Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson


Oleh : AIDC

Mary Robinson merupakan salah seorang kenalan Anwar Ibrahim yang kedua-dua mereka merupakan anak buah Al Gore bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

Sekitar tahun 1990-an, Anwar Ibrahim dan Mary Robinson merupakan penyokong kuat parti Demokrat Amerika pimpinan Presiden Bill Clinton dan Al Gore. Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998), manakala Mary Robinson pula Presiden Ireland (1990-1997).

Anwar Ibrahim dan Mary Robinson kader Amerika melalui Bank Dunia & PBB

Anwar Ibrahim dan Mary Robinson menjadi pelobi utama Presiden Bill Clinton dan Al Gore, ketika kedua-dua mereka menjawat jawatan penting di negara masing-masing. Dengan lobi kepada Amerika ini, mereka berharap kepimpinan mereka diiktiraf dan dibantu oleh kuasa dunia itu.

Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Bill Clinton dan Naib Presiden Amerika, Al Gore meletakkan orang-orangnya di dua institusi penting iaitu di Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain dari tugas umum, kedua-dua institusi ini juga bertanggungjawab mencari kader-kader baru bagi membentuk rangkaian pemimpin dunia yang pro- Amerika Syarikat.

Di Bank Dunia, Clinton dan Al Gore letak James David Wolfensohn sebagai Presiden 1995-2005. Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula dicalonkan Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung dari tahun 1997-2006. Di bawah PBB terdapat dua badan utama iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB) dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa).

Pada tahun 1991, Anwar Ibrahim dilantik Presiden UNESCO. Pada tahun 1996, beliau telah dianugerahkan Presidential Medal oleh Universiti Georgetown Amerika dan kedoktoran kehormat oleh Ateneo De Manila University, Filipina, kerana sumbangannya dalam mempromosikan kefahaman antara agama.

Pada mesyuarat tahunan IMF-Bank Dunia tahun 1997, Anwar Ibrahim dipilih sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan IMF dan Bank Dunia (Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank). Pengarah Urusan IMF ketika itu adalah Michel Camdessus (1987-2000). Sila klik di sini

Nurul Izzah, Anwar dan Wan Azizah bersama Kofi Annan

Manakala Mary Robinson, selepas bersara dari Presiden Ireland, dicalonkan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkuatkuasa pada 12 September 1997 hingga 2002.

Idea penubuhan PBB atau United Nations diilhamkam oleh Franklin D. Roosevelt, bekas Presiden Amerika (1933-45) sewaktu berlakunya Perang Dunia II untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam “Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi.

Ibu pejabat PBB terkini dibina New York City pada tahun 1949 yang dibina menggunakan bantuan dana Yahudi Amerika terkaya iaitu John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5 juta. Selain itu terdapat juga pejabat PBB di Geneva, Switzerland. Klik di sini dan di sini

Bank Dunia didirikan pada 27 Disember 1945. Ibu pejabat Bank Dunia terletak di Washington, DC, Amerika Syarikat. Secara teknikal, struktur Bank Dunia terletak di bawah salah satu dari badan PBB. Namun Bank Dunia mempunyai modus operandinya sendiri.

Selain daripada peranannya sebagai badan peminjam kewangan kepada negara-negara anggota, Bank Dunia juga menjalankan operasi mengembangkan prinsip-prinsip neo-liberalisme, iaitu mewujudkan pasaran bebas dan mempraktikkan pertandingan ekonomi bebas, tanpa campur tangan kerajaan dalam sesebuah negara. Bank Dunia juga menyemai benih reformasi dan demokrasi untuk menghapuskan pemerintahan diktator.

Dua Presiden Bank Dunia, yang berturunan Yahudi iaitu James D. Wolfensohn (Jun 1995–Mei 2005) dan Paul Wolfowitz (Jun 2005–Mei 2007) adalah kawan rapat Anwar Ibrahim.

