The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel II

Meskipun Celine Fernandez, wartawan Wall Street Journal (WSJ) membuat pembetulan untuk rencana pertama, namun pegangan Anwar masih kerangka menyokong Negara Israel.

Rencana pertama oleh Shibani Mahani, 26 Jan, wartawan WSJ melaporkan Anwar berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”

Bacaan tersurat, Anwar mendahulukan sokongan sepenuhnya terhadap usaha menjaga keselamatan Negara Israel berbanding dengan keselamatan Palestin.

Bacaan tersirat, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, dia bersedia membuka hubungan diplomatik Malaysia-Israel dengan syarat Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Persoalannya, wajarkah kenyataan di atas diucapkan oleh seorang yang kononnya bekas aktivis gerakan Islam, bekas Presiden PKPIM, ABIM dan tokoh yang pernah diramalkan sebagai Presiden PAS ?

Terlibat Dalam ICG

Oleh kerana kenyataan Anwar mula menjadi kontroversi, dia sendiri mula memperbetulkan kenyataan di WSJ itu dengan mendakwa dia sebenarnya bersetuju dengan konsep ‘two state solution‘ iaitu konsep dua negara berdaulat, yakni Negara Israel dan Palestin.

Konsep ‘two state solution’ merupakan pegangan asasinya yang diputuskan bersama oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, International Crisis Group (ICG).

ICG badan yang ditaja oleh George Soros memutuskan untuk memperkenalkan konsep ‘two state solution’ dalam mesyuarat organisasi itu di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac – 24 Mac 2007.

Anwar sendiri dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika itu dia menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK.

Raja Petra Kamaruddin (RPK) pernah menulis di Malaysia-Today pada tahun 2005 bahawa pelantikan Anwar di Saints Anthony’s College, UK berasaskan hubungan baiknya dengan Chris Patten yang pernah dikenali sejak tahun 1997.

Ketika itu, Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Chris Pattern adalah Gabenor United Kingdom di Hong Kong.

Mulai tahun 2003, Chris Pattern kembali semula ke UK dan dilantik menjadi Canselor di Universiti Oxford.

Chris Pattern dianggap sebagai kroni George Soros kerana pengelibatan aktif dalam badan yang ditaja oleh penyangak matawang Yahudi itu iaitu ECFR (European Council on Foreign Relations) dan ICG (International Crisis Group).

Apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, destinasi pertama yang dihuninya adalah United Kingdom sebagai pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, salah satu kolej di bawah naungan Universiti Oxford di bawah kawalan Chris Pattern.

Chris Pattern yang turut menjadi pengerusi bersama ICG turut mencadangkan pelantikan Anwar dalam organisasi tajaan Soros itu.

Two State Solution

Seperti yang diperkatakan Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010, salah satu program dalam road show, ‘Anwar’Apology Tour‘, iaitu program memohon maaf kepada Yahudi, dia menegaskan bahawa tidak benar dia dituduh sebagai anti-semitik (anti Yahudi) kerana dia antara yang bersetuju dengan konsep ‘two State Solution’.

Gagasan ‘two State Solution’ yang dimaksudkannya adalah gagasan yang dipersetujui pada tahun 2007 oleh badan ICG yang dianggotainya.

Menurut laporan mesyuarat ICG di Vancouver pada 26 Mac 2007, ahli mesyuarat (termasuk Anwar) bersetuju dengan konsep ‘two State Solution’ yakni pengiktirafan Dua Negara Berdaulat, Israel dan Palestin, di samping meluluskan usul agar negara-negara Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

Apakah motif ICG meluluskan usul seperti itu dan siapakah di belakang badan itu ?

Selain Open Society Institute (OSI), milik Soros, ICG turut ditaja oleh yayasan-yayasan pro-Israel, antaranya; Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Ford Foundation dan Carnegie Corporation of New York.

Bermakna matlamat terakhir organisasi ini mestilah berpihak kepada Israel.

Menurut wikipedia, ICG ditubuhkan pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Zionis Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Mark Malloch Brown dan Morton Abramowitz, kedua-duanya adalah kroni Soros dalam OSI.

