Anwar, Homoseksual & Vox Populi Vox Dei

Oleh : AIDC

Tiada siapa sangka, hari ini Anwar masih dibelenggu dengan masalah sama yang pernah dialaminya sejak 10 tahun lalu. 2 September 1998, merupakan tarikh paling pahit kepada Anwar dan para penyokongnya. Pada tarikh itulah berakhirlah karier Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apabila jam 7.00 petang, dia menerima surat pemecatan sebagai ahli UMNO daripada Presiden UMN0, Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam justifikasinya memecat Anwar atas alasan paling kukuh iaitu berkaitan dengan moral. Lebih tepat lagi, kata Dr Mahathir ‘seorang homoseksual seperti Anwar Ibrahim tidak layak berada di tampuk pemerintahan (Perdana Menteri) Negara Islam terutama Negara Malaysia’ Klik di sini

Anwar tiup gelombang ‘reformasi’

Ketika itu (1998) rakyat bangkit membela Anwar. Mereka menyahut seruan ‘reformasi’ yang dilaungkan Anwar, walaupun tidak faham maksudnya. Mereka berhimpun di jalan raya, ibu kota negara, sambil melaung-laungkan ‘reformasi’! ‘reformasi’! ‘reformasi’!

Namun, laungan ‘reformasi’ sedikit tersentak, apabila Al Gore, (ketika itu Naib Presiden Amerika Syarikat) datang ke Kuala Lumpur, turut melaungkan “REFORMASI”

“Among so many countries suffering economic crisis, we continue to hear calls for democracy and reform in many languages – people power, doi moi, reformasi. We hear them today – right here, right now – among the brave people of Malaysia.” – Kata Al Gore. Klik di sini

Maksud kata-kata Al Gore di atas, di negara-negara (Asia Tenggara) yang mengalami krisis ekonomi, kita akan dapat melihat laungan ‘demokrasi’ dan ‘pembaharuan’ (reform) dalam pelbagai bahasa – ‘Kuasa Rakyat’ ‘doi moi’ (di Vietnam, maksudnya ‘reformasi), ‘reformasi’ (Malaysia dan Indonesia). Kata Al Gore lagi, sekarang kita mendengar laungan itu sekali lagi hari ini, di sini (Malaysia), ‘reformasi’ dilaungkan oleh rakyat Malaysia yang berani!

Maknanya Al Gore amat memahami maksud ‘refromasi’ kerana kalimah itu berkait rapat dengan ‘demokrasi’. Tetapi pemahaman rakyat Malaysia yang menyokong Anwar, berlainan dengan pemahaman Al Gore. Mereka hanya laungkan ‘reformasi’ kerana dilaungkan oleh Anwar. Mereka tidak faham kaitan ‘reformasi’ dengan ‘demokrasi’.

Bacaan Al Gore, apabila dia memuji keberanian rakyat Malaysia yang melaungkan ‘reformasi’, semarak ‘reformasi’ akan terus menyala, namun bacaan itu silap kerana orang mula tertanya-tanya, apakah maksud ‘reformasi’ sebenarnya, hinggakan seorang Yahudi, bernama Al Gore turut menjadi penghasutnya ?

Orang mula bertanya, betulkah kalimah ‘reformasi’, kalimah asli Anwar Ibrahim ?

Kalau betul, apakah maksud sebenarnya, hinggakan Yahudi begitu teruja ?

Kenapa pula Al Gore mengaitkan ‘reformasi’ dengan ‘demokrasi’?

Orang makin tertanya-tanya, apakah hubungan Anwar Ibrahim dengan Al Gore, hinggakan Yahudi itu bermati-matian membela Anwar ?

Di sinilah terbukalah satu tirai baru Anwar Ibrahim. Konspirasi Anwar dengan Yahudi Amerika yang berselindung di sebalik topeng, ‘demokrasi’, ‘reformasi’, ‘renaissance’, ‘enlightenment’ atau pelbagai istilah yang seangkatan dengannya.