Kempen Bebaskan Anwar oleh Hak Asasi Manusia – PBB

Meskipun Amerika dan syarikat media kepunyaan Yahudi berusaha menjulang nama Anwar Ibrahim sebagai bakal PM Malaysia, dengan pelbagai anugerah; Presiden UNESCO (1991), Finance Minister of the Year – Euromoney magazine (1996), awarded the Presidential Medal by Georgetown University dan honorary doctorate by the Ateneo de Manila University, Philippines (1996), Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank (1997), Asian of the Year-Newsweek International (1998), namun cita-cita Anwar dan Amerika menguasai Malaysia terpadam apabila, beliau dipecat daripada keahlian UMNO pada 2 September 1998, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selepas itu, Anwar telah dipenjarakan kerana didapati bersalah menggunakan kuasanya sebagai TPM merasuah pegawai polis untuk menutup skandalnya bersama Shamsidar Tahrin, isteri Azmin Ali. Akibat kesalahan itu Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh pihak mahkamah dan terpaksa merengkok di dalam penjara.

Mary Robinson yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB telah menjalankan kempen-kempen untuk membebaskan sahabatnya (Anwar) supaya dibebaskan dari penjara.

Oleh kerana proses lobi tidak berjaya membebaskan Anwar, Mary Robinson dan Amerika (melalui NED -National Endowment for Democracy dan NDI – National Democracy Institute) telah memberi bantuan kewangan kepada beberapa NGO berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan media supaya menjalankan operasi dari dalam negara.

Antara NGO yang ditaja adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Transperancy International Malaysia (TIM) dan lain-lain. Klik di sini dan di sini, di sini

Nama-nama aktivis NGO-NGO itu adalah Elizaberth Wong, Tian Chua, Cythia Gabriel, Chang Lih Kang, Amiruddin Saari dan lain-lain yang kesemuanya adalah aktivis PKR.

Selain menaungi kegiatan Hal Asasi di PBB, Mary Robinson juga merupakan Pengerusi IIED (the International Institute for Environment and Development) dan pengerusi the Council of Women World Leaders. Beliau juga salah seorang daripada orang Eropah yang menyertai pertubuhan underground yang kontroversial iaitu Trilateral Commission.

Foto atas, Mary Robinson memperjuangkan hak asasi manusia. Foto bawah, beliau berkempen hak kebebasan wanita di Kabul pada Mac 2002. Menurutnya hak asasi wanita Muslim di Kabul telah ditindas oleh Taliban. Beliau ke Kabul untuk berkempen besar-besaran kebebasan hak kewanitaan sempena dengan sambutan International Women Day.Klik di sini

Pada 1970 dia berkahwin dengan Nicholas Robinson (Kristian Protestan). Walaupun Mary Robinson berketurunan keluarga Church (Katolik) Ireland, namun perkahwinannya dengan lelaki Protestan menyebabkan satu perselisihan antara kedua ibu bapanya.

Beliau pernah menjadi Profesor di Reid Law, Trinity College. Robinson juga menjadi penasihat undang-undang untuk Kempen Perubahan Undang-undang Homoseksual bersama David Norris di Trinity College.

Sebuah lagi badan dinamakan “Realizing Rights” telah ditubuhkan olehnya pada Oktober 2002. Turut menyokong pertubuhan itu adalah Jimmy Carter, Desmond Tutu dan Musimbi Kanyoro. Juga turut disokong oleh The Aspen Institute, Columbia University dan the International Council on Human Rights Policy. Misinya untuk meletakkan hak asasi manusia dalam peringkat global. Klik di sini

Foto : Nurul Izzah menemui Mary Robinson untuk bantu kempen bebaskan Anwar. Mary Robinson bekas Presiden Ireland banyak membantu Anwar menjalankan kempen di peringkat antarabangsa terutamanya ketika beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB.Pejabatnya ketika itu di Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights, Palais des Nations, 8-14 avenue de la Paix, CH 1211 Geneva 10, Switzerland. Robinson juga penasihat untuk kempen Homosexual Law Reform bersama David Norris di Kolej Triniti.

