Anwar menolak ulama?

Oleh: AIDC

Pergolakan PAS menjelang muktamar PAS Jun ini, sehingga terpecah kepada dua jalur, kem ulama dan Erdogan, turut dikaitkan dengan peranan Anwar Ibrahim. Buat pertama kalinya kem ulama dikatakan takut status quonya dihapus dan seminar sehari anjuran ulama PAS pada 23 Mei, di Markaz Tarbiyah PAS Gombak, ditafsirkan sebagai senjata berkempen saat-saat akhir.

Seperti biasa portal Malaysiakini.com melaporkan seminar sehari itu dengan nada negatif. Portal itu sudah menghukum seminar itu sebagai medan untuk ‘membasuh minda’ kem ulama akibat asakan sengit daripada kem Erdogan, walaupun seminar belum diadakan.

Cara sorotan fokus berita Malaysiakini pula amat ghairah mengaitkan kem ulama dengan kumpulan pro-muqabalah dengan UMNO. Portal itu berusaha menanam mind setting pembacanya (terdiri daripada bukan Melayu dan golongan profesional Melayu) bahawa kem ulama adalah kem yang pro – UMNO. Ini adalah satu proganda jahat yang mempunyai matlamat tertentu. Klik di sini

Nama-nama yang disenaraikan sebagai kem ulama adalah Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), ustaz Haron Taib (bekas Ketua Dewan Ulama), ustaz Hassan Shukri (bekas Timbalan Presiden PAS, ustaz Hashim Jassin (Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat), ustaz Mohamad Daud Iraqi (ketua Dewan Ulama) dan Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu).

Dua nama lagi yang dikaitkan dengan kem ulama adalah Nik Abduh (anak Nik Abdul Aziz) dan Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Klik di sini

Istilah “Erdogan” sentuhan Anwar ?

Istilah “Erdogan” dipopularkan oleh blog anti-Husam (www.anti-husam.blogspot.com) yang dibina kira-kira April 2008. Klik di sini

Walaupun sesetengah blogger cuba mempopular istilah lain, misalnya, Mohd. Sayuti Omar (MSO) memperkenalkan istilah “ProLib” (pro-liberal) namun istilah “Erdogan”, lebih popular dan diterima umum.

Bermakna individu yang memperkenalkan istilah ini sudah memikirkan semasak-masaknya istilah apa yang paling sesuai untuk menggambarkan wujudnya satu kabilah dalam PAS yang berusaha untuk menentang kepimpinan ulama itu.

Bagi blog anti-husam, istilah “Erdogan” merujuk kepada kumpulan PAS yang berketuakan kepada Anwar Ibrahim. Kumpulan ini diketuai oleh Husam Musa (Naib Presiden PAS).

Tulis blog itu : “Anwar mula membuat “homework”nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau “pegang”. Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar “Al-Juburi”) dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala’ kepada PAS).

Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri)”

Tulis blog itu lagi; ” Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan “Erdogan” dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO.

Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka – iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO.

Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS.

Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka”

Kumpulan Erdogan yang dimaksudkan oleh blog itu adalah menyokong aliran pemikiran Husam Musa dan Anwar Ibrahim yang terdiri daripada; Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong PAS), Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (AJK Tertinggi PAS Pusat), Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat), Dr Zulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat), Salahudin Ayub (Ketua Pemuda PAS Pusat), Mujahid Yusuf (Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat), Dr. Lo’Lo’ Ghazali (AJK Tertinggi PAS Pusat), Dr Siti Mariah Mahmud (AJK Dewan Muslimat PAS Pusat), Khalid Samad (Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor), Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Hanifa Maidin (Timbalan Task force Kajian isu & daftar pemilih PAS)

Kumpulan Erdogan ini telah melakukan perang saraf ke atas kumpulan ulama dengan pelbagai gelaran termasuk ‘proksi UMNO’, ‘lembab’, ‘tidak pandai berpolitik’dan pelbagai gelaran negatif lagi.