Di Bank Dunia ketika itu Mallock Brown berketuakan James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia, tokoh Yahudi yang mula-mula merekrut Anwar dengan melantiknya sebagai ‘Chairman of the bank’s development committee, World Bank/IMF pada tahun 1998.

Majoriti anggota ICG adalah kroni-kroni Soros, seperti Chris Pattern (Pengerusi bersama); Thomas R. Pickering ( Yahudi/bekas Duta Amerika Syarikat ke Israel); Morton Abramowitz (Yahudi/bekas Pembantu Setiausaha Negara/bekas Duta Amerika di Turki); Zbigniew Brzezinski, (Yahudi/Penasihat polisi luar negara Presiden Obama/bekas Penasihat Keselamatan Negara Presiden Jimmy Carter); Kenneth Adelman (Yahudi/bekas pembantu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld/Ahli Lembaga Pengarah Polisi Pertahanan Pentagon/Penyokong utama serangan Amerika ke atas Iraq).

Selain itu, termasuk juga Shlomo Ben-Ami (bekas Menteri Keselamatan Israel/ bekas Menteri luar negara Israel), Jeneral Wesley Clark, (Yahudi/Bekas Komander Bersekutu Tertinggi NATO), Stephen Solarz(Yahudi/neocon/Amerika Syarikat/Naib Pengerusi ICG/ bekas Pengarah NED (National Endowment for Democracy) dan Pengarah IRI ( International Republican Institute)/ Ahli Jawatankuasa Projek Meliberalisasi Iraq/Ahli Lembaga Penasihat JINSA (Jewish Institute for National Security Affairs); Stanley Fischer,(Yahudi/ Naib Pengerusi Citigroup/Bekas Timbalan Pengarah IMF (International Monetary Fund) dan lain-lain.

Jika dinilai dari segi latar belakang anggota-anggota ICG di atas, apakah mereka berpihak kepada Israel atau Palestin dan adakah memperkenalkan konsep ‘two state solution’ adalah strategi paling halus untuk mendapat pengiktirafan sebuah Negara Israel yang berdaulat dan mendapat hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam ?

Naungan Trio Yahudi

Wartawan Barat, Mike Billington, dari Executive Intelligence Review (EIR) dalam rencananya, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia“, 12 September 2008 mendedahkan Anwar dinaungi oleh trio-Yahudi, iaitu George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.

“Dalam kebanyakan negara di seluruh dunia, banyak di antaranya yang ditakluk kerana ketidakstabilan politik berpunca dari British dan aset mereka iaitu George Soros yang merupakan pencatur dan penaja kepada British Foreign Office (Pejabat Luar British), yang bersembunyi di belakang topeng kuasa “demokrasi” pembangkang (hidden behind the facade of “democratic” opposition)

“Di Malaysia, (yang juga) bekas jajahan British, seorang agen yang mengaku dirinya sebagai agen dasar ekonomi dan strategik empayar baru British (agent of the economic, and strategic policies of the new British Empire), dan agen utama di dalam neo-konservatif Amerika(agents in the U.S. neoconservative) serta gerakan fasis-hijau (green-fascist movements), secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai Penyelamat Baru Malaysia (the new savior of Malaysia).

“Penyelamat syaitan ini (satanic savior), dibiayai sepenuhnya setelah beberapa tahun mendapat jawatan yang menguntungkan dalam badan kumpulan pemikir neocon, universiti-unversiti di Washington dan London, serta jawatan subsidi di dalam Bank Dunia, telah mengumumkan hasratnya untuk membayar (“memujuk”) sebilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkangnya serta mengambil alih kerajaan, yang kemudian menjadikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia”, dedah Billington.

Wartawan Barat itu juga mendedahkan latar belakang hubungan Anwar dengan trio-Yahudi itu serta menyenaraikan jawatan-jawatan yang diperolehi Anwar hasil hubungan tersebut, antaranya; pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford, Johns Hopkins School for Advanced International Studies (SAIS) dan Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.

