AIDC : Paradigma Politik Baru

AIDC LOGO

AIDC bermula sekitar April 2008, selepas Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) dengan tema ‘Reformasi Pemikiran Rakyat’ apabila melihat faktor Anwar sebagai Faktor X dalam PRU tersebut.

Sepanjang 5 tahun, laman ini berusaha membuka pemikiran rakyat dengan pendedahan Anwar dari pelbagai sudut.

Termasuk hubungannya di peringkat antarabangsa dengan kumpulan zionis; NED, NDI dan IRI; kumpulan Jesuit, Konrad-Adenauer-Stiftung dan Friedrich Naumann Foundation dan kumpulan Mont Pelerin Society aka Liberal aka George Soros serta kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Trangender, Biseksual dan Transgender).

Hasil hubungan dan bantuan daripada kumpulan-kumpulan tersebut, maka tercipta konsep ‘demokrasi Islam’, liberal, hak asasi manusia, Islam Liberal dan pluralisme agama yang menjadi pegangan Anwar sekembalinya daripada Amerika Syarikat sekitar tahun 2007.

Untuk memahami konsep-konsep perjuangan Anwar yang dianggap baru ketika itu, kami telah menemui dan mewawancara pelbagai tokoh yang mempunyai locus standi.

Antaranya Lokman Noor Adam dan Ezam Mohd Nor (ketika itu belum dilantik menjadi senator) untuk mengetahui sejauh manakah hubungan Anwar dengan zionisme.

Dua kali kami mewawancara Profesor Dr Chandra Muzafar untuk pemahaman lanjut tentang hubungan antarabangsa itu.

Turut diwawancara juga tokoh-tokoh lain yang berada di luar lingkungan Anwar tetapi mahir dalam sudut antarabangsa iaitu Dr Sulaiman Noordin dan Dr Azmi Hassan.

Tentang isu pluralisme agama, kami menemui Ustaz Ismail Mina kawan Anwar sejak dari Universiti Malaya.

Tidak ketinggalan juga, kami turut menemui bekas-bekas sahabat Anwar, antaranya Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zaharin Hashim, Datuk Ibrahim Ali, Anuar Shaari, Zahid Md Arip, SD Johari Md Yassin, Rahimi Osman, Osman Ishak dan Yuktes Yijay.

Semua isi kandungan wawancara dengan tokoh-tokoh disebut di atas masih tersimpan dalam arkib AIDC.

Semalam, kami mengadakan post mortem berkenaan hasil keputusan Pilihanraya Umum ke-13, hasilnya kami telah membuat keputusan untuk menukar tema perjuangan daripada ‘Reformasi Pemikiran Rakyat’ kepada ‘Paradigma Politik Baru.’

Apa isi kandungan untuk pengisian tema baru ini ?

Kami tinggalkan persoalan ini di situ sahaja. Bagi yang mengikuti kami sejak April 2008, akan tahu apa yang bakal kami buat setelah membaca keseluruhan kandungan pasca PRU 13.

Seperti biasa, kami berusaha meneroka satu alam baru yang mudah-mudahan bakal memberi manfaat kepada semua.

Kami berusaha sekadar yang termampu sekadar insan kerdil yang cintakan negara ini.

AIDC
4.40 petang

Leave a comment

Filed under Cetusan AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s