Kalimah Allah : Semakin terserlah siapa Anwar

Anwar bermesyuarat dengan Kristian
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.

Isu terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial – multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza mengikut kehendak Anwar.
Ketika Anwar berada dalam ABIM dan selepas itu menyertai UMNO, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar memberi ancaman akan berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, jika gerakan ini tidak dibendung. Ekoran itu ,ABIM menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Buku-buku itu dijual di pasaran terbuka.

Di mana-mana ceramah ketika berhadapan dengan khalayak Melayu-Islam, Anwar sering memprovokasi persoalan ‘niat’ Stamford Raffles (penjajah British) mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu. Pada Anwar, niat utama Raffles menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu semata-mata untuk ‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini.

Begitulah ekstrim dan radikalnya Anwar terhadap survival Melayu-Islam, jadi tidak salah jika Subky Lattif tergoda dengan perjuangan Anwar serta ‘mendoakan’ agar Anwar menjadi Presiden PAS, selepas Asri Hj Muda yang dilihat sebagai seorang nasionalis yang berada di pentas Islam. Manakala Anwar pula dilihat sebagai Islamis yang sepatutnya berada di pentas Islam.

Perubahan pemikiran dari Islamis ke Liberalis ?

Tetapi, itu cerita dulu. Sekarang, selepas keluar dari penjara Sungai Buloh (2004), pemikiran Anwar berubah 360 darjah. Sebaik sahaja menghirup udara segar di luar penjara, orang yang pertama dikunjungi adalah Paderi Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian di Afrika Selatan.

Untuk apa melawat dan meminta ‘restu’ daripada Ketua Biskop Kristian yang kontroversi itu ? Desmond Tutu merupakan paderi kontroversi dan ‘fatwa’nya menghalalkan amalan homoseksual ditolak oleh majoriti penganut Kristian. Klik di sini

Ketika Anwar berceramah kali pertama di New York anjuran National Endowment for Democracy (NED) pada tahun 2005, Anwar secara jujur mengakui, pemenjaraannya selama 6 tahun telah merubah pemikirannya, inspirasi kebebasan individu dan prinsip hidup beragama menular ke dalam sanubarinya. Dia mahukan kebebasan secara total dilakukan di negara ini, bermula dari kebebasan cara hidup hingga kebebasan beragama.

Pendiriannya ini dipertegaskan lagi oleh Anwar ketika berceramah di Melbourne, Australia, dalam program The Parliament of World’s Religions (Parlimen Agama Dunia).

Anwar berkata sepanjang berada di penjara, dia banyak menghabiskan masa dengan mengkaji pemikiran William Shakespeare dan membaca semua koleksi-koleksi kitab Bible serta mengulangkaji semula kitab Ramayana dan Mahabrata, pemikiran falsafah barat dan sebagainya.

Ketika mengulas perubahan pemikiran ‘Islam’ Anwar ini, Khalid Jaafar dalam facebook Irsyad Sidi menulis, “Imam Shafiee ada dua mazhab, Qaul Kadim dan Qaul Jadid. Dahulu Anwar kuat dipengaruhi oleh Naqib al-Attas yang ekslusivis. Anwar terus belajar dan berkembang pemikiran, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan Qaraqdhawi, Hossein Nasr, Taha Jabir dll”

Khalid-FB

Anda setuju Anwar Ibrahim setaraf dengan Imam Shafie seperti yang cuba digambarkan oleh Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) itu ?

Kalau Anwar setaraf dengan Imam Shafie, bermakna ramalan Subky Latif masih relevan dan Anwar masih layak menjadi Presiden PAS sekarang ini ?

Saya tidak fikir begitu. Kalau PAS bersetuju menerima Anwar sebagai Presiden PAS, tidak mungkin akan berlaku perpecahan serius dalam PAS yang terbelah kepada dua kem; ulama dan Erdogan.

Husam Musa yang diwar-warkan sebagai kem Erdogan dan mempunyai kaitan dengan Anwar tidak popular dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan dia sendiri tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden ekoran label ‘Erdogan’ dan ‘Anwar’ yang terpahat di dahinya.

Tetapi, apa yang cuba digambarkan oleh Khalid Jaafar itu, transisi pemikiran Anwar dari Islamis ke Liberalis. Dulu berpegang kepada pemikiran Syed Qutb dan Hassan Al Banna, kini berpegang kepada pemikiran liberal Syed Hussein Nasr dan Taha Jabir Al Awani.