Selain itu turut disenaraikan jawatan-jawatan dalam NGO yang juga mempunyai kaitan dengan trio-Yahudi tersebut, antaranya; Konsultan Bank Dunia, Presiden Kehormat AccountAbility, London, International Crisis Group, dan Foundation for the Future.

Menurutnya, dari jawatan-jawatan yang disubsidi oleh trio-Yahudi itulah Anwar mendapat sumber kewangan untuk dirinya sendiri dan membangun partinya di Malaysia.

Naungan Regim Zionis – Paul Wolfowitz

Billington turut mengupas khusus hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam rencananya bertajuk “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back“, 29 April 2005.

“Apabila Anwar dibebaskan pada tahun 2004 selepas berada selama 6 tahun di penjara Malaysia, beliau terus menuju ke Jerman, dan Wolfowitz meluangkan masa dari rutin hariannya yang sibuk di PENTAGON untuk bersama-sama rakan lamanya (Anwar) di Eropah.

“Pada 5 April 2005, SAIS (School for Advanced International Studies), Johns Hopkins University, Washington menganjurkan majlis ucapan pertama Anwar di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara, Anwar telah diumumkan sebagai Sarjana Pelawat di SAIS…

“Pada tahun 1990-an, Wolfowitz telah bertugas sebagai Pengarah SAIS sebelum menyertai Pentadbiran George W. Bush sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, menjadi peneraju dalam melaksanakan perang ke atas negara lain terlebih dahulu, sebelum diperangi (pre-emptive war), melaksanakan “demokrasi” ke atas negara sasaran melalui cara ketenteraan”, dedahnya.

Wartawan itu turut mendedahkan selain mendapat subsidi jawatan pensyarah pelawat di SAIS, Anwar juga turut mendapat ‘anugerah’ dari NED (National Endowment for Demokrasi), sebuah yayasan, topeng CIA yang menakluk dunia luar menggunakan modus operandi ‘demokrasi’.

“Institusi-institusi lain di Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan ‘sosial masyarakat’ seperti NED (National For Endownment of Democracy) juga telah memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai Democrat of The Year“, katanya.

Menurut wartawan itu lagi hubungan Anwar dengan Wolfowitz telah menimbulkan rasa tidak senang, Timbalan Presiden Presiden PKR, Syed Husin Ali.

Anwar ketika diwawancara Stephen Sackur dalam rancangan BBC HARDtalk interview pada 10 Mei 2005 berkata dia tidak mempedulikan kritikan Timbalan Presiden PKR itu, malah secara tegas terus membela sahabat zionisnya, Paul Wolfowitz.

Bayangkan wartawan Barat seperti Stephen Sackur turut terkejut apabila Anwar Ibrahim yang sebelum ini terkenal sebagai aktivis Islam sanggup bersekongkol dengan seorang zionis seperti Paul Wolfowitz.

Tali Barut Presiden Bush

Walaupun, Anwar cuba menafikan ‘Foundation For The Future (FFF)‘ mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS), namun penafiannya itu sia-sia kerana Jabatan Negara AS mengumumkan penubuhannya yayasan itu di bawah kawalan mereka iaitu di bawah bidang kuasa BMENA (Broader Middle East and North Africa).

“Yayasan (FFF) akan menyediakan geran untuk membantu masyarakat sivil (civil society strengthen) mengukuhkan kedaulatan undang-undang (the rule of law), melindungi kebebasan sivil asas (protect basic civil liberties), dan memastikan peluang yang lebih besar untuk kesihatan dan pendidikan.

“Tetapi yang paling penting, yayasan ini sebagai satu tanda bahawa rakyat boleh dipercayai untuk bekerja ke arah reformasi demokratik dalam negara khususnya… menggunakan wang geran ini untuk melakukan perkara baik terbesar yang mereka lihat patut”, kata Condoleeza Rice, Setiausaha Negara AS semasa merasmikan yayasan itu di Bahrain pada 12 November 2005.

