Irshad Manji Buka Networking Anwar..

Ada hikmah juga kedatangan Irshad Manji ke Malaysia, salah satunya buka jalan untuk lebih mengenali networking Anwar Ibrahim.

Irshad Manji bukan keseorangan, dia ada networking di seluruh di dunia. Di Indonesia, tokoh sepertinya adalah Ulil Abshar Abdalla yang mempunyai badan pemikirnya, Jaringan Islam Liberal (JIL), di India, Salman Rushdie yang kini merupakan “exile figure”(tokoh terbuang dan mendapat perlindungan asing) di Eropah kerana bukunya, ‘The Satanic Verses‘ (Surah-surah Syaitan). Di Malaysia, Anwar Ibrahim.

Bukan kebetulan, Ketua Umum PKR itu juga mempunyai badan pemikir, Institut Kajian Dasar (IKD) dan rangkaian ‘tool‘ lain yang mungkin berkait dengan badan induk, IKD atau bergerak berasingan, tetapi mencapai matlamat yang sama.

Ketua yang satu

Kedudukan Ezra Ibrahim hatta bapanya, Zaid Ibrahim hanya bersifat ‘tool’ yang perlu bernaung secara rasmi atau tidak kepada ‘ketua yang satu’.

Sebab itu, apabila Zaid berbalah dengan Azmin dan Anwar berpihak kepada Azmin, penghujung jalan Zaid adalah keluar PKR, buka parti sendiri namanya KITA.

Namun, matlamat KITA dan PKR adalah sama iaitu ‘Liberal’ yang bergantung sepenuhnya kepada dana asing. Di sini dilema Zaid, apabila penaja asing terpaksa memilih satu parti untuk disokong dan perlu bergantung kepada ‘ketua yang satu’.

“Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.

“Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan’. Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan,” kata Zaid ketika meluahkan perasaan mahu membubarkan KITA.

Sebab itu, untuk ‘kembali ke pangkal jalan’, Zaid perlu mohon maaf kepada Anwar, walaupun tokoh itu pernah dilanyaknya sebelum ini. Tetapi tidak perlu pohon maaf kepada Azmin kerana Timbalan Presiden PKR itu juga bersifat ‘tool’, setaraf Zaid.

Justeru, apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Zaid akan kembali kepada PKR melalui Nurul Izzah, bukan satu perkara yang mengejutkan.

Hujah RPK cukup kukuh iaitu melalui hubungan anak Zaid, Ezra dengan Setiausaha Politik (SETPOL) Nurul Izzah, Fahmi Rezza.

Exile figure

Ezra miliki ZI Publications untuk terbitkan buku Irshad Manji dan buku-buku dari penulis aktivis LGBT yang lain dan dalam masa sama miliki PopDigital Sdn Bhd untuk terbitkan PopTeeVee.

Di PopTeeVee itulah tempat SETPOL Nurul Izzah pernah bekerja dan itulah hujah RPK dalam menghubung jalin, perkaitan Zaid, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim.

Siapa berani menafikan fakta RPK ini ? Fakta dari seorang aktivis yang mempunyai matlamat yang sama, pengasas FAC (Free Anwar Campaign) dan seorang ‘exile figure‘ yang kini mendapat perlindungan Eropah.

Jika diteliti lanjut, perjalanan hidup RPK hampir sama dengan Salman Rushdie, malah juga sama dengan Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Anwar Ibrahim juga dikenali sebagai tokoh ‘exile figure‘, memulakan penghijrahan ke Eropah, sebelum bermastautin di Amerika Syarikat. Bacaan lanjut sila klik di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini

Freedom Agenda

Nama-nama ‘ketua yang satu’ mengikut negara diklasifikasikan oleh RAND Corporation dalam terma besar yang dikenali sebagai ‘Building Muslim Moderate Networks‘ (Membina Jaringan Muslim Moderate).

“Building Moderate Muslim Networks” diterbitkan oleh RAND Corporation sebagai master plan untuk mengkaderkan ‘Muslim Moderate’ (Baca : Muslim Liberal) di seluruh dunia Islam sebagai merealisasikan cita-cita Presiden Bush (2002) yang melaungkan slogan “Freedom Agenda” sebagai ‘grand strategy’ untuk ‘Global War on Terorism‘ terhadap dunia Islam.

Salah seorang pakar rujuk utama untuk menghasilkan master plan ini adalah John Esposito, seorang aktivis Jesuit yang menjadi Pengarah CMCU (Center for Muslim and Christian Understanding), Universiti Georgetown, AS.

John Esposito juga antara pelobi Anwar untuk dikaderkan di CMCU. Bacaan lanjut sila klik di sini, sini, sini, dan sini.

Malah, Jesuit John Esposito juga merupakan pemain di sebalik tabir penubuhan CSID (Center for the Study of Islam and Democracy), badan yang memberi anugerah “Muslim Moderate of The Year Award 2005″ kepada Anwar Ibrahim.

Bagi yang memahami erti nilai anugerah itu, ia amat besar maknanya terutamanya dari konteks pengesahan dan sokongan dana. Klik di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini

RAND Corporation

Maka tidak hairan dalam buku “Building Moderate Muslim Networks“, nama Anwar Ibrahim dimasukkan dalam bahagian penghargaan.

Selain Anwar, turut dimasukkan nama-nama tokoh Islam yang telah dikenal pasti seperti; Ulil Abshar-Abdalla, Jaringan Islam Liberal (Indonesia), Amina Rasul-Bernardo, Majlis Islam Dan Demokrasi (Filipina), Suzaina Kadir, Universiti Nasional (Singapura) dan lain-lain.

Selain itu, RAND Corporation turut membariskan bersama ‘tokoh-tokoh exile‘ yang mendapat perlindungan politik asing kerana tentangannya terhadap Islam, antaranya, Irshad Manji, Salman Rushdie, Ayaan Hirsi Ali, Taslima Nasreen dan lain-lain.

Bacaan lanjut, sila klik di sini, sini, sini sini, sini, sini dan sini.

Bermakna, tanpa diragui, RAND Corporation telah mengklasifikasikan Anwar Ibrahim setaraf dengan Irshad Manji.

Malah, Irshad Manji sudah memuji Anwar Ibrahim sejak tahun 2005 dalam bukunya yang diharamkan di Malaysia bertajuk, “The Trouble With Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith“.

Puji Anwar, Kecam Ulama

Dalam bab 8, bukunya itu, Irshad Manji menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai model kebebasan bersuara dalam dunia Islam.

Tulisnya, pada tahun 1994, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, memberikan ceramah di Georgetown University bertajuk “Perlunya Dialog Peradaban”. Anwar mengakui bahawa “kebodohan, ketidakadilan, korupsi, kemunafikan, dan terkikisnya kebaikan moral amat berleluasa dalam masyarakat Islam kini. “Akan tetapi,” Anwar mengingatkan, “pelanggan media massa yang mudah ditipu masa kini akan memberi kesan bahawa dunia Islam hanya dihuni oleh para fundamentalis yang keras dan mengancam.”

Menurutnya, Anwar adalah simbol hak asasi manusia, seorang yang berani bersuara untuk melakukan ‘reformasi’ termasuk menentang ketuanya sendiri, Dr Mahathir Mohamad yang Anwar labelkan pengamal dokrin ketimuran Asia (baca : fundamentalis).

Ironiknya, ketika membuat pujian melampau kepada Anwar Ibrahim dalam bukunya, namun ketika dia datang ke Malaysia, penulis itu membela Lesbian dan Gay tetapi dalam masa sama mengecam ulama dan syariat Islam.

Bacaan lanjut sila klik sini dan sini

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s