Anwar Cemburu Populariti Najib Meningkat..

“Najib ‘Ditelanjangkan’ Akhbar Antarabangsa: Juara ‘Double-Talk’ Kepada ‘Demokrat Palsu’”, begitulah tajuk laman rasmi Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog, 25 Julai.

Anwar salinkan semula di laman peribadinya satu rencana dari Malaysia Chronicle, satu laman serpihan portal Malaysiakini yang diwar-warkan ada kaitan dengan Tian Chua, Naib Presiden PKR.

Mengenali Anwar, setiap rencana atau berita yang disalin semula di laman peribadinya, bermakna beliau bersetuju dengan pandangan penulis itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk menyebarluaskan kepada para pengikutnya.

Populariti

Ramai sudah menjangkakan mutakhir ini, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, maka semakin kencang usaha konco-konco Anwar untuk merosakkan reputasi Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Konco-konco Anwar yang sedang gigih beroperasi itu termasuklah, Rafizi Ramli, SUARAM, Malaysiakini, Malaysia Chronicle dan media antarabangsa.

Namun, semakin kencang konco-konco Anwar menghentam Najib, semakin meningkat lagi populariti Perdana Menteri Malaysia itu.

Sinar Harian, 25 Julai melaporkan “transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Najib Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat,” kata Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali.

Pensyarah itu berkata, hasil kajian yang dilakukan menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.

Menurutnya, melalui pecahan etnik, kepimpinan Najib juga semakin diterima dan terus mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India, 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak.

Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.

Malah, hasil kajian UKM itu turut diskong oleh badan penyelidik pro Anwar, Merdeka Center yang menunjukkan tahap populariti Najib di kalangan pengundi di Semenanjung “kekal stabil” di tahap positif dan yang paling mengejutkan sokongan pengundi Cina terhadap prestasi Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

Laman suarapakatanrakyat.com turut mendedahkan statistik Merdeka Center yang menunjukkan kenaikan mendadak populariti Najib dari 59% ke 69% dalam tempoh 6 bulan sejak Ogos 2011.

“Dapatan kaji selidik yang disiarkan dalam majoriti suratkhabar cina seperti Nanyang Siang Pau dan China Daily ini merupakan satu petanda kurang baik kepada Pakatan Rakyat.

“Penulis rasa, PKR terutamanya sudah dapat mencium bahaya dari dapatan kaji selidik ini dan tidak hairan kenapa Pengarah Strategik PKR melancarkan serangan bertali arus ke atas peribadi Perdana Menteri bermula dengan isu pertunangan anaknya,” lapor laman itu.

Dapatan hasil kajian UKM dan Merdeka Center tidak mengejutkan, kerana pada tahun lepas saya telah diberi taklimat terperinci oleh pembantu Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM tentang perbandingan populariti Najib Razak dan Anwar Ibrahim.

Kajian yang dilakukan bermula dari Mac 2008 hingga Julai 2011 mendapati populariti Anwar sudah mula merosot sejak Oktober 2008.

Malah sehingga ke tarikh kajian itu dianalisa sekitar November 2011, populariti Najib melonjak naik, manakala populariti Anwar menjunam jatuh dengan teruk.

Melihat hasil dapatan kajian UIAM itu, Anwar tiada harapan untuk bangkit semula, kecuali ‘menemui senjata berbisa’, namun pasca Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat II oleh Mahkamah Tinggi, Januari 2012 memburukkan lagi reputasi Anwar.

Sokongan gay antarabangsa terhadap pembebasan Anwar itu dan kenyataan Anwar sendiri di BBC News yang menyokong pergerakan gay memburukkan lagi reputasinya.

Apatah lagi dengan kenyataan Anwar di Wall Street Journal yang menegaskan mahu menjaga keselamatan Israel.

Double Talk

Anwar menuduh Najib sebagai ‘double talk’ berdasarkan pendapat wartawan Washington Post, walhal akhbar yang sama juga pernah menuduh Anwar Ibrahim sebagai ‘double talk’ pada tahun 2010 ketika Anwar melakukan Apology Tour kepada kumpulan Yahudi di Amerika Syarikat (AS) kerana ucapannya di Malaysia.

Jackson Diehl dari The Washington Post, “Flirting with zealotry in Malaysia“, menulis Anwar memohon maaf di atas kesilapan ‘double talk’ itu

Diehl, seorang penulis Yahudi di Washington Post melaporkan Anwar Ibrahim berkunjung dan menghabiskan masa di Washington beberapa hari lalu semata-mata untuk memberi penjelasan kepada sahabat-sahabat lamanya (kebanyakan Yahudi) berkenaan tuduhan ‘anti-semitik’ dan ’anti-Yahudi’ yang dituduh kepadanya.

Penulis melaporkan bahawa Anwar turut memohon maaf dan menyesal menggunakan istilah yang ‘mengguris perasaan zionis’ yang sebelum ini hanya dipakai oleh Ahmadinejad dan bukan maksudnya beliau mahu menjadi Ahmadinejad.

Beliau mengaku ‘menyerang Israel’ untuk mendapat pengaruh dari masyarakat Islam di Malaysia, dan tidak bermaksud ‘menyerang’ dalam erti kata sebagai seorang ‘anti-semitik’ dan ‘anti-Yahudi’.

Kata Anwar, “Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham?”. ” Saya harus lebih berhati-hati.”

