Pendedahan AIDC fasa ke-III: Terima kasih semua blogger & netwoking VC

Bermula pada 22 November 2010, blog AIDC (anwaraidc.com) akan memasuki fasa ke-III dalam pendedahan tokoh  yang penah diramalkan oleh Shani Ross, wartawan Yahudi dari The Jerusalem Post (akhbar Israel) sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Adakah ramalan wartawan The Jerusalem Post itu benar ? Wallahualam bi shawab. Namun, kami di sini,  pada tarikh di atas akan mengupdate blog seperti biasa. Insya Allah.

Sejenak menoleh ke belakang, tanpa disedari, blog ini telah memasuki ke gerbang tiga tahun ‘bertempur’ di alam maya. Bermula dari blog percuma (blogspot),  akhirnya menjadi blog berbayar (dotcom). Dari asalnya kami bertiga, akhirnya menjadi networking Virtual Community (VC).

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Fasa I bermula pada 14 April 2008. Bermula dengan pendedahan pengenalan tentang Anwar Ibrahim dan rangkaian zionis. Dari ‘Foundation For The Future’ (Yayasan Masa Depan), ‘Moderate Muslim Netwoks'(Netwoking Muslim Moderat), ‘National Endowment for Democracy’ (Yayasan Demokrasi Nasional)  hinggalah ke deklarasi ‘Annapolis Summit’.

Ketika itu, sajian seumpama ini merupakan ‘satu kejutan’ kerana dianggap ‘pembongkaran’ bahan-bahan baru, tetapi hari ini, semua itu bukan rahsia lagi.

Setelah hampir sebulan beroperasi, secara kebetulan, Ezam Mohd Nor meninggalkan Anwar. Tentunya keazaman Ezam untuk meninggalkan bekas mentornya, Anwar Ibrahim menimbulkan pelbagai misteri. Tetapi hari ini, kita sudah sedia maklum sebab sebenar Ezam berbuat demikian. Bukan faktor wang atau pangkat tetapi faktor yang ‘satu’ itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat  itu berusaha keras membersihkan dirinya dengan mengadakan road show ke seluruh negara, membongkar dan terus membongkar kisah moral bekas mentornya itu.

Klimaksnya berakhir dengan pembongkaran kisah perbualan telefon di antara dirinya (Ezam) dengan isteri Anwar (Wan Azizah). Kisah itu berlaku pada tahun 2005, ketika Anwar pulang bercuti dari Amerika Syarikat, manakala Wan Azizah pula ke Washington melawat anak-anaknya.

Ezam kata ini lah turning pointnya. Ketika Wan Azizah menelefonnya dari Washington supaya memastikan ‘tidak ada mana-mana lelaki’ bermalam di rumah kediamannya  menemani Anwar. Kenapa Wan Azizah berpesan sedemikian ? Itulah tanda tanya yang menjadi klimaksnya..

Juga secara kebetulan, selepas dua bulan beroperasi, seorang lagi bekas pembantu Anwar, tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh majikannya (Anwar). Namanya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namanya cukup asing ketika itu, sama seperti nama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang muncul pada tahun 1998.

Ketika Saiful muncul, ramai rakyat Malaysia, hampir melupakan bahawa Anwar pernah dijatuhi mahkamah, hukuman bersalah kerana melakukan aktiviti homoseksual pada tahun 2000.

Namun dengan laporan polis bekas pembantu Anwar itu, rakyat Malaysia mula terfikir semula, adakah benar Anwar pernah melakukan aktiviti homoseksual di Tivoli Villa bersama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan dan bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar, 12 tahun lampau ?

Spekulasi dan misteri kembali bergelombang, apatah lagi dengan keengganan Anwar untuk bersumpah dengan nama Allah, meskipun didesak oleh Mufti Perlis, Dr Asri ketika itu.