“Cukup kurang ajar, biadab dan tiada akhlak. Langsung tiada rasa hormat kepada Timbalan Mursyidul Am PAS (Dr Haron Din). Jelas kumpulan “Erdogan” yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal yang boleh bersekongkol dengan konsert orang tunjuk bontot. Al-Quran dan AlHadis makin lama makin jauh daripada mereka” Klik di sini

“Diantara yang menjadi balaci dan budak suruhan Husam dan geng erdogannya untuk menyerang Dato’ Pa (Mustafa Ali) ialah Khalid Samad yang telah menyerang Dato’ Pa melalui beberapa artikel di dalam blognya. Mungkin khalid tak sedar jasa Dato’ Pa terhadap beliau ataupun mungkin mereka diajar untuk tidak mengenang jasa. Mereka sanggup menyerang sesama sendiri secara terbuka demi menyelamatkan “orang luar”. Pelbagai usaha, desakan dan tekanan dikenakan ke atas Dato’ Pa dengan harapan beliau akan melepaskan kerusi Pesuruhjaya PAS Trengganu dan Ketua Pengarah JPPP” Klik di sini

Dr Zulkifli Ahmad (paling kiri) dan Husam Musa (paling kanan) terlibat secara aktif dalam Projek 16 September, anjuran Anwar

Kumpulan Erdogan ini juga merupakan master mind yang menyokong projek 16 September 2008. Pengarah projek 916 adalah Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan anak buah Anwar Ibrahim dan Husam Musa. Mereka sering bermesyuarat bersama Anwar siang malam, namun projek itu akhirnya menemui kegagalan. Klik di sini

Ada apa dengan Erdogan ?

Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdogan dan Abdullah Gul

Erdogan merujuk kepada nama Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Beliau merupakan ‘sahabat baik’ kepada Anwar Ibrahim, sejak Anwar bermastautin di Washington pada tahun 2005 hingga sekarang.

Tulisan Mohd Yusmadi Yusof, (bekas fellow Hubert H. Humphrey, Washington D.C merangkap pembantu khas Anwar) menceritakan secara jelas hubungan akrab antara Anwar, Recep Tayyip Erdogan dan Paul Wolfowitz.

Dalam tulisannya bertajuk “Doa dua sahabat untuk keamanan sejagat” (klik di sini), Yusmadi yang sekarang ini Ahli Parlimen PKR Balik Pulau menulis :

“Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki” (perenggan 1 & 2)

“Dewan O’Donovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo – and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut” (perenggan ketiga)



” Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya” (perenggan keempat)

Membaca nukilan ikhlas daripada pembantu Anwar ini, secara jelas menunjukkan Recep Tayyip Erdogan menghormati Anwar Ibrahim, bukan kerana Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi Tayyip Erdogan menganggap Anwar adalah “budak Washington” yang merupakan sahabat karib kepada Zionist, Paul Wolfowitz. Klik di sini dan di sini di sini dan di sini

Tayyip Erdogan mahu mendapatkan naungan Presiden Bush dan untuk masuk ke pintu White House mestilah melalui “budak Washington” dan Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan orang paling kepercayaan Bush yang menjawat sebagai Presiden Bank Dunia.

Barangkali Paul Wolfowitz dan Presiden Bush menugaskan Anwar sebagai ‘orang perantaraan’ (budak Washington) antara Amerika dengan Turki sebagai menjaga sensitiviti umat Islam. Anwar pula menterjemahkan arahan Presiden Bush itu dengan mengangkat dirinya manusia hebat untuk diwar-warkan oleh penyokongnya sebagai ‘konsultan kerajaan Turki.’ Walhal pandangan pandangan Presiden Bush, Wolfowitz, Recep Tayyip Erdogan kepada Anwar, tidak lebih sekadar ‘budak Washington’

Sebab itu ketika Turki ditolak menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), Tayyip Erdogan berdiam diri, sebaliknya Anwar bangkit mengecam Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, yang didakwa sebagai dalang penghalangnya.

Suara lantang Anwar bukan mewakili Malaysia, sebaliknya mewakili suara Washington yang bermusuh dengan Presiden Peranchis itu. Sebenarnya Washington mahukan Turki dimasukkan ke dalam EU sebagai mata dan telinga Amerika, tetapi taktik Amerika itu sudah dapat dihidu oleh anggota EU yang lain.

“Kita memerlukan pemimpin seperti Erdoğan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel ” kata Anwar Ibrahim. Klik di sini

Ketika diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life Amerika, peranan Anwar sebagai ‘budak Washington’ yang menjaga Turki semakin ketara.

“Keputusan Perdana Menteri, Erdogan [Turki] untuk bertemu Hamas adalah satu peristiwa penting, tetapi di AS ianya dilihat sebagai satu jenayah yang besar. Jenayah apa? Biarkan mereka bertemu dan berbincang dengan Hamas. Adakah kita tahu apakah yang berlaku dalam mesyuarat- mesyuarat tersebut?

