Singapura Sudah Berminat Lima Negeri Tanah Melayu Sejak 1964

parlimen bangsar-nair

dun sentul

Singapura sudah berminat terhadap lima negeri Tanah Melayu, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka dam Megeri Sembilan sejak dari tahun 1964.

Ketika itu Perdana Menteri Singapura adalah Lee Kuan Yew dari parti PAP (People Action Parti) atau PETIR (Parti Tindakan Rakyat)

Lee yang juga Setiausaha Agung PAP berjaya menjadi Perdana Menteri Singapura pada 5 Jun 1959 selepas menang 43 daripada 51 kerusi Dewan Perundangan Singapura yang pilihan rayanya diadakan pada 1 Jun 1959.

Kemenangannya disebabkan Lee mrengadakan mesyuarat rahsia dan meminta sokongan pemimpin komunis bawah tanah, Fang Chuang Pi, yang digelarnya Plen

Sebelum Lee menjadi Perdana Menteri, Singapura diperintah oleh Ketua Menteri, Lim Yew Hock dari parti Buruh yang telah menahan sebilangan besar aktivis PAP di bawah ‘Akta Preservation of Public Security'(Akta Pemeliharaan Keselamatan Awam) kerana terlibat dengan anasir komunis.

nair 4

Dari kiri; Lim Chin Siong, S. Woodhull, Fong Swee Suan dan Devan Nair

Antara pimpinan PAP yang ditahan adalah Lim Chin Siong, Devan Nair, Fong Swee Suan, James Dominic Puthucheary, S Woodhull dan Chan Chiaw Thor.

Devan Nair, James Dominic Puthucheary dan Lim Chin Siong telah dianggap oleh pihak keselamatan British yang menjajah Singapura ketika itu sebagai ‘open front leader’ Parti Komunis Malaya.

lee-james

Lee Kuan Yew (kiri) dan James Puthucheary (kanan)

Perkara ini didedahkan Richard Clutterbuck, “Conflict and Violence in Singapore and Malaysia 1945-1983, Graham Brash (Pte.) Ltd ,Singapore, 1984, halaman 66 dan 99.

Dari satu sudut penahanan pimpinan PAP membolehkan Lee mendominasi semula parti itu selepas kepimpinannya telah diketepikan apabila komunis menyerap masuk dan mengambil alih parti tersebut.

Lee meletakkan syarat kepada Gabenor Sir William Goode bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya rakan-rakannya dari PAP dibebaskan.

Pada 3 Jun 1959 lapan tahanan termasuk Devan Nair, James Dominic Puthucheary dan Lim Chin Siong telah dibebaskan.

Namun, kedudukan Lee dan PAP kembali tergugat apabila Lim Chin Siong pada 3 Jun 1961 bersama rakan-rakannya dalam Kesatuan Sekerja, S Woodhull, James Dominic Puthucheary, Fong Swee Suan menuntut Lee membebaskan lebih ramai lagi tahanan yang ditangkap kerana menyokong komunis.

Lim memberi amaran, sekiranya Lee gagal berbuat demikian, beliau dan rakan-rakannya akan keluar daripada PAP

Pada Julai 1961, Lim dan rakan-rakannya telah keluar PAP dan menubuhkan Barisan Sosialis.

Terperangkap dengan kemelut dalaman parti sendiri dengan kebangkitan golongan kiri/komunis, Lee berpaut kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al Hajj dengan alasan mahu bercantum dengan Persekutuasn Tanah Melayu.

Bagi Lee dan PAP pencantuman dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah penting untuk membolehkan Singapura merdeka daripada penjajahan British.

Walau bagaimanapun hasrat Lee mahu bercantum Persekutuaan Tanah Melayu dibantah keras Lim dan Barisan Sosialis, akhirnya pada 2 Februari 1963, Operasi ‘Cold Store’ telah dilancarkan, di mana Lim dan rakan-rakannya di antara 113 aktivis kiri yang ditahan kembali di bawah Akta Preservation of Public Security.