Anwar pula membuat kejutan dengan bertanding di Permatang Pauh dan selepas mencapai kemenangan beliau mencanang satu dunia, bahawa pada 16 September 2008 beliau akan merampas Putrajaya dan menjadi PM baru. Kini, selepas tiga lalu berlalu kisah 16 September itu menjadi bahan sindiran kepadanya.

Fasa I,  kami akhiri sekitar April 2009 dengan sajian pengenalan Anwar dan agenda liberalisme. Kisah Abdurahman Wahid aka Gus Dur dan Musdah Mulia disajikan. Ketika itu, ramai netwoking VC menghubungi kami, bertanyakan apakah relevannya sorotan isu Gus Dur dan Musdah Mulia, dua tokoh Indonesia dengan Anwar Ibrahim ?

Anwar  & Networking Zionis

Bermula Mei 2009, sorotan kami memasuki fasa ke II. Kami perjelaskan isu terungkai, kenapa pilih Gus Dur dan Musdah Mulia sebagai bahan sorotan.

http://anwaraidc.com

Gus Dur dan Musdah Mulia merupakan perwatakan yang secocok dengan Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga mereka menganut fahaman liberalisme yang menjadikan Yahudi sebagai god’ untuk mencapai cita-cita vox populi, vox Dei (The voice of the people is the voice of God). Mereka juga turut diberi pelbagai anugerah  kerana kesanggupan mereka bertuankan master puppet dalam menghakis sosio-budaya dan agama sendiri.

Gus Dur pernah memperlekehkan Al Quran sebagai bahan porno, malah turut mengkritik Presiden Iran, Ahmadinejab, semata-mata untuk membela kewujudan ‘holocaust’, ciptaan dajal. Musdah Mulia pula mengeluarkan ‘fatwa’ luar tabie dengan menghalalkan amalan homoseksual yang pada hakikatnya merupakan perkara qati’e yang diharam dalam Islam.

Ketika berkumandangnya isu kalimah Allah di media perdana, barulah semakin ramai rakyat Malaysia jelas maksud sebenar agenda tersembunyi Anwar itu.

Isu kematian misteri mentor Anwar, Dr Ismail Faruqi di rumah kediamannya, Wyncote, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 27 Mei 1986 menimbulkan polemik yang panjang di egroup. Memang sukar untuk mempercayainya, tetapi itulah hakikatnya .

Kami sertakan kenyataan-kenyataan polis Philadelphia yang merekodkan keterangan saksi pembunuh (Joseph Louis Young aka Yusuf Ali) dalam prosiding perbicaraan kematian Dr Ismail Faruqi dan isterinya Lois Lamya di Mahkamah Daerah Montgomery sebagai bahan bukti. Klik di sini.

Dalam kes Anwar dan rangkaian zionis, kami perkukuhkan tambahan fakta berkenaan networking Projek Pacific Dialogue yang Anwar bina sejak 1996. Bermula dengan Al Gore, William Cohen, James Wolfensohn dan Madeline Albright, seterusnya kami tampilkan pula nama baru, Paul Wolfowitz , Carl Gershman dan Martin Indyk, networking yang Anwar bina  pasca dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, 2004.

Pasca dibebaskan, Anwar menetap agak lama di Amerika Syarikat. Dari pertengahan tahun 2005 hingga lah pertengahan 2007. Dalam tempoh penghijrahan itu, sudah tentu Anwar akan memperkukuhkan kekuatannya bersama rangkaian zionis tersebut. Kalau tidak kenapa Anwar pilih Amerika Syarikat sebagai transit penghijrahan ? Kenapa tidak berhijrah ke mana-mana negara Islam yang lain ?

Dari situ, kami mula menghidu ada grand design besar yang sedang direncanakan Anwar dengan menggunakan pengkalan luar negara. Kami bongkar semula  aktiviti tersembunyi yang Anwar lindungi selama ini. Dari ICG (International Crisis Group) hinggalah FFF (Foundation For The Future).

