Ledakan Rumah Urut Selangor Simbol Kejayaan Reformasi, Liberalisme Anwar Ibrahim

Jika di Indonesia, selepas zaman Reformasi dan Presiden Suharto dijatuhkan, maka bertapaklah Majalah Playboy yang selama ini menjadi majalah larangan untuk negara umat Islam terbesar di rantau ini.

Menurut Erwin Arnada, editor majalah Playboy versi Indonesia, majalah itu merupakan simbol kebebasan media sebagai salah satu pengisian makna demokrasi pasca zaman reformasi.

Di Malaysia, tokoh yang paling lantang melaungkan slogan ‘reformasi’ adalah Anwar Ibrahim yang dilaung-laungnya selepas dilucutkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Ketika itu rakyat masih belum faham laungan ‘reformasi’ Anwar, maka rakyat jelata yang tidak berdosa itu diheret ke jalan raya, ibu kota negara, penuh bersemangat melaung-laungkan ‘reformasi’! ‘reformasi’! ‘reformasi’!

Ada juga di kalangan mereka yang cuba bertanya-tanya, apa makna ‘reformasi’, lalu disampuk oleh konco-konco taksub Anwar, maksudnya ‘islah atau pembaharuan’.

Anwar sendiri ketika itu cuba menjustifikasikan istilah ‘reformasi’ dengan ‘islah’ supaya berbunyi perkataan Arab dan berbau Islamik.

Lalu ditambah lagi dengan mitos-mitos dari penglipurlara kononnya, ‘Anwar dipecat dari UMNO kerana berusaha untuk mengislamkan UMNO dari dalam’.

Namun, ironiknya Anwar yang ketika itu suka digelar ‘Pak Sheikh’dan ‘Insan Kamil Mutakammil’ tidak pernah memohon menjadi ahli Parti Islam se-Malaysia (PAS) untuk memperkasakan Islam kerana sebelum menyertai UMNO, Anwar pernah disebut-sebut sebagai ‘bakal Presiden PAS’ selepas Asri.

Bukan sahaja tidak menyertai PAS, malah Anwar di sebalik tembok penjara memberi isyarat kepada isterinya Azizah supaya menjauhi PAS menubuhkan platform sendiri, bermula NGO ADIL yang kemudiannya diterjemahkan sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah bergabung dengan parti ‘adik sikit kepada komunis’, PRM.

Makna Reformasi

Rakyat Malaysia mula tersentak apabila slogan ‘reformasi’ turut dilaungkan oleh Al Gore, ketika itu Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) yang datang Ke Malaysia menyertai satu forum di Kuala Lumpur.

“Di antara banyak negara yang mengalami penderitaan akibat krisis ekonomi, kita sentiasa mendengarlaungan untuk demokrasi dan ‘reform’ dalam banyak bahasa- ‘people power‘, ‘doi moi‘, ‘reformasi’. Kita mendengar laungan mereka itu hari ini – di sini, pada masa ini -dilaungkan oleh kalangan rakyat Malaysia yang berani,” kata Al Gore.

Bermakna Al Gore lebih memahami ‘makna reformasi’ yang dilaungkan Anwar yang mungkin pemahaman makna itu berbeza dengan pemahaman rakyat Malaysia.

Jadi di sini dapat disimpulkan agak sukar untuk memahami pemilihan istilah yang digunakan Anwar.

Istilah serampang dua mata yang difahami berbeza di antara pelbagai lapisan masyarakat.

Diabolisme

Dan itulah kegemaran Anwar menggunakan retorik, istilah kabur, bombastik dan diabolisme.

“Itu politik diabolik”, kata ustaz Ismail Mina, ketika menggambarkan kecelaruan perwatakan Anwar Ibrahim.

Ismail merupakan sahabat lama Anwar sejak dari Universiti Malaya lagi.

