Skandal Anwar Di Sebalik Sepucuk Surat

Pendedahan surat tawaran jawatan perunding jangka pendek dari Bank Dunia kepada Anwar Ibrahim menimbulkan pelbagai persoalan.

Pertamanya soal prosedur double standard Bank Dunia melayan Anwar sedangkan Ketua Umum PKR itu bukan warga negara Amerika Syarikat (AS).

Notis surat diberi 24 Januari 2006, dan jawatan Anwar dikuatkuasakan pada keesokan harinya iaitu 25 Januari 2006.

Begitu istimewa sekali layanan ke atas Anwar, sedangkan warganegara AS sendiri tidak mendapat layanan seumpama itu.

Inilah yang disebut oleh GAP (Government Accountability Project), sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS, sebagai ‘anugerah kroni’, satu jawatan yang diperolehi hasil hubungan baik dengan arkitek perang zionis, Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan Presiden Bank Dunia.

“Anwar Ibrahim menerima $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006 untuk kerja ‘meningkatkan permintaan bagi tadbir urus yang baik’..Namun menurut WorldBankPresident.org, ‘sumber daripada Bank Dunia tidak menerima sebarang laporan kerja daripada Anwar’.

“Kurang daripada sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar telah dipilih sebagai Pengerusi FFF (Foundation For The Future), walaupun dia bukan dari kawasan itu..Kemudian, pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia ‘menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela’ dalam tempoh peletakan jawatan (Bakhtiar Amin, Presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih”, dedah GAP.

Pemerhati politik antarabangsa mengesan seseorang ‘ejen AS’ itu, salah satunya berdasarkan kaitannya dengan Bank Dunia.

Misalnya, Hernando calvo Ospina dalam rencananya bertajuk “The CIA’s Successors And Collaborators” memberi bukti bagaimana NED (National Endowment for Democracy) menaja Marc Bazin, bekas pegawai Bank Dunia untuk menjadi Perdana Menteri di Haiti.

“Sepanjang pilihanraya di Haiti pada tahun 1990-an, NED telah melabur $36 million kepada calon proksinya, Marc Bazin, bekas pegawai Bank Dunia”, lapornya.

Namun Tonny Cartaluccy, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report yang berpangkalan di Thailand meletakkan 5 elemen yang jika salah satu berkaitan dengan seseorang itu, maka dia boleh disahkan sebagai calon proksi AS.

Pertama, penglibatannya dengan Bank Dunia dan IMF; Kedua, kaderisasi di universiti AS terutama di Universiti John Hopkins; Ketiga; penglibatan dengan NED; Keempat penglibatan dengan ICG (International Crisis Group) dan kelima; terlibat dalam CFR (Council on Foreign Relations).

Anwar Ibrahim menepati kelima-lima ciri yang disenaraikan oleh Cartalucci itu, berbanding dengan Marc Bazin yang hanya dikenal pasti melalui penglibatannya dengan Bank Dunia.

Persoalan Visa & Bekerja Di AS

Rekod menunjukkan visa yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim berstatus J1 yang kebiasaannya untuk pertukaran pelawat dan pensyarah universiti.

Namun Anwar tidak mewakili mana-mana universiti tempatan, sebaliknya dipilih oleh Jabatan Negara AS untuk diletakkan di universiti AS.

“SAIS (School of Advanced International Studies), John Hopkins University adalah sebuah lubuk di mana anasir dan puppet@petualang paling jijik dan buruk berhimpun dan diasuh”, kata Cartalucci dalam artikelnya bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia“.

Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) yang bertajuk “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” menyebut jawatan pensyarah pelawat Anwar di SAIS, John Hopkins diperolehi hasil pertolongan Paul Wolfowitz yang sebelum ini pernah menjadi dekan di situ.

Menurut wikipedia, Visa J1 boleh dikeluarkan oleh Kerajaan AS kepada sesiapa yang dikehendaki untuk bekerja dalam sesebuah projek atau kepentingan AS dan boleh menetap selama dua tahun di negara itu.

Anwar berhijrah ke AS sekitar tahun 2005, ketika sahabat karibnya Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang sudah tentu mempunyai pengaruh ke atas ‘semakan tapisan keselamatan seseorang individu Muslim’ yang bakal berhijrah dan bekerja di AS.

Malah ketika itu, rakyat AS dimomokkan dengan ‘ancaman teroris Muslim’, ekoran letupan bangunan WTC dan pentagon.

Setiap individu muslim selepas peritiwa 9/11 itu, disemak, diteliti latar belakang mereka, malah melalui pemeriksaan yang ketat, termasuk membuka kasut semasa pemeriksaan imigresen di lapangan terbang AS, bahkan nama Syeikh Dr Yusof Al Qaradawi diwar-war sebagai salah satu senarai nama hitam (black list) yang tidak dibenarkan masuk ke AS.

Namun semua itu, tidak menjadi halangan kepada Anwar Ibrahim. Bukan sahaja disambut oleh pegawai-pegawai Jabatan Negara AS di lapangan terbang, malah boleh masuk tanpa sekatan ke Pentagon menemui Wolfowitz.

Dr Chandra Muzaffar berkata Anwar dibantu oleh dua kuasa sebenar di AS iaitu, kumpulan pelobi Zionis dan kumpulan pejuang hak Kristian ‘Christian Right’.

Kumpulan Christian Right ini lebih dikenali sebagai kumpulan Jesuit yang berkumpul di Georgetown University, AS.