Untuk memahami hubungan Al Gore dan Anwar Ibrahim, sila klik di sini, di sini dan di sini

Huraian ‘penulis ucapan’ Anwar tentang makna ‘reformasi’

Pada tahun 1998, ketika masyarakat Malaysia, masih lagi keliru tentang makna ‘reformasi’, Dr Munawar Anes, bekas penulis ucapan Anwar yang dipenjara 6 bulan kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual bersama Anwar menghuraikan secara lebih jelas maksud tersebut.

Dr Munawar merumuskan pertentangan 1998, antara Anwar Ibrahim vs Dr Mahathir adalah seumpama pertentangan ideologi antara “Jefferson vs Dr Mahathir”.Klik di sini

Bekas penulis ucapan Anwar yang amat memahami pemikiran Anwar merumuskan, perjuangan ‘reformasi’ Anwar di Malaysia pada tahun 1998, adalah seumpama Thomas Jefferson yang mahu membawa pembaharuan kepada Malaysia dari semua aspek, termasuk agama, politik dan ekonomi.

Sudah tentu, huraian Dr Munawar Anes semakin mencelarukan berkenaan dengan makna ‘reformasi’ kerana mengaitkan dengan satu nama asing, iaitu Thomas Jefferson.

Siapa pula Thomas Jefferson ? Kenapa Anwar Ibrahim disamakan dengan Thomas Jefferson ?

Dr Munawar yang menjadi think tank Anwar tahu pemikiran Anwar secara mendalam. Dia tahu apa makna ‘reformasi’ dan dia juga tahu, makna ‘reformasi’ sama dengan ‘demokrasi’ yang diperjuangkan oleh Thomas Jefferson.

Pengertian makna ‘reformasi’ yang dihujahkan oleh Dr Munawar dianggap paling tepat kerana dia merupakan salah seorang tenaga pemikir Anwar. Sebelum menjadi penulis ucapan Anwar, dia pernah menjadi pengasas dan penulis majalah ‘Periodica Islamica’ yang ditukar nama kepada ‘Islamica Magazine’.

Anwar Ibrahim dan John Esposito turut terlibat di sebalik tabir majalah itu. Majalah itu ditaja oleh CIA untuk meliberalkan Islam secara halus. Bacaan lanjut klik di sini

Renaissance, Reformasi, Enlightenment, Liberalisme warisan Yunani ?

Istilah “demokrasi” berasal dari Yunani kuno yang diutarakan di Athen pada abad ke-5 SM. Akar kata “demokrasi” berasal dari dua kata, iaitu ‘demos’ yang bererti ‘rakyat’, dan ‘kratos/cratein’ yang bererti ‘pemerintahan’, dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih dikenali sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan kepada rakyat.

Menurut Islam, ‘demokrasi’ tidak sepenuhnya dipandu oleh aqal manusia, kerana aqal manusia terbatas, berbanding dengan ‘akal’ Tuhan. Tetapi demokrasi menurut acuan Yunani dan falsafah Barat mestilah dipisah antara peranan Tuhan dan peranan manusia.

John Locke (bapa pencerahan Eropah), menuntut agar wahyu tunduk kepada aqal manusia, kerana aqal manusia merupakan Tuhan yang teragung.

Revolusi Perancis (1884 M) muncul selepas era ‘renaissance'(kebangkitan), merupakan zaman rujukan demokrasi yang pertama di dunia moden. Ia juga model pemerintahan sekular pertama atas nama pemerintahan rakyat. Bermula dari rakyat dengan melaungkan slogan “Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan” (slogan yang diciptakan Freemansonary-Yahudi) berjaya menumbangkan kuasa gereja dan raja yang berkuasa selama ini.

Tetapi yang lebih menarik, seorang penulis Barat bernama William Guy Carr telah membongkar gelombang ‘Revolusi Perancis’ itu bermula dengan cetusan tangan-tangan hitam Yahudi.