Hakikatnya, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan penerangan ringkas kepada saya tentang apa yang berlaku, dan pada fikiran saya beliau seorang yang berani dan bijak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Hamas bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan bahawa beliau bersedia untuk bekerja dengan mereka.

Tetapi ianya juga penting untuk meyakinkan Hamas, “Kami mahu anda menjadi peneraju dalam masyarakat antarabangsa, yang bermaksud bahawa terdapat sesetengah bahagian dalam dasar berpunca dari masa kemarahan, yang mesti dirasionalkan.”

Penglibatan bersama Turki memberikan satu peluang untuk menyampaikan kepada Hamas keperluan untuk bersederhana dalam kedudukan mereka, dan sebagai sekutu kepada AS, Turki secara sah boleh memaklumkan kepada Hamas bahawa, “Ya, kami akan mampu untuk bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.” Klik di sini

Malah isu Recep Tayyip Erdogan yang didakwa telah ‘memalukan’ Shimon Perez, semasa persidangan di Davos baru-baru ini adalah sebagai strategi untuk mengangkat imej Turki. Idea ini diberikan oleh Anwar Ibrahim.

Tiga minggu sebelum berlangsungnya persidangan di Davos, Anwar (budak Washington) telah dijemput oleh Recep Tayyip Erdogan untuk memberi idea bagaimanakah untuk mendapat ‘saham’ daripada persidangan tersebut.Klik di sini

Sebab itu Faisal Tehrani (blogger muda pro PAS) menulis isu Erdogan-Perez tidak lebih daripada sandiwara semata-mata. Klik di sini

Tulis Faisal : “Ramai orang bertanya kepada saya (kerana pengalaman saya menetap di Nevsehir, Turki untuk satu tempoh yang agak lama) apakah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) sebuah parti yang ingin memperjuangkan Islam?

Jawapan saya: ‘Jangan terpedaya. Parti Keadilan Turki adalah hamba Amerika. Ia adalah parti sekular-liberal maka tidak menghairankan jika ada orang tergila-gilakan strategi dan metodologi parti tersebut untuk diaplikasikan di sini. Parti yang memperjuangkan Islam di Turki tetaplah parti yang dipimpin Necmettin Erbakan.

Sekali lagi, saya akan menyatakan: ‘Jangan terpedaya. Taktik Parti Keadilan ini kita tahu benar. Dalam pertemuan dengan Ariel Sharon misalnya Erdogan sangat menyebelahi boneka Amerika di Palestin, Mahmoud Abbas (sila lihat di sini), malah Erdogan sangat menyokong ‘road map’ bikinan Amerika dan Zionis”

Kesimpulannya Recep Tayyip Erdogan menggunakan “Islam” sebagai daya tarikan untuk mempopularkan dirinya tetapi dalam masa sama mengekalkan hubungan diplomatik dengan Israel dan Amerika. Di belakang Recep Tayyip Erdogan adalah budak Washington bernama Anwar Ibrahim.

Kalau begitu, bagaimana pula dengan kumpulan Erdogan di Malaysia ? Bukankah di belakang Erdogan PAS adalah orang sama iaitu “budak Washington” bernama Anwar Ibrahim ?

Kaitan Erdogan dengan Malaysiakini.com

Keghairan portal Malaysiakini.com menjulang nama “Erdogan” sebagai watak positif serta memberi imej negatif kem “ulama” PAS sebagai pro UMNO tentulah bersebab.

Portal itu sendiri termasuk dalam senarai grand design pembentukan kem Erdogan yang bermesyuarat di Turki pada April 2006.

Teresa Kok (DAP) mendedahkan di blognya (klik di sini) Stevan Gan (ketua editor Malaysiakini) terlibat sama dalam perhimpunan anjuran World Movement for Democracy (WMD), National Endowment for Democracy (NED) (keduanya yayasan Amerika) di Istanbul Turki.

Teresa Kok sedang berbincang dengan Anwar di Turki. Ketika itu Anwar bermastautin di Amerika Syarikat, sebagai pensyarah jemputan di Center for Muslim and Christian Understanding(CMCU), Universiti Georgetown.

Recep Tayyip Erdogan, Anwar Ibrahim dan Kim Campbell (Secretary-General, Club of Madrid) merupakan pengucap utama dalam program yang bertema “Demokrasi, Keadilan dan Pluralisme”

Pada Amerika, takrif “Demokrasi” adalah sinonim dengan “pluralisme”. Tetapi Anwar terjemahkan di Malaysia “Demokrasi” adalah perjuangan kebebasan pilihanraya yang adil dan media yang telus, walhal takrif sebenar “demokrasi” yang difahami oleh masyarakat Amerika lebih luas daripada itu.

