Terjawab Persoalan Bakri Musa Label Anwar Sebagai Sadat..

Ketika seorang warganegara Malaysia, Dr Bakri Musa yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Anwar Sadat, ramai yang terkejut dan tidak kurang juga yang mempertikaikan label buruk seumpama itu.

Label Dr Bakri dibuat pada 12 Oktober 2006 selepas mendengar ceramah Anwar bertajuk “Democracy and the Muslim World” di Stanford University, AS.

Namun, setelah hampir tujuh tahun berlalu, pengamatan doktor pakar dari California itu ternyata benar, apabila Anwar mempertahankan kenyataannya mempertahankan keselamatan Israel di Wall Street Journal baru-baru ini.

Walaupun isunya berlainan tetapi konteksnya hampir sama.

Pada 26 Jan lalu, Wall Street Journal (WSJ), melaporkan kata-kata Anwar yang berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”.

Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya 13 Februari ketika membacakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menegaskan, “Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau”.

Anwar kemudiannya datang mengadap Nik Aziz dengan menekankan frasa ‘contingent‘(syarat), walaupun dalam kenyataan sama dia menyatakan frasa ‘all efforts‘ (segala usaha) sebagai justifikasi tidak mahu menurut kehendak Majlis Syura Ulama PAS.

Menariknya, Anwar datang seorang diri ketika berjumpa Nik Aziz di PNB Darby Park, Kuala Lumpur, sedangkan Mursyidul Am PAS ditemani oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dari segi bacaan politik, Anwar datang seorang diri dengan Nik Aziz yang ditemani Ketua Penerangan PAS sudah menunjukkan simbolik tertentu.

Hukuman Pengesahan

Selepas pertemuan, kira-kira satu jam, ketika Anwar ditanya pemberita, adakah dia akan menyaman WSJ, Anwar menjawab, “Kenapa saya nak saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent’ yang tidak disebut (oleh media UMNO). Mereka (media Umno) hanya melapor “fitnah” sebagai membawa maksud semua laporan WSJ, 26 Jan lalu bukan salah petik, sebaliknya dari kata-katanya sendiri.

Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Anwar Ibrahim menyaman akhbar WSJ membuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya menyokong Israel.

Manakala Nik Aziz selepas pertemuan itu menegaskan, “Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini”.

Berdasarkan kenyataan Anwar dan Nik Aziz selepas pertemuan 21 Feb, kedua-dua pihak mempertahankan hujah masing-masing dan sekiranya tidak diadakan pertemuan pun, Anwar tetap berpegang dengan kenyataannya di WSJ, 26 Jan, manakala Nik Aziz pula berpegang kepada Majlis Syura Ulama PAS, 13 Februari.

Walaupun, ramai pihak mengatakan pertemuan itu tidak membuahkan apa-apa hasil, namun hakikatnya, Anwar terdera dengan ‘hukuman pengesahan’ dari Majlis Syura Ulama PAS yang sebelum ini Anwar sering berdolak dalik dengan permainan kata-kata berhubung dengan sokongannya kepada Israel.

Selagi mana Majlis Syura Ulama PAS tidak bermesyuarat semula menarik balik keputusan itu, ia akan tercatat dalam sejarah sebagaimana Ali Raziq, salah seorang bapa pelopor Islam Liberal Mesir dijatuhi ‘hukuman pengesahan’ oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926.

Dakwaan Anwar pro Israel sudah berlaku sejak akhir tahun 1990-an dan pada 21 Februari 2012, perkara itu telah disahkan.

Anwar Sadat

Sejak Anwar dilabel pro-Israel bermula akhir 1990-an, individu pertama (bukan tokoh politik) yang mengesahkannya adalah seorang doktor bedah, warganegara Malaysia yang menetap di AS.

Meskipun berada di AS, namun Dr Bakri Musa sering mengikuti perkembangan Malaysia.

Ketika Anwar memberi ceramah bertajuk “Democracy and the Muslim World”, di Stanford University pada 12 Oktober 2006, Dr Bakri turut serta menjadi pemerhati untuk mendengar pandangan Anwar.

Ketika itu, Anwar sudah pun menetap di AS dengan menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.

Ceramah Anwar di Stanford University dianjurkan oleh FSI (The Freeman Spogli Institute for International Studies), dengan kerjasama daripada CDDRL (Stanford University the Center for Democracy, Development and the Rule of Law) dan Shorenstein APARC (Walter H. Shorenstein Asia-Pacific Research Center).

Selepas mendengar ceramah Anwar itu, Dr Bakri merumuskan “Dia (Anwar) adalah salah seorang daripada pemimpin Islam yang boleh ‘membina jambatan’ di antara Islam dengan Barat. Dia adalah pemimpin yang faham dan selesa dengan Barat. Dan hanya seorang pemimpin Islam, secara spontan bermain di fikiran saya yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat“.

“Di antara pelawat-pelawat awal Anwar ketika dirawat di Jerman adalah tokoh-tokoh kanan pentadbiran Bush. Anwar adalah salah seorang pemimpin-pemimpin Asia yang memahami kuasa Barat, khususnya Amerika, kepimpinan dan demokrasi.

“Pada satu masa, ketika pentadbiran Bush mahu menggunakan sedikit bantuan di dalam dunia Islam, terdapat beberapa orang sukarelawan yang mampu diketengahkan. Anwar salah seorang daripadanya.

“Penyokong-penyokong Anwar mengerling terhadap hubungan rapatnya dengan “Neo cons;” Anwar sering mempertahankan hubungan ini”, kata Dr Bakri di lamannya, www.bakrimusa.com.

Sudah tentu Dr Bakri mempunyai alasan-alasannya yang tersendiri apabila dia menyamakan Anwar Ibrahim dengan Anwar Sadat.

Anwar Sadat adalah bekas Presiden Mesir ke-3 dari 1970 sehingga 1981.

Pada 19 November 1977, Anwar Sadat telah melawat Jerusalem di atas undangan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir.

Anwar Sadat telah berucap di Knesset, Jurusalem iaitu parlimen Israel dengan bersetuju pelan damai Resolusi PBB 242 dan 338 (yang kini diterjemahkan sebagai ‘two state solution’) untuk menamatkan konflik Arab-Israel.

Diskusi Sadat Chair : Dari kiri, Shibley Telham (Peneraju utama The Anwar Sadat Chair For Peace And Development), Anwar Ibrahim, William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Robin Wright (The Washington Post).

Pada tahun 1978, Anwar Sadat menyertai mesyuarat bersama Menachem Begin di Kem David, AS (Camp David Accords), diikuti dengan menandatangani perjanjian ‘Egyptian–Israeli Peace Treaty‘ yang disaksikan oleh Presiden AS, Jimmy Carter.

Bagaimanapun tindakan Anwar Sadat itu ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab kerana dianggap sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan mengkhianati pan-Arabism.

Sebaliknya, Di AS, Jimmy Carter diraikan sebagai ‘bapa pendamai’ kerana kejayaannya mendamaikan Mesir dan Israel.

Di Mesir, pada 6 Oktober 1981, ketika Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat dalam perbarisan ketenteraan, pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit ke arah hadirin yang menyertai perbarisan ketenteraan itu.

Dalam kejadian tembakan itu, 7 terbunuh termasuk Duta Cuba, Jeneral Omani, 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera AS.

Anwar Sadat dikejarkan ke hospital dan kemudiannya disahkan mati. Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir.

Semasa pengkebumian Anwar Sadat, Presiden dan bekas Presiden AS turut hadir iaitu Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon, tetapi kebanyakan pemimpin negara Arab tidak hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry.

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s