Di dalam bukunya ‘Pawns in the Game’ (1958), William Guy Carr memberikan bukti-bukti Yahudi bermazhab lucifer memainkan peranan sistematis merancang tercetusnya revolusi pertama di Perancis itu dan seterusnya revolusi-revolusi lain di Eropah.

Nesta Webster, seorang penyelidik termashur di England turut bersetuju dengan pendapat itu dengan mengaitkan ‘tangan-tangan hitam Yahudi’ itu dinamakan pakatan sulit Yahudi bernama ‘illuminati’.

Maknanya, pakatan Yahudi menjadi penyuluh kepada kebangkitan, zaman ‘renaissance’, ‘reformasi’,’enlightenment’ dan ‘liberalisme’ yang mencipta satu kerajaan baru, kerajaan tanpa peranan agama yang dinamakan ‘kerajaan rakyat’.

Kerajaan Rakyat ini kemudiannya menghapuskan sistem-sistem lama, termasuk peranan paderi dan gereja serta menghapuskan peranan raja-raja, yang sebelum ini pernah diamalkan di Perancis.

Namun begitu, istilah ‘reformasi’ dirujuk khusus kepada tokoh ‘reformasi agama’ iaitu Martin Luther (1483-1546 M). Martin Luther, lahir sebelum berlakunya ‘revolusi Perancis’. Dia adalah ahli falsafah Jerman yang melakukan reformasi ke atas agama Kristian dengan memperjuangkan pembebasan kuasa gereja ke atas kuasa individu sehingga melahirkan satu mazhab baru yang dinamakan Kristian ‘Prostestan’. Jadi dia dianggap sebagai tokoh ‘pembebasan’ dan tokoh ‘pembaharuan’ agama.

Jadi apabila Anwar Ibrahim melaungkan slogan ‘reformasi’, adakah Anwar ingin memberitahu pihak barat, perjuangannya sama dengan perjuangan Martin Luther ?

Sebelum berlakunya kemusnahan agama secara besar-besaran di Eropah hingga memunculkan ‘revolusi Perancis’ (1848), gerakan ini disemarakkan dengan tangan-tangan Yahudi menggunakan ‘lidah’ rasmi ahli falsafah.

Kalau dulu pada awal kemunculan agama Samawi (Islam dan Kristian) menggunakan pengaruh nabi, untuk menyebarkan dakwah mereka, barangkali sekarang Yahudi amat cemburu, apabila Allah tidak mengangkat kaum bani Israel sebagai nabi terakhir (Nabi Muhamad SAW), maka kaum Yahudi berusaha memusnahkan kedua-dua agama Kristian dan Islam dengan mencipta ‘nabi baru’ menggunakan ‘lidah’ ahli falsafah. Idea-idea Yahudi disuntik melalui ‘nabi baru’ zaman moden itu.

Kata-kata ahli falsafah / nabi baru ini menjadi rujukan untuk melakukan siri-siri pembaharuan dalam pemerintahan dan agama. ‘Nabi-nabi baru’ yang dimaksudkan itu seperti John Locke [ahli falsafah British 1632-1704], Voltaire [ahli falsafah Perancis, 1694-1778], Jean Jacques Rousseau [ahli falsafah Geneva 1712 – 1778], Immanuel Kant [ahli falsafah Jerman 1724-1804]. Sekadar menyebut beberapa nama.

Pandangan dan falsafah ‘nabi-nabi baru’ ini menjadi sumber inspirasi tercetusnya ‘revolusi Perancis’ dan ‘revolusi Eropah’ yang dikenali sebagai zaman pencerahan.

Namun begitu, ‘reformasi’ di Amerika Syarikat, berkembang secara entiti berbeza dengan ‘reformasi Eropah’. Mazhab prostestan, warisan Martin Luther lebih dominan di Amerika Syarikat dan diadaptasi secara menyeluruh oleh para pemerintahnya dengan memperkenalkan dasar-dasar yang memisahkan agama dengan pemerintahan.