Diabolik berasal dari bahasa Yunani, ‘diabolos’ bermaksud iblis dan diabolisme pula merujuk kepada sejenis aliran pemikiran, perangai, tindakan dan perilaku yang bersifat dan berfahaman iblis. Bacaan lanjut klik di sini

Kepelbagaian dimensi wajah dan watak Anwar turut disokong oleh pembawa obor ‘reformasi’, Senator Ezam Mohd Nor.

“Yang saya sedih apabila saya melihat orang yang tidak tahu apa-apa, atas dasar ketaksuban politik, sanggup mempertahankan Anwar, seolah-olah mereka tahu. Saya sebutkan ini kerana saya telah melalui perkara yang sama. Saya punyai pengalaman yang sama. Saya melakukan kesilapan yang sama. Sebab itu saya minta maaf. Sebagai manusia, apabila saya bersalah, saya minta maaf pada Allah Subhanahu wa taala,” katanya.

Kata Ezam, “Bukan Mudah Untuk Saya Tinggalkan Anwar Kerana Saya Telah Lakukan Hampir Segala-galanya..” mengambarkan beliau amat mengenali pelbagai watak dan lakonan bekas mentornya itu.

The Economist menterjemahkan apa yang cuba disampaikan Ismail Mina dan Ezam itu berkenaan perwatakan Anwar itu sebagai ‘chameleon‘, iaitu sejenis binatang sesumpah yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan suasana.

Selain Al Gore yang dapat membaca pemikiran Anwar, seorang lagi individu yang benar-benar memahami pemikiran dan watak sebenar Anwar adalah Dr Munawar Annes.

Munawar berasal dari Pakistan, warganegara AS, bekas penulis ucapan Anwar yang dipenjara 6 bulan kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pada Munawar, reformasi yang dilaungkan Anwar itu pembaharuan dari segenap aspek termasuk Islam yang menjadi penghalang.

Munawar menggambarkkan pemecatan Anwar pada tahun 1998 sebagai pertembungan dua pemikiran iaitu Jefferson dan Mahathir.

Anwar adalah Jefferson, kata Munawar yang merujuk kepada Thomas Jefferson, bekas Presiden AS yang dianggap sebagai bapa kebebasan beragama.

Vox Populi Vox Dei

Sebab itu, tidak mengejutkan apabila dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004, Anwar memilih berhijrah ke AS dan mendampingi kumpulan-kumpulan Zionis yang memegang dana membawa agenda ‘demokrasi’, ‘kebebasan’ dan ‘hak asasi manusia’.

Ketika di AS, Anwar sudah cuba bermain-main dengan makam ‘Vox populi Vox Dei’.

Vox populi Vox Dei’ berasal dari bahasa Latin yang bermaksud ‘kedaulatan rakyat sama dengan kedaulatan Tuhan’.

Bermakna, tidak ada lagi kedaulatan Tuhan, kerana kedaulatan Tuhan telah diganti dengan kedaulatan Rakyat. Rakyat penentu segala-galanya dan Rakyat adalah Tuhan.

Bacaan lanjut sila klik di sini dan sini

Mont Pelerin Society

Selain itu Anwar juga turut menghampiri kumpulan ‘Mont Pelerin Society‘.

Menurut wikipedia The Mont Pelerin Society adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang memperjuangkan konsep liberalisme klasik, termasuk memperjuangkan kebebasan bersuara (freedom of expression), dasar ekonomi bebas (free market economic policies) dan nilai politik dalam masyarakat terbuka (political values of an open society)

Salah seorang pengasas pertubuhan rahsia ini adalah Karl Popper, guru George Soros, penyangak matawang Yahudi yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ajaran Karl Popper mendorong Soros melalui yayasan dananya, Open Society Institute (OSI) berusaha untuk mewujudkan ‘masyarakat terbuka’ yakni satu ciri utama dalam ‘negara demokrasi sebenar’ di seluruh dunia.

Menurut wikipedia ‘masyarakat terbuka’ adalah masyarakat yang terbuka dari segi budaya, agama, kemanusiaan, keadilan dan kebebasan politik.

