Kalau Bukan Dalang, Kenapa Kit Siang Ditahan ISA 18 Mei 1969 ?

Kalau bukan dalang 13 Mei, kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ?

Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 ditempatkan pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970.

Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan, satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang ditahan tanpa ada kaitan dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei.

Namun, hingga kini, selepas 44 tahun masa berlalu, Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu, sekaligus mengesahkan penahanannya enam hari selepas tragedi berdarah itu adalah tepat dan tidak mampu disangkal olehnya.

Kit Siang sepatutnya membersihkan namanya terlebih dahulu dan bukannya menuntut perkara mustahil seperti mahu kerajaan laksanakan Suruhajaya Diraja untuk siasat 13 Mei kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta telah diwartakan dalam bentuk laporan kertas putih pada Oktober 1969.

Ekoran tragedi berdarah itu, pada malam 16 Mei 1969, kerajaan telah mengisytiharkan darurat. Parlimen digantung. Negara diperintah oleh Yang DiPertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri daripada mengetuai Mageran, tempat beliau digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang lagi. Antara tindakan yang diambil termasuk membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara.

Turut dilancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Itu merupakan langkah-langkah yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara, jadi bagaimana pula dengan langkah Kit Siang untuk membersihkan namanya daripada terus dituduh sebagai pencetus insiden tersebut ?

Tidak cukup sekadar berceramah kepada para penyokongnya atau menerbitkan buku-buku penafian melalui partinya kerana ia hanya satu sumber daripada individu yang dituduh itu sendiri.

Bukan sekadar menepis dalam bentuk propaganda murahan, perlu dilakukan dengan langkah pantas maju ke hadapan yang lebih konkrit, membersihkan namanya di mahkamah, mendakwa penahanan terhadapnya pada 18 Mei 1969 adalah tidak sah, dia serta partinya bukan dalang ke arah tercetusnya tragedi berdarah itu.

Mahu digelar jaguh rasis ?

Ini merupakan pandangan pengikutnya, Steven Sim yang menobatkan Kit Siang adalah hero apabila ditahan ISA selepas 6 hari tragedi berdarah 13 Mei.

“Pada masa itu, Kit Siang umurnya hanya 28 tahun, partinya DAP hanya setahun jagung (DAP secara rasminya ditubuhkan pada 1966).

“Pada 13 Mei 1969, Lim Kit Siang berada di Kota Kinabalu (KK), Sabah. Dia tiada di Kuala Lumpur tempat memuncaknya pergolakkan. Komrad-komrad memberi amaran kepada Kit Siang bahawa jika dia pulang ke Kuala Lumpur, besar kemungkinan akan ditahan, ataupun mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku ke atas dirinya.

“Tetapi Lim Kit Siang bukan penakut, dia bertegas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu, tiadalah penerbangan terus dari KK ke KL, maka Kit Siang terpaksa singgah di Singapura. Di Singapura, sekali lagi Kit Siang dinasihatkan supaya jangan pulang, nanti jadi mangsa kekejaman politik pemerintah. Pemerintah perlukan domba korban untuk peristiwa 13 Mei, dan pembangkanglah target mudah mereka,” tulis pengikutnya itu.

Barangkali inilah yang dikehendaki Kit Siang, mahu anak muda sebangsa dengannya mengidolakan, taksub kepadanya dan mengangkatnya menjadi jaguh rasis memperjuangkan kaumnya sendiri.

Mungkin juga dengan label jaguh rasis itu, Kit Siang mammpu meneruskan legasi memimpin DAP untuk anak dan cucunya.

Steven Sim menulis catatan memuja mentornya di blognya, stevensim.wordpress.com pada 21 Februari 2011, ketika berjawatan Bendahari Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, Kit Siang adalah hero, berani bertanggungjawab, meskipun telah diberitahu oleh pengikut-pengikutnya yang dia bakal ditangkap selepas berlaku insiden 13 Mei 1969.

Steven Sim turut membuat andaian, sekiranya Kit Siang tidak pulang ke Malaysia dan terus menetap di Singapura berkemungkinan dia sekarang menjadi salah seorang penting di negara itu.

Namun, Kit Siang mengambil pendekatan sebaliknya dan ditahan di lapangan terbang Subang.

“Lim Kit Siang telah pulang ke tanah air pada tahun 1969 dan terus ditahan “on the spot” di lapangan terbang Subang,”tulisnya lagi.