Seorang tokoh falsafah Amerika yang dianggap tokoh ‘reformasi’ yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat adalah Thomas Jefferson.

Thomas Jefferson (1743-1826) merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ketiga (1801–1809). Dia merupakan tokoh penting Amerika yang memperkenalkan ‘Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat (1776). Juga dianggap sebagai ‘bapa pencerahan’ (Enlightenment)Amerika Syarikat, kerana berjaya memisahkan kuasa gereja dengan pemerintahan.

Dia juga memperkenalkan sistem ‘kebebasan agama’ di Amerika melalui pengistiharan ‘Statut Virginia untuk Kebebasan Agama’ (Virginia Statute for Religious Freedom – 1779, 1786)yang merupakan asas kepada Fasal Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Klik di sini

Reformasi yang paling berjaya dilakukan oleh Jefferson adalah memisahkan peranan agama daripada pemerintahan dan melaksanakan konsep kebebasan beragama. Klik di sini

Maknanya akar pemikiran Jefferson adalah berkaitan dengan ‘reformasi’ agama yang dikenali hari ini sebagai ‘sekularisme’

Jadi kesimpulan yang mudah difahami untuk menyimpulkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘demokrasi’ adalah terkandung unsur-unsur ”reformasi’,’enlightenment’, ‘liberalisme’ khususnya dalam bidang agama.

Demokrasi sama dengan sekularisme. Dalam demokrasi, inti ajarannya adalah ‘kuasa rakyat’ yang meletakkan nilai-nilai hak asasi manusia serta kebebasan beragama sebagai ajaran utama.

Sebab itu, mudah difahami, kenapa Al Gore amat memahami laungan “reformasi’ Anwar pada tahun 1998, sedangkan ketika itu penyokong Melayu Anwar sekadar melaungkan seruan Anwar tanpa memahami maknanya.

Tetapi kepada penyokong bukan Melayu, mereka menyokong Anwar kerana percaya Anwar akan menerapkan prinsip Jefferson di Malaysia. Bagi, Tian Chua, Elizabeth Wong, Dr Xavier Jayakumar, mereka amat memahami prinsip ini, sebab itu mereka rela berada di barisan hadapan menyatakan sokongan kepada Anwar.

Seperti yang ditulis oleh ‘Proarte’ (bukan Melayu) dalam Malaysiakini, yang menggesa agar PKR menarik Zaid Ibrahim ke dalam partinya agar dapat membantu Anwar melaksanakan prinsip Jefferson di Malaysia.

Tulis Proarte, “Anwar mempunyai satu kecenderungan mempertahankan dirinya, tidak terikat dengan ‘cauvinisme Islam'(PAS) apabila kondisinya tidak begitu baik dan kemudian membuat ucapan-ucapan tentang kesungguhannya terhadap Thomas Jefferson, bapa sekularisme Amerika ketika beliau berada di luar negara di hadapan orang bukan Islam. Anwar seharusnya perlu memberitahu perkara yang sebenar. Zaid Ibrahim akan memainkan peranan yang lebih hebat. Dia akan memberikan keyakinan kepada Anwar untuk mengambil sekularisme sebagai senjata dalam pertempuran politik di negara ini”. Klik di sini

Untuk bacaan lanjut berkenaan renaisance, reformasi dan enlightenment klik di sini

Model demokrasi negara Muslim ?

Itu cerita ‘demokrasi’ negara – negara negara barat. Bagaimana pula ‘demokrasi’ barat ini dibawah masuk ke negara-negara Islam ?

