The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel

Penegasan Anwar dengan berkata, “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel” seperti dilaporkan dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan, bukan sesuatu yang mengejutkan bahkan mengukuhkan fakta yang sedia ada.

Memetik kata-kata Dr Hassan Ali, “kalau kita tengok balik..itulah pandangan peribadi..pandangan asasi yang dipegang oleh saudara Anwar Ibrahim” !

Itu pandangan kredibel, seorang tokoh yang masuk PAS, sejurus selepas Anwar dipecat dari UMNO pada September 1998.

Sekarang, Dr Hassan telah dipecat dari PAS, kerana kelantangan mengkritik Anwar Ibrahim. Mulanya, ramai menyangka pemecatannya akan melenyapkan isu liabiliti Anwar, namun kini setelah mengetuai ‘Kuasa Ketiga’, semakin ramai penyokong PAS yang meluat dengan Anwar, secara senyap-senyap menyokong Dr Hassan.

Anwar menyokong Israel, konsisten dari akhir tahun 1990-an hingga sekarang. Fakta ini tidak dapat disangkal.

Projek Dailog Pasifik Anwar-Cohen

The Pacific Dialogue (1994 – 1996) disertai oleh William Cohen, Sam Nunn, Christopher Bond dan Ahli Kongres Amerika Syarikat AS) yang lain serta pemimpin-pemimpin Asia dan Pasifik dianggap persidangan antarabangsa yang paling penting yang dianjurkan oleh IKD”.

Kenyataan di atas dipetik dari laman asianrenaissance.org.my, kepunyaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

Kejayaan utama ‘Projek Dailog Pasifik’ adalah membawa tokoh-tokoh Zionis dari AS, selain yang disenarai di atas termasuk juga Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Madeline Albright, Paul Wolfowitz ke Malaysia untuk mem’baptis’kan Anwar sebagai ‘bakal PM’ yang direstui oleh Barat.

Tetapi ‘pembaptisan’ itu gagal, Anwar gagal naik taktha ke Putrajaya, sebaliknya turun taktha, merengkok di penjara Sungai Buloh.

Senator Ezam Mohd Nor ketika itu Timbalan Pengerusi IKD mengakui hubungan Anwar dengan Zionis sebagai, ‘Sangat mendalam dan lama’. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam Projek Dailog Pasifik tersebut.

Sebelum Anwar dipecat daripada TPM dan Menteri Kewangan, rakyat Malaysia tidak tahu rahsia di sebalik tabir dan modus operandi Anwar melobi tokoh-tokoh zionis itu.

Namun pada 26 Oktober 1999, bekas kroni Anwar, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) mendedahkan dalam pengakuan bersumpahnya, bahawa Anwar mengarahkannya membayar sebanyak RM 38 million kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk memastikan kejayaan ‘Projek Dailog Pasifik’.

Dato Murad mendedahkan Anwar mengarahkannya membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 milion dan APPC sebanyak RM38 million. Klik di sini

“Dia (Anwar) mempengerusikan Asean-Vietnam Study Group (Kumpulan Kajian Asean-Vietnam), organisasi menyediakan laporan ‘Shared Destiny: Southeast Asia in the 21st Century’ yang mencadangkan kemasukan Vietnam ke dalam Asean.

“Dia dipilih sebagai Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF-Bank Dunia) untuk mesyuarat tahunan 1997.

“Anwar bersama dengan Senator William Cohen mempengerusikan Pacific Dialogue atau Dialog Pasifik (1994-1997).

“Pada 1996, Anwar Ibrahim merupakan penyumbang utama dalam mempromosikan kefahaman antara agama (inter-religious understanding) yang menyebabkan beliau telah diberikan penghormatan oleh Georgetown University, Washington DC sebagai Presidential Medal (Pingat Presiden) dan Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University, di Filipina”.

Keterangan biodata Anwar di atas disediakan The Society of Publisher, Asia, 2008.

Dari keterangan biodata yang disediakan oleh pemikir Barat itu sudah jelas membuktikan siapakah Anwar di sisi kaca mata Barat.

Reformasi Disokong Al Gore

Pada 16 November 1998 ketika Al Gore datang ke Kuala Lumpur menghadiri Persidangan APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation), Naib Presiden AS memuji ‘Reformasi’, slogan yang dilaungkan Anwar.