Pengikut Kit Siang yang bernama Steven Sim sekarang ini adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, individu yang lantang menyokong tindakan A Samad Said dan Hishamuddin Rais mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.

Kit Siang sengaja lari ke KK ?

Ini pula keterangan Kit Siang sendiri, dalam wawancara dengan Ooi Kee Beng, dibukukan dan diterbitkan badan pemikir DAP, REFSA.

Menurutnya pada 10 Mei 1969, dia berada di Bandar Melaka untuk pengundian kerana dia menjadi calon DAP di parlimen itu.

Pada 11 Mei 1969, dia mengaku balik ke rumahnya di Petaling Jaya untuk bertemu keluarga. Kemudian pada sebelah malamnya dia mendakwa kembali semula ke Melaka untuk bertemu penyokongnya.

“Saya ke KK pada 13 Mei, waktu pagi,” katanya.

Terdapat kontradiksi penceritaan Kit Siang, satu segi dia mendakwa dia didatangi pengawai imigresen Sabah dan memintanya keluar segera dari Sabah, namun dari segi lain dia juga turut mengaku, jadual penerbangannya sepatutnya pada 14 Mei 1969, jam 2.45 petang, namun sengaja melengah-lengahkan sehingga terlepas penerbangan itu.

Turut diselitkan satu mitos bahawa dia sengaja melengah-lengah penerbangan kerana ‘ada orang bajau’ upahan Tun Mustapha mahu membunuhnya.

“Pagi berikutnya (15 Mei), polis menahan saya untuk memastikan saya tidak membuat helah yang sama sehingga terlepas pesawat. Saya menaiki MSA (Malaysia-Singapore Airline), mengambil laluan Singapura ke Kuala Lumpur.

“Saya singgah di Singapura, tinggal bersama Devan Nair, selama tiga malam – 15, 16, 17 Mei. Saya berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan; telefon boleh digunakan. Mereka menasihatkan saya untuk tidak pulang – ‘Kamu dalam senarai hitam, kamu akan ditangkap’,”katanya.

Katanya lagi, pada 18 Mei, dia mengambil penerbangan dari Singapura ke Subang dan ditahan di lapangan terbang itu.

Kenapa nama Kit Siang disenarai hitam ?

Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam bukunya, bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, berkata parti pakatan pembangkang bukan Melayu khususnya DAP dan Gerakan mula naik tocang apabila menang besar dalam Pilihanraya Umum 1969.

DAP yang mendapat 13 kerusi, PAS mendapat 12 kerusi, parti Gerakan 8 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) 4 kerusi.

“DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada keesokan harinya, iaitu hari Selasa, 13 Mei 1969, tetapi tidak mendapat kebenaran polis. Cadangan itu tidak diteruskan tetapi DAP turut serta dalam perarakan parti Gerakan (pada 12 Mei),”kata Tunku.

Tunku turut melampirkan foto-foto perarakan Gerakan dan DAP, di mana nama Dr Tan Chee Khoon (Setiausaha Agung Gerakan) dan Goh Hock Guan (Setiausaha Agung DAP) turut didedahkan.

Baca selanjutnya, sila klik di sini

Persoalannya, kenapa nama Kit Siang yang tiada dalam gambar itu tetapi disenaraihitamkan, dan bukannya Goh Hock Guan, Setiausaha Agung DAP yang terbukti dirakam dalam gambar ?

Ahli Jawatankuasa DAP dari 1968 hingga September 1969

Sejak DAP menjadi parti sah di Malaysia pada tahun 1968, parti itu mempunyai 13 orang ahli jawatankuasa tertinggi, tetapi kenapa hanya nama Kit Siang yang menjadi sasaran ?

Sedangkan Kit Siang ketika itu hanya Setiausaha Organisasi DAP dan bukannya Setiausaha Agung DAP.

Bermakna penahanan Kit Siang bukan berpunca daripada aktiviti pada 10, 11, 12 dan 13 Mei, tetapi perancangan sebelum daripada tarikh itu sehingga membawa momentum meletusnya tragedi berdarah 13 Mei.

Jadi tidak timbul soal Kit Siang tiada di ibu kota pada 13 Mei, tetapi perlu diambil kira apa yang Kit Siang lakukan sebelum daripada tarikh tragedi berdarah itu.