Sejarah merekodkan ‘demokrasi’ berjaya menembusi dunia Islam setelah runtuhnya sistem Khalifah Uthamniyah di Turki (1299-1922 M). Dengan tekanan Yahudi dan pakatan Illuminati, Sultan Abdul Hamid 11, pemerintah terakhir Khalifah Uthmaniyah dijatuhkan. Yahudi mempunyai kepentingan menekan Khalifah Uthmaniyah kerana kerajaan Islam itu menjadi penghalang kepada kewujudan sebuah negara Israel di Palestin.

Dengan slogan ‘demokrasi’, dan bantuan Yahudi maka runtuhnya sistem Khalifah Uthamiyah Islam terakhir di Turki itu, dan muncullah bapa demokrasi Turki Moden yang disokong oleh Eropah dan Yahudi iaitu Mustafa Kamal Ataturk.klik di sini dan di sini

Bapa demokrasi Turki, Mustafa Kamal Ataturk yang mula berkuasa pada 29 Oktober 1923, telah menghapuskan sistem pemerintahan raja-raja kepada sistem sekular yang dinamakan ‘Republik Turki’.

Yahudi sudah menyedari kelemahan seksual Kamal Atatuk ini, sebab itu Yahudi memberi bantuan penuh untuk menobatnya menjadi Presiden Republik Turki. Sebagai ganjarannya, Yahudi telah mendapat penempatan dan sebuah negara Israel di Palestin yang selama ini dihalang oleh Khalifah Uthamniyah Turki.

Mustaffa Kamal Ataturk sudah dikenali seluruh dunia sebagai seorang homoseksual. Anwar Ibrahim juga pernah dijatuhi hukuman mahkamah pada tahun 2000 sebagai seorang homoseksual. Jadi adakah atas premis yang sama, ahkbar harian Israel, The Jerusalem Post (20 Mac 2008), meramalkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ?. Klik di sini

Mustafa Kamal Ataturk, bapa demokrasi Turki, tokoh yang disanjung majalah TIME (Yahudi)

Anwar Ibrahim tokoh Muslim Moderate, disanjung majalah Newsweek(Yahudi) dan turut disenaraikan oleh sebuah lagi majalah Yahudi (TIME) sebagai 100 tokoh berpengaruh di dunia

Bukan setakat itu Ataturk telah memperkenalkan sistem demokrasi sepenuhnya di Turki iaitu memisahkan serta meminggirkan Islam dalam permerintahan Turki. Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang Islam mengerjakan Ibadah Haji.Menutup beberapa buah masjid, umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja.

Semua dasar-dasar berkaitan Islam warisan khalifah Uthaminyah dibatalkan satu persatu. Dia membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha keras menghapuskan para penentangnya. Membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Inilah dasar sekularisme, yang diwarisi oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki sekarang ini. Tiada perubahan dilakukan ke atas dasar ini, malah dikembangkan lagi agar sekularisme dan demokrasi terus mekar di Turki.

Sebab itu bagi pejuang kebebasan dan hak asasi, terutamanya kumpulan homoseksual, yang tertekan dengan perundangan Islam di Timur Tengah, mereka akan berpindah beramai-ramai ke Turki, kerana negara itu menyediakan prinsip hidup yang bebas dan melindungi hak asasi. Klik di sini dan di sini

Demokrasi paling unggul adalah ‘Vox Populi Vox Dei’ ?

Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada tahun 2000. Beliau dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun. Klik di sini, di sini, di sini , di sini dan di sini.

Semasa di penjara, Anwar tidak jemu-jemu membuat rayuan. Kali pertama pada tahun 2000 dan kedua pada Julai 2002 di Mahkamah Rayuan, namun begitu kedua-dua rayuannya ditolak.