Nama Stevan Gan turut disenaraikan sebagai ahli forum,(klik di sini) manakala nama Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (wakil PAS) disenaraikan sebagai peserta.Klik di sini

Peserta Malaysia yang dihantar Anwar ke Turki : Steven Gan (Malaysiakini), Syed Azman (PAS), Tian Chua (Keadilan) dan Teresa Kok (DAP)

Anwar Ibrahim menyampaikan ucap utama dalam program NED di Turki.

Blogger NTanwar mendedahkan model Islam Erdogan Malaysia ditiru daripada Erdogan Turki iaitu jenama “Islam” hanya sebagai objek menarik undi, tetapi yang lebih penting adalah ‘persefahaman antara Muslim dan Kristian’ sepertimana yang disimbolkan di bekas Masjid Hagia Sophia, Istanbul. Klik di sini

Pemandangan di kubah Hagia Sophia, Turki yang melambangkan pluralisme antara Islam dan Kristian. Terdapat kalimah Allah dan Muhamad di dinding dan di kubah terdapat lukisan Mother Mary dan Little Jesus.

Memang tidak menghairankan jika Malaysiakini.com berusaha memberi watak hitam kepada kem ulama, kerana portal itu termasuk sebagai senjata saraf Anwar yang dibiayai oleh George Soros.

Pada peringkat awal penubuhan Malaysiakini pada tahun 1999 (klik sini) Tian Chua, Elizabeth Wong, Stevan Gan dan Pramesh Chandra (empat sekawan dari universiti Australia) terlibat sama dalam mesyuarat membangunkan sebuah akhbar internet yang memperjuangkan ‘justice, human rights, democracy, freedom of speech dan good governance’ yang akhirnya dijelmakan sebagai Malaysiakini.com.

Sponsor utama portal itu adalah Open Society Institute (OSI) milik korporat Yahudi bernama George Soros.Klik di sini dan di sini

George Soros (Open Society Institute) bersama Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)

Dalam laporan Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91 bertajuk “Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges Authoritarianism”, (klik di sini) dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance (SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).

Bekas Editor Berita Malaysiakini, Chon Yen Long, pula mendakwa Malaysiakini menerima wang sejumlah RM 188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikaitkan dengan OSI milik Soros.

Jadi semakin jelas perkaitannya dengan Anwar. Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR. Elizabeth Wong adalah Ketua Penerangan Wanita PKR. Stevan Gan merupakan panelis NED yang dijemput ke Turki dan Pramesh Chandran adalah pegawai kewangan Malaysiakini.com yang mendapat tajaan George Soros.

Anwar pula pernah didakwa menjadi alat kepada spekulator wang George Soros, ketika menjadi Menteri Kewangan sehingga menyebabkan krisis ekonomi di Malaysia 1998. Malah sampai sekarang Anwar masih berkhidmat dengan badan tajaan George Soros yang dinamakan International Crisis Group (ICG). Klik di sini

Betulkah Anwar berhasrat tolak ulama ?

Blog anti-Husam telah memberi isyarat jelas. Tulisnya, “Jelas kumpulan “Erdogan” yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal”

Salah satu ciri mengenali fikrah penganut “Islam Liberal” adalah trend mereka berkompromi antara Islam dan Kristian. Anwar adalah pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU) Universiti Georgetown, Amerika. Anwar juga penerima anugerah ‘pluralisme’ (persamaan antara agama) oleh universiti Kristian St Ateneo University, Manila.

Khalid Samad ahli parlimen PAS Shah Alam merupakan tokoh PAS pertama yang berkunjung ke Gereja Divine Mercy, Shah Alam sebaik sahaja menang PRU 12. Seperti kata paderi Gereja Divine, beliau bukan mengundang Khalid untuk datang ke gereja, sebaliknya Khalid sendiri yang beriya-iya menawarkan diri. Klik di sini

Dr Zulkifli Ahmad pula merupakan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat yang bersuara lantang di parlimen membenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada penganut Kristian, meskipun dibantah oleh ustaz Taib Azamuddin (ahli Parlimen PAS Baling). Sudah terang lagi bersuluh pandangan bekas Imam Besar Masjid Kuala Lumpur, tetapi Khalid dan Dr Zulkifli masih berdegil mempertahankannya. Klik di sini

Ciri kedua mengenali pemikiran Islam Liberal adalah ‘kecelaruan minda antara campuran Al Quran dan Falsafah Barat’. Al Quran dicampuraduk dengan falsafah Barat untuk proses pe’liberal’an sehingga akhirnya Al Quran hanya dilihat mengikut kaca mata Barat.

