Demokrasi, Hak Asasi & Kebebasan maknanya halalkan homoseksual ?

Sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004), kalimah ‘Demokrasi, Hak Asasi dan kebebasan’ banyak keluar dari mulutnya. Barangkali kerana kalimah-kalimah itu masih baru, maka kita tidak memahami dengan tepat.

Mungkin kepada Anwar kalimat azimat ‘Demokrasi’ bukanlah perkara baru. Sudah lama dipraktikkan, sejak dari zaman belia lagi, tetapi kerana disulami dengan ‘ayat-ayat agama’, kita tidak nampak maksud sebenar Anwar. Memang Anwar suka cakap berkias-kias, bombastik dan dipenuhi dengan metafora, hingga kita tidak dapat menangkap maksud sebenar ucapannya. Buangkan kiasan, bombastik dan metafora itu kita akan jumpa maksud sebenarnya.

Menurut Dr Munawar Anes, pertembungan Anwar dan Dr Mahathir pada tahun 1998 kerana masalah dasar ini. Bagi pengamal Hak Asasi seperti Tian Chua dan Elizabeth Wong, Anwar disimbolkan sebagai ‘Thomas Jefferson’ (Kebebasan), manakala Dr Mahathir adalah simbol status quo.

Pada tahun 1998, ketika masyarakat Malaysia, masih lagi keliru tentang makna ‘reformasi’, Dr Munawar Anes, bekas penulis ucapan Anwar yang dipenjara 6 bulan kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual bersama Anwar menghuraikan secara lebih jelas maksud tersebut.

Dr Munawar merumuskan pertentangan 1998, antara Anwar Ibrahim vs Dr Mahathir adalah seumpama pertentangan ideologi antara “Jefferson vs Dr Mahathir”.Klik di sini

Bekas penulis ucapan Anwar yang amat memahami pemikiran Anwar merumuskan, perjuangan ‘reformasi’ Anwar di Malaysia pada tahun 1998, adalah seumpama Thomas Jefferson yang mahu membawa pembaharuan kepada Malaysia dari semua aspek, termasuk agama, politik dan ekonomi Klik di sini

Dalam rencana ‘Islam, Democracy and Secularism'(Journal Archers, edisi 4, Jilid 3, 2009) yang ditulis oleh Anwar, beliau mengakui masalah pilihanraya bukanlah perkara pokok dalam demokrasi.

Bahkah perkara yang sama pernah diucapkan oleh Anwar di New York (2005)dalam program NED ” Pilihanraya bukan perkara dasar demokrasi, di Iraq semasa Saddam Hussein pun ada pilihanraya, di Palestin pun ada pilihanraya, tetapi itu bukan isunya”

Kalau demokrasi bukan berkaitan dengan pilihanraya, apakah matlamat sebenar demokrasi seperti yang bermain di minda Anwar ?

“Demokrasi adalah berkaitan dengan hak asasi manusia, kebebasan dan kedaulatan undang-undang selaras dengan falsafah John Locke dan Voltaire dalam Revolusi Peranchis dan seterusnya menjadi asas penggubalan perlembagaan Amerika Syarikat”, tulis Anwar mentakrifkan definisi demokrasi dalam rencananya itu.Klik di sini

Maknanya kitab rujukan ‘demokrasi’ bukannya Al Quran, tetapi seorang orientalis bernama John Locke.

Apa inti ajaran John Locke ? John Locke berkata dalam ‘sebuah negara demokrasi harus ada pemisahan di antara pemerintahan manusia dengan pemerintahan Tuhan’. Pemerintahan manusia berkuasa kepada pentadbiran kerajaan, manakala pemerintahan Tuhan hanya berkuasa ke atas individu. Tidak ada pemerintahan agama, agama hanya bersifat individu, bergantung kepada individu untuk mempercayai agama atau tidak.

Itulah intipati ajaran demokrasi yang diasaskan oleh John Locke yang hari ini dikenali sebagai ajaran Sekular.

Indonesia dan Turki model demokrasi ?

Apabila diajukan soalan kepada Anwar: Di manakah model ‘Demokrasi’ dalam negara-negara Islam ? Dengan pantas Anwar menjawab Turki dan Indonesia. Kenapa Turki dan Indonesia, kenapa bukan negara-negara Islam lain ? Kenapa bukan Iran atau Malaysia ?

