Blog AIDC sekadar satu wadah

Pertamanya diucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengusahakan kempen selamatkan AIDC. Sangat terharu dengan sokongan, hinggakan tidak termampu disenaraikan kawan-kawan yang memberi sokongannya di sini. Kepada semua diucapkan jutaan terima kasih, tidak mampu dinukilkan dengan kata-kata, hanya Allah swt yang dapat membalasnya, jasa dan budi baik tuan puan.

Secara peribadi, saya mewakili rakan-rakan sekerja AIDC akan terus memperjuangkan penentangan terhadap Anwar Ibrahim, walau dalam apa cara sekalipun, sehinggalah beliau kembali bertaubat dan menuntut maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kerosakan yang telah dilakukan kepada agama, bangsa dan negara ini.

Hingga ke hari ini, kepercayaan kami tetap sama iaitu Anwar Ibrahim lebih membawa mudarat kepada agama dan bangsa, bahkan sanggup bersekongkol dengan kuasa-kuasa asing semata-mata untuk memastikan cita-citanya tercapai. Maka, selagi Anwar tidak berganjak dengan pendiriannya, maka kami sebagai rakyat marhaen yang cintakan agama dan negara akan membanting tulang empat kerat untuk membendung.

Memang diakui, Anwar adalah manusia yang mengamalkan konsep ‘political animal’ yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya, maka sebagai rakyat marhaen, kami bersedia menjadi benteng melalui mata pena menghalang cita-citanya. Itu adalah prinsip yang kami pegang dari mula-mula blog ini ditubuhkan hingga sekarang.

AIDC sekadar satu wadah yang boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk, tetapi ia bukan satu matlamat. Kerana matlamat utama adalah penentangan kepada pemikiran dan cita-cita Anwar Ibrahim yang diyakini lebih membawa kepada kemudaratan.

Bermakna, tidak timbul soal dana kerana jika masalah kewangan untuk menguruskan blog, maka kita akan mencari kaedah lain yang tidak melibatkan kos. Kita bergerak umpama air, kalau ada halangan di sana, kita mengalir mengikut saluran di sini.

Dengan rendah diri, kami katakan AIDC bukanlah blog yang terlalu hebat, seperti yang digembar-gemburkan. Blog AIDC hanyalah salah satu daripada ribuan blog yang menghiasai dunia siber.

Saya masih ingat, sekitar tahun 2007, ketika Anwar menulis diblognya (anwaribrahimblog) berkenaan dengan jawatannya dalam Foundation For the Future, saya amat terkilan kerana terlalu banyak pembohongan yang ditulis untuk tatapan rakyat Malaysia. Dan saya paling sedih ramai rakyat Malaysia terpedaya dengan pembohongan-pembohongan itu.

Ketika itu, saya belum lagi berblog, sekadar menjadi pembaca di blog-blog dan web-web lain. Atas tanggungjawab menjawab pembohongan itu, saya sms dan emailkan beberapa fakta balasan kepada beberapa blog dan web tertentu. Alhamdulillah disiarkan.

Kemudian, apabila mula berblog sekitar April 2008, fakta yang pernah disms dan diemailkan ke blog lain, disiarkan kembali sebagai artikel pertama di blog AIDC. Untuk membacanya kembali, sila klik di sini

Kenapa saya berblog ? Sebabnya sama seperti di atas. Rasa bersalah kerana rakyat Malaysia dibohongi dengan fakta-fakta yang salah oleh manusia ini. Jadi sebagai salah seorang warganegara yang cintakan agama dan negara, saya menyumbangkan idea mengikut keupayaan sendiri. Apatah lagi perubahan lanskap politik negara selepas PRU 12 diwar-warkan berpunca dari tokoh cameleon itu.

Ketika itu, kawan saya berdua. Hokage dan Cik Kiah. Kami berpakat menggunakan saluran youtube. Mulanya channel ‘japnapari’ kemudian ditukar nama kepada ‘anwaribrahimdotcom’. Dari awal lagi saya tidak berminat membuka blog, cukup sekadar dichannel youtube.

