Pendedahan Anwar Fasa ke-II…Terima kasih semua pelayar, webmaster & blogger

Catatan peribadi AIDC

Hari ini Ahad (10 Mei 09), banyak web dan blog tidak diupdate. Aku seperti biasa akan berusaha mengemaskini blog ini kerana aku tahu terdapat sejumlah pelayar tegar yang akan sentiasa mengunjungi blog ini setiap hari tanpa jemu-jemu.

Untuk kalian, peminat setia, terima kasih daun keladi, harap kita dapat terus bersama membuka ruang fikir, mengenali setiap inci bahayanya ‘iceberg’. Juga dalam masa masa, bergabung tenaga memecahkan ketulan iceberg menjadi air semula.

Umpama ’iceberg’, kita hanya nampak di permukaan, satu terumbu karang yang kecil, dan kita buat kesimpulan tidak bahaya, kerana hanya terumbu ketulan ais yang boleh pecah bila-bila masa.

Tetapi hakikatnya kita ’gagal’ nampak di dasarnya, satu ’bukit’ ketulan ais yang telah membeku dan semakin membesar seumpama ‘gunung’ hinggakan kapal Titanic yang diperbuatkan daripada besi pun boleh musnah ketika merempuh ‘ketulan ais’ itu.

Posting artikelku yang pertama di blog ini pada 14 April 2008 dengan memaparkan video bertajuk ”Siapa Anwar”.

Seperti yang dicatatkan sebelumnya, aku bermula dengan pembikinan video di youtube. Mula-mula menggunakan channel ”japnapari”, kemudian berpindah ke channel kekal ”anwaribrahimdotcom”.

Kalau dihitung dari segi usia, pada hari, blog ini sudah ’berumur’ satu tahun, 26 hari . Dan sekarang artikel di blog ini sudah berjumlah 1,949 serta video berjumlah 213 dengan subscribers berjumlah 222 orang.

Aku masih ingat tulisan pertama diposting 14 April 2008 bertajuk “Di sebalik tabir Anwar Ibrahim dan Foundation for the Future”, kemudian disusuli dengan ulasan video menyentuh berkenaan ”Building Moderate Muslim Networks” (posting 19 Mei 08) dan “Neocons Seek Islamic Reformation” (posting 21 Mei 08)

Sudah pasti tulisan sebegini membongkarkan pengelibatan Anwar dengan lembaga-lembaga missionari Amerika Syarikat, termasuk ’Foundation for the Future’, ’neocons’ dan ’Moderate Muslim Networks’, sukar diterima pelawat pada ketika itu.

Aku masih ingat perbualan bersemukaku dengan Zek (salah seorang MOD AIDC) di Melaka, dia menyuarakan rasa kagumnya dengan fakta-fakta yang dikemukakan dalam blog ini.

Dia peminat teori konspirasi (dari blog atas bawah), tentu lebih mudah mencerap dengan bahan-bahan yang disajikan.

Aku masih ingat, kali pertama Zek berkata kepadaku,

“Walaupun aku peminat teori konspirasi, tetapi fakta-fakta yang dikemukakan di blog ini benar-benar mencabar fikiranku’, katanya dengan nada bersungguh.

”Sekarang bagaimana ? ”, soalku memancing jawapan.

”Sekarang sudah terbiasa. Fakta yang kuanggap dulu luar biasa, sekarang sudah jadi biasa-biasa saja”, jawabnya ikhlas.

Kenapa begitu ? Soalku lagi

”Mungkin anda telah berusaha untuk menghurai satu persatu maksud anda dengan menyertakan bukti-buktinya. Anda berusaha memberi kefahaman secara perlahan-lahan. Sekarang aku lebih faham siapakah Anwar”, katanya tegas yang mulai dari saat itu telah membukakan pintu hatinya untuk bergabung dengan blog ini.

Perbualanku dengan Nora (MOD AIDC), pun menunjukkan nada yang sama. Dia tertarik dengan tulisan bertajuk “Jalan Pintas Anwar ke Putrajaya” yang diposting pada 25 Mei 08.

