Apa yang Wan Azizah beritahu Ezam ?

Wan Azizah Told Ezam

Jika anda ingin mencari salah seorang inner circle dan paling rapat dengan Anwar. Ezam lah jawapannya. Bukan setakat itu, malah Ezam sanggup ‘mempertaruhkan’ nyawanya semata-mata untuk membela bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ezam terus menyertai gerak kerja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Pada tahun 1994, ketika berusia 26 tahun, dia telah dilantik sebagai Timbalan pengarah IKD. Satu jawatan yang cemerlang jika dibandingkan dengan usianya.

Semua itu menggambarkan kerja keras anak muda dan kesetiaannya kepada Anwar. Maka tidak hairan, dalam masa dua tahun selepas itu Ezam dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan.

Malah ketika bekas bosnya dipecat dari UMNO pada tahun 1998, Ezam juga menjadi tulang belakang menghidupkan obor reformasi warisan Anwar. Bukan Azmin Ali, bukan Khalid Jaafar yang bertempur dengan FRU di jalanan, tetapi anak muda lulusan sarjana muda ekonomi bernama Ezam Mohd Nor.

EzambergariDia pernah ditahan dan menghabiskan usia mudanya di dua penjara berasingan. Lebih 10 kali keluar masuk lokap polis. Semburan gas pemedih mata adalah teman sepermainan. Ditahan polis, digari, tidur atas simen tanpa selimut di lokap polis semuanya telah dirasai. Kenapa dia lakukan semua itu. Motifnya satu sahaja untuk membela manusia bernama Anwar.

Jadi sekiranya ada di kalangan anak muda pasca-Reformasi  cuba memperkecilkan sumbangan dan kesetiaan Ezam kepada Anwar, itu satu kesilapan besar. Mereka tidak kenal sejarah Ezam.

Ezam menggerakkan massa rakyat dan bertarung nyawanya, di tengah ibu kota ketika anak muda lain sibuk berulang alik ke dewan kuliah atau sibuk lepak di Mid Valley.

Ezam pimpin tangan Wan Azizah, isteri Anwar untuk gerakkan Parti Keadilan Nasional, ketika parti itu baru setahun jagung. Dari Utara, Selatan, Timur dan Barat Ezam jelajah tanah air ini semata-mata untuk menghidupkan obor perjuangan Anwar Ibrahim.

Kenapa Ezam sanggup melakukan semua itu ? Kerana dia percaya ketika itu Anwar tidak bersalah. Kerana dia percaya Anwar dituduh dengan tuduhan jahat semata-semata untuk membunuh karier politik bosnya itu. Itulah tiang kepercayaannya satu ketika dahulu. Bermakna Ezam berjuang atas prinsip mahukan kebenaran dan Keadilan.

Bukan faktor wang. Bukan faktor pangkat.

Berjuang atas prinsip

Membaca buku karya terbaru S H Alattas, “Malaysia Without Malay” kita akan menjumpai jawapan sebenar kenapakah Ezam sanggup meninggalkan bekas bosnya yang pernah dijulang hingga ke titisan darah terakhir sebelum ini.

Selepas Anwar keluar penjara Sungai Buloh. Selepas Anwar mencapai kemenangan besar dalam PRU 12, Ezam mengambil keputusan nekad meninggalkan Anwar.

“Betulkah anda tinggalkan bos anda kerana dibayar jutaan ringgit?”, provoke Pak Habib

Ezam : “Pak Habib anda adalah manusia berprinsip. Anda juga pernah ditahan lokap kerana mempertahankan prinsip anda. Tiada nilaian harga yang boleh dibayar jika dibandingkan dengan pengorbanan saya dan keluarga saya mengharunginya. Kalau harga perjuangan diukur dengan wang ringgit, kenapa saya perlu menunggu selepas tujuh tahun.  Kenapa perlu saya melalui semua ini semata-mata untuk mendapat jutaan ringgit sedangkan saya boleh mendapat jutaan ringgit itu bermula dari hari pertama berjuang untuk membebaskan Anwar ?

Itu jawapan tulus dari lubuk hatinya. Ezam tinggalkan Anwar pada pertengahan tahun 2008. Ketika PKR memenangi kemenangan besar dalam sejarah partinya. Ketika PKR parti yang  masih setahun jagung memimpin dua parti terbesar, yang berusia panjang, PAS dan DAP dalam PR.

Malah, jika jutaan ringgit menjadi ukurannya, Ezam akan menerima tawaran jawatan ‘senator’ atau sekurang-kurang pengarah salah satu jawatan dalam GLC kepunyaan negeri Selangor yang diperintah oleh PKR itu.

Khabarnya sebelum Ezam membakar jambatan, Anwar telah hantar wakil memujuk Ezam dengan tawaran jawatan lumayan di Selangor, tetapi Ezam secara tegas menolaknya.

Bukan itu yang dikejar Ezam. Dia sanggup memertahankan Anwar satu ketika dahulu kerana prinsip. Dia juga sanggup meninggalkan Anwar juga kerana prinsip.