Tentang Anwar berpegang kepada pemikiran Dr Yusof Al Qaradawi, seperti yang cuba digambarkan oleh Khalid itu, banyak perkara perlu diperbahaskan lagi. Jalur pemikiran Dr Yusof Qaradawi sangat berbeza dengan jalur pemikiran Anwar.

Dr Yusof Qaradawi menolak usaha persefahaman dialog Muslim dan Kristian yang dilihat berat sebelah, manakala Anwar pula menerima sepenuhnya dialog itu, walaupun tidak menguntungkan Islam.

Berbeza dari segi pendekatan, Qaradawi melihat keuntungan kepada Islam melebihi keuntungan peribadinya, manakala Anwar lebih mementingkan keuntungan peribadinya melebihi keuntungan Islam.

Sememangnya, sebagai penganut liberalis seperti Khalid Jaafar, dia berusaha sedaya upaya menarik watak Dr Yusof Qaradawi ke dalam kelompoknya untuk berselindung di sebalik bayang-bayang ulama terkenal Mesir itu.

IIIT sama dengan Ikhwan Muslimin ?

Tetapi saya mempunyai pendapat yang berbeza. Saya lebih cenderung mengatakan pemikiran Islam Anwar sekarang sama seperti ketika berada dalam ABIM dahulu. Dulu tidak ketara, sekarang semakin terserlah.

Pada tahun 1981, ketika Anwar menjadi Presiden ABIM, Anwar bersama-sama dengan Taha Jabir Al Awani, Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman dan Dr Ismail Al Faruqi menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa atau The International Institute of Islamic Thought (IIIT), di Virginia, Amerika Syarikat.

Ramai orang keliru dengan mengatakan IIIT dan Ikhwan Muslimin adalah jalur yang sama, apatah lagi usaha RAND Corporation menyamakan kedua-dua kelompok ini dengan melabelkan sebagai ‘Muslim Brotherhood’.

Ada usaha tersirat di sebalik usaha pelabelan RAND itu. Walaupun dilabelkan kedua-duanya sebagai Muslim Brotherhood, tetapi Dr Yusof Al Qaradawi tidak terlibat dalam perencanaan badan itu, tetapi Anwar Ibrahim adalah salah seorang master design di dalam RAND Corporation.

Sebenarnya jalur pemikiran IIIT (baca Triple IT) berbeza dengan pemikiran Ikhwan Muslimin, Mesir. Umar at-Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa Masyhur, Ma’mun al-Hudhaibi, Muhammad Mahdi Akif yang menjadi pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir tidak menyertai IIIT, walaupun IIIT mendakwa badan bersifat antarabangsa. Dan Dr Yusof Al Qaradawi, termasuk dalam kelompok Ikhwan Muslimin, Mesir itu.

Untuk lebih mudah memahami jalur pemikiran IIIT dan Ikhwan Muslimin, bandingkan jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). Perbandingan di antara jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang ini akan menentukan hubungan sebenar Anwar dan Al Qaradawi.

Di luar negara, Anwar boleh mendakwa bahawa dia sangat rapat dengan Presiden PAS dan mendakwa Presiden Parti Islam itu sama dengan pemikirannya. Mungkin masyarakat barat akan terpedaya apabila melihat foto-foto Anwar bersama Hadi Awang, tetapi di dalam negara, rakyat Malaysia (khususnya di kalangan ahli PAS) dapat membezakan pemikiran Anwar dan Hadi Awang, meskipun mereka bersama-sama dalam PR.

Begitu juga, di dalam negara, Anwar boleh mendakwa pemikirannya sama seperti Al Qaradawi, berdasarkan foto-foto yang menunjukkan mereka bersama, tetapi di Mesir dan Amerika Syarikat, masyarakat luar tahu bahawa Anwar dan Qaradawi mempunyai pemikiran yang berbeza. Sampai sekarang Al Qaradawi tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat, berdasarkan latar belakang pegangannya, tetapi Anwar, bukan setakat bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat, bahkan boleh membawa kawan-kawan terdekatnya (Khalid & Azmin) mengunjungi kawasan pusat operasi perisikan rahsia, Amerika iaitu di Pentagon.


anwar-wolfowitz

Khalid Jaafar, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Pentagon, 2005.

Hakikatnya IIIT, hanya dianggotai oleh tokoh-tokoh Islam yang pro Amerika Syarikat.Dari Malaysia, tokoh itu adalah Anwar Ibrahim. Dari Mesir, Taha Jabir Al Awani. Manakala sebahagian besar ahlinya merupakan pelarian dari negara Islam yang menetap di Amerika Syarikat seperti Dr Ismail Faruqi (allahyarham), Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman, termasuk juga Taha Jabir Al Alawani.