Dr Adian Husaini, pengkaji Islam Liberal dari Indonesia merumuskan demokrasi di Indonesia telah sampai ke tahap kritikal. Tiang-tiang agama Islam sedang giat dirobohkan, bahkan hingga sampai memfatwakan perkara haram menjadi halal.

Homoseksual yang sebelum ini telah disepakati oleh jumhur ulama sebagai haram, tetapi dirombak kembali dengan ‘fatwa baru’ oleh pendokong Islam Liberal Indonesia, seperti yang dilakukan oleh Prof. Dr Siti Musdah Mulia. Bukankah itu kerja gila ? Klik di sini

AnwarParlimenReligous

Musdah Mulia (tengah), pendokong Islam Liberal Indonesia halalkan homoseksual

Dari huraian Adian Husaini itu, dapat kita fahami bahawa begitu sinonim sekali maksud ‘Demokrasi, Kebebasan dan Hak Asasi’ dengan ‘Islam Liberal dan Homoseksual’.

Kenapa apabila mengupas kemelut Islam Liberal, antara perkara utama yang dibahaskan adalah persoalan homoseksual ?

Apakah masalah homoseksual merupakan benteng penghalang menularnya aliran Islam Liberal ataupun kelompok Islam Liberal didominasi oleh kumpulan homoseksual?

Prof Dr. Yusof Abdullah Al-Qaradawi ketika datang ke Malaysia dan berceramah di program Muhadharah Perdana, Pusat Konvesyen Putarajaya anjuran JAKIM turut membangkitkan persoalan ‘kebebasan’ di Indonesia.

‘Sewaktu beliau ke Indonesia beliau dapati kitab injil disebarkan secara meluas dan diletakkan di bilik hotel-hotel bagi tujuan menarik penganut agama lain. Dan sebaliknya kitab Al-Quran dipinggirkan kerana kecetekan pendakwah Islam di sana’ Klik di sini

Kenapa Al Qaradawi memilih untuk memetik subjek ‘penyebaran kitab Injil’ secara meluas di hotel-hotel Indonesia sebagai salah satu inti ucapannya ?

Bukankah berdasarkan contoh ulama tersohor itu, seakan-akan sinonim ‘demokrasi’ dengan ‘kebebasan beragama’ ?

Pochongmenulis mendedahkan model demokrasi Indonesia yang diagung-agungkan oleh Anwar adalah kemenangan kumpulan JIL (Jaringan Islam Liberal) dan Freedom Institute. Kumpulan ini menjadi tulang belakang Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). Klik di sini

Malah individu yang memberikan gelaran ‘Tokoh Demokrasi’ kepada Anwar baru-baru adalah individu yang sama beri gelaran yang sama kepada SBY. Klik di sini

Apakah Robert Murdock ini adalah agen CIA yang sedang bekerja keras ‘mendemokrasikan’ Indoensia dan Malaysia ?

Ada apa dengan Turki ?

Apa istimewanya Turki, hinggakan Anwar selalu memuji negara itu sebagai model ? Turki mengalami sejarah panjang dari sebuah negara berasaskan sistem khalifah, hari ini ditumbangkan menjadi ‘Republik Turki’ berasaskan sistem sekular.

Mustafa Kamal Ataturk adalah lambang ‘Bapa Sekular’ kerana berjaya menukar secara total sistem pemerintahan di Turki. Saki baki peninggalan Khalifah Uthamiyah sebelum ini dibersihkan satu persatu oleh Kamal Ataturk. Dari penukaran azan dari Bahasa Arab ke Bahasa Turki, hingga penukaran Masjid Aya Sofia kepada muzium. Sampai sekarang Aya Sofia atau Hagia Sophia menjadi lagenda sejarah kebebasan Kamal Ataturk.

Dan Recep Tayyep Erdogan turut mewarisi sistem yang telah dilaksanakan oleh bapa pemodenan Turki itu.

Seandainya Recep Tayyep Erdogan bukan pewaris Kamal Ataturk, kenapa antara musuh utama partinya (AKP) adalah Parti Saadet(pro Islam), pimpinan Necmettin Erbakan ? Klik di sini

John Esposito pernah berkata “Amerika Syarikat tidak akan mengiktiraf ‘Sebuah Negara Islam’ sebelum seluruh negara-negara Islam muncul seperti Turki”

EspsitoAnwar

John Esposito, guru Anwar di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, Amerika Syarikat

Apakah kerana Mustafa Kamal Ataturk, Anwar memuji Turki sebagai model ?