Malah lebih teruk lagi, pada tahun 2009, majalah The Economist melabelkan Anwar Ibrahim sebagai ‘chameleon’, sejenis binatang sesumpah yang boleh bertukar kulit mengikut tempat dan keadaan.

Majalah antarabangsa itu membandingkan ‘double talk’ Anwar ketika bercakap di hadapan kumpulan Kristian di Perth, Australia dengan kumpulan Islam di Kelantan.

Terbaru kes pendirian terhadap kumpulan homoseksual. Ketika ditanya oleh penyokong LGBT dalam Yahoo Newsroom, 19 Mei 2011, Anwar berkata beliau tidak akan mendiskriminasikan kumpulan LGBT.

Pendirian yang sama ditegaskan Anwar apabila ditanya wartawan BBC News, di Mumbai, India, namun apabila berada dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk kes samannya terhadap Utusan Malaysia, Anwar menafikan menyokong gay, malah beliau mendakwa mahu mendiskriminasi kumpulan tersebut. Bacaan lanjut klik di sini, dan sini

Pendirian tidak konsisten dan ‘double talk’ Anwar itu dikecam oleh konsultan penajanya, Phil Robertson, dari Human Rights Watch (HRW) kerana HRW sebelum ini berkempen habis-habisan menyokong Anwar dan mendesak undang-undang anti-gay di Malaysia dimansuhkan kerana berhujah Anwar adalah mangsa undang-undang anti-gay antara dua lelaki dewasa yang sukarela.

Demokrat Palsu

Anwar juga menempelak Najib sebagai demokrat palsu, bermaksud hanya dirinya sahaja demokrat tulin.

Memang benar Anwar Ibrahim telah dianugerahi ‘Muslim Democrat of the Year‘ pada tahun 2005.

Tetapi soalnya siapakah dalang pemberi anugerah itu kepada Anwar dan kenapakah Anwar Ibrahim paling layak dicalonkan ‘tokoh demokrat’ ?

Anwar Ibrahim menerima gelaran “Muslim Moderat of The Year Award 2005″ daripada CSID, di AS. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED).

Pemberi anugerah itu adalah CSID (The Center for the Study of Islam and Democracy) yang ditaja oleh USAID, IRI dan NED, badan-badan demokrasi yang didalangi Yahudi berpangkalan di AS.

Rakaman video di atas adalah salah satu program ceramah Anwar yang dipengerusikan oleh Carl Gershman, Presiden NED. Malah dalam rakaman itu, Carl Gershman seorang dalang demokrasi yang berbangsa Yahudi untuk mempromosi CSID sebagai wadah untuk meliberalkan Islam.

Presiden CSID, Radwan Masmoudi berkata, “Kita berbanggga bahawa Anwar Ibrahim akan menyertai kita untuk menerima anugerah ini (anugerah demokrat). Dia tanpa penat lelah menyokong demokrasi sejak dari zaman pemimpin belia dan telah mempromosi ‘tafsiran moderat Islam’ di Malaysia dan Asia Tenggara”.

Demokrat tulin menurut Radwan Masmoudi adalah seorang tokoh yang berani memberi tafsiran semula (ijtihad) terhadap Islam terutamanya terjemahan semula Al Quran dan tafsiran semula syariah Islam.

Demokrat tulin seperti Anwar Ibrahim adalah seorang penyokong LGBT, penyokong Islam Liberal dan pluralisme agama serta penyokong keselamatan Negara Israel.

Bandingkan tafsiran Islam Moderat Radwan Masmoudi (sila tonton video di atas) dengan tafsiran Islam moderat Anwar ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010.

Radwan Masmoudi dalam rakaman itu berkata syariah Islam yang dipraktikkan hari ini perlu ditafsir semula kerana ia sudah tidak sesuai dengan dunia moden misalnya berkaitan dengan persoalan poligami dan hak asasi feminisme iaitu hak wanita yang sama taraf dengan lelaki.

Menurutnya poligami bukan ajaran Islam berasaskan Al Quran, tetapi hanyalah tafsiran daripada ulama Islam yang terdahulu.

“Kami dapati 90 hingga 95 peratus yang dipanggil ‘syariah’ itu bukan berasal dari Al Quran…ia sebenarnya terjemahan daripada pelbagai pendapat ulama.

“Kami perlukan terjemahan baru terhadap konsep syariah,” katanya.

Katanya lagi Al Quran juga perlu ditafsir semula, begitu juga dengan pengajaran kefahaman Islam kepada seluruh umat Islam perlu dinilai semula.

Dalam ucapan Anwar di LSE bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World“, Anwar berkata semua agama adalah benar, perlu kebebasan agama dibenarkan kerana tiada paksaan dalam Islam, persoalan jihad dan syariah Islam perlu ditafsir semula.

Baca hujah-hujah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady menolak pemikiran sesat Anwar itu, sila klik di sini.

Bermakna demokrat tulin adalah seorang yang memegang konsep ‘demokrasi liberal’ dan falsafah ekonomi ‘neo-liberalisme’.

Secara ringkas, seorang demokrat tulin adalah seorang liberal dan pluralis yang di Indonesia lebih dikenali sebagai kelompok dari Jaringan Islam Liberal (JIL).

Demokrat tulin seperti Anwar Ibrahim adalah seorang penyokong LGBT, penyokong Islam Liberal dan Pluralisme Agama serta penyokong keselamatan Negara Israel.

Bacaan lanjut, sila klik di sinisinisinisinisinisinisinisinisinisinisinisinisinisini dan sini

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s