Helen Ang, Refleksi PRU Sarawak & PRU 2008

Helen Ang, bekas penyelidik dan kolumnis Mkini dotcom

Satu ketika dahulu, Mkini dot com pernah menggelarkan Helen Ang sebagai ‘penyelidik dan kolumnis’, mungkin sekarang portal itu telah melupakan gelaran tersebut, setelah kolumnya dipadamkan dan perkhidmatan kolumnis itu dibekukan.

Tetapi, minda Helen Ang ketika menulis di Mkini dot com dengan blog sendiri helenang.wordpress.com/, adalah kotak fikir daripada individu yang sama.

Bak kata orang tua, ‘umpama air mengalir, sekalipun disekat, jika ada ruang, ia tetap mengalir jua’, begitulah juga minda Helen Ang, meskipun disekat di Mkini dot com, namun ia tetap ‘mencurah’ jua di blognya sendiri.

Saya tergerak hati untuk menemuinya, kerana perbezaan kotak minda itu, saya ingin belajar sesuatu darinya, sesuatu yang saya tidak ada yang mungkin ada padanya.

Dan saya memperolehi sesuatu daripadanya.

Jika Arfa’eza Abd Aziz, wartawan Mkini dotcom boleh diangkat menjadi Setiuasaha Akhbar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid, apa bezanya dengan Helen Ang, penyelidik dan kolumnis Mkini dotcom ?

Malah, jika disoroti pengalaman kerja Helen, di NST dan The Star, kaliber dan ketajaman mindanya lebih menyerlah.

Sampai sekarang, saya masih memikirkan apakah maksud di sebalik kata-kata Helen ketika menemuinya tempohari.

AIDC : Akan berlaku regime change pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?

Helen : Saya ingat soalan itu kena tujukan pada SB sebab mereka yang paling tahu kan, mereka turun sampai ke akar umbi. Orang politik ni kadang kala mereka bising sangat kan.

Kita tak tahu apa sebenarnya sentimen yang berlaku pada peringkat akar umbi.

Ok. kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..

Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi

AIDC : Maksudnya, DAP makin dapat kuasa, sebab itu mereka perlukan undi Melayu sebab itu mereka perlukan PAS ?

Helen : Mungkin.. tetapi lebih besar kemungkinan, Pas yang akan tinggalkan DAP dulu.

Apa itu ?…Aha kahwin mutaah.

Saya kira apabila Pas sudah cukup terdesak, Pas akan kembali ke pangkal jalan. Maksudnya kembali ke matlamat asal parti itu.. apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokongnya.

Pas itu parti Islam, mahu tak mahu hendak memenuhi aspirasi orang Melayu. Jadi kalau dah sampai ke tahap penghujung jalan, mereka kena pilih juga. Saya rasa Pas akan memilih untuk berpegang amanah dengan masyarakat Melayu.

AIDC : Adakah masyarakat Cina melihat berpolitik stail DAP itu menguntungkan?

Helen : Ada ungkapan Melayu…ya ‘menang sorak kampung tergadai’. Saya rasa orang Cina macam tu, dia menang sorak PRU 13 tapi kepentingan jangka panjang akan tergadai.

Saya rasa, masyarakat Cina akan terus tersisih daripada arus perdana kalau terikut-ikut telunjuk DAP.

Sekarang ni pra PRU, semangat dah berkobar-kobar. Jadi, saya rasa bila dah lepas PRU 13, menjadi titik noktah yang baru.

Dalam jangka pendek, ia menguntungkan DAP sebab DAP dapat banyak kerusi, dapat gelaran YB, dapat portfolio-portfolio.

Wawancara lengkap, sila baca di sini.

Ada dua perkara yang cuba disampaikan Helen, pertama tentang masa depan DAP yang dijangkanya dapat untung besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan kedua kemungkinan PAS keluar dari Pakatan, jika PAS masih mahu mendapat sokongan masyarakat Islam.