Sejarah mencatatkan, selain daripada Kamal Ataturk dilabel sebagai ‘Bapa Sekular’, satu gelaran lain yang selalu disinonim kepadanya adalah sebagai seorang homoseksual.

Seseorang yang hebat seperti Kamal Ataturk dan The Alexander The Great adalah lambang homoseksual. Mereka juga adalah simbol kebebasan!

Pochongmenulis mendedahkan ‘demokrasi, kebebasan dan hak asasi’ yang dipraktikkan di Turki hari ini lebih menguntungkan kumpulan homoseksual.

Di Istanbul Turki, sebahagian dari kaum ‘Gay’, yang berasal dari Iraq atau dikenali juga golongan homoseksual ini dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya apabila mereka berpindah ke Turki.

Kota Istanbul dikatakan sangat memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada golongan ini sehingga mereka merasa hidup selesa tanpa ganguan selama berada di negara yang dikatakan mengamalkan prinsip kebebasan dan mengasingkan agama dari prinsip pemerintahan. Menurut golongan gay ini keadaan itu jauh berbeza dengan suasana di Iraq yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian.

Dikatakan sewaktu di Iraq mereka diancaman bunuh oleh puak pejuang Islam, kerana selain dari melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah bumi Iraq.

Tindakan homoseksual sebenarnya adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Arab, namun selepas penjajahan Amerika di Iraq golongan ini mendapat sedikit ruang untuk bergerak . Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Iraq itu dikatakan tidak lama, setelah terjadinya kebangkitan puak kelompok Islam yang ingin memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana golongan gay juga dikatakan menjadi sasaran kumpulan tersebut. Klik di sini

Ironiknya, Anwar juga turut bersekongkol dalam serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq, katanya beliau terpaksa mengalah (bersetuju) dengan serangan tersebut kerana lebih mementingkan demokrasi dan kebebasan di Iraq.

Apakah hari ini Iraq benar-benar mengecapi demokrasi dan kebebasan, selain daripada menjadi boneka Amerika Syarikat ?

Dikhabarkan, hari ini, pihak kedutaan Turki membekalkan dua orang tenaga sukarelawan kepada Anwar untuk membantunya menjayakan kerja-kerja demokrasi di Malaysia. Benarkah begitu ?

Pandangan Anwar terhadap homoseksual

Ketika Anwar berceramah di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) pada 6 Februari 2007, salah seorang peserta bertanyakan Anwar mengenai masa depan homoseksual di Malaysia, jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Peserta tanya Anwar; “What kind of Muslim are you? Do you consider yourself a liberal or progressive Muslim and if you are, and if you are PM, what do you think of the issue of homosexuality? Will you decriminalise homosexuality in Malaysia?”

[Apa jenis Islam yang anda anuti ? Adakah anda seorang Islam yang (Islam) liberal atau Muslim Progresif dan jika anda amenjadi PM, apakah yang anda akan fikir terhadap isu homoseksualiti? Bolehkah anda menghentikan salah tanggapan terhadap homoseksual di Malaysia?”]

Anwar menjawab; “What kind of Muslim am I? I am a Muslim”.If Ian (Williams – FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink ”

[Apa jenis Islam saya? Saya adalah seorang Islam”.Jika Ian [Ian Wlliams adalah bekas Presiden FCCT yang menjadi pengerusi majlis program Anwar] mahu minum (arak), dia boleh diminum, tetapi saya tidak akan menanggung kos minumannya. Tetapi saya tidak boleh memaksanya supaya tidak minuman, ataupun dia memaksa saya untuk minum]

Berkenaan homoseksual, Anwar menjawab seperti berikut; “If I were to show a bit of tolerance, you will say…there…got you. The law is there…what do you expect me to do?.It is not our business to probe people’s personal lives.You can’t just attack people, beat them up and force him to admit that he was a homosexual”.

[Jika saya boleh tunjukkan sedikit toleransi, anda akan kata..lihat..anda sudah terperangkap. Undang-undang terdapat di sana…Apakah yang anda harapkan saya untuk lakukan (jika saya jadi PM)?. Itu bukan urusan kita untuk menyiasat kehidupan individu rakyat. Sepatutnya anda tidak boleh menyerang hak asasi individu, pukul mereka dan memaksanya untuk mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual]

Bacaan lanjut klik di sini

Sebab itu, Susan Loone (blogger pro Anwar yang turut serta mengikuti program itu) menganggap jawapan Anwar tentang isu homoseksual ‘tidak jelas’. Tulisnya Anwar amat berhati-hati dalam memberikan jawapannya, walhal di kalangan wartawan sudah mengaitkan perwatakan Anwar dengan homoseksual. Klik di sini

Tetapi jawapan Anwar sebenarnya sudah jelas. Jika Anwar menjadi PM, beliau tidak akan mengganggu urusan peribadi rakyatnya. Itu adalah kebebasan hak asasi individu. Individu bebas memilih kehidupannya sendiri termasuk mengamalkan homoseksual.

