Video NED: Anwar Ibrahim pro-Israel?

Oleh: AIDC

Ini komen penyokong PKR, rosyam123, selepas menonton video NED bertajuk ”Demokrasi – Anwar, Hamas & Hezbollah” dalam channel anwaribrahimdotcom : Video seperti di atas. Melihat komen : klik di sini.

bodoh ko ni.. anwar jawab dh betul.. tp ko yg putar belit kenyataan dia.. dia ckp segala rundingan bukan melalui aktiviti ketenteraan dan keganasan.. polisi tersebut juga jelas ditujukan kpd israel dan amerika (2:31) [hujah pertama]

(2:57) anwar sekali lg mggesa us ngn israel mncari jln pnyelesaian yg disenangi bg konflik arab-israel.. jelas jln yg disenangi dunia islam bkn melalui keganasan.. bodoh.. channel ni penyebar fitnah no 1..[hujah kedua]

Putar belit kenyataan Anwar ?

Hujah pertama rosyam123 itu berdasarkan percakapan Anwar pada minit 2:31.”Tetapi ini juga berkaitan dengan sikap, kedudukan dan polisi Israel untuk mempertimbangkan perjanjian yang anda [siapa anda ? Gerson Baskin ?] telah menyebutnya dengan amat jelas. Dan saya amat menghargainya”

Jadi Rosyam123 membuat kesimpulan bahawa jawapan Anwar sudah benar iaitu Anwar menggesa diadakan ’rundingan’ bukan melalui ketenteraan yang ditujukan kepada Israel dan Amerika Syarikat.

Tetapi benarkan kesimpulan itu ? Benarkah Anwar mengecam Israel dan Amerika seperti yang didakwa oleh penyokong PKR itu ?

Sekarang kita kaji semula ucapan Anwar satu persatu.

Minit 1:33. Kata Anwar : ”apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi atau mengambil bahagian di dalam proses demokrasi mereka [Hezbollah dan Hamas] harus membuang semua cara .. pilihan-pilihan lain dari segi keganasan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan. [maksudnya Anwar menuduh Hezbollah dan Hamas ganas kerana memiliki aktiviti ketenteraan ?]”

Dipertegas ucapan Anwar minit 1:53. Kata Anwar, “Saya tidak percaya… ia [demokrasi] tidak akan berkesan jika kedua-dua cara [pilihanraya/demokrasi dan ketenteraan/keganasan ?] cuba dilaksanakan pada masa yang sama”

Minit 2:01. Kata Anwar “pendirian saya mengenai keganasan ialah sesuatu yang tidak boleh dirunding” [Maksudnya Anwar menentang keganasan. Sebelum ini Anwar kaitkan keganasan dengan Hamas/Hezbollah]

Ini diperkukuhkan lagi dengan ucapan Anwar dalam minit 2:07. Kata Anwar ” Jadi saya..amat pasti jika Hamas dan Hezbollah pada ketika mereka menerima dan mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan” [maksudnya kalau Hamas/Hezbollah mahu diiktiraf oleh Anwar sebagai memenuhi syarat demokrasi, Hamas/Hezbollah mesti terlebih dahulu menghapuskan aktiviti ketenteraan mereka]

Jadi kalau dicantum kesemua hujah-hujah Anwar dari minit 1:33, 1:53, 2:01 dan 2:07, semuanya kesimpulan Anwar adalah memperburuk-buruk Hamas dan Hezbollah dengan mengatakan mereka tidak demokrasi dan ganas kerana memiliki senjata dan ketenteraan.

Tidak ada satupun dalam ucapan di atas Anwar mengkritik dan memburuk-buruk Israel dan Amerika Syarikat yang mempunyai senjata dan kententeraan jauh lebih besar daripada Hamas/Hezbolah.

Kenapa Anwar tidak menuduh Israel sebagai ganas kerana memiliki ketenteraan serta senjata yang jauh lebih canggih daripada Hamas/Hezbollah ?

Kenapa pula Anwar menuduh Hamas/Hezbollah tidak demokrasi dan ganas kerana memiliki senjata, sedangkan mereka memiliki senjata dan ketenteraan untuk membela diri daripada serangan Israel.

Adakah taktik Anwar menggesa Hamas/Hezbollah menghapuskan senjata dan ketenteraan mereka, kononnya atas alasan demokrasi dan selepas itu, Hamas/Hezbollah akan mati katak dengan serangan Israel ketika mereka (Hamas/Hezbollah) sudah tidak memiliki senjata ?

Konflik Israel – Arab : Apa resolusi Anwar ?