Menariknya, Helen, tidak menyentuh masa depan PKR, malah ketika menggambarkan tentang Anwar Ibrahim, bekas kolumnis Mkini dot com itu berkata, “Saya rasa ‘mereka’ masih perlukan Anwar sebagai ‘figurehead’”.

Helen yang bercakap dari kotak fikir masyarakat Cina sudah tentu mentakrifkan ‘mereka’ itu sebagai DAP dan bukannya PAS.

Bahkan Helen membuat perbandingan kontradik di antara DAP dan PAS, jika PAS menjunjung Islam, maka DAP pula menjunjung Kristian dan di dalam perlawanan ideologi di antara kedua-dua parti itu, menurut Helen, DAP lebih kukuh dan stabil, malah tidak takut berhadapan dengan slogan Islam PAS.

Sampai sekarang masih berfikir dalam konteks hubungan ‘kahwin mutaah’, DAP dan PAS, akhirnya Helen membuat kesimpulan PAS akan tinggalkan DAP terlebih dahulu dan bukan sebaliknya.

Kenapa bekas penyelidik Mkini dot com boleh membuat kesimpulan seperti itu ?

Dan sekiranya, PAS terus bertahan dengan pakatan dengan DAP, adakah Parti Islam itu mendapat laba yang lebih besar ?

Ada satu lagi persoalan yang masih bermain di minda, apabila saya bertanya, “apakah agenda Kristian ditarget kepada DAP atau PKR?”, meskipun Helen menjawab ‘dua-dua’, namun rumusannya seperti berikut;

“Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah.

“Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertongakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.”

Ada satu persoalan besar di sini, jika dapat dirumuskan Kristian kini telah berjaya bersarang dalam DAP, adakah kini mahu terus mendominasi dalam PKR dan berusaha melebarkan pengaruh melalui individu-individu tertentu dalam PAS ?

Pengajaran Pilihanraya Sarawak

Dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011, Barisan Nasional (BN) diasak Pakatan Rakyat (PR) satu lawan satu  di setiap kerusi yang dipertandingkan.

Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Kempen berkampung siang malam untuk memastikan janji pilihanraya, ‘PERUBAHAN’ akan tercapai dengan PKR mengetuai  49 calon ;  DAP, 15, manakala PAS, 5 calon dalam pertandingan itu.

‘PERUBAHAN’ di sini bermaksud ‘regime change‘, merubah pemerintahan BN kepada pemerintahan baru, PR.

Malah ketika kempen, Anwar sendiri mengumumkan pelantikan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak sebagai Ketua Menteri yang baru, sekiranya PR berjaya melakukan ‘regime change’ di Sarawak.

Menamakan Ketua Menteri yang baru bagi menggantikan penyandang sedia ada, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan salah satu senjata utama Anwar yang membuktikan dia begitu yakin dapat menawan negeri itu.

it’s now or never,” (ubah sekarang atau tidak selamanya), kempen Anwar kepada rakyat Sarawak.

Anwar Ibrahim dilihat terlalu bersungguh-sunguh, selain terpaksa menjawab isu peribadinya, video seks, dia juga turut mempertaruhkan  kalimah Allah kepada penganut Kristian.

Namun apabila keputusan pilihanraya diumumkan pada 16 April 2011, kempen Anwar tidak berkesan, BN terus mengekalkan kemenangan di DUN Sarawak.

Dalam keputusan itu, PKR yang menghantar calon paling ramai, 49 calon yang hanya mampu memenangi 3 kerusi, dengan keputusan tewas 45 kerusi yang dipertandingkan.

Tujuh calon PKR juga hilang wang pertaruhan, termasuk di Pelagus (1171 undi), Belawai (618 undi), Daro (475 undi), Mgemah (650 undi), Balingian (871 undi), dan Semop (564 undi)

Calon yang hilang wang deposit adalah calon yang tidak mendapat 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah undi di DUN tersebut.