Nurul Izzah Anwar berkempen bebaskan Anwar dan melobi Amerika untuk campurtangan supaya bapanya dibenarkan mendapat rawatan di Jerman. Kempen Nurul Izzah dilakukan semasa menghadiri Konvensyen Kumpulan Parti Demokrat Amerika di Boston. Anwar dikatakan bakal lumpuh jika tidak dibedah, tetapi beliau tidak bersedia untuk dibedah di Malaysia.

Nurul telah bertolak di Amerika menemui para pegawai Rumah Putih ,Jabatan Negara dan anggota Kongres untuk tujuan berkenaan. Beliau berpendirian bapanya harus diberi kebebasan memilih doktor dan jenis rawatannya sendiri. Bekas Duta Amerika ke Malaysia ,John Malott yang diketahui umum sering menyuarakan isu Anwar berkata Nurul adalah jemputan termuda dikalangan 500 orang terdiri dari para duta asing dan tokoh politik ke konvensyen berkenaan.

Namun begitu bekas Timbalan Presiden KeADILan Dr Chandra Muzaffar tidak setuju dengan usaha yang dilakukan oleh anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pergi ke Amerika Syarikat bertemu dengan para pegawai Amerika untuk melobi mendesak kerajaan membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjalani rawatan di luar negara. Beliau berpendapat sesiapapun tidak harus mengundang mana-mana kerajaan asing meminta bantuan, mendesak atau memujuk kerajaan Malaysia kerana ia bertentangan dengan maruah sebagai bangsa dan negara yang berdaulat.

“Amerika Syarikat mempunyai agenda mereka sendiri, oleh itu tindakan kita meminta bantuan mereka secara tidak langsung membantu mereka mengambil kesempatan ke atas kita, kerana mereka tidak menolong begitu sahaja tetapi ada udang di sebalik batu,”katanya.Klik di sini

Foto : Cythia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM – tajaan NED), Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Nurul Izzah dan wakil Madeline Al Bright (NDI) di KLIA.Kumpulan-kumpulan hak manusia Malaysia secara berterusan berkempen untuk kebebasan Anwar.

NGO ini dengan kerjasama badan-badan Amerika (NDI & NED) telah mengatur perjalanan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi PBB di Geneva. Tiga pertubuhan hak asasi manusia Malaysia adalah SUARAM, Aliran dan HAKAM.

Proses re-branding semula imej Anwar selepas dibebaskan dari penjara

Selepas dirawat di Munich Jerman, Anwar terus ke Afrika Selatan, menemui kawan rapat Robinson iaitu Bishop Desmond Tutu , Ketua Biskop Kristian dan Nelson Mandela , bekas Presiden Afrika Selatan pada 1 Disember 2004. Pertemuan itu sempena syarahannya bertajuk Asian and Rennaisance di Cape Town University.

Paderi Desmond Tutu

Mary Robinson dan Desmond Tutu, merupakan aktivis Kristian yang aktif memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi termasuk di dunia Islam. Sila Klik di sini

Dari kiri : Mary Robinson (kedudukan nombor 3); Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB; Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan; Jimmy Carter,bekas Presiden Amerika dan Archbishop Desmond Tutu di Johannesburg.

Paderi Desmond Tutu yang juga Paderi Gereja England menjadi orang kulit hitam pertama dari Afrika Selatan yang dilantik Setiausaha Agung Majlis Gereja pada tahun 1979. Beliau lantang berceramah ke seluruh dunia, mendesak perubahan tanpa kekerasan serta sekatan ekonomi dikenakan ke atas Afrika Selatan. Akibatnya, kerajaan Afrika Selatan telah membatalkan pasportnya.