Satu perkara lagi, apa krisis dalaman yang berlaku di antara Hock Guan, Setiausaha Agung DAP dengan Kit Siang, Setiausaha Organisasi sehingga memaksa Hock Guan meletak jawatan.

Selepas Hock Guan meletak jawatan, Kit Siang mengambil alih jawatan Setiausaha Agung DAP pada September 1969, meskipun ketika itu dia baru beberapa bulan berada dalam tahanan ISA.

Hock Guan pada tahun 1974 mengistiharkan keluar DAP dan menyertai parti Gerakan.

Hock Guan ketika diwawancara NST mengakui berbeza pendapat dengan Kit Siang dalam banyak perkara.

“Saya terpaksa keluar daripada Kit Siang. Ini kerana, saya tahu apa yang berlaku sebelum ini, seorang lelaki (Kit Siang), yang dahulunya memandu kereta fiat lama yang saya beli dengan harga 500 dollar telah membeli kereta Mercedes Benz.

“Saya telah mengkritik dia dan yang lain dalam mesyuarat tertinggi parti. Mereka tidak suka dengan kritikan saya itu,”katanya.

Bekas Setiausaha Agung DAP pertama itu juga berkata cara hidup mewah bertentangan dengan perjuangan parti yang bercirikan sosialis yang meniru cara hidup Mahatma Gandhi.

Dalam wawancara itu Hock Guan tidak menafikan kemenangan besar DAP pada PRU 1969 secara tidak langsung menyumbang berlakunya tragedi berdarah 13 Mei.

Sebelum meletus 13 Mei

Menurut blog satdthinks 6 alasan kenapa Kit Siang telah ditahan ISA pada tahun 1969 :

Since July, 1968, you, Lim Kit Siang, have been acting in a manner prejudicial to the maintenance of public order in Malaysia in that in the several speeches you have made since the date you have deliberately and intentionally roused intense communal feelings thereby promoting feelings of hostility between different races in Malaysia and causing suspicion and disunity to grow between them.

ALLEGATIONS OF FACTS:

1) On the 27th July 1968, at a DAP public rally at Tanjong Malim, Perak, you deliberately distorted the Government policy on Education by telling your audience that the policy was designed to achieve and eventual extermination of Chinese newspapers, Chinese schools and Chinese languages. Such distortion was made by you with the deliberate intention of creating and furthering suspicion and animosity between the Chinese and the Malay in this country.

2) On the 24th August 1968, at a public rally at Slim River, Perak, you deliberately distorted the Government’s policy on language by telling your audience that a tourist poster with the Malay wordings “speak the National language only” clearly illustrated the one language policy of the government and that the dubbing of English, Chinese and Tamil T.V. films with Malay was unfair to the other races as their languages were not being given equal status such distortion was made by you with the deliberate intention of creating and furthering suspicion and animosity between the Chinese and the Malays in this country.

3) On the 7th September 1968, at the DAP public rally at 24 milestone, Sg. Besi road, Kuala Lumpur, and on 21st. September 1968, at Sungei Way new Village Selangor, on both these occasions you deliberately roused intense communal feelings by telling your audience that the MCA had instead of striving for the rights of the Chinese Language and Education in fact assisted the government in suppressing the Chinese Language as evidenced by the Non-recognition of Nanyang University project. The speeches are evidence of a deliberate misinterpretation of actual facts and had resulted in generating suspicion and animosity between the Malays and the Chinese in Malaysia and thereby creating a feeling of tension and racial hatred.

4) On the 29th September 1968, at the DAP public rally at Batu Pahat, Johore, on 2nd November 1968, at Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, and on 26th January 1969, at Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, on these three occasions you deliberately roused intense communal feelings by telling your audience that the alliance’s policy was a “racialist policy” as the Alliance had given more privileges to Bumiputras in University education and that there were first and second class citizens – the Bumiputras being first class citizens, and that the awards of honour such as P.P.M, are not worth anything because they were given to men in the streets and that P.P.M. stands for “ PELAN PELAN MATI”. By these utterances you had deliberately distorted the actual Government policies and by doing so you had generated racial tension, hatred and disharmony in the country.

5) On 12th, Feb 1969, at a DAP public rally held at Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, you deliberately roused intense communal feelings by telling your audience that the Government was showing discrimination between the various races in examination entry to University of Malaya, employment and in the distribution of land and that special privileges were being given to the Malays. By these utterances you deliberately distorted the Government policies and thereby causing suspicion and animosity between the various races.