“David Petraeus, kommander tentera serangan ke atas Iraq, adalah seorang Jesuit-yang dilatih Universiti Georgetown”, lapor abovetopsecret.com

Madeline Albright, Anwar Ibrahim dan David Petraeus

Petraeus pernah bersama-sama Anwar Ibrahim di Forum AS-Dunia Islam di Doha, Qatar 2009. Turut sepentas dengan Anwar adalah Madeline Albright yang juga bekas Setiasaha Negara AS.

Seperti Petraeus dan Albright, keduanya pernah dilatih di Universiti Georgetown, begitu dengan Anwar Ibrahim.

Sekarang, Petraeus adalah Ketua CIA, Albright adalah Ketua NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang kepada NED dan Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang di Malaysia.

Skandal Di Sebalik Sepucuk Surat

Kegiatan Anwar di AS mula terbongkar bermula dari sepucuk surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang diutuskannya kepada Robin Cleveland, pegawai Bank Dunia di Washington.

Surat yang ditandatangan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Foundation For The Future (FFF) telah dijadikan bukti penglibatan Ketua Umum PKR itu dalam skandal Paul Wolfowitz dengan Shaha Ali Riza.

Surat Anwar itu terkandung dalam “Ethics Committee Case No 2 and President Papers” , Bank Dunia, sebagai salah satu bukti salah guna kuasa Paul Wolfowitz menggunakan proksinya, Anwar Ibrahim, Pengerusi FFF untuk memindahkan Shaha Riza dari Bank Dunia ke FFF yang pada hakikatnya sudah diterajui oleh teman wanita zionis tersebut.

Menurut rekod GAP, FFF sebenarnya projek Shaha Ali yang berketuakan Wolfowitz dan Anwar Ibrahim dilantik menjadi pengerusi dan presiden yayasan itu berasaskan faktor kroni tersebut, walaupun hakikatnya, Ketua Umum PKR itu sebenarnya tidak layak.

Jadi, apabila Anwar Ibrahim menulis surat kepada Robin Cleveland untuk memindahkan Shaha Riza, ini dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan imej Paul Wolfowitz.

Bermakna Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam skandal zionis dengan wanita Muslim tersebut.

Channel 4 News membuat kupasan secara khusus perkaitan Anwar Ibrahim dengan skandal tersebut.

Lihat kupasan Channel 4 News dalam rakaman video di sebelah.

“Pada tahun 2006, sahabat rapat kepada Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menulis surat kepada pejabat Presiden Bank Dunia meminta Shaha Riza bekerja di organisasi baru yang dinamakan Foundation For The Future (yang) tugasnya adalah merekrut staf (FFF) untuk bekerja di lapangan mempromosi demokrasi di Timur Tengah.

“Foundation for the Future merupakan yayasan misteri. Ia menerima $56 juta dalam pembiayaannya, termasuk $36 juta daripada Jabatan Negara AS”, lapor Channel 4 News.

Laporan itu juga turut memaparkan surat Anwar Ibrahim kepada Bank Dunia yang berjawatan Pengerusi FFF seperti di atas.

Seperti bukti surat paparan surat sebelum ini, Paul Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan di Bank Dunia berkuat kuasa 25 Januari 2006.

Selepas tamat kontrak dengan Bank Dunia, Anwar dilantik pula menjadi Pengerusi dan Presiden FFF yang juga mempunyai kaitan dengan Paul Wolfowitz.

Laporan Channel 4 News, melaporkan Shaha Riza sudah menjalankan operasi di Timur Tengah selama 8 tahun, dan peranannya semakin menyerlah apabila Wolfowitz dilantik menjadi Penolong Setiausaha Pertahanan AS.

Pada tahun 2003, ketika Wolfowitz yang digelar ‘arkitek perang’ menyerang Iraq dan menjatuhkan Sadam Husin, telah memberi kontrak berbilion dollar kepada SAIC, syarikat perisikan yang berselindung di sebalik perniagaan (milik Shaha Riza) untuk membantu pembentukan kerajaan baru proksi AS, sebuah negara yang kononnya demokratik dan bebas di Iraq.

“Kami merancang untuk membawa tiga individu dalam kontrak itu (salah seorang termasuk Shaha Riza) untuk membantu demokrasi dan takbir urus (di Iraq) yang bekerja untuk membangunkan institusi politik dalam jangka masa panjang”, kenyataan dari pejabat Paul Wolfowitz kepada SAIC pada 2 April 2003.

Wolfowitz dilaporkan terlibat secara langsung dengan kumpulan SAIC milik Shaha Riza itu.

Nama Shaha Riza menjadi isu kerana statusnya sama seperti Anwar Ibrahim iaitu muslim yang bukan warga negara AS, tetapi bergerak bebas bekerja mewakili kerajaan AS.

Menurut prosedur AS, setiap pekerja yang bukan warganegara AS perlu melepasi tapisan keselamatan yang ketat sebelum memulakan tugasnya.

“Shaha Riza melepasi ‘tapisan keselamatan AS’..kurang daripada 6 hari..walaupun dia adalah warganegara asing yang menetap di luar negara.

“Dalam prosedur biasa, individu yang mempunyai latar belakang seperti ini, akan menghadapi kelewatan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk melepasi tapisan keselamatan AS.

“Ini tidak akan berlaku dalam masa beberapa hari”, kata Bea Edwards, pegawai penyelidik GAP kepada Channel 4 News.

Kes yang sama juga turut berlaku ke atas Anwar Ibrahim, di mana beliau hanya memerlukan masa 24 jam untuk mendapatkan kebenaran bekerja di Bank Dunia, tempat Shaha Riza diasuh menjadi tali barut Paul Wolfowitz.

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s