Hujah kedua rosyam123 : ”(2:57) anwar sekali lg mggesa us ngn israel mncari jln pnyelesaian yg disenangi bg konflik arab-israel.. jelas jln yg disenangi dunia islam bkn melalui keganasan.. bodoh.. channel ni penyebar fitnah no 1..”

Hujah rosyam123 ini berasaskan ucapan Anwar pada minit 2:57.

Kata Anwar “Jadi saya fikir kedua-duanya harus dilaksanakan. [Langkah pertama] Dan ketika dunia Islam mesti lebih bertegas dan mengutuk aktiviti ketenteraan dan keganasan, [yang dimiliki oleh Hamas/Hezbollah ?] [Langkah kedua] tetapi pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa termasuk US harus memastikan bahawa terdapat penyelesaian yang disenangi bagi konflik Arab-Israel yang saya lihat memberikan harapan yang cerah pada masa sekarang berbanding dengan masa lalu”

Berdasarkan hujah di atas, yang jelas Anwar tidak menggesa Israel mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Arab, sebaliknya Anwar meletakkan harapan kepada masyarakat antarabangsa yang diterajui oleh Amerika Syarikat.

Anwar telah mengemukakan dua langkah yang dianggapnya boleh menyelesaikan konflik Israel-Arab. Pertama Anwar mengesa dunia Islam lebih bertegas mengutuk aktiviti ketenteraan dan keganasan. Kedua Anwar meletakkan pergantungan kepada masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat mencari kaedah terbaik ke arah penyelesaian konflik itu.

Persoalannya pihak manakah yang didakwa Anwar mempunyai aktiviti ketenteraan dan keganasan yang digesa dunia Islam bertegas itu ?

Dari awal lagi, Anwar telah bersetuju dengan soalan Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine di Jerusalam meskipun soalan itu bersikap prejudis melampau ke atas Hamas/Hezbollah.

Anwar tidak pernah membetulkan persepsi yang salah yang dikemukakan oleh Baskin berkenaan Hamas/Hezbollah, walhal jika Anwar benar-benar pro Hamas/Hezbollah, sepatutnya ketika inilah beliau gunakan kesempatan mempertahankannya.

Sebaliknya Anwar berkata dengan nada pujian dan sentimen’ “sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib [Gershon Baskin] dari Israel..” …”saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama….”

Berkongsi sentimen apa yang dianggap sama itu ? Berkongsi dengan siapa ? Adakah Anwar berkongsi sentimen dengan Gershon Baskin yang dianggap kawan baik dari Israel ?

Jadi boleh disimpulkan kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Anwar dalam menyelesaikan krisis Arab/Israel jika dibaca secara teliti, semuanya menekan dunia Islam.

Pertama, Anwar menyarankan dunia Islam mesti kutuk keganasan yang kononnya dibuat oleh dunia Islam dan kedua Anwar melantik Amerika Syarikat sebagai hakim untuk selesai krisis Arab/Israel.

Dalam cadangan itu, Anwar telah meletakkan kedudukan Israel dalam jalan paling selamat, apabila meletakkan kedudukan Amerika Syarikat pada kedudukan paling tinggi, iaitu sebagai hakim.

Gershon Baskin adalah seorang aktivis Israel yang terlibat secara aktif di lapangan mengkaji Hamas/Hezbollah melalui NGO yang dipengerusinya [Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine] dan dia mempunyai sentimen prejudis terhadap Hamas/Hezbollah yang didakwanya tidak demokratik kerana terlibat dalam aktiviti ketenteraan.

Sebab itu dalam soalan kepada Anwar, Baskin sudah menghukum Hamas/Hezbollah sebagai pihak yang tidak layak diiktiraf memenuhi ciri demokrasi.

Kata Baskin ”apa pandangan anda (Anwar) mengenai proses kematangan demokrasi di Palestin apabila Hamas/Hezbollah yang kononnya berusaha ke arah demokrasi tetapi pada masa yang sama mengekalkan perjuangan mengangkat senjata dan ketenteraan.

Soalan Baskin itu ibarat bola tanggung, memperlekehkan Hamas/Hezbollah sebagai tidak demokrasi kerana tetapi tidak pernah mempertikaikan ketidakdemokrasian Israel yang juga mempunyai senjata.

Apa jawapan Anwar terhadap soalan prejudis warga Israel itu ?

Dalam memberi jawapan, Anwar tidak pernah anggap soalan itu prejudis, sebaliknya berkongsi sentimen yang sama seperti yang diluahkan oleh Baskin.