Perbezaan IIIT dan Ikhwan ini diperkukuhkan lagi pendapat bekas Presiden JIM (Jemaah Islah Malaysia), Saari Sungip. Abu Urwah atau Saari Sungip, ketika menjadi Presiden JIM, merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan selepas Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh, Saari Sungip merupakan barisan depan yang mengetuai reformasi hingga dia sendiri pernah ditahan ISA di atas kesetiaan kepada Anwar dan peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Parti Keadilan Nasional(PKN) merancang demonstrasi jalanan.

Sebaik sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004) dan menetap di Amerika Syarikat (2005-2007), Saari Sungip mengistiharkan diri keluar dari Parti Keadilan dan menyertai PAS tanpa memberitahu sebab musababnya. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Saari keluar PKN, sedangkan dia sanggup ditahan ISA kerana mempertahankan parti itu suatu ketika dulu.

Pada tahun 2006, Saari Sungip menulis di kolum Siasah mendedahkan salah satu sebabnya, iaitu faktor Amerika Syarikat. Sebelum dipenjara dan berada dalam penjara, Anwar hanya didakwa pro Amerika Syarikat, tanpa bukti yang konkrit, tetapi selepas bebas dari penjara, sikap sebenar Anwar semakin terserlah, apabila berhijrah dari Malaysia ke Amerika Syarikat, serta menjadi sebahagian missionari kerajaan Amerika Syarikat ke atas dunia Islam.

Malaysian IbrahimPosisi Anwar di Amerika Syarikat yang berada di pusat rekrut kader-kader Amerika Syarikat iaitu di SAIS (The Paul H. Nitze School of Advanced International Studies) John Hopkins University dan CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Georgetown University juga turut dipertikaikan.

Apatah lagi Anwar sendiri direkrut sendiri oleh Paul Wolfowitz, John Esposito dan Syed Hussein Nasr, yang merupakan pemain di sebalik tabir dalam meliberalkan dunia Islam. Klik di sini, di sini dan di sini

Dalam tulisan “Hassan Al Banna dan Syed Qutb : Antara dua waqi’ yang berbeza”, Saari membandingkan dua waqi(tempat/kaedah) di antara Hassan Al Banna & Syed Qutb (Ikhwan Muslimin, Mesir) dengan Ismail Al Faruqi dan Anwar Ibrahim (IIIT, Amerika Syarikat).

“Gagasan International Institute of Islamic Thought, IIIT di Washington DC di bawah pimpinan Ismail Faruqi, melahirkan manual bagi modus operandi perubahan Islamisasi dari dalam pemerintah sendiri. Mereka yang mengasaskan IIIT bukan calang-calang orang. Sebahagian besar daripada mereka berasal dari Iraq. Mereka adalah seangkatan dengan Saddam Hussein semasa masing-masing berusaha menempatkan diri ke tapak kuasa politik Iraq. Kesudahannya Saddam Hussein yang menang. Di mana salah? Anwar Ibrahim juga adalah salah seorang pengasas IIIT. Di mana salahnya?” Klik di sini

Kotak pandora ‘Kalimah Allah’

Isu kalimah Allah, bukan isu terasing. Isu ini berkait rapat dengan isu murtad seperti Azlina Joy dan Moorty, Forum Memeluk Islam dan IFC (Interfaith Council), Artikel 11 dan seangkatan dengannya.

Bagaimana sikap Anwar terhadap isu IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad dan terbaru Kalimah Allah ?

Dalam isu IFC yang heboh diperkatakan dulu, pendapat Anwar sekata dengan penajanya KAF (Konrad Adenuer Foundation). KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang menjadi salah satu penaja Anwar merupakan badan utama dibelakang IFC itu. Klik di sini dan di sini

Kekecohan “Forum Peluk Islam” dan “Subashini & Shamala Revisited” satu ketika dahulu juga menyaksikan fenomena yang sama.

Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR, dikenakan tindakan oleh PKR kerana menyertai demonstrasi menentang program forum itu. Anwar juga menjadi pembela forum itu, walaupun sebahagian besar ahli-ahli PAS diketuai oleh Salahuddin Ayub menentang forum tersebut. Klik di sini

Dalam kes murtad, Anwar sengaja mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan isu itu di dalam negara. Tetapi di luar negara, kelantangan Anwar membenarkan murtad amat ketara. Prinsip Anwar seperti yang diwar-warkan oleh media barat adalah demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan memilih apa sahaja agama tanpa halangan institusi keagamaan.

Dalam isu Lina Joy, Anwar menyokong keputusan wanita Melayu itu untuk murtad kerana itu adalah hak asasinya. Prinsip Anwar dinyatakan kepada wartawan BBC yang disiarkan di media barat.

