Anwar Ibrahim Demokrat Palsu

Apakah jenis Islam yang dianuti Anwar ? soal wartawan Malaysiakini, Susan Loone ketika menulis “Anwar grilled on press freedom, homosexuality, communism” tentang ceramah Ketua Umum PKR itu dalam majlis FCCT (Foreign Correspondence Club of Thailand) di Bangkok pada tahun 2007.

Soalan Susan Loone itu merupakan soalan peserta dalam program FCCT di Bangkok itu.

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada tulisan Susan Loone itu dan tulisannya dianggap kredibel untuk membahaskan tentang sikap Anwar Ibrahim dari sudut demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

Susan Loone sendiri seorang aktivis hak asasi, bernama ‘Forum Asia’ (Asian Forum for Human Rights and Development), berpangkalan di Thailand dan dalam masa sama sebagai wartawan portal Malaysiakini, di Malaysia.

Malaysiakini di bawah Pramesh Chandran, manakala Forum Asia di bawah Cynthia Gabriel, malah kedua-dua tokoh itu bergabung di bawah SUARAM yang akhirnya bernaung di bawah Anwar Ibrahim.

Malaysiakini, SUARAM dan Anwar Ibrahim daripada lingkaran yang sama, bersumberkan tajaan dana asing NED (National Endowment for Democracy) dan Soros Foundation.

Bacaan lanjut sila rujuk; “Pendedahan Dana asing SUARAM Sejak Dari Tahun 2005“, “Senator Ezam : Portal Malaysiakini Tajaan Soros” dan “Bersih” movement run by Soros-funded frauds seek to restore IMF functionary Anwar Ibrahim to power

Demokrat Liberal

Dia (Anwar) ditanya bekas wartawan di FCCT tulis Susan Loone : Apakah jenis Muslim anda ? Apakah anda seorang Muslim Liberal atau Muslim Progresif ? Dan jika anda menjadi PM, apakah yang anda fikir tentang isu homoseksualiti ? Adakah anda akan membenarkan aktiviti homoseksualiti di Malaysia ?

Anwar menjawab beliau tidak berguna menjadi seorang liberal, jika tidak toleran, sebab katanya, liberal tulen sebenarnya, sangat toleran.

Anwar juga memperkenalkan dirinya sebagai seorang ‘demokrat-liberal’.

Memahami makna ‘demokrat-liberal’, sila baca kupasan menarik Dr Amirudin Wahab, Setiausaha Agung ISMA, “Demokrasi Liberal: Strategi Penjajahan Baru Barat Di Dunia Islam“.

Susan Loone berkata Anwar begitu berhati-hati dalam isu homoseksualiti, “Jika saya untuk menunjukkan sedikit toleransi, anda akan berkata … di sana … dapat anda”.

Jadi, Anwar tidak menyatakan pendirian yang jelas tentang isu tersebut tetapi tidak menafikan perkaitannya dengan isu homoseksualiti, dan menambah, “95 peratus daripada rakyat Malaysia tidak menerima perkahwinan gay”.

Jika di Indonesia, penganut fahaman ‘demokrat-liberal’ seperti Dr Siti Musdah Mulia secara terang-terangan menyokong homoseksual, malah Kominiti Salihara, Jakarta (dahulu dikenali juga kelompok Utan Kayu) yang pernah menjemput Anwar berpidato di geleri mereka juga merupakan pendokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Begitu juga dengan Irshad Manji, penulis yang memuji Anwar dalam bukunya, dia secara terbuka mengistiharkan dirinya sebagai seorang lesbian.

Bagaimanapun jawapan Anwar seterusnya barangkali boleh menggembirakan pelaku aktiviti homoseksual, “Bukan urusan kami untuk menyiasat kehidupan peribadi orang..Anda tidak boleh menyerang orang, pukul mereka dan memaksa dia untuk mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual”.

Menurut Susan Loone, jawapan Anwar itu sebagai imbauan kisah silamnya kejatuhannya yang merujuk kepada adik angkatnya dari Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan penulis ucapannya dari Pakistan, warganegara Amerika Syarikat (AS), Dr Munawar Anees.

Sukma Darmawan dan Munawar mengaku bersalah diliwat Anwar dan dihukum penjara 6 bulan, selepas dibebaskan adik angkat Anwar kembali semula ke negara asalnya, Indonesia, manakala Munawar kembali ke AS.

Janji Anwar, Masa Depan LGBT

Pada 20 Mei ketika Anwar menyertai online chat – Yahoo Malaysia, sekali lagi beliau diminta komitmen tentang masa depan LGBT, jika sekiranya beliau dapat menawan Putrajaya.