AnwarJamilKucing
Anwar Ibrahim bersama Jamil Kucing. Jamil Kucing merupakan pendokong utama Anwar. Dia sering dituduh sebagai seorang homoseksual. Foto ini dipetik dari blog Jamil Kucing (bbcatlover.blogspot.com)

Ketika diwawancara oleh Mark Davis dari Dateline pada 8 Julai tahun lalu, Anwar juga ditanya persoalan yang sama.

Dateline : Sekiranya anda menjadi Perdana Menteri, adakah anda berusaha untuk mengkaji semula undang-undang anti-homoseksual Malaysia?

Anwar : Apa-apa yang digambarkan oleh masyarakat awam yang menyebabkan gangguan kepada kepercayaan masyarakat sudah tentu perlu dibendung. Tetapi ia bukan urusan kita untuk membuat dan menetapkan dan menguatkuasakan kehidupan orang ramai – kepercayaan mereka dan orientasi mereka, sekiranya dilakukan tanpa mengganggu norma-norma kemasyarakatan.

Dateline : Dalam kes ini (tuduhan liwat dengan Saiful Bukhari) – Pada petang Khamis, adakah anda berada bersama lelaki muda ini? Adakah anda bekerja bersama? Bagaimana keadaan malam itu?

Anwar : Saya ada kesemua fakta yang dapat dibuktikan, semua alibi, atau apa yang saya lakukan. Saya tidak pernah berada bersamanya secara tertutup, di mana-mana tempat. Lebih daripada itu, pegawai saya berkata – tunggu, biar mereka wujudkan kes tersebut. Tetapi ianya cukup untuk saya mengatakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya.

Dateline : Kondominium yang disebutkan adalah di Damansara Heights. Adakah anda di sana pada tengah hari atau petang?

Anwar : Masalahnya di sini, pegawai saya menasihati saya – jangan sentuh dalam apa-apa perkara yang masih dalam siasatan kerana ia mungkin sukar dalam keadaan untuk mempertahankannya. Cukup untuk saya katakan bahawa saya tidak pernah bersendirian dengannya.

Dateline : Saya agak ini akan menentukan sama ada kejadian tersebut mungkin berlaku – juga berlaku. Maksud saya, sekiranya anda secara jelas mengatakan. “Tidak, saya tidak berada di kondominium itu.”

Anwar : Biar saya katakan ianya tidak sedikit pun mungkin, ianya mustahil untuk kita berdua bersama pada bila-bila masa.

Dateline : Pada tarikh 26 ?

Anwar : Ya. Pada 26.

Bacaan lanjut klik di sini

Menariknya dalam jawapan Anwar bersama Dateline, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kejadian khusus pada 26 Jun 2008 (tarikh Anwar didakwa meliwat Saiful), Anwar mengelak dengan alasan larangan pembantu-pembantunya.

Hal ini mengingatkan apabila Anwar dicabar bersumpah, Anwar juga menggunakan hujah yang sama, ‘ulama antarabangsa melarangnya bersumpah.

Kalau benar, kenapakah Dr Yusof Qaradawi tidak mengulangi kenyataan yang sama di depan rakyat Malaysia, ketika berceramah di Masjid Negeri Shah Alam baru-baru ini ?

Kehebatan Anwar adalah spin doctor isu, terutamanya menggunakan nama-nama tokoh terkenal seolah-olah menyokongnya.

AIDC
27 Disember 09, 9.30 pagi

2 Comments

Filed under Anwar & Liwat

2 responses to “Demokrasi, Hak Asasi & Kebebasan maknanya halalkan homoseksual ?

  1. Pingback: Justifikasi Anwar Pro Israel Adalah ‘Muslim Sekular’ | MINDA AIDC

  2. Pingback: RAKYAT MALAYSIA TOLAK PKR- Laporan Untuk Mengenal Siapa Anwar dgn Yahudi « http://rmf7.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s