Semua hujah-hujah Anwar dari minit 1:33, 1:53, 2:01 dan 2:07, semuanya senada dengan kesimpulan awal yang telah dibuat oleh Baskin iaitu menuduh Hamas/Hezbollah bersifat ganas kerana memiliki senjata dan ketenteraan.

Dan sebagai jalan penyelesaian yang paling ideal, Anwar mengantungkan sepenuh harapannya kepada Amerika Syarikat.

Kebergantungan sepenuhnya kepada kuasa Amerika Syarikat pun sudah menunjukkan sokongan jelas pihak mana sebenarnya yang disokong Anwar..

Bagaimana sikap Amerika terhadap konflik Israel-Arab dari zaman Presiden Bush (Republikan) ataupun Presiden Obama (Demokrat) ?

Adakah Amerika lebih pro Hamas/Hizbollah atau pro Israel ?

Annapolis Summit 2007 : Ehud Olmet (Presiden Israel), Presiden Bush dan Mahmoud Abbas (Presiden Palestin)

Ketika Bush menjadi Presiden Amerika, dia mengusahakan kononnya satu rundingan damai antara Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dengan Presiden Palestin (Mahmoud Abbas) yang dinamakan Annapolis Summit 2007.

Anwar Ibrahim salah seorang yang terlibat dalam menandatangani deklarasi menyokong Annapolis Summit. klik di sini dan di sini

Namun Annapolis Summit menemui kegagalan apabila majoriti umat Islam di Palestin yang diwakili Hamas menolak ‘rundingan’ itu yang dianggap menguntungkan Israel dan hanya mahukan status sebagai sebuah Negara Israel Sah. Klik di sini

Iran dan Syria menolak Annapolis Summit kerana mengetahui muslihat Amerika berunding dengan kumpulan minoriti Muslim di Palestin (Mahmoud Abbas) dari kelompok Fatah yang bertujuan menjadikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Semasa era Presiden Obama pula, dari awal lagi dia menyatakan pendirian menyokong Israel semasa kempennya di AIPAC (American Israel Public Affairs Committee).

Malah Presiden Obama berpeluk tubuh serta mengunci mulut melihat dengan matanya sendiri bagaimana kejamnya rejim Israel membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Semenanjung Gazza.

Namun begitu, Presiden Obama memberi sedikit ‘gula-gula’ kepada dunia Muslim dengan melantik George Mitchell yang memang pro Israel sebagai utusan penyelesaian krisis Arab-Israel.

George Mitchell (kiri), utusan Obama berjumpa dengan Shimon Perez, orang yang paling berkuasa di Israel

Anwar Ibrahim, semasa berucap di Doha, Qatar baru-baru ini, selain pujian melambung kepada Presiden Obama, juga dalam masa sama turut memuji pelantikan George Mitchell itu. Klik di sini dan di sini

Siapa Gershon Baskin dan kaitan dengan Anwar ?

Gershon Baskin adalah CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI).

Dia adalah warganegara Israel dan ketika menulis di Jerusalem Post dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai “neo-Zionist” klik di sini

Misi utama IPCRI adalah untuk mewujudkan ‘two states solution’ (resolusi dua negara) seperti mana yang pernah diusahakan oleh Presiden Bush melalui Annapolis Summit 2007.Klik di sini

Baskin pada 6 Januari 2006 telah menulis artikel khusus tentang Anwar Ibrahim dalam Israel Insider. Klik di sini.

Dalam tulisan itu, dia mengakui pernah berjumpa dua kali dengan Anwar Ibrahim pada 2005 bertanyakan kedudukan Hamas dalam konteks demokrasi.

Tulis Baskin, “Anwar Ibrahim, the former Vice President of Malaysia was jailed and tortured by the Malaysian regime for fighting for democracy and human rights. Anwar Ibrahim is a religious Muslim and an expert on Islam and democracy. I had the pleasure of meeting Anwar twice during November 2005 and spending some time with him. I asked Anwar Ibrahim what should the Palestinian Authority do with Hamas and should Hamas be allowed to participate in the coming elections. Anwar Ibrahim was decisive and more than explicit — he said that a pre-condition for any party to participate in democratic elections must be to disarm. Armed militia or parties should not be allowed to participate in a democratic process because it makes a mockery of democracy and the notion of freedom

Terjemahan : “Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden (?) Malaysia yang dipenjarakan dan diseksa oleh regim Malaysia kerana telah berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Anwar Ibrahim seorang Muslim yang alim dan pakar dalam Islam dan demokrasi. Saya telah berkesempatan berjumpa dengannya sebanyak dua kali pada November 2005. Saya bertanya kepada Anwar apa yang perlu Pihak Berkuasa Palestin (PA) lakukan dengan Hamas dan bolehkah Hamas dibenarkan menyertai pilihan raya pada masa akan datang. Anwar dengan tegas dan lebih berterus-terang – berkata bahawa prasyarat untuk mana – mana parti menyertai pilihan raya yang demokratik adalah mesti melucutkan senjata. Parti dan kumpulan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai proses demokratik (pilihanraya) kerana mencemar demokrasi dan konsep kebebasan”

Jawapan Anwar ini menyebabkan Baskin membuat kesimpulan bahawa Anwarlah manusia yang paling baik di dunia yang sesuai berunding dengan Presiden Israel (ketika itu Ariel Sharon)untuk menyelesai krisis Arab/Israel.