Secara jujur dia mengaku salah satu faktor dia terus melekat di blog ini kerana penangan artikel itu.

Dari situ mula timbul perasaannya untuk mengenaliku. Kami berYM hingga ke larut pagi. Dia kata aku ‘bukan rakyat biasa’, mesti ‘somebody’ berdasarkan pancaran tulisan walaupun aku menafikan berkali-kali.

Dan pertemuanku bersemuka bersama Nora di Melaka awal tahun ini, membuktikan kata-kataku benar, hingga dia buat keputusan menekadkan hati untuk bersama-sama dalam gelombang menongkah arus ini.

Walaupun aku anggap artikel yang kutulis itu biasa-biasa saja, tetapi pada Nora, ketika itu, artikel itu sungguh luar biasa dan meninggalkan kesan ke dalam jiwanya hingga dia sudi menawarkan diri membantu blog ini sebagai ketua rangkaian dan chatroll.

Pengalaman aku berYM buat kali pertama dengan Faisal Tehrani pada tahun lepas, sebelum dia menunaikan fardu haji dan menutup blognya buat sementara waktu.

Secara jujur dia mengakui, dia amat tertarik dengan tulisanku berjodol ”Anwar Ibrahim dan Annapolis Summit” yang kuposting pada 21 Jun 2008.

Sesungguhnya kalau ditanya kepadaku, aku lebih tertarik dengan tulisan-tulisan Faisal Tehrani (berkenaan dengan Annapolis Summit yang ditulis selepas itu) berbanding dengan tulisanku sendiri.

Kerana dia adalah seorang sasterawan muda yang bisa menulis hingga menusuk ke kalbu.

Perbualan panjangku berYM dengan salah seorang wartawan Siasah (tidak perlu dinyatakann nama di sini), bertukar-tukar info telah mencambahkan lagi idea-idea baru.

Secara jujur dia turut mengakui, dia tertarik dengan pendedahan blog berkenaan dengan penglibatan Anwar dan NED. Dia kagum kerana blog ini berusaha memberi kefahaman secara konsisten secara bersiri.

Perbualan secara maya dengan salah seorang ketua media mainstrain (tidak perlu disebutkan nama dan media itu di sini) sangat menarik. Selain memperbaharui beberapa maklumat baru, dia juga bersedia memberi beberapa maklumat baru yang tidak pernah dimainkan di media.

Katanya blog ini berbentuk pendedahan –pendedahan maklumat baru dan pendedahan yang paling menarik kepadanya berkenaan dengan foto-foto rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Itu merupakan contoh-contoh kecil daripada cebisan sejarah yang pernah kualami sepanjang membina blog ini.

Nah, satu tahun sudah dipaparkan berkenaan Anwar Ibrahim. Mungkin apa yang anda fahami dulu tidak sama dengan apa yang anda fahami sekarang.

Tetapi aku masih yakin, wajah sebenar Anwar masih seperti ‘iceberg’, masih belum diterokai sepenuhnya.

Aku juga kadang-kadang kecewa kerana gagal menjadi penulis yang baik untuk memberi kefahaman apa yang aku faham. Tetapi aku tidak jemu untuk memberi kefahaman walaupun kutahu usaha itu amat sukar.

Aku belajar satu perkara, walaupun kita faham sesuatu perkara, tetapi apa yang kita tulis dan terangkan tidak sama dengan apa yang difahami oleh pihak lain. Bermakna, bukan hanya ‘satu jalan’ dalam meneroka kefahaman.

Aku sendiri pernah membaca buku lama yang pernah dibaca 15 tahun lepas, tetapi bila kubaca semula buku itu, rupa-rupanya kefahamanku berbeza dengan kefahaman 15 tahun lepas.

Itulah ajaibnya dunia maklumat, satu buku yang sama tetapi mempunyai nilai berbeza dibaca dalam tahun berbeza. Semua itu bergantung kepada sejauhmana telaga ilmu yang telah disimpan di minda kita.