Tokoh-tokoh John Locke, Amartya Sen, Edward Said, Adam Smith, Thomas Jefferson disebut berseli seli dengan ayat-ayat Al Quran. Pada akhirnya kata-kata falsafah Barat menjadi pegangan utama, lebih penting daripada kata-kata Al Quran.

Adian Husaini, pengkaji Islam Liberal Indonesia merumuskan Islam Liberal muncul akibat pengaruh belajar dari orientalis yang berniat menghancurkan Islam secara halus. Klik di sini

Beliau juga mempertikai pemilihan Raden Kartini sebagai ibu pertiwi Indonesia, kerana di belakang Kartini jelas terdapat sentuhan orientalis bernama Snouck Hurgronje. Klik di sini

Anwar sendiri semasa berceramah di Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (SHURA) pada 2006, mengakui beliau tergolong dalam “pemikiran liberal”.

Dalam ucapannya dipenuhi dengan kata-kata falsafah Barat. Bahkan, Anwar turut memperlekeh semua ulama pada hari ini termasuk SHURA yang tidak bertegas mempertahankan pluralism antara agama.

Anwar meletakkan pendapat-pendapat ahli falsafah Barat sebagai sumber kekuatan hujahnya dalam menjustifikasi perlunya semangat tolenrasi dan pluralisme antara agama.

Walaupun hujah Anwar dipenuhi dengan bahasa bombastik dan berkias namun jelas terpancar misi Islam Liberal yang menuntut agar Al Quran diterjemahkan semula.

Hujah Anwar berdasarkan pendapat Edward Said yang ‘terkesan’ membaca Al Quran dari sudut ‘humanist’ (istilah yang sering digunakan oleh kumpulan Islam Liberal).

Walaupun Edward Said ‘terkesan’ dengan ‘makna’ Al Quran secara ‘humanist’ (kemanusiaan) tetapi beliau masih kekal sebagai penganut Kristian Protestan. Klik di sini dan di sini

Pada 1 Disember 2005, di New York, Anwar berterus terang kepada pemikir Amerika tentang bentuk kepimpinan PAS yang diperlukan di Malaysia.

“Dalam pengalaman saya yang terhad, dengan Parti Islam (PAS), kami dikenali sebagai penyokong kuat “undang-undang Islam”, juga sebuah “Negara Islam”. Sekarang, “Negara Islam bukan lagi agenda kami, kata Anwar dalam program anjuran the National Endowment for Democracy (NED) kepunyaan Carl Gershman, seorang Yahudi yang menerajui yayasan demokrasi Amerika.

Macam mana, Anwar yang tidak menjadi ahli PAS boleh bercakap seolah-olah mewakili parti PAS. Anwar penuh yakin pada tahun 2005, PAS akan gugurkan slogan “Negara Islam” dan keyakinan Anwar berasas apabila pada tahun 2008, PAS telah menggugurkan slogan “Negara Islam” diganti dengan “Negara Kebajikan”.

Bagaimana Anwar tahu perancangan PAS secara terperinci ? Adakah proksi Anwar di dalam PAS seperti Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) dan Husam Musa (Naib Presiden PAS) melaporkan setiap perkembangan PAS kepadanya ?

Berkenaan Turki pula, Anwar secara keras mengkritik kepimpinan sistem Khalifah Uthamaniyah yang didakwanya lembab, bertindak kejam dan tidak berhati perut.

Anwar memuji Abdul Rehman al-Kawakibi yang berani mengkritik Empayar Uthmaniyah, Turki. Anwar juga kagum dengan Riffat Tatawi yang menulis buku “An Imam in Paris”.

Pujian secara berseloroh itu menunjukkan rasa kagumnya dengan ‘pencerahan Eropah dan Barat”.

Kata Anwar “ia mengingatkan saya dengan sebuah filem Hindi yang hebat, “An Evening in Paris”, atau mungkin lakonan Marlon Brando, (seorang gay) “Last Tango in Paris”. Atau penerangan jelas Taha Hussein (tokoh Islam Liberal) dalam “The Future of Egyptian Culture” (Masa Depan Budaya Mesir). Dan surat Puteri Jawa, Raden Kartini (tokoh Islam Liberal) pada abad ke-19, “From Darkness to Light” (Dari Gelap kepada Cahaya).