Tulis Baskin, “Sharon would have liked that answer and would have agreed 100% with Anwar Ibrahim, who if he was a Palestinian could have been a partner for negotiations in Sharon’s view”[Presiden Israel, Ariel Sharon sudah tentu akan gembira dan bersetuju seratus peratus dengan jawapan Anwar Ibrahim itu, sekiranya dia (Anwar) merupakan rakyat Palestin, dia mungkin menjadi rakan seperbincangan dengan Sharon]

Kemudian disusuli dengan artikel kedua pada 27 Januari 2006. Sekali lagi Baskin memuji Anwar dalam The Jerusalem Times (Klik di sini)

Tulis Baskin; “Former Deputy Prime Minister of Malaysia, democracy activists and religious Muslim Dr. Anwar Ibrahim told me that in his opinion no party that supports terrorism, does not respect human rights, is armed and uses its arms should be allowed to participate in democratic elections. I asked him how it is possible to prevent groups such as Hizballah and Hamas from participating in democratic elections. He said to me that democracies must be allowed to protect themselves through the rule of law and that the rule of law cannot allow those who threaten democracy to exploit its openness to further its own non-democratic goals and agenda. He said that the Palestinian Authority has a law which prohibits non-PA security personnel from holding arms. He said that the PA must enforce its own law. If the PA wants to hold elections, it must ensure that all of those parties participating in the elections abide by the law; otherwise there is no legitimacy to the Authority and to the rule of law”

Terjemahan : “Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, aktivis demokrasi dan Muslim yang warak, Dr. Anwar Ibrahim memberitahu saya, pada pandangannya tiada parti yang menyokong keganasan, tidak menghormati hak asasi manusia dan menggunakan senjata boleh dibenarkan untuk menyertai pilihan raya. Saya bertanyakan kepadanya bagaimana untuk menghalang kumpulan seperti Hezbollah dan HAMAS daripada menyertai pilihan raya yang demokratik. Anwar berkata, demokrasi mesti dibenarkan untuk melindungi kedaulatan undang-undang dan kedaulatan undang-undang tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja yang mengancam demokrasi untuk mengeksploitasi keterbukaannya serta meneruskan agendanya dengan matlamat yang tidak demokratik. Anwar berkata Pihak Berkuasa Palestin (PA), (diketuai Abbas) mempunyai kuasa undang-undang menghalang anggota keselamatan bukan PA (HAMAS) daripada memegang senjata. Anwar juga berkata PA perlu menguatkuasakan undang-undangnya sendiri. Sekiranya PA mahu menganjurkan pilihan raya, mereka mesti memastikan kesemua parti yang menyertai pilihan raya mematuhi undang-undang tersebut; jika tidak, tiada kewajaran untuk PA dan kedaulatan undang-undang”

Jawapan di atas sekali lagi menyebabkan Baskin teruja. Kali ini dia memuji kepimpinan Anwar Ibrahim paling terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Presiden Bush.

Puji Baskin: “This is not President Bush speaking – it is one of the leading personalities in one of the largest Muslim countries in the world” [Ini bukan percakapan Presiden Bush – ini adalah percakapan salah seorang tokoh (Anwar Ibrahim) yang menjadi teladan dalam salah sebuah negara Muslim terbesar di dunia.]

Dalam perenggan pertama tulisan Baskin bertajuk “This week in Israel….. Behind the news with Gershon Baskin” dia dengan keras mengkritik Presiden Bush yang digambarkan seperti wajah ‘anak anjing’

Begitulah gambaran kemarahan Baskin seorang warga Israel kepada Presiden Bush apabila Presiden Amerika itu mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin.