Nah, sekarang kita tutup buku lama, bab memori setahun lepas, sekarang kita buka buku baru, dari hari ini hingga untuk satu tahun akan datang.

Mulai hari ini, kita buka lembaran baru dengan episod pendedahan Anwar fasa ke II. Pendedahan Fasa ke II merupakan kesinambungan daripada Fasa I yang belum dicantumkan keseluruhannya.

Insya Allah, aku akan terus menulis dan berusaha berkongsi pandangan apa yang kutahu untuk episod seterusnya.

Seperti yang kucatatkan sebelum ini, terlalu banyak ’khazanah’ yang masih tersimpan yang belum sempat kulontarkan. Menunggu masa sesuai dan disusun satu persatu supaya kita dapat memahaminya.

Sebelum itu, sebagai merakamkan memori setahun lepas, izinkan kurakamkan jutaan terima kasih kepada semua webmaster dan blogger yang telah mempromosi blog ini hingga membawa pelawat-pelawat mereka berkunjung ke sini.

Tanpa sokongan kalian, tiada ertinya perjuangan ini. Bantuan promosi dengan kebanjiran pelawat yang ramai dari web dan blog masing-masing ke blog ini membuktikan, mereka faham erti perjuangan, iaitu kita perlu saling bantu membantu, walaupun ‘bantuan’ itu tidak pernah diwar-warkan sebagai pertolongan.

Berikut kulampirkan senarai penyumbang pelawat ke blog ini yang sebenarnya berpunca dari web dan blog-blog lain. Rangking ini dibuat http://www.e-referrer.com yang didaftar oleh blog ini untuk mengesan dari mana datangnya pelawat.

Sebenarnya masih terlalu banyak lagi blog-blog yang tidak sempat kusenaraikan, tetapi cukup sekadar memaparkan web/blog yang menyumbang sekurang-kurang 150 pelawat ke blog ini.

Dan untuk menghargai jasa kalian, senarai penyumbang web dan blog yang sama itu turut turut dipaparkan di blog ini untuk tempoh enam bulan akan datang, sebelum proses kemaskini semula pada masa akan datang.

Catatan AIDC
Ahad (10 Mei 09), jam 4.54 petang

10,000 pelawat ke atas

1. http://search.yahoo.com (26016 pelayar )

2. http://www.mykmu.net (24433 )

3. http://traffic.outbrain.com (22405)

4. http://www.google.com.my (16178 )

5. http://nasionalis1946.blogspot.com (13295 )

6. http://beritamalaysiakini.wordpress.com (10927)

7. http://perakbangkit.blogspot.com (10736 )

5,000 hingga 9999 pelawat

1. http://din.huluselangor.net ( 8908)

2. http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com (7842)

3. http://www.tranungkite.net (7585 )

4. http://jebatmustdie.wordpress.com ( 6741)

5. http://test.chedet.com ( 5585)

1000 hingga 4999 pelawat

1. http://novandri.blogspot.com (4465 )

2. http://anotherbrickinwall.blogspot.com (4373 )

3. http://umnolawanpas.wordpress.com ( 2926)

4. http://www.youtube.com/user/anwaribrahimdotcom (2581)

5. http://anginperubahan.blogspot.com (2424)

6. http://www.kpmu.net (2379)

7. http://parpukari.blogspot.com ( 2240 )

8. http://www.blogcatalog.com/blog/anwar-ibrahim-dot (2055)

9. http://pilihan-anda.blogspot.com (1856)

10. http://penembak-tepat.blogspot.com (1674)

11. http://pewarismelayu.blogspot.com (1369 )

12. http://malay.cari.com.my ( 1307 )

13. http://shots.snap.com ( 1360 )

14. http://aidc-editor.blogspot.com ( 1114 )

15. http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com ( 1095 )

16. http://medan-info-kita.blogspot.com ( 1093 )

17. http://cekka.wordpress.com ( 1077 )

18. http://malaysiakukini.wordpress.com ( 1039 )

Antara 500 – 999 pelawat

1. http://pkrpasdap.blogspot.com ( 982 )

2. http://jentayuabaka.blogspot.com (924 )

