $21.3 million untuk disumbangkan kepada FFF.

“Pegawai-pegawai peringkat tertinggi pentadbiran Bush berjaya melobi Kongres untuk meminda undang-undang AS (bertujuan untuk membolehkan) penyaluran berpuluh-puluh million dolar duit pembayar cukai warga AS kepada FFF.

“Bukti menyakinkan menunjukkan bahawa pegawai-pegawai Jabatan Negara AS sudah menyedari tentang salah guna kuasa terhadap Kongres berkaitan dengan komitmen kewangan untuk FFF”, lapornya.

Katanya projek ciptaan Jabatan Negara AS gagal dari awal lagi, namun tetap diteruskan meskipun telah diberi peringatan.

“Projek ini telah gagal dari pemulaan lagi – Pegawai-pegawai Jabatan Negara telah diberi amaran bahawa halangan perundangan di negara-negara Teluk Parsi akan menjadikan yayasan itu tidak berkesan.

“Kerajaan-kerajaan Timur Tengah dan Afrika Utara tidak akan menyokong yayasan itu kerana (mereka bependapat) akan memberi flatform kepada penentang mereka (pembangkang) untuk menentang mereka semula.

“Dan (berkemungkinan) dana-dana disalah guna terhadap projek yang lain daripada matlamatnya” kata Shelley Walden. “Walaupun amaran-amaran ini sebagai isyarat awal, namun Cheney dan pentadbiran Bush tetap berusaha menubuhkan yayasan tersebut”

Ironinya, menurut laporan GAP, di sebalik tabir berlakunya manipulasi dan salah guna kuasa di pentadbiran Bush dalam membentuk FFF, namun badan itu juga kononnya mahu mengajar Timur Tengah dalam mempratikkan amalan demokrasi, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

“Kongres perlu menyiasat sama ada wujud atau tidak penyalahgunaan Jabatan Negara terhadap Seksyen 534 (k) Undang-undang Awam 109-102.

“Ketua Polis Jabatan Negara perlu menyiasat lanjut tentang kebenaran tapisan keselamatan negara terhadap Shaha Riza dan ‘pemindahannya’ ke Jabatan Negara.

“Begitu juga, Jabatan Hasil Negara (IRS) perlu menyiasat jika sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti melobi FFF yang tidak dinyatakan dalam borang-borang 990 untuk 2006 dan 2007”, lapor GAP

Namun, berdasarkan konflik dan penyalahgunaan kuasa berlaku sepanjang penubuhan FFF seperti dilaporkan GAP, satu persoalan yang perlu direnungi secara mendalam, iaitu apakah faktor yang paling mendorong pentadbiran Bush untuk membentuk sebuah yayasan ‘demokrasi di Timur Tengah ?

Apakah pentadbiran Bush benar-benar ikhlas mahu membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah atau sebenarnya mereka mempunyai agenda tersembunyi ?

Jika begitu, apa pula peranan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai tali barut berjawawatan Pengerusi dan Presiden yayasan itu ?

1 Comment

Filed under Anwar & Yahudi

One response to “Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

  1. Pingback: Bukti Sokong Israel : Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush | MINDA AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s