Godfather Anwar : Dulu Paul Wolfowitz, sekarang Al Gore

Anwar_AlGore2

Wartawan Barat dari Executive Intelligence Review (EIR), Michael Billington dalam tulisannya bertajuk “Gore’s Racist Assault Against Malaysia”(2008)[klik di sini] sudah menulis bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘aset yang dikongsi bersama’ oleh dua orang Zionis Amerika Syarikat iaitu Paul Wolfowitz dan Al Gore.

Anwar bergilir-gilir bertuankan kepada kedua-dua godfather Zionis ini mengikut suasana politik Amerika Syarikat. Siapa yang lebih berkuasa, maka tokoh Zionis itu akan dihampiri. Manakala kedua-dua Zionis ini saling bergilir-gilir berkongsi aset mereka (Anwar Ibrahim) asalkan aset itu bersedia melaksanakan misi mereka.

Kronologi perkongsian aset

Kronologi perkongsian aset Al Gore-Wolfowitz ke atas Anwar dapat dilihat seperti berikut :

Pada tahun 1996-1998, ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau bertuankan kepada Al Gore (Demokrat) yang ketika itu Naib Presiden Amerika Syarikat. Sebab itu, selepas Anwar dipecat daripada UMNO, Al Gore datang ke Malaysia dalam program APEC (Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik), beliau membela Anwar Ibrahim, menyokong reformasi dan mengkritik Dr Mahathir.

AnwarCohenberbaris

Anwar disambut sebagai bakal PM oleh William Cohen, merupakan seorang Zionis yang diletakkan di posisi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Cohen adalah anak buah Al Gore dari parti Demokrat


Pada tahun 2000, Parti Demokrat, pimpinan Bill Clinton-Al Gore gagal mempertahankan kuasanya apabila Parti Republikan pimpinan Bush-Dick Cheney mula mengambil alih kuasa. Parti Republikan ketika itu menggunakan isu skandal seks oral Clinton- Monica Lewinsky (pembantu pelatih di White House) untuk menjatuhkan parti Demokrat. Anwar ketika itu berada di penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah di mahkamah, menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM untuk melindungi skandal seksnya daripada terbongkar ke pengetahuan umum.

Apabila Presiden Bush-Cheney mula mengambilalih kuasa pada tahun 2001, beliau telah melantik seorang tokoh neokonservatif (zionis) bernama Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Paul Wolfowitz pernah menghantar pelan strategik supaya melakukan serangan ke atas Iraq semasa pemerintahan Bill Clinton, tetapi plan itu tidak dilaksanakan dengan sepenuh hati oleh pemerintahan kerajaan Demokrat itu, lalu apabila Wolfowitz berada di posisi pertahanan kerajaan Republikan Amerika Syarikat, beliau meneruskan plan yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Paul Wolfowitz memulakan kempen-kempen menyerang Iraq di negara-negara sekutu Amerika Syarikat sehinggalah agenda Wolfowitz benar-benar berjaya dilaksanakan apabila Bangunan WTC Amerika Syarikat musnah akibat dibom. Wolfowitz dan kerajaan Amerika menuduh pegeboman itu dilakukan oleh ‘teroris Islam’ yang diketuai oleh Osama bin Laden.

Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara Sungai Buloh ketika itu mula melobi Paul Wolfowitz, dengan menyatakan sokongan terhadap usaha Wolfowitz itu. Dari dalam penjara Anwar menyeludup suratnya dan dihantar ke media antarabangsa iaitu International Herald Tribune Surat Anwar yang bertarikh 11 Oktober 2001 senada dengan Paul Wolfowitz iaitu mengecam Osama bin Laden sebagai punca pengeboman bangunan WTC.

Anwar turut menuduh Osama menyemai benih-benih ‘terorisme’ yang menyebabkan berlaku keganasan dalam Islam. Menurut Anwar lagi, dalam negara Islam terdapat pemerintahan ‘diktator’ yang menindas rakyatnya untuk terus berkuasa. Diktator yang dimaksudnya itu adalah Sadam Hussein, Presiden Iraq. Klik di sini

Surat sokongan ini, membuat Wolfowitz sangat gembira, kerana beliau mempunyai sokongan dari individu dari dalam negara Islam sendiri iaitu Anwar Ibrahim dari Malaysia. Sebab itu, apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004 dan merawat di Munich, Wolfowitz merupakan tokoh penting yang meluangkan masa melawat Anwar di Jerman, meskipun beliau sendiri sibuk dengan tugas harian di Amerika Syarikat.