3. http://taipingmali.blogspot.com ( 884 )

4. http://gomo-no1.blogspot.com ( 871)

5. http://www.conspiracytheorist1.blogspot.com (836)

6. http://ipohmalay.blogspot.com (836 )

7. http://kerispusakamelayu.wordpress.com ( 830 )

8. http://www.friendster.com/group-discussion/ ( 727)

9. http://paneh.blogspot.com ( 696 )

10. http://www.atasbawah.com ( 691 )

11. http://forum.mykmu.net ( 669 )

12. http://anakmalaysia81.blogspot.com (627 )

13. http://hambali1.blogspot.com ( 627)

14. http://analisisringan.blogspot.com ( 554 )

15. http://pena-picisan.blogspot.com (544 )

16. http://penarikbeca.blogspot.com ( 530)

Antara 150 – 499 pelawat

1. http://abangtuah.blogspot.com ( 472 )

2. http://waadat.blogspot.com (471)

3. http://mimpi916.blogspot.com ( 434)

4. http://pejuang-melayu.blogspot.com (430)

5. http://www.facebook.com ( 430 )

6. http://belantan.blogspot.com ( 364)

7. http://search.sweetim.com/search.asp?src=1&q=www.a ( 359 )

8. http://amzcampro.blogspot.com (355)

9. http://feeds.feedburner.com/AnwarIbrahimDotCom (344)

10. http://carigold.com/portal/forums (331)

11. http://pilihananda08.blogspot.com (321)

12. http://mysrimuara.blogspot.com (319 )

13. http://kzso.blogspot.com (319 )

14. http://qasehnuryz.blogspot.com ( 319 )

15. http://korban-demokrasi.blogspot.com (302)

16. http://kembarapolitik.blogspot.com (289)

17. http://garamanis.blogspot.com (287)

18. http://kmu.net.my ( 285)

19. http://www.khalx.com ( 274)

20. http://sahabatmantap.wordpress.com (260)

21. http://chilliriver.blogspot.com (249)

22. http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com ( 245 )

23. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=408805 ( 240)

24. http://isuduniamelayu.blogspot.com (235)

25. http://www.mymassa.com (231)

26. http://aspirasi-bangsa.blogspot.com (230)

27. http://empayar-malaya.blogspot.com ( 224)

28. http://sangtawal.blogspot.com (222 )

29. http://gerakananakmuda.blogspot.com (218)

30. http://mansaari.blogspot.com (215 )

31. http://www.mykmutara.net (215)

32. http://opendebate.wordpress.com (213)

33. http://sahabatgunung9506.blogspot.com ( 208)

34. http://pochongmenulis.blogspot.com (207)

35. http://gurubashid.com (204)

36. http://brokenthecode.blogspot.com (202)

37. http://puterinafisah.blogspot.com (201)

38. http://graduanmelayumuda.blogspot.com (199 )

39. http://aloqstaqblog.blogspot.com (196)

40. http://balankumarpremakumaran.blogspot.com (177)

41. http://mandatrakyat.blogspot.com ( 174 )

42. http://disc.yourwebapps.com/discussion.cgi?disc=22 (169)

43. http://www.asscrewz.com (167)

44. http://adijagatputra.blogspot.com (161)

45. http://umnobalikpulau.blogspot.com (159)

46. http://ustazmoden.wordpress.com (158)

47. http://melayusepang.blogspot.com (155)

48. http://www.warisantamar.blogspot.com (155 )

49. https://mindaaidc.wordpress.com (153)

50. http://yeopperak.blogspot.com (153 )

51. http://che-moq.blogspot.com (150)

Catatan peribadi AIDC lain :

1. Terima kasih blogger, pelawat..ini sahaja mampu kulakukan..AIDC

2. Menjelang satu juta pelawat..terima kasih kepada semua – AIDC

3. Surat terbuka kepada semua pelayar AIDC

4. Senarai penipuan Anwar dari 1999- 2008 : Interaksi AIDC dengan para pengomen

Leave a comment

Filed under Cetusan AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s