“Adakah Lesbian, Gay, Bi-Sexual dan Transgender (LGBTs) berharap untuk mendapatkan satu persekitaran yang tidak mendiskriminasikan mereka – spesifik untuk golongan ini (LGBT) dan bukan golongan minoriti yang lain – jika Pakatan akan mengambil alih Putrajaya, adakah perkara ini akan berlaku jika PAS adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan ?”, soalan dari Yahoo! Newsroom (Malaysia).

Soalan Yahoo! Newsroom (Malaysia) itu sangat jelas, mahukan kepastian daripada Anwar, jika berjaya mengambil alih Putrajaya dan menjadi PM, adakah beliau juga akan mendiskriminasi kumpulan LGBT dan bolehkah kebebasan kumpulan LGBT dipratikkan di negara ini dengan adanya PAS bersama pakatan Anwar

Jawab Anwar, “Kami menyedari kepentingan keluarga dan institusi perkahwinan. Tetapi kita tidak perlu terlalu mengganggu atau mendiskriminasi orang lain. Jawapannya adalah melalui pendidikan dan PAS menerima pandangan ini”.

Mesej Anwar, ‘kita tidak perlu terlalu mengganggu atau mendiskriminasi orang lain’ difahami secara jelas oleh kumpulan LGBT dan mereka cukup gembira dengan harapan baru itu tetapi belum mencukupi.

“Adalah baik berkata kita tidak akan menggangu atau mendiskriminasi, tetapi hahikatnya janji itu tidak akan menghentikan gangguan dan diskriminasi kecuali kita meletakkan polisi yang baik di tempatnya,” kata Pang Khee Teik, pengasas Seksualiti Merdeka seperti dilaporkan fridae.asia, laman komuniti gay Asia.

Kekerapan soalan sebegini yang ditujukan kepada Anwar menimbulkan satu persoalan baru, kenapa persoalan tentang masa depan LGBT perlu ditujukan kepada Ketua Umum PKR ?

Untuk memahami secara jelas perkaitan Anwar dengan LGBT, sila baca, “Mahkamah Warta Anwar Ibrahim Pelaku Homoseksual“, “Anwar Biseksual : Pendedahan Dokumen Pembelaan Nalla Di Mahkamah“, “Biseksual : Dokumen Pembelaan Nalla Menggemparkan !“, “Senator Ezam : Anwar Ibrahim Adalah Seorang Biseksual“, “TEMPO Interaktif – Ezam Sahkan Anwar Ibrahim Seorang Biseksual“, “Michael Backman : Walaupun Bebas 2004, Mahkamah Tetap Sahkan Anwar Adalah Gay“, “Dr M Menang, Mahkamah Persekutuan Kekal Imej Anwar Sebagai GAY“, “Kod Rahsia : Anwar ‘Orang Macam Kita‘”, “Kod Rahsia : Anwar ‘God Father’ Gay, Lesbian – Seksualiti Merdeka ?“, “Kenapa NGO Lesbian, Gay & Biseksual Sokong Anwar ?“, dan “Apa Makna Logo Demi Rakyat ?

Seksualiti Merdeka

Seperti diduga apabila timbul isu Seksualiti Merdeka, pada mulanya Anwar berdiam diri, kerana tahu isu itu amat sensitif dan ditentang oleh ramai pihak yang bukan LGBT.


Namun akhirnya pada 23 November, Anwar sekali lagi menongkah arus dengan menyatakan sokongan terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianggap sebagai acara tahunan LGBT di Malaysia, sepertimana sambutan tahunan ‘gay parade’ di Barat.

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak penganjur dan penyokong festival Seksualiti Merdeka 2011 kerana menyifatkannya sebagai medan perbincangan dan pertemuan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

“Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya”, lapor sinarharian.com berkenaan sidang media Ketua Umum PKR itu di di lobi Parlimen.

Sokongan Anwar yang disambut gembira oleh kumpulan LGBT Malaysia itu sebenarnya sudah diduga kerana ia sebahagian daripada lingkaran tersebut.

ProGay

Pada 9 Januari, apabila Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, antara kumpulan pertama yang menyatakan sokongan kepada Ketua Umum PKR itu adalah Progresif Gay Filipina (ProGay).

“Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

BBCNews

Pada 12 Jan, ketika Anwar menghadiri persidangan Making Democracy Real, di India, beliau diinterbiu oleh BBC News.

“Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?” soal wartawan BBC.

Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula

“kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Akhbar Tempo, Indonesia yang mewawancara Anwar menjelaskan lagi maksud kata-kata di BBC News itu, “Anwar menegaskan bahawa perkahwinan lelaki dengan wanita itu adalah sesuatu yang mutlak dari agama. Tapi (aktiviti) homoseksual tidak perlu dihukum oleh negara, kecuali dia mempamerkan di tempat publik (awam)“.

Manakala portal Malaysiakini yang mengikuti penjelasan Anwar di rumahnya menjelaskan lagi maksud ‘undang-undang lapuk’ yang mahu dipindanya itu.