Rancangan asal menubuhkan Malaysia (gabungan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura) pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditangguh bagi membolehkan rombongan Sekretariat PBB yang diketuai oleh Lawrence Michelmoore mendapat mandat daripada rakyat Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) untuk menyertai Malaysia.

Lee, bagaimanapun membantah perubahan tarikh tersebut, beliau tetap mengiktiharkan kemerdekaan Singapura pada 31 Ogos 1963.

Tindakan Lee itu memeranjatkan Tunku Abdul Rahman. Kabinet Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dalam mesyuaratnya pada 2 September 1963 telah memutuskan bahawa tindakan kerajaan Singapura mengisytiharkan kemerdekaan itu sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan.

Lee membubarkan Majlis Legislatif Singapura untuk membolehkan pilihan raya diadakan pada 21 September 1963. PAP atau PETIR menang 37 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan.

Parti Barisan Sosialis mendapat 13 kerusi, manakala semua calon UMNO dan Perikatan Singapura tewas.

Hasil kemenangan itu, PAP merasakan parti mereka mula diterima oleh masyrakat bukan Melayu lalu mereka mengembangkan sayapnya ke Semenanjung Tanah Melayu.

Cawangan PAP ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dengan menumpukan terhadap lima negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka dam Megeri Sembilan.

Secara terbuka Lee mengumumkan partinya mewakili masyarakat Cina yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.

Pada 1 Mac 1964, Pengerusi PAP, Toh Chin Chye mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang diadakan pada 25 April 1964.

Keputusan PAP itu telah melukakan hati Tunku Abdul Rahman kerana mengikut perjanjian pada Ogos 1963, PAP telah bersetuju untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum di Semenanjung Tanah Melayu.

Tindakan PAP dilihat sebagai sebagai suatu keputusan yang sengaja diambil bagi mencabar keutuhan kerajaan Perikatan di Semenanjung Tanah Melayu.

Para pemimpin UMNO menyelar Lee sebagai menyimpan cita-cita bukan sahaja untuk memusnahkan UMNO, MCA, MIC tetapi juga untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

petir taburan kerusi

keputusan

petir selangor

p-batu-sel
n-bukit nanas-sel

petir pp

p-tanjong-penang
n-tanjong-penang

petir Johor

p-kluang utara-johor
n-tampoi-johor

petir melaka

p-bandar melaka
n-kota tengah-melaka

petir NS

p-seremban timur

Keputusan PRU itu, parti Perikatan mengekalkan kemenangan dengan menguasai 89 kerusi daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Calon-calon PAP tewas teruk, hanya seorang calon sahaja, iaitu Devan Nair yang menang di Parlimen Bangsar.

Masalah mula timbul apabila Malaysia berpisah dengan Singapura pada 9 September 1965 telah menjejaskan kedudukan Devan Nair sebagai Ahli Parlimen PAP Bangsar.

PAP adalah parti Singapura secara automatik parti itu tergugur pendaftarannya apabila Singapura berpisah dengan Malaysia.

Secara automatik kelayakan Devan Nair sebagai Ahli Parlimen PAP terbatal menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Devan Nair cuba menghidupkan semula nama PAP Malaysia namun ditolak oleh pendaftar pertubuhan.

parlimen bangsar-nair

Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baharu dengan membuang perkataan ‘People’ diganti dengan ‘Democratic’, dari ‘People Action Party’ (PAP) menjadi Democratic Action Party (DAP).

Walaupun nama berbeza, namun perlembagaan DAP termasuk berkenaan tata cara pemilihan pemegang-pemegang jawatan parti disalin daripada PAP Singapura.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan sebagai salah satu parti Malaysia dan selepas itu lidah rasmi DAP, ‘The Roket’ dilancarkan di mana Lim Kit Siang dilantik sebagai Ketua Pengarangnya.

1 Comment

Filed under Uncategorized

One response to “Singapura Sudah Berminat Lima Negeri Tanah Melayu Sejak 1964

  1. Pingback: Singapura Sudah Berminat Lima Negeri Tanah Melayu Sejak 1964 |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s