Ketika diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life, di Amerika Syarikat (2006), Anwar juga menyokong kes murtad Moorthy.

“Saya bersetuju terdapat peranan untuk agama dalam masyarakat, dan masyarakat perlu diberikan peluang untuk mengamalkan amalan agama mereka…Tetapi dalam kes spesifik lelaki Hindu ini, Moorthy, kerajaan mendakwa bahawa dia bertukar agama kepada Islam sebelum meninggal, dan oleh yang demikian mengebumikannya mengikut upacara Islam melalui Mahkamah Syariah….Pada kepercayaan saya, rayuan isterinya perlu didengar di Mahkamah Sivil. Tidak kira apa pun, Mahkamah Syariah, dilihat sebagai berat sebelah.Ini adalah rasa percaya peribadi saya bahawa perkara ini berada dalam hak isteri Moorthy untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Sivil. Insiden ini menonjolkan kegagalan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepura-puraan mereka propaganda mereka mengenai Islam yang moderat”. Klik di sini

Satu aspek lagi, semua pihak yang terlibat dalam IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad adalah pihak yang sama dalam inner cirle Anwar.

Malik Imtiaz adalah pengerak utama IFC. Dia turut disokong oleh kawan-kawan seangkatannya terdiri daripada Haris Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim. Malik Imtiaz juga merupakan peguam pemerhati yang membela kes murtad Lina Joy. Klik di sini

MalikSivarasa

Sekarang Malik Imtiaz merupakan peguam utama kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. Manakala Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah merupakan barisan peguambela kes liwat Anwar. Zaid Ibrahim adalah tunggak utama PKR, begitu juga Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.Klik di sini

Forum Memeluk Islam bermula dari kritikan Anne James yang mempertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini. Siapa Anne James ? Dia adalah isteri kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.

Bermakna semuanya berpunca dari sumber yang sama, yang berpusat di PKR yang berketuakan Anwar Ibrahim.

Kalimah Allah : Anwar langgar teguran ulama ?

Isu kalimah Allah ini sudah lama berlanjutan. Anwar lah yang merancang supaya provokasi ini berlanjutan hingga ke hari ini.Klik di sini

Isu ini bermula pada Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia memohon penggunaan Kalimah Allah daripada Anwar Ibrahim dalam perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di Petaling Jaya.

Anwar menjawab “Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka” Klik di sini

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman di mahkamah berhubung penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Hujah Tan Sri Murphy Pakiam perkataan Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Kalimah Allah digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Pada Mac 2009, isu kalimah Allah bergema di parlimen apabila wakil UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) bertikam lidah dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib Azamuddin.

Pada April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.

Kata Anwar, “Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian”

Ketika Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk Harussani, Mufti Perak.

Tanpa menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan PKR peringkat Perak pada September 2009.

Isu ini menjadi isu paling sensitif pada 31 Disember 2009, apabila Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly.

Umat Islam mula bangkit menentang keputusan mahkamah itu. PAS melalui Timbalan Muryidul Am, Datuk Haron Din mengeluarkan kenyataan membantah media keputusan mahkamah itu serta menghuraikan secara panjang lebar bahawa kalimah Allah tidak terdapat dalam kitab Bible, jadi permintaan melalui mahkamah penggunaan kalimah Allah dibimbangi mempunyai agenda tersirat.

Bahkan Dr Haron Din berkata :

“Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada KEKUFURAN.¬†Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.” . Klik di sini

Tetapi Anwar tidak pernah mempedulikan teguran ulama dan sarjana Islam itu. Secara konsisten, Anwar terus bertegas dengan pendapatnya. Melalui Dr Mohd Nur Manuty, selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan (semua) Agama (BIPPA), PKR, satu kenyataan mendia dikeluarkan untuk menyokong keputusan mahkamah itu. Klik di sini

Persoalannya, apa agenda Anwar berkempen membenarkan kalimah Allah kepada Kristian, sedangkan dia sendiri tahu isu itu paling sensitif yang boleh menguggat kestabilan negara ?

Anwar mahu negara ini bergolak seperti 13 Mei, supaya kaum saling mencuragai antara satu sama lain ?

Kalau benar, inilah animal politic, politik menghalalkan cara yang pernah dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, bapa gay, di Turki.