Hokage bertanya kenapa tidak menulis dan berblog. Saya menjawab, soal prioriti dan efektif. Hokage berkata tulisan dan blog lebih audiennya lebih meluas. Saya menjawab audio-video lebih penting dalam mengubah pandangan. Boleh menulis, tetapi mampukah mengubah pandangan, saya bertanya. Sebagai jalan tengah akhirnya blog dibangunkan selepas pelancaran channel youtube. Saya penulisnya, manakala hokage dan cikkiah bergerak di youtube.

Kemudian ketika YM mula diiklankan, tanpa disangka, mendekatkan lagi dengan rakan-rakan sealiran di dunia maya. Di sini bermulalah watak nora, zek, yuhu dan kumbang yang kesemuanya hari ini ditransformasikan menjadi MOD facebook Anti Anwar Ibrahim Club. Klik di sini

Dua bulan berblog, negara dikejutkan dengan kemunculan seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis berkenaan dirinya diliwat oleh Anwar. Rakyat mula mencari kebenaran sejauh manakah kebenaran dakwaan pemuda itu.

Kemudian, negara sekali lagi digegarkan dengan dakwaan Anwar yang penuh yakin mencanangkan satu projek mega tajaannya, ‘peralihan kerajaan 16 September’. Rakyat semakin cemas untuk mengetahui sejauh manakah kebenaran.

Dua perkara berlaku serentak. Pertama pemuda mendakwa dirinya diliwat Anwar dan kedua Anwar mendakwa akan membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008.

Saya masih ingat, ketika itu kami bekerja siang malam untuk mendedahkan siapakah sebenarnya Anwar di dunia maya semata-mata untuk menghalang cita-citanya. Tulisan dan video diterbitkan bertalu-talu menggunakan saluran blog dan channel youtube. Walaupun tidak begitu meluas, tetapi itulah sumbangan yang termampu kami lakukan.

Sekarang, semakin ramai rakyat Malaysia menyedari bahawa projek mega 16 September yang dicanangkan Anwar sekadar satu propaganda untuk menutup skandalnya. Dan pastinya, kegagalan Anwar berpunca dari satu faktor besar iaitu Allah swt tidak mengizinkan perancangannya.

Selepas itu, tiada lagi janji-janji tarikh baru untuk Anwar menjadi PM. Sampai sekarang 16 September dijadi hari cuti umum rakyat Malaysia.

Dalam keseorangan menulis selama setahun, saya menjemput kenalan maya lain untuk sama-sama bergabung tenaga dalam AIDCclub. Faizal, Emang, Kumbang dan beberapa individu lain. Umpama sebatang lidi, satu batang mudah dipatah, jika seberkas, makin menjadi kuat. Dimensi penulisan dikembangkan kepada Islam Liberal, zionisme, jesuit dan LGBT.

Selama dua tahun menulis, sedikit sebanyak rasa bersalah itu dapat ditebus.

Kepada blog-blog yang terus membantu atau blog-blog baru, teruskan perjuangan mengikut keupayaan masing-masing. Setiap ditulis, walaupun sebesar zarah tetap mempunyai sumbangan kepada agama dan negara. Dan dari sebesar zarah, jika istiqamah, ia akan membesar mengikut kemampuan dan usaha kita.

Dalam pada itu, ada yang berkubur mengikut prioriti pengendalinya, namun seperti lumrah alam, patah tumbuh hilang berganti.

AIDC

10 November 2010

ditulis diegroup AIDC

3 Comments

Filed under Cetusan AIDC

3 responses to “Blog AIDC sekadar satu wadah

  1. Pingback: Pendedahan AIDC fasa ke-III: Terima kasih semua blogger & netwoking VC « MINDA AIDC

  2. tam

    salam…budak baru tumpang lalu…
    saya ada terbaca berkenanaan tajuk anuar,teruskan usaha anda dalam membongkarkan keyahudiaan anuar..

  3. Pingback: Pendedahan AIDC fasa ke-III: Terima kasih semua blogger & netwoking VC | AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s