Anwar sekali lagi membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan keputusan persidangan tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membebaskan Anwar, walaupun ketiga-tiga hakim itu bersetuju berlakunya perbuatan liwat antara Anwar dan Azizan. Inilah yang dikatakan pembebasan teknikal, walaupun kesemua hakim bersetuju berlakunya aktiviti liwat antara mereka berdua, tetapi mahkamah membebaskan Anwar kerana beberapa masalah teknikal.Klik di sini dan di sini

Desmond Tutu, paderi Kristian di Afrika Selatan, pembela golongan homoseksual

Selepas dibebaskan pada tahun 2004, Anwar memilih untuk berhijrah ke luar negara dan menetap di Amerika Syarikat. Tokoh pertama yang dikunjungi Anwar selepas pembebasannya adalah Paderi Desmond Tutu , Ketua Biskop Kristian di Afrika Selatan.

Paderi Desmond Tutu adalah pejuang golongan homoseksual. Katanya menghukum golongan homoseksual seumpama mengamalkan dasar aparteid. Agama melarang menghukum golongan homoseksual kerana menghukum golongan ini bermakna mempraktikkan ketidakadilan dan memperlekehkan hak asasi manusia. Klik di sini

Timbul persoalan untuk apa Anwar melawat Paderi Desmond Tutu, di Afrika Selatan ? Kenapa Anwar tidak meminta fakwa homoseksual daripada ulamak Islam ?

Persoalan ini sedikit sebanyak terjawab, apabila laman web cuttingedge.org menyenaraikan nama Anwar Ibrahim dan Desmond Tutu sebagai anggota ahli Illuminati. klik di sini

Bacaan lanjut mengenai hubungan Anwar Ibrahim dan Desmond Tutu, klik di sini

Semasa menetap di Amerika Syarikat, Anwar diberi gelaran ‘bapa demokrasi Islam’ oleh John Esposito, gurunya di Georgetown University.CSID (Center for Muslim and Democracy) pula menganugerahi Anwar sebagai, ‘Muslim Moderat’ 2005.

Anugerah ‘Muslim Moderat’ adalah anugerah yang disponsor oleh Yahudi, Carl Gershman, Pengerusi NED (National Endowment for Democracy). Bagi Yahudi, homoseksual bukanlah halangan untuk menilai keburukan individu seseorang. Malah sejarah membuktikan golongan Yahudi akan menggunakan individu yang dikaitkan dengan kegiatan homoseksual untuk dinobatkan sebagai ‘hero dunia Islam’. Ini adalah kaedah terbaik yang pernah dilakukan oleh Yahudi dalam memerangi psikologi dunia Muslim. Klik di sini, di sini, dan di sini.

Bermakna pada pandangan Amerika dan Yahudi, Demokrasi berkait rapat dengan ‘Muslim Moderat’, maka tidak hairan Anwar diberi tajaan sepenuhnya untuk menyebarkan fahaman ‘Muslim Moderat’ di seluruh dunia Islam.

Anwar sendiri mengakui, semasa berada di penjara, beliau telah bermeditasi ke dalam dirinya dan apa yang beliau dapati dalam meditasi itu adalah keinginan yang kuat untuk membawa ‘perubahan’ (reformasi) dan ‘pembebasan’ ke atas dunia Islam.

‘Perubahan’ dan ‘Pembebasan’ merupakan kemuncak kata kunci kepada ‘demokrasi’ yang diistilahkan sebagai ‘Vox populi Vox Dei’

‘Vox populi Vox Dei’ adalah berasal dari bahasa latin yang bermaksud ‘kedaultan rakyat sama dengan kedaulatan Tuhan’.

Bermakna, tidak ada lagi kedaulatan Tuhan, kerana kedaulatan Tuhan telah diganti dengan kedaulatan Rakyat. Rakyat penentu segala-galanya dan Rakyat adalah Tuhan.

Universiti Georgetown, tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat dianggap sebagai universiti pulralisme (persamaan antara agama), teras falsafah universiti itu adalah ‘demokrasi’ yang merujuk kepada kebebasan dalam pengalaman agama. Tiada agama yang dominan di dunia ini. Semua agama adalah sama. Itulah intipati demokrasi.