Pada tahun 1984, Paderi Desmond Tutu telah menerima Nobel Peace Prize. Tutu telah dipilih biskop Gereja England di Johannesburg. Pada 1986 beliau juga dipilih Archbishop Cape Town, satu jawatan taraf tertinggi dalam Ahli Mazhab Gereja England Church di Afrika Selatan.

Timbul persoalan untuk apa Anwar melawat Paderi Desmond Tutu, di Afrika Selatan ? Kenapa Anwar tidak meminta fakwa homoseksual daripada ulamak Islam ?

Selain paderi itu merupakan kawan rapat Robinson, beliau juga merupakan penyokong kuat Amerika dan beliau dianggap pejuang hak asasi yang lantang termasuk isu homoseksual.

Pendapat Paderi Desmond Tutu mengenai homoseksual; “penindasan ke atas golongan homoseksual adalah tidak adil dan dianggap sebagai dasar aparteid. Bagi saya homoseksual adalah satu perkara hak-hak manusia dan satu isu teologis yang dalam (diumumkan , 17 November 1998). Agenda ini perlu menjadi keutamaan yang kedua, selepas masalah kemiskinan di Dunia Ketiga”. Klik di sini

Pendapat Desmond Tutu berkenaan dengan homoseksual disokong oleh Mary Robinson. Katanya kaum homo tidak boleh dianaktirikan kerana bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Klik di sini

Jika dirujuk kepada laman web cuttingedge.org nama Anwar Ibrahim dan Desmond Tutu adalah nama yang disenaraikan anggota ahli Illmuniti. klik di sini

Illuminati berasal dari perkataan Latin yang bermaksud “pencerahan” atau “menyedarkan” pada sejarah Bavarian Illuminati, iaitu pembentukan satu kumpulan pencerahan pada Mei 1776. Pada zaman moden istilah ini digunakan bagi merujuk untuk satu organisasi sulit yang menjadi dalang dalam pengawalan kuasa (which acts as a shadowy power behind the throne).

Kumpulan ini dikatakan mengawal kuasa dunia menerusi kerajaan dan syarikat-syarikat di sesebuah negara. Dalam konteks ini Illuminati adalah satu penjelmaan semula atau kesinambungan Bavarian Illuminati dan pada hari ini ia selalu digunakan untuk merujuk kepada Kuasa Dunia Baru – New World Order(NWO).

Selepas berjumpa Desmond Tutu, Seterusnya Anwar telah berhijrah dan mendapat suaka politik di United Kingdom dengan menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford (2004-2005). Posisi Anwar di UK diatur oleh salah seorang kawan baiknya, Chris Patten,(penyokong parti Demokrat Amerika) yang pernah bertugas di Hong Kong.

Di United Kingdom juga merupakan pengkalan utama parti Demokrat Amerika, setelah parti Demokrat Clinton-Al Gore tewas kepada parti Republikan Bush-Dick Cheney.

Aset dan dana parti Demokrat telah dipindahkan dari Amerika ke UK melalui dua badan pemikir yang berpengkalan di sana iaitu Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility). Kedua-dua badan ini dimiliki oleh Al Gore.

Pada 23 Februari 2005, Al Gore telah mengadakan mesyuarat tertutup dengan Anwar Ibrahim dan Mary Robinson semasa majlis makan malam di London untuk membincangkan strategi politik akan datang.

Selain di UK, Al Gore juga badan pemikir di Timur Tengah yang dinamakan Datamatix yang berpengkalan di Dubai, UAE. Datamatix telah menjemput Anwar dan Robinson menjadi ahli panel ‘Forum Global Government & Business Leaders’ pada 24 September 2005 di Dubai. Klik di sini


Kesemua badan pemikir milik parti Demokrat Amerika ini (Generation Investment Management Group, AccountAbility dan Datamatix) digunakan sepenuhnya untuk mengilap semula imej Anwar Ibrahim sebagai tokoh popular di dunia. Selain itu, media kawalan Yahudi dan Amerika turut digunakan untuk memberi publisiti kepada Anwar supaya namanya kembali popular.