Anwar, Gus Dur & Wolfowitz di Munich

Anwar dan Gus Dur bersama Anwar di Munich pada 2004

anwar-rubin-wolfowitz1

Anwar diapit oleh dua tokoh Yahudi berpengaruh di sebuah hotel Amerika Syarikat pada tahun 2005. Dari kiri William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan) dan kanan, Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat


Pertemuan Wolfowitz-Anwar di Munich [klik di sini] mempunyai singnifikan yang sangat penting kepada peranan Anwar yang seterusnya. Abdurahman Wahid (Gus Dur) yang ikut serta dalam pertemuan itu melaporkan tugasan Wolfowitz kepada Anwar di Munich sebagai ‘juru penengah’ atau ‘agen pelemah’ kepada golongan Islam yang bercita-cita untuk menubuhkan sebuah konsep Negara Islam.

Pada penghujung tahun 2005, Anwar telah berpindah ke Amerika Syarikat dan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins University, tempat Wolfowitz pernah menjadi dekan. Wartawan Barat mendedahkan jawatan Anwar di SAIS hasil pemberian daripada Wolfowitz. Klik di sini

anwar-wolfowitz

Khalid, Azmin, Anwar dan Paul Wolfowitz di Pentagon 2005

Bermula dari penghujung 2005, Anwar telah menetap di Amerika Syarikat dan menjadi pelaksana Jabatan Negara Amerika Syarikat atau lebih tepatnya sebagai ‘budak Paul Wolfowitz’. Apabila khidmat Wolfowitz hampir tamat di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Anwar mula melobi kepada media asing agar Wolfowitz dilantik sebagai Presiden Bank Dunia.

Apabila Wolfowitz dilantik menjadi Presiden Bank Dunia, Zionis itu turut melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dengan elauan bulanan yang amat lumayan. Dalam masa yang sama, Wolfowitz turut melantik Anwar menjadi Pengerusi sebuah yayasan underground Amerika Syarikat di Timur Tengah yang dinamakan Foundation For The Future (FFF).

Apabila kedudukan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia mula dipertikaikan kerana salah guna kuasanya menaikkan elaun kepada ‘kekasihnya’, Shaha Riza, nama Anwar juga turut terbabit. Anwar disiasat menjadi pelindung Wolfowitz, apabila beliau menghantar surat kepada Bank Dunia, memohon pemindahan Shaha Riza dari Bank Dunia ke yayasan Jabatan Negara Amerika Syarikat iaitu FFF.

AnwarSandraFFF

Anwar pengerusi Foundation For The Future sebuah yayasan Amerika untuk mendemokrasikan Timur Tengah


Pemglibatan Anwar itu direkodkan dalam Jawatankuasa Penilai penyelewengan Presiden Bank Dunia (Ethics Committee Case No 2 and President Papers). Klik di sini

Hasil siasatan jawatankuasa penilai Bank Dunia itu merumuskan Paul Wolfowitz didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan Wolfowitz telah meletak jawatan sebagai Presiden Bank Dunia pada tahun 2007, manakala Anwar Ibrahim meninggalkan Amerika Syarikat dan kembali ke Malaysia menjadi penasihat umum PKR sepenuh masa.

Pada tahun 2008, pemerintahan Presiden Bush-Dick Cheney mula tergugat apabila munculnya dua tokoh parti Demokrat, Obama-Joe Biden melawan arus mereka. Dalam pemilihan itu pasangan Obama-Joe Biden berjaya mengambilalih pemerintahan.

Anwar Ibrahim dari Malaysia yang sudah bergelar YB Permatang Pauh sekali lagi ke luar negara melobi pemerintahan Obama. Walaupun Anwar sepatutnya menghabiskan masa di parlimen sebagai ketua pembangkang, tetapi beliau tetap ke luar negara menghampiri pemerintahan baru parti Demokrat pimpinan Obama.

Anwar mula mengaktifkan diri dengan Forum US-Islamic Word, anjuran Institut Brookings dan Saban Center [klik di sini], dua buah badan pemikir Yahudi yang menjadi think tank Demokrat. Di Doha, Qatar, anjuran kedua badan pemikir Yahudi itu, Anwar memuji-muji Presiden Obama sebagai presiden terbaik berbanding dengan Presiden Bush, walhal sebelum ini hampir tiga tahun (2005-2007), Anwar menjadi tali barut Presiden Bush di Jabatan Negara.

Anwar-Madeline Albright

Anwar bersama Madeline AlBright, di Doha, Qatar

Anwar-Indy-rabi1-qatar-forum-10

Martin Indyk, tokoh Zionis yang pernah menjadi duta Amerika ke Israel merupakan orang kuat Institut Brookings dan Saban Center

MIDEAST-ISRAEL-POLITICS-OLMERT

Martin Indyk bersama Ehud Olmert, bekas Perdana Menteri Israel


Dalam program US-Islamic World Forum juga Anwar mengambil kesempatan menjalinkan semula hubungannya dengan tokoh-tokoh Demokrat terutamanya Madeline Albright yang kini menjadi penasihat kepada Hillary Clinton, Setiausaha Negara, Amerika Syarikat.Klik di sini

Meninggalkan Wolfowitz, intim semula dengan Al Gore

Setakat ini, Walaupun Anwar berulang kali memuji Presiden Obama, namun beliau masih gagal dalam proses lobi itu. Anwar telah menghampiri Martin Indyk, Madeline Albright dan beberapa tokoh lain, tetapi masih gagal untuk tembus ke Jabatan Negara yang telah didominasi oleh parti Demokrat.