Juga secara kebetulan, dalam masa sama, berlaku ‘tsunami’ besar dalam PKR. Satu persatu ‘orang kuat’ Anwar lari meninggalkannya. Dari Salehuddin Hashim, YB Zahrain, YB Tan Tee Beng, YB Mohsin, YB Zul Noordin, YB Mohd Radzi Salleh, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Tan Wei Shu, Fairus Khairuddin hinggalah kepada Dr Halili Rahmat.

Anwar’s Apology Tour & Sodomy Tour

Sajian kami mengenai ‘Anwar’s Apology Tour’ [klik di sini] di New York dan Washington pada 20 Jun hingga 24 Jun 2010 yang dipetik dari rencana wartawan berbangsa Yahudi, Jackson Diehl di akhbar The Washington Post,[klik di sini]  menarik perhatian media perdana. Klik di sini

Seperti diduga, Anwar tidak menjawab isu tersebut kerana ia benar-benar berlaku.

Kenapa Anwar perlu memohon maaf dan melutut kepada Yahudi di Amerika Syarikat, itu pun menjadi misteri sampai ke hari ini.

Kami juga turut soroti road show kedua Anwar ke luar negara. Dari Jakarta,  Brussel , Berlin, London dan New York yang kesemuanya berpaksikan memohon bantuan dalam menghadapi kes liwatnya di Malaysia. Kami namakan road show kedua ini sebagai ‘Anwar’s Sodomy Tour‘.

Seputar berkenaan tour Anwar itu berlegar isu Festival Gay, hinggakan dijolok, di mana ada Anwar di situ ada Festival Gay. Klik di sini dan di sini

Episod prosiding kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi juga semakin menarik. Selain saksi utama, Mohd Saiful Bukhari berjaya memberi keterangan, pihak pendakwa mengemukakan saksi-saksi baru iaitu keterangan tiga orang doktor pakar; Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng dalam membantu pembuktian dakwaannya.

Lebih menarik lagi, dua saksi lain yang merupakan bekas inner circle Anwar tampil di luar lingkungan mahkamah dengan membuat laporan polis. Mereka adalah Mohd Rahimi Osman dan Rasid Rosdi.

Mereka tampil mendakwa diri mereka dikurung di Hotel Quality pada 28 Jun 2008, sejurus Saiful Bukhari  membuat laporan polis.

Selain itu, mereka turut mendakwa dipaksa menandatangani surat pengakuan bersumpah palsu yang disediakan oleh dua peguam Anwar, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

Misteri kembali bergolak. Jika benar Anwar tidak meliwat Saiful, kenapa Anwar arahkan penahanan dan paksaan tandatangan pengakuan palsu ke atas Rahimi dan Rasid, sedangkan pada tarikh itu (28 Jun 2008), kes belum pun disebut di mahkamah ?

Kenapa Anwar terus ‘tangkap’ Rahimi dan Rasid hanya berdasarkan laporan polis Saiful, sedangkan ketika itu polis belum pun membuka fail untuk memulakan proses siasatan ?

Nampaknya banyak misteri yang Anwar tahu dan disembunyikan kepada umum. Ibarat pekung di dada, walaupun ditutup, lambat laun berbau jua.

Fasa II berakhir pada 30 Oktober 2010 dengan sajian pengenalan LGBT. Seperti biasa, ramai networking VC kembali bertanya, apa itu LGBT dan apakah kaitan dengan Anwar ?

Kami tinggalkan persoalan sampai di situ, kerana bermula pada 1 November 2010, kami ‘berehat’ selama 20 hari.

Untuk episod seterusnya, kami tidak mampu menjanjikan yang terbaik. Apa yang boleh kami katakan, kami akan lakukan sekadar yang termampu.

Siapa kami ? Kami adalah warganegara yang cintakan agama dan negara ini. Kami akan terus berjuang di alam maya, selagi diizinkanNya. Klik di sini

AIDC

20 November 2010

Blog AIDC sekadar satu wadah

Leave a comment

Filed under Cetusan AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s