Majalah TIME misalnya menamakan Anwar Ibrahim sebagai 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Siapa di belakang majalah TIME dan kenapa Anwar dipilih, sila baca artikel ini. Begitu juga Majlah TIME menamakan Mary Robinson sebagai “Heroes dan Icons” di dunia. klik di sini

Anwar dan Mary pernah bersama menghadiri program ‘Reinventing Accountability for 21st Century’ pada 3 hingga 5 Oktober 2005 yang diadakan di London. Mereka telah berpeluang memberi ucapan sempena majlis ulang tahun Accountability yang ke-10 dengan membincangkan mengenai mempromosikan accountability untuk mencapai pembangunan.Klik di sini

Institute of Politics, Harvard University turut menamakan Anwar Ibrahim dan Robinson sebagai penceramah mereka di atas topik Islam dan Demokrasi serta hak asasi manusia. Mary berceramah tajuk ‘Making Human Right Matter : Eleanor Roosevelts Time Has Come’ pada 30 September 2002. Manakala Anwar diundang memberikan ceramahnya bertajuk ‘The Challenges of Islam and Democracy’ pada 11 Julai 2005.

Pada 27 Julai 2006, Anwar memberikan syarahan bertajuk ‘Islam & Democracy’ yang diadakan di University of Quennsland. Sebelum ini, Mary juga di antara yang diundang memberikan ucapan mengenai ‘Discussion on Human Rights In The Age Of Terror’ di universiti yang sama pada 15 Ogos 2005.

Selain itu, Anwar dan Mary turut menyokong rancangan damai Israel-Palestin anjuran Presiden Bush yang dinamakan Annapolis Summit. Pada 4 Oktober 2006, mesyuarat mengenai ‘Towards a Comprehensive Settlement of the Arab-Israel Conflict’ yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia pro Amerika menyokong usaha damai itu. Klik di sini

Dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh International Crisis Group (ICG) itu, Anwar Ibrahim dan Mary Robinson turut hadir bersama 135 pemimpin dunia yang mengiktiraf ISRAEL sebagai sebuah Negara SAH di samping pengiktirafan ke atas Palestin. Rancangan damai yang menguntungkan Israel ini ditentang hebat oleh rakyat Palestin sendiri terutamanya HAMAS dan negara jiran iaitu Iran serta Syria. Klik di sini

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada tiga orang anak buahnya; Anwar Ibrahim, Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah

Hubungan baik Anwar dan Mary Robinson dinukilkan oleh Anwar sendiri dalam blognya seperti berikut :

Saya kini dalam perjalanan pulang melalui Singapura setelah memberikan kenyataan akhbar di Vienna bersama Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB serta Penolong Setiausaha Agung PBB. Di sebelah petang saya bersama Vincent Fox bekas Presiden Mexico dan Presiden Transperancy International membicarakan mengenai kelunturan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kerana merebaknya rasuah serta pentadbiran yang tidak telus.

Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PBB bahawa lebih satu ratus negara telah menandatangai peristiharan membanteras rasuah, saya menyatakan agar pertubuhan dunia tidak mudah terpedaya dengan pemimpin kerajaan yang rasuah yang pandai berhelah di pentas dunia walhal rasuah merebak dahshat di negara mereka.

Saya menyarankan agar badan dunia menubuh badan pemantau yang berwibawa.

klik di sini

AIDC
2 Disember 2008

Artikel lain sebelum ini:

1. Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Al Gore

4 Comments

Filed under Anwar & Amerika

4 responses to “Tokoh Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson

  1. Pingback: Siapa Anwar disebalik Isu APCO « http://rmf7.wordpress.com

  2. Pingback: Siapa Anwar disebalik Isu APCO | MyPerak.net

  3. Pingback: Kenapa Branson, pemilik kelab malam GAY, ‘Heaven’ sokong Anwar ? | AIDC

  4. Pingback: Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat (7) – Konspirasi Soros & Al Gore | AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s