“Demokrasi mengesahkan kesahihan bahawa pembaharuan (reform) mesti dilaksanakan untuk mempunyai sisten yang berkesan. Dan, di kalangan negara-negara yang mengalami krisis ekonomi, kita terus mendengar seruan untuk demokrasi dan reformasi dalam banyak bahasa-“people’s power”, “doi moi”, “reformasi.” Kami dengar hari ini – di sini, sekarang – di kalangan rakyat Malaysia yang berani”, kata Al Gore.

Jika slogan ‘reformasi’ itu bukan grand design Barat, kenapa Al Gore menyokong seruan itu ?

Slogan ‘reformasi’ bukan bermula dari sejarah Islam, tetapi dari sejarah Barat.

Bahkan jika disoroti sejarah asalnya, ‘reformasi’ bermula dari penentangan agama di gereja.

Maka, jika Al Gore lebih memahami makna ‘reformasi’ dan ‘demokrasi’ yang dibawa Anwar itu, ianya tidak lain tidak bukan menuntut perubahan (reform) dari segi politik, ekonomi dan agama yang berselindung di sebalik topeng ‘People Power’. Klik di sini dan di sini

Dr Sulaiman Nordin, pengkaji politik antarabangsa mendedahkan slogan ‘People Power’ merupakan grand design CIA untuk melakukan huru hara di sesebuah negara bagi tujuan pengambialihan kuasa secara demontrasi jalanan.

“Lihat betul-betul sejarah penubuhan BERSIH ini….BERSIH pun ada di Filipina, di Thailand, dan di Indonesia (meskipun namanya berbeza). Di sana dinamakan ‘people power’ iaitu ‘kekuatan rakyat’.

“Yang lebih bahaya lagi pertubuhan bersih di Filipina atau Thailand dibantu oleh pertubuhan (yang) namanya NED, National Endowment for Democracy. Yang sebenarnya NED adalah satu pertubuhan topeng bagi CIA.

“(Selepas itu) NED memberi wang kepada topengnya yang kedua (yang) namanya, NDI (National Democracy Institute), iaitu cawangan daripada NED.

“NDI dikepalai oleh Madeline Al Bright dan kawannya Soros dan ada tokoh-tokoh Yahudi yang lain.

“Rakyat Malaysia sudah tahu, bahawa dua tokoh itu, Madeline Albright dan Soros (adalah) penyokong kuat PKR (sejak dari) tahun 1990-an”, kata Dr Sulaiman. Klik di sini

Rencana Anwar Majalah Time 2001

Profesor Dr Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau keluar dari parti Keadilan kerana rencana yang dihantar Anwar dari penjara Sungai Buloh kepada Majalah Time.

Rencana bertajuk ‘Who Hijacked Islam ?”, diterbitkan majalah Time pada 15 Oktober 2001.

“Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.

“Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.

“Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.

“Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (Zionis), kata Dr Chandra. Klik di sini

Dr Chandra yang tidak berpuas hati dengan tulisan itu, terus bertanyakan Anwar sendiri berkenaan perkara itu.

“Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia (Anwar) ada jawapannya.

“Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku. Walhal, artikel itu atas namanya”, katanya.

Dr Chandra dapat menduga Anwar sebenarnya tidak jujur dan berbohong dalam kata-katanya, maka beberapa bulan selepas itu, pada Disember 2001, beliau mengambil keputusan drastik meninggalkan Anwar.

Namun, bak kata pepatah Melayu, ‘Pelanduk lupakan jerat (tetapi) jerat tidak pernah lupakan pelanduk’ pada 12 September 2011, ketika Anwar berucap di “International Meetings of Prayer for Peace”, Munich, Jerman, beliau sendiri mengakui bahawa tangannya sendiri yang menulis rencana di Majalah Time itu.

“Pada hari ini, tepat sepuluh tahun yang lalu, ketika saya masih lagi berada dalam penjara, pengawal datang berlari-lari ke bilik kurungan dan menjerit: “Mereka telah mengebom bangunan! Letupan yang besar, kapal terbang telah dirampas!”

“Kerana terputus daripada media cetak dan elektronik, saya tidak dapat menggambarkan kejadian sebenar pada masa itu.