Azizah told Ezam

Wan Azizah telefon Ezam

Al Attas : “ada seseorang beritahu saya yang Wan Azizah pernah telefon anda dari Washington DC untuk pergi ‘siasat’ Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumahnya, see if Anwar is up to something, adakah itu benar..?’

Ezam : “Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan anda tadi..”

Jawapan Ezam itu membuatkan Pak Habib tertanya-tanya. Penulis tersohor itu yang sebelum ini pernah menghasilkan pelbagai buku-buku politik tanah air boleh membaca minda tersirat orang yang diinterbiunya.

Sekilas ikan di air, sudah kenal jantan betina, begitulah perumpamaan yang paling sesuai kepada Pak Habib dalam menghadapi tokoh-tokoh politik.

Minda Pak Habib berfikir di sebalik kata-kata itu. Ezam tidak menafikan soalan yang telah diajukan kepadanya, walaupun dia mempunyai pilihan untuk berbuat demikian.

Kenapa Wan Azizah sentiasa curiga dengan suaminya, hinggakan ketika dia melawat anak-anaknya di universiti Amerika Syarikat dan suaminya (Anwar) pulang ke tanah air, Wan Azizah terpaksa menelefon Ezam untuk memeriksa sikap suaminya di rumah kediamannya sendiri ?

Kenapa Wan Azizah sangat takutkan lelaki lain berada di rumah kediamannya, ketika ketiadaanya?

Kenapa Wan Azizah sentiasa curigai dengan tabiat suaminya ? Adakah Wan Azizah cuba menyembunyikan sesuatu yang sebenarnya telah diketahuinya ?

Itulah persoalan-persoalan yang bermain di minda Pak Habib dan kini penulis prolifik itu seakan-akan menemui titik jawapannya.

Hanya Ezam yang boleh memberi jawapannya, kerana Ezam boleh masuk ke rumah Wan Azizah, dan boleh membawa anak-anaknya dari halaman tamu hatta ke ruangan dapur.

Tinggalkan Anwar

Ezam struggle

Pak Habib juga masih ingat kata-kata Ezam.

Ezam : ” Secara politik, meninggalkan  (Anwar) bukan satu pilihan kepada saya kerana saya pernah menjalani banyak rintangan. Saya telah memberi hidup saya untuk perjuangan dan parti itu serta kepadanya sebagai pemimpin. Tetapi perkara ini (tinggalkan Anwar) bukan kerana politik. Perkara ini berkenaan dengan kepercayaan saya, sistem nilai, kepercayaan saya, sebagai seorang Muslim, yang membangkitkan saya untuk meninggalkannya tanpa keraguan walaupun keputusan ini paling menyakitkan yang pernah saya buat”

Al Attas :  Ini adalah tanggungjawab anda juga untuk memberitahu orang ramai ?

Ezam :  Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya rasa saya telah memberi cukup petunjuk kepada orang ramai  untuk mencari kebenaran tentang pemimpin mereka. Dan perkara ini sangat serius, oleh itu saya tidak akan mendedahkannya kepada sesiapa. Ini adalah tanggungjawab mereka mencari kebenaran berkenaan dengan pemimpin mereka. Dan menjadi kewajipan mereka untuk meninggalkan pemimpin yang mereka dapati melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Allah.

Ezam Swear

Al Attas : Bolehkah anda bersumpah ?

Ezam : Boleh ! Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya meninggalkannya disebabkan prinsip saya sebagai seorang muslim yang tidak membenarkan saya untuk terus menyokong Anwar sebagai seorang pemimpin dalam cara mana sekali pun.

Al Attas : Kenapa anda tidak katakan bahawa dia seorang homoseksual ?

Ezam : Saya tidak boleh terperincikannya kerana ia bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam dengan memalukan orang lain di khalayak ramai.

Jawapan tulus bekas Setiausaha Politik Anwar ini telah memberi jawapan yang dicari-cari oleh Pak Habib selama ini. Ezam juga telah menemui jawapannya sendiri yang dia terpaksa meninggalkan Anwar setelah separuh usia dikorbankan kepadanya.

Di tengah perjuangan itu Ezam telah menemui jawapan yang amat menyakinkan dirinya untuk meninggalkan perjuangannya itu dan sebab-sebabnya itu dirahsiakan dalam dirinya sendiri kerana tidak mahu mengaibkan individu tertentu.

2 Comments

Filed under Anwar & Liwat

2 responses to “Apa yang Wan Azizah beritahu Ezam ?

  1. Norman

    Isu anwar tu mudah sahaja. Allah benci makhluk-Nya yang munafik. Jadi, jika anwar benar, lambat-laun akan terbukti kebenarannya. Tetapi, jika sebaliknya, tiada sebarang kuasa besar duniapun yang dapat membantunya menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar.

  2. Pingback: Tabiat Suka Meliwat Anwar Juga Anugerah Tuhan | AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s