Pada 2 Februari 2006, Jabatan Negara AS turut mendedahkan dokumen pelantikan Anwar sebagai Jawatankuasa Pemilih Ahli Lembaga Pengarah FFF.

“Selepas perundingan antara wakil masyarakat awam dan pegawai-pegawai kerajaan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah dan Afrika Utara, hari ini mengumumkan bahawa Rahma Bourqia dari Maghribi, Bakhtiar Amin dari Iraq, dan Anwar Ibrahim dari Malaysia sebagai ahli jawatankuasa pemilihan untuk melantik ahli lembaga pengarah Foundation for the Future.

“Pada peringkat awal kerajaan AS telah melakukan sumbangan lebih daripada $ 50 juta kepada yayasan itu”, kata jurucakap pejabat Washington, DC.

Anwar kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden yayasan tersebut.

Bank Dunia/FFF : Skandal Wolfowitz, Shaha Ali Riza & Anwar

Dalam membongkar salah laku Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam salah laku memberi kenaikan pangkat kepada teman wanitanya, Shaha Ali Riza, Channel 4 News turut mengaitkan seorang lagi individu yang turut terlibat iaitu Anwar Ibrahim.

Paul Wolfowitz sebelum ini turut melantik Anwar sebagai Konsultan di World Bank Institute berkuat kuasa pada tahun 2006.

Menurut laporan Channel 4 News, Shaha Riza yang berjawatan di Bank Dunia telah memainkan peranan untuk operasi di Timur Tengah selama 8 tahun, terutamanya sejak Wolfowitz dilantik menjadi Penolong Setiausaha Pertahanan AS.

Menurut laporan itu, pada tahun 2003, ketika Wolfowitz yang digelar ‘arkitek perang’ menyerang Iraq dan menjatuhkan Sadam Husin, dan dalam masa sama Wolfowitz turut memberi kontrak berbilion dollar kepada SAIC, milik Shaha Riza untuk membantu pembentukan kerajaan baru proksi AS, sebuah negara demokratik dan bebas di Iraq

“Kami merancang untuk membawa tiga individu dalam kontrak itu (salah seorang termasuk Shaha Riza) untuk membantu demokrasi dan takbir urus (di Iraq) yang bekerja untuk membangunkan institusi politik dalam jangka masa panjang”, kenyataan dari pejabat Paul Wolfowitz kepada SAIC pada 2 April 2003.

Wolfowitz dilaporkan terlibat secara langsung dengan kumpulan SAIC milik Shaha Riza itu.

Shaha Riza bukan warga negara AS, jadi dia tidak sepatutnya melepasi tapisan keselamatan AS untuk melakukan operasi di Iraq, namun di atas campur tangan Jabatan Pertahanan, ia melepasi tapisan keselamatan dalam masa kurang dari enam hari.

Apabila Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia pada tahun 2005, ia telah mengundang konflik kepentingan, jadi Shaha Riza telah dipindahkan ke Jabatan Negara AS.

“Pada tahun 2006, sahabat rapat kepada Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menulis surat kepada pejabat Presiden Bank Dunia meminta Shaha Riza bekerja di organisasi baru yang dinamakan Foundation For The Future (yang) tugasnya adalah merekrut staf (FFF) untuk bekerja di lapangan mempromosi demokrasi di Timur Tengah.

“Foundation for the Future merupakan yayasan misteri. Ia menerima $56 juta dalam pembiayaannya, termasuk $36 juta daripada Jabatan Negara AS”, lapor Channel 4 News.

Laporan itu juga turut memaparkan salinan surat Anwar Ibrahim kepada Bank Dunia yang berjawatan Pengerusi Foundation For The Future. (Rujuk surat sebelah kanan)

Gambaran lebih lengkap, rujuk minit 08:05 – 09:02 dalam video di atas, kiri.

Menurut laporan itu lagi pejabat awal FFF adalah didaftar di tingkat atas kedai donut, sebelum berpindah pejabatnya ke Washington DC.

Yayasan ini tidak mempunyai nombor telefon dan CEO yang berada di sini berkata Shaha Riza jarang datang ke pejabat ini kerana tugasnya adalah sebagai konsultan.