Tulis Baskin kepada Bush, “Democracy prevailed and the Hamas won a huge victory. President Bush, with his puppy dog face, applauded the wonders of democracy and the competition of ideas. Most Israeli politicians wondered if Bush would have allowed Al Qaeda to participate in democratic elections in Washington and if a party associated with Al Qaeda did participate would Bush applaud the competition of ideas being presented to the American people

Terjemahan : “Demokrasi mengatasi dan HAMAS memperoleh kemenangan besar. Presiden Bush, dengan wajah anak anjingnya, memuji keajaiban demokrasi dan persaingan idea. Kebanyakan ahli politik Israel tertanya-tanya sama ada Bush telah membenarkan Al Qaeda untuk menyertai pilihan raya yang demokratik di Washington dan sekiranya sebuah parti yang bersekutu dengan Al Qaeda telah menyertai pilihanraya (di Amerika) adakah Bush akan memuji sebagai persaingan idea untuk dipersembahkan kepada rakyat Amerika”

Kesimpulan

Video di atas adalah salah satu segmen daripada sesi soal jawab Anwar Ibrahim bersama Gershon Baskin (Yahudi) dalam program anjuran NED (National Endowment for Democracy), di New York pada 1 Disember 2005.

Peserta yang hadir dalam program ucap utama Anwar itu kebanyakannya pemikir-pemikir pentadbiran Bush yang berusaha mencari jalan untuk menembusi dunia Islam melalui flatform demokrasi.

Anwar Ibrahim sebagai ucap utama bertajuk “Masa Depan Demokrasi Muslim”. Semasa Anwar berucap dan sesi soal jawab, Carl Gershman (Yahudi), Pengerusi NED bertanggungjawab sebagai pengerusi majlis.

Faisal Tehrani, seorang penulis muda yang berbakat besar menulis di blognya bertajuk “Harapan Baharu” mempersoalkan status Anwar Ibrahim menjadi penceramah dan sering berunding dengan Amerika Syarikat.

Apa status Anwar ? Dia bukan Perdana Menteri Malaysia, bukan Menteri Luar Malaysia tetapi berunding/berceramah hanya berstatuskan ‘mantan’. Apa rasionalnya ? Klik di sini

Benar. Sepatutnya kalau sekadar berstatuskan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tidak wajar diadakan perundingan dengan pihak luar, apatah lagi masih ada lagi yang berstatus mantan TPM Malaysia dan mantan PM Malaysia.

Kenapa hanya ‘mantan’ TPM bernama Anwar Ibrahim yang paling diminati Amerika Syarikat?

Sebenarnya Anwar Ibrahim sering berunding dengan pihak luar dan menjadi penceramah di luar negara bukan semata-mata bersandarkan ‘status TPM’ sebaliknya beliau telah dilantik oleh Jabatan Negara Amerika sebagai Konsultan bagi dunia Islam dan panel pemikir NED, sebuah yayasan Amerika yang bertujuan untuk menyemai racun liberalisme ke dunia Islam.

Maknanya status ‘mantan TPM’ sekadar topeng untuk melindungi status sebenar yang telah dianugerahi oleh Amerika Syarikat kepadanya.

Anwar Ibrahim bergambar bersama-sama kakitangan NED

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan pujian Gershon Baskin yang berbangsa Yahudi ke atas Anwar Ibrahim itu bukanlah satu perkara baru.

Bahkan lebih ramai lagi tokoh berbangsa Yahudi sebelum ini pernah memuji Anwar : Paul Wolfowitz, Al Gore, Madeline Albright, Carl Gershman, Wiliam Cohen, Andrew S. Natsios, Lorne Craner, Kenneth Wollack.

Beberapa nama yang sempat dicatat, mungkin lebih ramai daripada itu..

Kalau Yahudi tidak percayakan Anwar, kenapa Paul Wolfowitz lantik Anwar menjadi konsultan di Bank Dunia dan pensyarah pelawat di John Hopkins University.

Begitu juga dengan Carl Gershman, dia turut mempercayai Anwar dan melantiknya menjadi panel pemikir di NED.

Bermakna kebanyakan tokoh Yahudi tidak mencurigai Anwar dan amat mempercayainya.

Mungkin mereka (Yahudi) lebih mengenali siapa Anwar daripada masyarakat Islam mengenalinya..

AIDC
28 Mac 2009

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? – The Jerusalem Post

2. Fail Khas dari Jabatan Negara Amerika : Amerika perlu bantu Anwar Ibrahim ‘hero’ demokrasi

3. Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim

4. Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam

5. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

6. AIDC Fotopages : Anwar Ibrahim ejen Amerika Syarikat

7. AIDC fotopages : Bagaimana Muslim Moderat tajaan Amerika berperanan meliberalkan Islam ?

8. Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat desak Presiden Obama laksana demokrasi di dunia Islam

9. Ucapan Anwar di Doha 2009 sokong Israel ?

10. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s