Sebab itu, ketika Anwar gagal membentuk kerajaan pada 16 September 2008, Anwar menghantar email kepada Eric Pilch, editor Vox Populi, akhbar rasmi Universiti Georgetown, menerangkan sebab-sebab kegagalan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat itu. Klik di sini

Semasa berucap di Forum NED pada 2005, di Amerika Syarikat, Anwar sendiri mengakui, penanda aras ‘demokrasi’ bukan ditentukan dengan adanya pilihanraya. Pilihanraya adalah ciri yang paling kecil, ‘di bawah pemerintah Sadam Hussein’ (tokoh yang dibenci oleh Anwar) pun ada pilihanraya, tetapi mana demokrasinya ? soal Anwar.

Justeru itu semasa sesi soal jawab forum itu, kesemua peserta yang bertanya, tidak mengaitkan demokrasi dengan pilihanraya, sebaliknya mengaitkan demokrasi dengan kebebasan bersuara, kebebasan menganut agama, persamaan antara agama dan hak-hak Yahudi di dunia muslim.

Kemuncak demokrasi adalah ‘Vox populi Vox Dei’, di mana, di sana terdapat kebebasan hak individu untuk mengamalkan seksualnya serta bebas menukar agama apa yang ingin dianutinya.

AIDC
7 Julai 2009

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar menolak ulama ?

2. Anwar Ibrahim dan Projek Islam Liberal Malaysia ?

3. Video NED : Anwar Ibrahim pro – Israel ?

4. Anwar di Doha : Ucapan memperkasa misi Obama – bau racun demokrasi, liberalisme & pluralisme..

5. Undang – undang homoseksual di Malaysia perlu dipinda – Anwar Ibrahim

6. Organisasi Homoseksual Filipina (PROGAY) sokong Anwar Ibrahim

9 Comments

Filed under Anwar & Liwat

9 responses to “Anwar, Homoseksual & Vox Populi Vox Dei

  1. Henn

    bodoh, nampak sangat la kau ni UMNO.

    SEKULARISME MEMANG DIAMALKAN DI MALAYSIA, SAMADA UMNO ATAU PKR, ATAUPUN PAS, KITA SUDAH “EMBRACED” SEKULARISME DAN LIBERALISME.

    KONSEP YANG DIBAWA AKAN MEMBEBASKAN CENGKAMAN KE ATAS AGAMA, BUKAN MEROSAKKAN AGAMA,

    APAKAH UMNO ITU MENOLAK SEKULARISME?

    UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN PADA MASA SAMA, MELAKUKAN LIBERALISME KE ATAS HAK-HAK ORANG MELAYU??

    DAN PADA MASA SAMA JUGA MENCENGKAM BANGSA MELAYU DENGAN ISLAM RETORIK UMNO?

  2. Pingback: Demokrasi, Hak Asasi & Kebebasan maknanya halalkan homoseksual ? | AIDC

  3. Pingback: Anwar Tidak Perlukan Undi Melayu, Deal Dengan DAP Bentuk Kerajaan Rakyat | AIDC

  4. Pingback: Anwar Tidak Perlu Undi Melayu, Deal Dengan DAP Bentuk Kerajaan Rakyat | Isuhot Dot COM

  5. Pingback: The Wall Street Journal Bukti Anwar Konsisten Sokong Israel | MINDA AIDC

  6. Pingback: BUKTI !!!Pemimpin PKR Terperangkap Dengan Agenda Zionis « http://rmf7.wordpress.com

  7. Pingback: Justifikasi Anwar Pro Israel Adalah ‘Muslim Sekular’ | MINDA AIDC

  8. Pingback: RAKYAT MALAYSIA TOLAK PKR- Laporan Untuk Mengenal Siapa Anwar dgn Yahudi « http://rmf7.wordpress.com

  9. Pingback: Ledakan Rumah Urut Simbol Kejayaan Reformasi, Liberalisme Anwar Ibrahim | MINDA AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s