Hari ini, yayasan itu telah mempunyai bangunan sendiri, walaupun penubuhannya memakan masa selama setahun dan hanya menjalankan tiga kali mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang salah satunya melancarkan pertandingan mencipta logo yayasan tersebut.

Laman worldbankpresident.org dalam artikelnya, “Wolfowitz, SAIS, CIA, SAIC” menyebut skandal penyelewengan Wolfowitz membabitkan Shaha Riza dan Anwar Ibrahim.

Pada akhir tahun 2000, ketika Wolfowitz masih bertugas di SAIS, Johns Hopkin pentadbiran pentadbiran universiti itu sepatutnya mengambil tindakan tatatertib di atas salah laku seksual yang tidak sepatutnya berlaku antara dekan (Wolfowitz) dengan seorang orang bawahannya di SAIS, namun tindakan itu tidak berjaya diambil kerana Presiden Buh telah melantik Wolfowitz sebagai Penolong Setiausaha Pertahanan AS.

Pada awal 2001, isteri Wolfowitz, Clare Selgin telah menulis kepada Presiden Bush dengan memperincikan hubungan seks suaminya dengan seorang wanita Muslim bernama Shaha Ali Riza, yang berlaku ketika Wolfowitz (menjadi dekan SAIS) dan Riza yang bertugas di NED – National Endowment for Democracy (sebelum dia menyertai Bank sebagai pekerja pada 1999).

Pada tahun 2003, Shaha Riza dapat kontrak SAIC, tahun 2005 “pelantikan jawatan”, ketika Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia dan pada tahun 2006, Riza dipindahkan ke Foundation for the Future.

“Dalam kes pelantikan Riza di Foundation for the Future, staf Bank Dunia perlu memfokuskan dengan lebih terperinci dengan kontrak Bank Dunia $21,000 pada Mei 2006 dan kontrak secara lisan antara Anwar Ibrahim kepada Robin Cleveland pada Oktober 2006 bahawa Anwar memohon untuk memilih Shaha Ali Riza sebagai Pengarah Foundation for the Future sedangkan dalam masa yang sama Riza masih mengekalkan pendapatan bebas cukainya ‘berstatus G-4‘ di sebuah organisasi yang tidak sah (Foundation for the Future).

“Anwar Ibrahim , rakan rapat Wolfowitz, menjadi Pengerusi Foundation For The future pada Julai 2006 apabila kontraknya sebagai Konsultan Bank Dunia (areas of governance & accountability) di Bank Dunia telah tamat”, lapor worldbankpresident.org.

Misi Operasi Gelap Zionis Kacau Bilau Umat Islam Palestin

Laman moonofalabama.org dalam artikelnya bertajuk “Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture?” melaporkan Shaha Ali Riza adalah seumpama operatif CIA yang bekerja di NED.

“Menurut penulis William Blum, NED telah membiayai “komponen penting komplot rahsia Kolonel Oliver North, iaitu rangkaian ‘Project Democracy,’ yang berkaitan dengan dasar luar Amerika Syarikat, mencetuskan perang, menyeludup senjata dan dadah, selain menjalankan pelbagai aktiviti hitam lain.

“Pada 1987, seorang jurucakap White House menyatakan bahawa mereka di NED ‘menguruskan Project Democracy.’ Kenyataan ini tidak benar, kerana apa yang nyata, NED adalah cabang awam untuk Projek Demokrasi, manakala, Oliver North mengendalikan operasi-operasi covert (tersembunyi) berkaitan dengannya.

“Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memeranjatkan kerana perkara seperti itu sudah diketahui umum bahawa CIA pernah menjadi dalang di sebalik operasi tersembunyi (covert) itu.”, lapornya.

Tentang Foundation For The Future, laman itu melaporkan yayasan itu seolah-olah disembunyikan identiti operasinya, malah lebih mengelirukan apabila yayasan itu menggunakan alamat yang sama dengan alamat Eurasian Foundation.

