Belajar Dari Buku 50 Dalil…

Saya masih ingat ketika ‘diinterbiu’ Ezam Mohd Nor kali kedua di Damansara, bekas orang kanan Anwar banyak meneroka pengetahuan saya tentang kes-kes terdahulu khususnya sebelum dan selepas zaman reformasi, 1998/1999.

Ezam interbiu saya secara empat mata, tanpa direkod sebelum saya dapat interbiu beliau pada tarikh dan tempat lain secara rakaman untuk siaran umum di laman ini.

“Kalau tanya saya..”kata Ezam, “saudara balik, cari semula buku 50 Dalil, baca satu-satu..kalau boleh bermula dari situ,” tambahnya lagi.

Buku 50 Dalil itu merujuk kepada sebuah buku bertajuk “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM,” tulisan Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, penerbit Media Pulau Lagenda yang tersebar meluas di Perhimpunan Agung UMNO pada 18 Julai 1998.

Saya agak pelik dengan kenyataan bekas orang kanan Anwar itu kerana merujuk kepada satu buku yang orang ramai hampir melupai tentang kewujudannya.

Mungkin generasi muda hari ini yang berumur sekitar 9 tahun pada tahun 1998 tidak mengetahui apa-apa tentang buku itu, apatah lagi kepada generasi muda yang lahir pasca 1998.

Pelik kerana ketika buku mula tersebar, Roslan Kassim (ketika itu Pemuda UMNO, sekarang aktivis Perkasa) merupakan anak muda pertama bangkit dalam perhimpunan UMNO mengecam dan menolak buku itu yang dianggap fitnah terbesar ketika itu.

Begitu juga dengan Lokman Noor Adam, Hamdan Taha, Hanafiah Man (sekadar menyebut beberapa nama), malah Ezam sendiri ketika itu yang menjawat sebagai Setiausaha Politik (Anwar) sebagai Timbalan Perdana Menteri menjadi ketua dalam penolakan buku itu.

Ezam, Lokman dan Roslan merupakan manifestasi ‘anak muda’ ketika itu yang menolak sebarang bentuk salah laku yang dipertuduhkan terhadap seorang tokoh pemimpin petah berpidato berimejkan ‘Pak Sheikh’, Anwar Ibrahim.

Jika kita ikut Ezam, Lokman dan Roslan, ‘kebenaran’ adalah versi mereka ketika membela Anwar pada zaman reformasi, namun kebenaran itu juga berubah mengikut masa dan pengetahuan yang diperolehi.

Bukan satu atau dua hari untuk menentukan nisbah kebenaran, Ezam dari 1990-an menyokong Anwar, mula ragu-ragu pada tahun 2007 dan berpatah balik pada tahun 2008, begitu juga Cikgu Sidek bermula ragu-ragu pada Jun 2008 ketika seorang pemuda, Saiful Bukhari buat laporan polis dan tinggalkan Anwar sebelum PRU 13.

Begitu juga yang lain-lain, ada sebab musabab mereka yang tersendiri.

Namun, setelah belasan tahun masa berlalu, semua nama-nama yang saya sebut di atas, sekarang bukan lagi penyokong Anwar malah menjadi barisan depan terhadap penentangan orang yang pernah dipujanya dulu.

Saya pegang kata-kata Ezam dalam pertemuan empat mata itu. Saya cari semula buku 50 Dalil dalam senarai koleksi buku-buku kerana seingat saya, saya pernah menyimpan satu buku nipis yang dimaksudkan itu.

Saya rujuk semula dengan pembantu Ezam, adakah buku yang dimaksudkan itu adalah ‘satu buku nipis’ yang ditulis Khalid Jafri, ‘tidak’ katanya, ‘cari versi lain yang lebih tebal sikit’.

Akhirnya, saya menjumpai buku yang dimaksudkan itu melalui seorang kawan, lalu saya buat salinan fotokopi untuk bacaan sendiri dan rujukan sekiranya perlu.

Agak lama, saya cuba menghabiskan bacaan buku itu. Maklumnya satu persatu, ayat demi ayat.