6 Comments

Filed under Anwar & Islam

6 responses to “Kalimah Allah : Semakin terserlah siapa Anwar

  1. Norman

    A.w.w. sdr/sdri seiman. Izinkan saya sarankan agar rakan-rakan pemikir dlm AIDC dan kalangan intelek prokebenaran (Islam sejati bukan Islam Liberal atau golongan munafik) serta mereka yg berkebolehan dalam bidang khusus/tertentu menubuhkan sebuah institut atau kumpulan think-tank utk menjuruskan segala sumber ilmu, kepakaran, kepintaran dan yang penting keimanan untuk menghadapi ancaman dan seterusnya melancarkan perang saraf/psikologi terhadap golongan Islam Liberal, golongan munfikun/musyrikun/murtad, konco-konco IIIT dan yang sehaluan dgn mereka sebelum terlambat, bagi memastikan golongan munafikun, musyrikun dan kafirun daripada melemahkan seterus menghancur agama dan umat Islam M’sia dan di mana sahaja agar generasi muda Islam khususnya dari kalangan Ahlussunnahwaljamaah terhindar dari gejala perosak ini. Saya sedia memberikan sumbangan semampu mungkin, insya-Allah. Wassallam.

  2. Norman

    A.w.w. sdr/sdri seiman. 1) Anwar Ibrahim setaraf Imam Syafie?: Masya-Allah, berapa kuatkah Bahasa Arab Anwar? Berapa banyak Hadis yg telah Anwar Hafal? Maaf (with due respect to Anwar), apa latar belakang agama yg ada pada Anwar utk disamakan dgn Imam Syafie? atau malahan para ulama PAS sendiri? 2) Penggunaan istilah ‘Allah’ oleh penganut Kristian: Utk berlaku adil kepada penganut Kristian M’sia, minta mereka tunjukkan bukti adakah mereka gunakan kaedah yg sama utk ‘God’ dlm bahasa Mandarin, contohnya, ‘Toa Pek Kong’ atau sbgnya utk tuhan-tuhan Kristian jika mereka cetak Injil atau penerbitan mereka dlm bahasa Mandarin atau ada udang di sebalik batu? Dakwaan bahawa bangsa Arab tlh gunakan istilah ‘Allah’ utk tuhan mereka adalah tidak tepat kerana sebelum Islam mereka gunakan istilah ‘Uzaa’, ‘Ulaa’ dsbnya dan bukannya ‘Allah’ utk patung2 mereka, spt patung2 yg digunakan oleh penganut Kristian utk Jesus dan Mary. Anwar lupa sejarah Arab sebelum Islam ke atau hendak memandai-mandai? Masya-Allah, banyakkanklah bertaubat dan beristigfar.

    • John

      Siapa yang beri DSAI baranding setaraf Imam Syafie ? Pernah kah dia mengaku sedemikian atau cuma branding yang dilontar pengkritik beliau

  3. Norman

    A.w.w. sdr/sdri seiman. Tunggak yg harus menjadi pegangan umat Islam dlm soal penggunaan istilah ‘Allah’ hanyalah dua, iaitu Kitab Suci al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. dgn tegas berfirman bahawa agama yg diterima di sisi-Nya “hanya agama Islam”. Dlm sepotong Hadis yg bersumber drp ‘Aa’idz bin ‘Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tlh bersabda yg bermaksud: “Agama Islam itu amat tinggi dan tiadalah agama yg tertinggi melebihinya”. H.R. Ar-Ruyaani: Hassan). Jadi, jika dua sumber ini menegaskan demikian, apakah dalil yg membolehkannya disamakan dgn agama2 lain (Islam=Kristian=Yahudi=agama2 lain) dlm konsep pluralisme agama yg dipelopori oleh golongan Islam Liberal yg digembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim, PAS dan konco2 mereka? Fikir2lah sendiri. Wallahhualambissawab.

  4. ANWAR IBRAHIM ADALAH BINATANG !!!!!!!!!!!!

  5. lee

    Betapa sayangnya, maklumat penting seperti ini tidak sampai kepada yang sepatutnya mengetahui. Diketahui kadar pembacaan rakyat Malaysia amat rendah sekali.
    Ada cara lain bagaimana perkara ini dapat disalurkan kepada pihak yang membuta tuli menyokong ‘perjuangan’ palsu selama ini ? Saya tidak melihat pihak yang menyokong Anwar adalah yang rajin membaca. Maaf, majoriti pengikut PAS / PKR di peringkat cawangan / cabang terutama sekali berusia sekitar 39 tahun ke atas ‘rajin’ membuka blog seperti ini. Namun, malang sekali bagi mereka yang membuka blog ini dan tidak berkeupayaan untuk membacanya atau tidak mahu sama sekali mengkaji akan maklumat tsb…. Ahh! Propaganda kerajaan semata-mata, telahan mereka. Malang sekali…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s