“Peranan Eurasian Foundation adalah menaja gerakan demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union.

“Ahli jawatankuasa eksekutifnya termasuklah tokoh-tokoh terkemuka US seperti Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika di bawah Bill Clinton), James A. Baker (ketua Staff Pentadbiran Presiden Ronald Reagan), Lawrence Sidney Eagleburger (diplomat Amerika di bawah Bush), dan Frank C. Carlucci III (salah seorang ahli lembaga pengarah NED). Yayasan ini dibiayai oleh United States Agency for International Development (USAID).

“USAID memang diketahui umum dijadikan topeng kepada operasi-operasi covert CIA’, lapornya.

Laman itu turut hairan yayasan itu telah menelan perbelanjaan yang besar untuk mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya, sedangkan operasi di Timur Tengah dan Afrika Utara ketika itu masih belum bermula.

“Kenyataan media Foundation for the Future berbunyi:

“Foundation for the Future akan menyokong rakyat negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dalam usaha mereka memperjuang dan mengukuhkan amalan demokrasi dan kebebasan.

“Dengan ini jelaslah matlamat kedua-dua yayasan (FFF dan Eurasian Foundation) ini mempunyai tugas yang sama, tetapi di wilayah yang berlainan. Mungkinkah tidak lama lagi kita akan menyaksikan berlaku ‘Demokrasi Revolusi Unggu’ di Arab Saudi atau ‘Revolusi Kuning di Bahrain’?”, lapor laman itu lagi.

Paling menarik, laman itu turut memuatkan komen Billmon, seorang blogger berhaluan kiri yang terkenal di AS, yang memetik sumber dari Seymour Hersh, seorang wartawan penyiasat terkemuka AS.

“Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra dan membiayai beberapa tokoh neocon

“Nampak tak agenda tersembunyi?

“Itulah yang uniknya tentang tokoh-tokoh neocon : Apabila mereka melakukan suatu dan mendapati tidak berjaya, tetapi mereka masih terus menggunakan kaedah yang sama..”, katanya.

Menurut laman moonofalabama.org, komen Billmon memeberi makna yang cukup mendalam tentang peranan Foundation For The Future khususnya dalam memperkasakan Israel dengan memecahbelahkan perpaduan Palestin.

“Rejim penjajah Israel telah kembali menyokong pelan awal Amerika Syarikat untuk melatih dan membekalkan senjata kepada kumpulan Abbas (Palestin), walaupun pada mulanya Kongres Amerika menyekat pembiayaan tersebut. Tetapi sekarang Kongres telah bersetuju membekalkan senjata kepada kumpulan Abbas bertujuan untuk menentang kumpulan Hamas.

“Agaknya inilah usaha ‘projek mengembangkan demokrasi” dengan menggunakan senjata AK-47. Mungkin sekarang ini tiada lagi keperluan untuk wang gelap di sana dan ada kebenaran pada jangkaan Billmon bahawa sasaran terkini ialah Lubnan.

“Oleh itu kemungkinan besar Shaha Riza, CIA dan Foundation for the Future yang didalangi mereka akan beroperasi ke arah untuk membinasakan kumpulan Hezbollah”, lapornya.

Berdasarkan latar belakang di atas, bolehkah disimpulkan apa yang terjadi di Timur Tengah hari ini, iaitu kekacauan dan huru hara bertopengkan ‘Arab Spring’ disebabkan sumbangan Anwar yang memulakan operasi dalam Foundation for The Future sejak tahun 2006.

Patut direnung kembali ramalan laman moonofalabama.org yang ditulis pada 16 April 2007 yang menunjukkan apa yang berlaku di Timur Tengah hari menepati ramalannya.

“Dengan ini jelaslah matlamat kedua-dua yayasan (FFF dan Eurasian Foundation) ini mempunyai tugas yang sama, tetapi di wilayah yang berlainan. Mungkinkah tidak lama lagi kita akan menyaksikan berlaku ‘Demokrasi Revolusi Unggu’ di Arab Saudi atau ‘Revolusi Kuning di Bahrain’?”.

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s