Dulu Anwar bebas keluar masuk ke Jabatan Negara hatta ke Pentagon, melalui kelulusan Paul Wolfowitz dan Liz Cheney (anak Dick Cheney), kini laluannya agak sukar.

Sekali lagi Anwar pergi ke Doha mengikuti program US-Islamic World Forum dengan harapan dapat melobi kembali Presiden Obama agar dapat menerimanya sebagai ‘rakan sekerja’ Amerika Syarikat.

Program US-Islamic World Forum 2010, yang Anwar hadiri, beliau sempat melobi John Kerry, salah seorang tokoh penting Demokrat. Anwar masih belum berpuas hati kerana gagal melobi sendiri Hillary Clinton. Sebab itu, semasa Hillary datang merasmikan forum anjuran Amerika itu, Anwar mengambil kesempatan untuk berbincang dengan Hillary, tetapi tidak berjaya, Hillary hanya sudi untuk bergambar sahaja, tetapi tidak bersedia untuk berbincang tertutup dengan Anwar. Klik di sini

Hanya satu lagi peluang untuk Anwar menghampiri White House iaitu dengan cara menjadi ‘budak Al Gore’ yang sekarang ini menjadi Penasihat Presiden Obama.

AlGore godfather Anwar

Anwar, Gore dan Tipper Gore (isteri al Gore) di Amerika Syarikat


Anwar mempunyai sebab yang mudah untuk menghampiri Al Gore semula kerana mereka berdua mempunyai sejarah hubungan yang intim sejak tahun penghujung sejak tahun 1998 lagi.Membaca sejarah hubungan Anwar-Al Gore, sila klik di sini dan di sini

Apakah komplot jahat Anwar-Algore kali ini ?

Kalau dulu, wartawan Barat mengambarkan Anwar berkomplot dengan Paul Wolfowitz, ketika tokoh Zionis Amerika Syarikat itu masih berkuasa. Anwar digambarkan oleh wartawan Barat sebagai “Pisau Wolfowitz di Asia”. Klik di sini

Kerja-kerja jahat yang dilakukan Anwar atas arahan Wolfowitz termasuk memusnahkan pegangan agama dan akar Islam dengan bertopeng ‘demokrasi Islam’. Anwar pernah menjadi budak suruhan Wolfowitz menjadi menjadi Pengerusi dan Presiden boneka yayasan hantu FFF untuk melemahkan akar Islam di Timur Tengah. Klik di sini

Wartawan Barat sendiri mendedahkan FFF adalah yayasan hantu yang pro-Israel bertujuan untuk membekalkan senjata kepada kumpulan Fatah (pro-Israel) agar berperang dengan Hamas di Palestin. Klik di sini dan di sini dan di sini

Kerja jahat Anwar-Wolfowitz sudah tamat, sekarang masuk episod baru, Anwar kembali menjadi budak Al Gore pula. Apakah kerja jahat yang bakal mereka lakukan ke atas dunia Islam, memandangkan Anwar sudah mengadakan hampir 3 kali mesyuarat sulit di London?

Kali terakhir Anwar bermesyuarat dengan Al Gore pada Mac lalu di London. Isi perbincangan dirahsiakan. Klik di sini dan di sini

Bukan sekadar bermesyuarat biasa, tetapi Anwar memegang jawatan yang bergaji besar dalam yayasan kepunyaan Al Gore yang dikenali sebagai Generation Investment Management Group(GIM). Klik di sini

GIM pula melakukan pelaburan sebanyak $10 million di Israel dalam syarikat  GreenRoad Technologies Ltd.Klik di sini dan di sini

Anwar_AlGore

Anwar dan Al Gore bermesyuarat di London 2010


Tetapi bukan soal pelaburan dengan Israel yang mahu dirungkaikan di sini, tetapi apakah misi yang Anwar perlu lakukan setelah Al Gore membayar harga yang mahal kepada Anwar ?Anwar telah membuktikan kesetiaannya kepada Wolfowitz, apabila beliau pernah menjadi budak Zionis Wolfowitz itu.

Dan apakah bukti kesetiaan Anwar kepada Al Gore selepas Anwar kembali menjadi ‘budak Zionis Al Gore itu ?

Kita tunggu dan lihat.

AIDC

3 April 2010

Leave a comment

Filed under Anwar & Amerika

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s