Semua nama yang Anwar kagum di atas termasuk Abdul Rehman al-Kawakibi, Riffat Tatawi, Taha Hussein dan Raden Kartini, semuanya tokoh yang dilabel sebagai ‘penyuluh’ Islam Liberal ke dalam dunia Islam.

Abdul Rahman Al Kawakekibi (1271-1902) dianggap ‘Bapa Reformis Moden Dunia Arab’ oleh orientalis Barat. Beliau berusaha menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah melalui penulisan buku dengan memperburukkan pemeritahan Khalifah serta melaga-lagakan antara penganut Kristian dengan Islam. Salah satu bukunya yang popular bertajuk “Ummul Qura” (Mother of Towns).

John Esposito (guru Anwar) telah memasukkan nama Abd al Rahman al Kawakibi dalam “The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World”, John Esposito (ed.), Vol. 2 (New York: Oxford University Press, 1995): 405-406).

Pihak Amerika pula menjulang nama Al Kawakebi sebagai “hero demokrasi” dengan menubuhkan “Al Kawakibi Democracy Transition Center” (KADEM) yang dibiayai oleh Middle East Partnership Intiative (MEPI) dan United States Department. Klik di sini

Jasa terbesar Al Kawakebi ke atas dunia Islam adalah meruntuhkan ‘Sistem Khalifah Uthmaniayah’ yang menjadi benteng terakhir Islam di Turki dan memunculkan Mustafa Kamal Artatuk yang memperkenalkan sistem sekular berasaskan Demokrasi dan Pluralisme. Klik di sini dan di sini

Berkenaan Mustafa Kamal Artatuk, Anwar tidak mengkritik keras sebagaimana beliau mengkritik Khalifah Uthmaniyah. Anwar hanya menegur tafsiran salah Kamal Artatuk yang menafsir ‘sekular sebagai anti-agama’.

Menurut Anwar sekular tidak anti agama. Tafsiran sekular Kamal Artatuk melebihi tafsiran sekular di Amerika Syarikat. Sekular di Amerika tidak anti agama, cuma memisahkan peranan negara dengan gereja sahaja.

Ironisnya kebanyakan ulama PAS amat bersimpati dengan kejatuhan Khalifah Uthamaniyah di Turki. Mereka tidak memuji golongan seperti Al Kawakebi yang menjadi tali barut Barat untuk memusnahkan Islam.

Bagi mereka kemunculan Mustafa Kamal Artatuk adalah pengkhianatan terbesar kepada dunia Islam yang berjuang atas slogan kebebasan, demokrasi dan keadilan.

AIDC
17 Mei 2009, 12. 44 pagi.

Artikel lain berkaitan :

. Memahami serangan anai-anai Erdogan II

. Anwar Ibrahim dan Projek Islam Liberal Malaysia ?

. Anwar Ibrahim : Ke mana Haluan Perjuangan Islam

. Skandal Foto Bogel : Memahami lingkaran gelap Elizabeth Wong

. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

. Video NED : Anwar Ibrahim pro Israel ?

. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?

3 Comments

Filed under Anwar & Islam

3 responses to “Anwar menolak ulama?

  1. Norman

    Re: Anwar tolak ulama…..
    A.w.w. Apa nak diherankan. Jika Anwar rasa dia dah setaraf dengan kawan baiknya Gus Dur atau lebih mulia daripada Nik Aziz, Haron Din dll tentulah dia juga ‘layak’ buat fatwa sendiri dan tak perlukan teguran, nasihat ataupun sanggahan para ulama muktabar. Moga Allah lindungi kita semua daripada manusia munafik ini. Salam.

  2. Norman

    Re: Apa misi sebenar Anwar, PKR dan konco-konconya?
    A.w.w. Saya raya terpanggil lagi utk mengulas. Saya teringat antara ciri-ciri Dajal ialah ia BERMATA SATU….. mcm lambang parti PKR, Lucifer, Zionis dan sekutu-sekutu mereka. Adakah PKR tu semacam lambang bayang-bayang Dajal yg mahu merosakkan akidah Islam dan umatnya? Kenalah para ulama mutabarah ahlussunnah waljamaah dan Muslimin-Muslimat mengatur strategi menentang musuh2 Allah ini. Wallahhualam biasawab.

  3. Pingback: Dengan PAS, DAP & Tentera Kristian, Mampukah Anwar Tukar Malaysia Jadi Liberal ? | MINDA AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s