Kenapa Anwar ‘Menjijikkan’ Seminar Liberalisme, Pluralisme & Anti Murtad Johor ?

Sebagai bekas Presiden ABIM yang kononnya dahulu pernah berkata ‘Islam is the way of life‘ tidak mungkin akan menjijikkan seminar yang mahu menjaga akidah umat Islam di Johor, kecualilah perkataan itu sengaja diprovokasi untuk tujuan-tujuan tertentu.

Pada 28 Mac, Anwar seperti dilaporkan The Malaysian Insider menggunakan flatform Pakatan Rakyat berkata seminar ancaman Kristianisas yang dijadualakan hari ini sebagai gerakan politik yang ‘menjijikkan’.

Anwar berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media di Parlimen berkata program sedemikian adalah berbahaya dan akan memberikan tekanan kepada hubungan antara agama di negara ini.

“Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” di mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada keseluruhan 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut.

Anwar sendiri amat berminat dengan kenyataannya itu dan memuat turun di laman rasminya, anwaribrahimblog, artikel Bahasa Inggeris yang dipetik dari Malaysiakini, “Anwar: Christian Threat is Umno Propaganda

Turut disertakan dalam artikel itu adalah rakaman ucapannya yang dirakamkan oleh TV PAS yang mungkin memberi isyarat bahawa PAS sendiri bersetuju dengan kenyataannya.

Apatah lagi dalam rakaman itu, YB Husam Musa, tokoh yang disebut-sebut pro Anwar turut diberi ruang untuk menjustifikasi ucapan ‘menjijikkan’ Anwar itu.

Mungkin ini taktik PAS, bersekongkol dalam diam secara berhikmah.

Pada masa sama, parti DAP yang diwakili oleh ‘Ketua Umumnya’, Lim Kit Siang turut bersetuju dengan kenyataan Anwar itu, apabila turut memuatturunkan kenyataan Anwar di Malaysiakini di laman rasminya, blog.limkitsiang.com.

Bermakna tepatlah kenyataan Anwar yang menjijikkan seminar pemantapan akidah di Johor itu boleh dianggap sebagai suara rasmi PR.

NGO MUAFAKAT dan PEMBELA menyelar tindakan mengistilahkan penganjuran program keilmuwan itu sebagai “usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat” sebagai sangat tidak bertanggungjawab, menghina institusi Islam serta merupakan pengkhianatan terhadap usaha-usaha menyemarakkan syiar Islam di negara ini.

Kedua-dua NGO Islam itu sepakat, ucapan ‘menjijikkan’ itu sengaja dilakukan untuk mendapat publisiti murahan daripada musuh Islam dan memprovokasi keutuhan perjuangan menegakkan Islam.

Kecaman Anwar yang bukan sahaja Ketua Umum PKR, bahkan Ketua Umum PR itu telah membuka ruang Christian Federation of Malaysia (CFM) mengkritik isi kandungan program tersebut.

Bishop Ng Moon Hing, Pengerusi CFM seperti dilaporkan FMT berkata bukan sahaja terma ‘Kristinisasi’ perlu digugurkan malah kandungan dan struktur perlu diubah untuk menggambarkan Kristian bukan merupakan satu ancaman di negara ini.

Nampaknya seperti ada motif tersirat kecaman menjijikkan Anwar yang disambut dengan sokongan berhikmah Persatuan Kristian terbesar di negara ini.

Pada 25 Mac 2006, seorang paderi Melayu yang menukar nama kepada Benjamin Stephen telah berkata di Johor sahaja, lebih daripada atau hampir kepada 10, 000 ribu jiwa Melayu sudah dimurtadkan.

Benjamin Stephen yang nama Islamnya Mohd Badrol Nizam Mohd Redzo berasal dari Kelantan itu membuat pengakuan itu ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

Paderi itu secara jelas menyebut 10,000 umat Melayu di Johor telah berjaya dimurtadkan. Mungkinkah paderi Melayu itu berbohong dengan angka itu, sedangkan dia bercakap dalam gereja ?

Jika paderi itu berbohong berkenaan angka itu, apakah motifnya ? Apakah sama dengan motif Anwar yang sengaja menjijikkan program selamatkan akidah Islam di Johor.

Mungkin tidak sama, kerana Anwar adalah seorang politikus, manakala Stephen merupakan seorang paderi, tetapi tidak ditolak kemungkinan bahawa ada persamaan dari sudut matlamatnya.

Mungkin PAS yang kini sudah disebut-sebut sebagai ‘sayap Melayu-Islam Anwar’ yang mengamalkan politik bersekongkol secara diam dan berhikmah’ boleh mencungkil kebenaran angka itu daripada pihak gereja sendiri.

Persoalannya, kenapa Anwar sebagai bekas Presiden ABIM dengan lantang menjijikkan program Islam, sebabnya beliau tahu pada akhirnya PAS akan berusaha menarik sokongan pengundi Melayu yang akhirnya berpusat kepadanya.

Anwar tahu, beliau semakin hilang sokongan Melayu-Islam atas pagar, jadi buat apa lagi beliau menjaga hati mereka, maka langkah terbaik menjijikkannya untuk menarik sokongan total daripada pengundi bukan Islam khususnya Kristian.

Pengundi Melayu-Islam ? Itu bukan tugas Anwar, itu tugas Parti Islam Se-Malaysia, yang salah satu kompenan PR, di mana Anwar adalah Ketua De factonya.

Taktik ini sama seperti sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-12, di mana Anwar sengaja mempotretkan dirinya sebagai penyokong HINDRAF, meskipun dibenci dan dicemuh masyarakat Melayu-Islam.

Selepas PRU, setelah Anwar mendapat sokongan total dari kaum India, barulah masyarakat India sedar kembali bahawa potret pro HINDRAF yang ditunjukkan Anwar sebelum ini hanyalah lakonan dan provokasi semata-mata untuk memecahkan perpaduan kaum dan agama di negara ini.

Tetapi berjayakah provokasi menjijikkan Islam mendapat laba yang sama seperti HINDRAF dahulu ?

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s