Menurut Karl Popper dalam bukunya, “Open Society and Its Enemies”, masyarakat terbuka hanya boleh dicapai dengan pertumpahan darah, di mana revolusi berdarah atau coup d’etat (rampasan kuasa) seperti yang berlaku di Timur Tengah.

Bacaan lanjut sila klik di sinisini dan sini

Ledakan Rumah Urut Simbol Liberalisasi dan Masyarakat Terbuka

Seperti pendapat badan tajaan Soros, Human Rights Watch (HRW), seks di antara dua individu dewasa secara suka sama suka adalah tidak salah dari segi undang-undang universal.

Maka atas dasar itu badan Soros itu menyokong Anwar dalam kes liwat II kerana menganggap seks antara dua lelaki dewasa yang sukarela adalah tidak salah dari sudut perundangan hak asasi manusia.

“Undang-undang yang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa.. Kesemua hak-hak individu tidak akan dapat dihapuskan dengan cara panduan peradaban budaya, tradisi atau pun pegangan kepada prinsip agama,” kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi rantau Asia.

Anwar sendiri ketika bercakap kepada Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT) di Bangkokmengakui polisinya tidak mahu campur tangan dalam urusan peribadi individu kerana ia berlawanan dengan hak asasi manusia.

“Bukan urusan saya untuk menyiasat kehidupan peribadi orang lain. Awak tidak boleh mengacau (kehidupan peribadi) manusia, pukul mereka dan paksanya supaya mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual,” katanya.

Sebaik sahaja dibebaskan dalam kes liwat I oleh Mahkamah Persekutuan, Anwar bercakap nada yang sama kepada Agence France-Presse.

“Soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu itu sendiri?”

“Ia ada batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang itu hendaklah dipinda.

“Isu itu adalah pencerobohan rahsia (hak asasi individu), dan oleh itu, kita perlu mempunyai pelindung bagi memastikan undang-undang tidak melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat mereka atau nilai-nilai luar di skop undang-undang,” katanya seperti dilaporkan Sodomylaws.

Berasaskan prinsip Anwar dan sekutunya ini, maka tidak hairan berlakunya kebanjiran rumah-rumah urut di Selangor kerana ia merupakan simbol kebebasan, hak asasi dan masyarakat terbuka yang melepasi daripada sekatan keagamaan.

Anwar Ibrahim adalah Penasihat Ekonomi Selangor. Dia mampu bersuara dan bendung jika dia benar-benar mahukan negeri Selangor yang di bawah kawalannya bersih daripada amalan maksiat itu.

Rumah urut dibahagikan kepada dua iaitu berlesen dan tidak berlesen.

571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di Selangor yang boleh dipecahkan mengikut PBT seperti berikut :

Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).

Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut (8), pusat hiburan (13).

Selain itu, Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).

Semua yang disenaraikan di atas adalah yang berlesen.

Menurut SD Johari Yassin, kebanyakan rumah urut beroperasi secara tidak berlesen yang dianggarkan mencecah kira-kira 6 ribu premis.

“Kebanyakan pusat-pusat pelacuran itu beroperasi tanpa lesen dan tidak pernah diganggu operasinya.

“Seperti bandar Klang, Petaling Jaya, Puchong, Sunway, Kapar, Banting, termasuk pekan-pekan kecil seperti Seri Muda, bandar Botanik, Bukit Tinggi, Pandamaran.

“Itu saya sebut beberapa contoh, malah berpuluh-puluh lagi bandar-bandar lain telah menjadi sarang pelacuran yang beroperasi secara bebas,” katanya.

Dr Azmi Hassan, GeoStrategis, Universiti Teknologi Malaysia ketika ditemui merumuskan Selangor adalah model terbaik untuk membayangkan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jikalau rakyat Malaysia ingin mengetahui apa gambaran Malaysia pada masa hadapan jika PR memerintah, maka Selangor adalah contoh terbaik”.

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s