Undang-undang itu adalah Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan yang menghalang rakyat Malaysia terutamanya muslim melakukan seks di luar tabie.

“Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuh politik.

“Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda… supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud untuk menghina orang,” katanya.

Portal itu melaporkan tentang pandangan Anwar berkenaan aktiviti homoseksual di tempat awam dan persendirian.

“Umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan ‘perselingkuhan’ (aktiviti liwat) kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

“Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?… Bukan mengendap atau merobek privasi orang, (itu) tidak boleh,” katanya.

Malah ILGA Asia, laman untuk ‘International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association‘ mendedahkan kesungguhan Anwar untuk memansuhkan akta lapuk itu telah diberitahu kepada wartawan AP (Associated Press) lebih awal daripada kenyataannya di BBC News.

“Dengan keputusan perbicaraan kes liwatnya, pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, semalam secara terbuka mengkritik undang-undang yang dipertuduhkan terhadapnya sebagai peraturan kuno yang boleh disalahgunakan untuk menggalakkan sikap tidak bertoleransi, menyerang hak asasi peribadi dan menghukum terlalu kasar,”lapornya.

“Pandangan saya adalah anda tidak boleh mempunyai undang-undang yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik dan dilihat sebagai hukuman yang tidak adil kepada orang lain,” kata Anwar

PinkNews, laman LGBT yang berpangkalan di United Kingdom (UK) turut menyiarkan kenyataan Anwar yang berkata, “Undang-undang sedia ada kami disifatkan sebagai agak kuno. Keseluruhan idea (harus) menggalakkan orang ramai untuk memahami, tidak dilihat begitu menghukum. Dalam kes ini ia lebih teruk, anda boleh pergi periksa dan mengintip ke dalam bilik tidur orang lain hanya cuba untuk memburuk-burukkan mereka”.

Perkara sama turut diulas oleh sdgln.com, laman untuk komuniti Gay dan Lesbian San Diego.

Cerca Ulama, Saman Utusan

Ucapan Anwar di BBC mendapat reaksi negatif di kalangan ulama Islam di Malaysia yang diistilahkan oleh laman komuniti Gay Thailand dan Gay Asia sebagai ‘serangan terhadap Anwar‘.

Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya Pengerusi Sekretariat Ulama Muda menegur Anwar agar berhati-hati dengan kata-katanya kerana dibimbangi boleh tergelincir akidah.

Namun teguran ulama itu dibalas Anwar dengan cercaan, ‘bangang’ dan ‘kepala bapak hang’.

Anwar juga turut menyaman Utusan Melaysia sebanyak RM50 juta kerana menyiarkan komen Datuk Dr Hassan Ali berhubung dengan BBC News itu.

Tukar Pendirian

Anwar kemudiannya menukar pendirian tentang homoseksualiti ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein yang mewakili Utusan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 19 Julai.

Firoz Hussein : Adakah kita harus mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual.

Anwar : Ya. Kami tidak memberi ruang kepada golongan homoseksual dan mempertahankan kesucian perkahwinan.

Sikap tidak konsisten Anwar itu dikecam oleh Phil Robertson, Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi rantau Asia.

“Pendirian anti-gay Anwar memalukan,” kata Robertson yang menganggap perkataan terbaru Anwar itu sebagai berada di landasan yang salah dan cuba bermain politik dengan masyarakat sivil.

“Anwar mempunyai asas yang salah apabila dia masih mengekalkan bahawa harus dibenarkan mendiskriminasi homoseksual.

“Walaupun tindakannya itu merupakan satu strategi yang baik untuk mendapatkan undi di sesetengah tempat Malaysia, namun kenyataan memalunya itu bertentangan dengan prinsip utama tidak mendiskriminasi dalam undang-undang antarabangsa hak asasi manusia,”katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

HRW tajaan George Soros itu merupakan badan hak asasi antarabangsa yang kuat menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi kes liwat II termasuk berkempen memansuh undang-undang anti-liwat yang disifatnya sebagai lapuk.

Badan itu berpendapat ‘seks di antara dua individu dewasa secara suka sama suka‘ adalah tidak salah dari segi undang-undang universal.

Kenyataan HRW itu berdasarkan keterangan Anwar di mahkamah yang mengaku kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Kempen memansuhkan undang-undang anti-liwat yang dianjurkan HRW turut disambut oleh gaystarnews, laman untuk komunit LGBT yang berpangkalan di UK.

Malah, sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap kes liwatnya itu, Anwar telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan HRW untuk mendapat sokongan.

Sila baca, “Pra PRU-13 : Apa Inti Perbincangan Anwar Dengan Human Rights Watch ?Konsultan Asing Marah Bila Anwar Tak Konsisten..” dan “Mengapa Human Rights Watch Kecewa Keputusan Anwar Dirayu ?

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s