Cubaan Hack Laman AIDC…

“Satu berita yang tak mengembirakan, AIDC kena ceroboh sekejab tadi, “lapor webmaster kepada saya jam 10 malam, 10 Mac.

“Tapi saya sempat back up semua, ambil masa dua tiga hari untuk up balik,” katanya lagi.

“Sempat back up posting terakhir saya bertajuk, ‘Lebih 2 Kali Anwar Dikesan Bersemuka & Berbual Dengan Misuari, ?” soal saya.

“Bila posting ?” Soalnya semula

“Sekejab tadi, jam 9 malam, 10 Mac,”jawab saya

“Oh tak sempat. Ingatkan AIDC tak up date hari Ahad, saya hanya sempat back upsemua artikel sehingga sebelum jam 3 pagi semalam,”jawabnya.

“Oh..patut lah,” jawab saya yang memahami sebab musabah laman ini diceroboh serta merta kerana sebelum ini, sebelum kena hack, saya sempat meluluskan beberapa komen yang terkejut dengan pendedahan terbaru itu.

Seorang kawan menghubungi minta salinan artikel tersebut, saya jawab sudah tidak ada sebab webmaster pun tidak sempat buat salinan.

Saya tidak terkejut dengan cubaan memadamkan laman AIDC oleh pihak-pihak tertentu itu kerana ini bukan kali pertama.

Pada awal tahun lalu mereka telah melakukan perkara sama iaitu menghack email aidceditor@yahoo.com.

Sekarang email lama aidceditor telah ‘ditawan’ mereka dan saya terpaksa membuat email baru, editor.aidc@yahoo.com.

Adakah ini buat saya patah semangat ? Tidak. Tidak sama sekali.

Saya pun tidak faham kenapa mereka berusaha menceroboh email lama (aidceditor). Adakah untuk melumpuhkan komunikasi dua hala dengan pengunjung, atau melumpuhkan rangkaian seangkatan dengannya termasuk facebook, yahoogroups, twitter dan yahoo messengger ?

Sebelum ini pun bermacam-macam serangan telah dilakukan terhadap youtube anwaribrahimdotcom agar laman audio video itu tidak dapat berfungsi.

Pada saya, jika usaha-usaha serangan yang bertali arus ini ada cubaan untuk memadamkan semangat kami, saya kira itu adalah langkah yang silap.

Kerana seperti yang saya kata sebelum ini, bukan satu jalan sahaja untuk sampai ke destinasi, ada macam-macam jalan. Seperti air mengalir, sekat di sini, di sana akan mengalir jua.

Tentang laman AIDC, saya serahkan kepada webmaster untuk selesaikan dalam masa sehari dua, jika tiada jalan penyelesaian, saya akan cuba cari jalan keluar sendiri.

Insya Allah, semua ini akan menguatkan lagi semangat kami. Jika dalam tempoh 3 bulan sebelum 16 September 2008, bekerja siang malam tanpa penat lelah, nampak usaha memadamkan laman AIDC ini mengembalikan kekuatan berganda-ganda lagi.

Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan terhadap laman ini, termasuk kepada sahabat sebelah sana yang tidak jemu-jemu berusaha untuk melumpuhkannya.

Alhamudillah, jam 2.30 pagi, 11 Mac, webmaster memaklumkan laman ini boleh beroperasi semula seperti biasa.

Saya tahu, kapasiti webmaster bekerja, walaupun dia kata ambil masa dua tiga hari, namun dia biasanya akan up semula dalam secepat mungkin.

Pastinya, cubaan seperti ini akan berterusan, tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum ke-13..

Leave a comment

Filed under Cetusan AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s