Baru Bian, yang dinobatkan bakal KM baru terpaksa mengigit jari apabila menang nyawa-nyawa ikan di Ba’kelalan, dengan majoriti 473 undi, malah jawatan Ketua Pembangkang di DUN Sarawak juga turut dirampas oleh Wong Ho Leng, Pengerusi DAP Sarawak.

Begitu juga dengan PAS yang bertanding di lima kerusi iaitu di kawasan DUN Tanjong Datu, Muara Tuang, Sebuyau, Beting Maro dan Sadong Jaya kalah di semua kerusi.

Sebaliknya, DAP pula sebaliknya, daripada 15 kerusi yang dipertandingkan DAP memenangi 12 kerusi dan hanya kalah di 3 kerusi sahaja.

Strategi tersembunyi

Selepas keputusan Sarawak, pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku dalam pilihanraya itu.

Katanya, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

“Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan).

“Kalau kita bertegas bertanding 25 kerusi sahaja, BN memang 24 tanpa bertanding pada hari penamaan. Mereka hanya perlu 12 lagi untuk membentuk kerajaan. Jadi, semua slogan ubah yang kita laungkan tidak akan berguna lagi,” katanya kepada portal Mkini dotcom.

Baru Bian turut mendedahkan perkara sama, “”Kita tidak boleh beri kemenangan percuma kepada pihak lain. Jika ia berlaku, ini akan mematahkan moral kami. Ini adalah strategi kami,” katanya.

Namun Baru mengakui bahawa strategi berkenaan amat tinggi kosnya kepada PKR kerana kempen di kawasan pedalaman memerlukan sumber yang intensif.

Baru juga mendedahkan di beberapa kawasan undangan negeri, PKR hanya mempunyai beberapa ranting yang kecil dan ada juga yang langsung tiada yang wujud. Di peringkat Wanita, parti itu hanya mempunyai lima cabang pada peringkat bahagian.

“Saya telah menekankan perkara ini berulang kali tetapi ramai pemimpin tempatan kita masih beranggap kepopularan calon adalah memadai. Saya beritahu mereka untuk menubuhkan ranting di semua rumah panjang,”katanya lagi.

Di sebalik kata-kata Pengarah Strategik PKR dan Pengerusi PKR Sarawak itu tersembunyi satu strategi yang tidak diluahkan iaitu satu percubaan meletakkan ‘faktor Anwar sebagai cagaran menawan Sarawak’ sebagai tiruan tsunami yang berlaku di Semenanjung pada PRU 2008.

Ternyata strategi itu silap, kerana ‘Faktor X Anwar’ di Semenanjung tidak sama dengan ‘Faktor Y Anwar’ di Sarawak.

Di Semenanjung, dalam PRU 12, Anwar sering disebut-sebut sebagai Faktor X, kerana meletakkan calon-calon muka baru yang tiada pengalaman seperti Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) di DUN atau di kawasan parlimen seperti Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) dan William Leong Jee Keen (Selayang), asal sahaja di bawah bayang Anwar, calon itu pasti menang.

Sekadar menyebut beberapa sampel di DUN dan Parlimen, Selangor.

Namun, fakta itu juga harus diteliti secara terperinci, benarkah ‘Faktor X Anwar’ atau faktor lain yang cuba disampaikan Helen Ang.

Jika ‘Faktor X Anwar’ menjadi faktor penentu pada PRU 2008, adakah Faktor Anwar masih boleh menjadi resipi terbaik untuk PRU 13, setelah ‘Faktor X’ telah dikenal pasti sebagai ‘Faktor Y’ ?

Dan, adakah benarkah PRU 13 membawa memomentum PRU 12 atau PRU 2008 dengan PRU 2012/13 adalah dua entiti yang berbeza ?

Persoalan ini, masih saya cari jawapan..

Leave a comment

Filed under Malaysia Baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s