Buku itu banyak kandungannya, tentang ‘sifat-sifat Anwar‘ yang pada tahun 1998 ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

Tetapi dalam satu buku, bukan satu topik sahaja dibicarakan. Ada topik-topik sampingan yang dianggap kurang penting oleh pembaca biasa seperti saya.

Namun, dua subtopik yang pada saya kurang penting, tentang kisah Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar akhirnya menjadi pemula untuk kes itu dibicarakan di mahkamah.

Dari kisah Ummi muncullah satu watak baru yang ketika itu kurang dikenali masyarakat umum iaitu Nallakarupan. Jika Nalla tidak dikenali apatah lagi tentang Sukma Darmawan Sasmitat Madja.

Saya belajar dari situ, apa yang kita nampak tidak penting, bukan mutlak tidak penting dalam erti kata sebenarnya.

Kebenaran yang kita nampak hari ini, mungkin bukan bererti kebenaran mutlak pada masa depan, mungkin ia berubah mengikut sukatan kebenaran yang telah kita perolehi dari masa ke masa.

Jika Ezam yang rapat dengan Anwar, ibarat duduk bawah dagu, hanya kenal, satu sisi Anwar sahaja, apatah lagi orang ramai yang belum pernah tidur semalaman di rumahnya itu.

Ibarat cerita orang buta mengenali gajah, orang buta itu hanya mengambarkan rupa bentuk gajah berdasarkan apa yang boleh dipegangnya.

Ketika saya berjumpa empat mata dengan Ummi Hafilda, beliau menceritakan saat-saat getir yang dilalui ketika melawan arus Anwar berada di tangga kedua puncak kuasa.

“Dikepung, ditangkap, diberi tekanan mental oleh polis,” katanya. “Saya dan Azizan panjat pejabat Karpal Singh. Karpal ambil pengakuan bersumpah Azizan dan bawa ke parlimen, gertak Anwar sebagai TPM dalam parlimen, “katanya lagi.

Baca selanjutnya, kisah Ummi Haflida, sila klik di sini dan sini

Saya bertanya lanjut, apa faktor sebenarnya kejatuhan Anwar sebagai TPM ? Ummi menjawab, ia berpunca daripada Anwar membuat laporan polis tentang buku 50 Dalil.

Tan Sri Musa Hassan yang pada tahun 1998 sebagai Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah serta pegawai penyiasat kes buku 50 Dalil ketika ditanya Malaysiakini adakah beliau pernah ambil darah Anwar untuk tujuan DNA, Musa menjawab;

“Ada..ujian DNA di tilam (yang diambil dari Tivoli Villa).. Saya kena siasat menyeluruh kerana dia (Anwar) dituduh menyeluruh.

“Tuduhan dalam buku itu (50 Dalil) menyeluruh mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan dengan orang di Tivoli Villa..Saya kena siasat kerana dia (Anwar) suruh siasat,” katanya.

Daripada kata-kata Musa itu, saya cuba mencari maksud-maksud tersirat di sebaliknya. Saya tidak teruja dengan pertanyaan Malaysiakini dan jawapan Musa terhadap soalan itu, namun Musa turut menjelaskan apa yang berlaku selepas laporan polis itu dibuat.

Barangkali yang dihitamkan itu adalah kebenaran yang terselindung di sebalik buku 50 Dalil itu.

Anwar berjaya mendapat injuksi di mahkamah terhadap buku 50 Dalil kerana satu perkataan sahaja ‘DNA’ yang berdasarkan kenyataan polis, namun dalam masa masa, Anwar terpaksa mengorbankan jawatannya sebagai TPM.

Mungkin anda boleh berbahas secara penjang lebar tentang soal kebenaran, berdasarkan andaian dan teori-teori tertentu, namun fakta yang tidak boleh dinafikan Anwar pernah dipenjarakan di Sungai Buloh selama beberapa tahun atas laporan polisnya itu.

Dan mungkin juga, laporan polis Anwar dan Karpal pada 4 Ogos lalu tentang surat Bankleaks Anwar/Karpal tidak mengulangi episod yang silam.

Walaupun surat Bankleaks Anwar/Karpal hanya 8 halaman, tidak setebal buku 50 Dalil, namun ia juga mengandungi pelbagai dimensi termasuk bacaan angka-angka.

Leave a comment

Filed under Cetusan AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s