6) On 13th May 1969, at a public rally held at Kampong Ayer, Kota Kinabalu, you deliberately roused intense communal feelings by telling your audience that the Government was trying to have a Malay Malaysia by dividing the people into bumiputras and non-bumiputras, that “the Malays were first class Bumiputras” and that the Government was carrying out a policy of “Malaysiation” of Sabah whereby all top post were held by the Malays. You also stirred anti-Malay and anti-Islamic religious feelings by telling your audience that the Government was pursuing the policy of exploitation by Malays of other races and that the Government by holding an International Islamic Conference in Kuala Lumpur had intended to send Malaysian citizens to die in the Middle East in order to capture Jerusalem for the Muslim World. By this speech you had made dangerous statements of a communal nature there by fostering communal resentment fear and apprehension amongst sections of the public in Sabah.


Legasi Keluarga Lee-Lim

Kit Siang memulakan karier politik pada tahun 1964 apabila menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair, ahli Parlimen PAP (People’s Action Party ) di Bangsar.

PAP adalah parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura.

Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran PAP telah dibatalkan dan ini menyebabkan Devan Nair dan beberapa ahli PAP yang berada di Malaysia mendaftarkan parti baru dikenali sebagai DAP (Democratic Action Party).

Sebagai Setiausaha Politik kepada Devan Nair, Kit Siang menjalankan tiga kerja, pertama tugas politik membantu Ahli Parlimen Bangsar, kedua menjadi Setiausaha Organisasi DAP dan ketiga menjadi pengarang organ DAP, The Rocket.

The Rocket diterbitkan pada Ogos 1966, di mana Kit Siang menggunakan flatform organ DAP itu mengecam MCA yang didakwanya mengikut telunjuk UMNO.

Kit Siang dengan lantang mahukan Malaysia mengamalkan dasar ‘Malaysian Malaysia’ iaitu satu konsep mengamalkan politik sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

Hak istimewa orang Melayu-Bumiputera dan bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dikritik hebat oleh Kit Siang menjadikan dirinya popular dalam suratkhabar berbahasa Cina.

Kritikan terhadap perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebenarnya bermula sejak daripada PAP dipopulari oleh Lee Kuan Yew.

Kerana Kit Siang lantang memainkan sentimen rasis itu menyebab dia popular di kalangan masyarakat Cina dan menang sebagai Ahli Parlimen DAP di parlimen Kota Melaka pada 10 Mei 1969.

Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP.

Perletakan jawatan itu dibuat apabila Lee Kuan Yew menawarkannya untuk menjadi Presiden Singapura.

DAP mengadakan mesyuarat pertama pada 17 Mac 1968, di mana Chen Man Hin dan Goh Hock Guan dipilih sebagai Pengerusi dan Setiausaha Agung DAP, manakala Kit Siang dipilih sebagai Setiausaha Organisasi.

Namun, Hock Guan hanya sempat memegang jawatan itu selama setahun sahaja, apabila dia ‘dipaksa’ meletakkan jawatan pada September 1969 untuk diserahkan kepada Kit Siang.

Kit Siang kemudiannya memegang jawatan itu selama 30 tahun dan meletakkan jawatan itu pada tahun 1999 apabila dia tewas di parlimen Bukit Bendera dalam PRU tahun itu.

Walaupun letak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP, namun Kit Siang masih pegang jawatan Pengerusi DAP menggantikan tempat Chen Man Hin.

Setiausaha Agung DAP diberikan kepada Kerk Kim Hock untuk tempoh lima tahun sebelum diambil alih oleh anak Kit Siang, Lim Guan Eng.

Guan Eng meneruskan legasi bapanya sebagai Setiausaha Agung DAP sejak sejak tahun 2004 hingga sekarang.

4 Comments

Filed under DAP

4 responses to “Kalau Bukan Dalang, Kenapa Kit Siang Ditahan ISA 18 Mei 1969 ?

  1. Pingback: Rahsia Lim Kit Siang Dilantik Ketua Parlimen DAP | AIDCNews

  2. Pingback: Kit Siang Akan Pijak Sesiapa Yang Tidak Disukainya.. | AIDCNews

  3. Pingback: Mesej DAP Di Sebalik Sekeping Poster… | AIDCNews

  4. Pingback: Seperti 13 Mei, Kit Siang Juga Nafi Pernah Pijak Gambar | AIDCNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s