“Walau bagaimanapun, tiga hari kemudian apabila seseorang telah menyeludup satu salinan akhbar 12 September, saya menjumpai kedashyatan, pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan yang berpunca dari serangan 11 September.

“Dalam masa seminggu, saya berjaya menghantar artikel kepada majalah Time untuk mengutuk serangan itu..”, kata Anwar. Klik di sini

Sahabat Rapat Anwar, Paul Wolfowitz

“Hari ini, saya amat gembira dan berbesar hati untuk mengalu-alukan seorang penceramah, rakan sekerja, rakan rapat kepada Bank Dunia dan masyarakat pembangunan, dan kawan peribadi (saya), Dr Anwar Ibrahim.

“Anwar adalah seorang lelaki yang semangat berani, intelek yang mendalam, dan prihatin. Dia seorang pembicara yang lantang tentang isu toleransi di peringkat antarabangsa, seorang yang berkeinginan yang mendalam untuk kerjasama dalam keadilan dan keamanan di kalangan tamadun besar dunia”

Kata-kata di atas adalah ucapan pengenalan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia semasa mempengerusikan ‘A Presidential Fellows Lecture, Anwar Ibrahim‘, di Bank Dunia pada 19 Jun 2006.

“Dia juga terkenal kepada kita di Bank Dunia dan IMF kerana peranan yang dimainkannya sebagai Chairman of the Development Community pada tahun 1998..

“Pertama kali, saya mengetahui tentang Anwar Ibrahim pada tahun 1983. Pada masa itu saya adalah Penolong Setiausaha Negara AS bagi Asia Timur. Ketika melawat Malaysia, saya diberitahu mengenai seorang menteri baru, seorang pemuda yang menjaga Kebudayaan, Belia dan Sukan yang baru sahaja dibawa masuk ke dalam kerajaan.

“Saya percaya kami mula-mula bertemu pada tahun 1984 apabila dia menjadi Menteri Pertanian, dari situ dia bangkit menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1986.

“Saya belajar dengan cepat tentang Anwar bahawa dia adalah seorang individu yang tidak pernah keberatan untuk bercakap tentang prinsipnya.

“Masih segar dalam memori apabila saya bertemunya dalam program AS-ASEAN – Saya fikir ia dipanggil – Dialog Pasifik di Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan dalam sesi soal jawab, saya bertanya kepadanya mengenai pandangannya tentang Islam dan politik.

“Sebahagian daripada jawapannya yang panjang itu, saya masih ingat lagi, dia kata kepada semua hadirin, “Saya tidak berguna kepada negara, yang memanggil dirinya Islamik tetapi menafikan hak asasi asas daripada separuh penduduk negara ini.”

Paul Wolfowitz telah memberi ‘pencerahan’, siapakah manusia bernama Anwar Ibrahim mengikut kaca matanya.

Maka, tidak hairan, walaupun Paul Wolfowitz digelar sebagai ‘arkitek perang’ ke atas dunia Islam, namun zionis yang kejam itu tidak pernah ragu-ragu dengan prinsip Anwar untuk diambil sebagai ‘jurucakapnya’ di dunia Islam.

Malah program pidato Anwar, bertajuk “Accountability and the Future of Freedom” dalam program ‘Presidential Fellows Lecture, Anwar Ibrahim‘, adalah juga satu pengesahan pelantikan rasmi Anwar oleh Paul Wolfowitz sebagai Konsultan di World Bank Institute berkuat kuasa pada tahun 2006.

Petikan kata-kata Paul Wolfowitz di atas sudah cukup membuktikan bahawa pemikiran Anwar memang disukai oleh pemikir-pemikir zionis di Barat.

Baca juga pandangan wartawan Barat dari Executive Intelligence Review (EIR), Michael Billington yang membuktikan Anwar adalah perkongsian aset trio-Zionis; Al Gore, Soros dan Wolfowitz.

Billington menulis empat rencana untuk membuktikan hipotesis itu; “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back” (29 April 2005), “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005) dan “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008) dan “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” (12 September 2008).

Bersambung siri ke-2, bukti-bukti selanjutnya Anwar konsisten sokong Israel khususnya pasca Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004…

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s