Persoalan Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar

Oleh: Suarapolitik dan AIDC

Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East “.

Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “”you don’t have to be a Jew to be a Zionist.”

Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.

Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.

Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?.

Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.

Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik.

Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.

Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.

Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF.

IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika.

Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh – sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.

Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan.

Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara – Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya.

Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang.

Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.

Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .

Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…

Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…

Suarapolitik

Baca artikel asal tulisan suarapolitik klik di sini.

—————————————————

Ulasan AIDC

Laman Suarapolitik telah mengagaskan satu hipotesis yang sangat menarik iaitu persoalan zionist dari kaca mata tiga tokoh iaitu Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar Ibrahim.

Persoalannya, kenapakah Joseph Biden dan Gus Dur dikaitkan dengan Anwar, adakah mereka saling berkaitan ?

Siapa Joseph Biden di sisi Anwar

Sebelum ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia, tidak faham, kenapa Senator Joseph Biden, begitu bersungguh-sungguh menghantar surat sokongan membela Anwar dalam kes liwat terbarunya bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Untuk melihat sokongan Joseph atau Joe Biden bersama Islamica Magazine, The International Crisis Group(ICG) AccountAbility, International Republican Institute (IRI) and the National Democratic Institute (NDI), sila klik di sini.

Badan-badan yang telah menyatakan sokongan kepadanya, kesemuanya berkepentingan dengan beliau. Anwar memegang jawatan seperti berikut dalam badan-badan tersebut ; sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG,Presiden Kehormat AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.

Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya sendiri menyatakan sokongan kepada dirinya ? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Persoalan kedua, kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya?

Untuk melihat perkaitan badan-badan ini dengan Anwar, sila baca artikel sebelumnya, bertajuk, Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ? dan “Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September? “

Apa motif sokongan Joe Biden ?

Bagaimana pula dengan sokongan Joe Biden ke atas Anwar, adakah Anwar berkepentingan dengan Joe Biden, sebagaimana Anwar bekepentingan dengan Islamica Magazine, ICG, AccountAbility, NED, IRI dan NDI ?

Ahli Senat Joe Biden (kiri), Senator Frank Church (tengah) dan Presiden Mesir, Anwar Sadat selepas menandatangani Perjanjian Damai Mesir–Israel, 1979.

Blogger tersohor Malaysia yang menetap di Amerika, Bakri Musa menamakan Anwar Ibrahim sama seperti Anwar Sadat, selepas mendengar ceramah Anwar di Stanford University pada 11 Oktober 2006 bertajuk “Democracy and the Muslim World”.

Kalau Joe Binden mengagumi Anwar Sadat, Presiden Mesir yang mengusahakan Perjanjian Damai, Mesir-Israel (1979), bagaimana pula tanggapan Joe Binden kepada Anwar, bakal PM Malaysia yang turut menyokong usaha damai Palestin-Israel (2007) ?

Hanya berstatuskan sebagai bekas TPM dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Anwar sudah mengiktiraf Negara Isreal yang sah, bagaimana pula jika Anwar benar-benar diangkat oleh PAS menjadi PM Malaysia, adakah dengan kuasa PM, Anwar akan buka hubungan diplomatik Malaysia-Israel yang selama ini dikunci ?

Joe Biden adalah Pengerusi Committee on Foreign Relations merupakan badan mengenalpasti tokoh-tokoh luar negara yang pro- Amerika Syarikat. Misalnya Joe Biden terlibat sama menyokong usaha Presiden Mesir, Anwar Sadat menandatangani Perjanjian Damai Mesir–Israel, pada tahun 1979.

Joe Biden menyokong perjanjian Damai Palestin-Israel 2007.Perjanjian itu dinamakan Annapolis Summit, yang mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Sah. Anwar juga turut menandatangani deklarasi sokongan Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush itu. Bukti penglibatan Anwar dalam Annapolis Summit, klik di sini.

Tetapi hubungan sentimental Anwar & Joe Biden, bermula sejak 90-an, apabila Anwar sebagai TPM telah menyokong penuh parti Demokrat Amerika, pimpinan Bill Clinton dan Al Gore. Perlu diingatkan Senator Joseph Biden adalah warisan Bill Clinton dan Al Gore yang menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden, bersama dengan Barak Obama, calon Presiden, Amerika Syarikat.

IIIT alat parti Demokrat ?

Bukti ini diperkuat dengan penglibatan aktif Dr. Jamal Barzinji, kawan rapat Anwar yang bersama-sama menubuhkan IIIT (The International Institute of Islamic Thought) pada 1981.

Jamal Barzinji adalah warganegara Amerika, dianggap sebagai ‘American businessman’ dan ‘Political operative’ atau pelobi kempen kepada kumpulan Demokrat.

Selepas Parti Republican, Pimpinan Presiden Bush berjaya mengalahkan Parti Demokrat, nama Jamal Barzinji dan IIIT disenaraihitamkan sebagai teroris dalam ‘Operation Green Quest’2001. Nama Anwar Ibrahim turut disebut sebagai salah seorang teroris, tetapi ketika operasi itu (2001), Anwar berada di Penjara Sungai Buloh.

Parti Repulican juga menuduh parti Demokrat menerima sumbangan kewangan daripada teroris yang merujuk kepada peranan Jamal Barzinji dan IIIT.

Menyedari rangkaian IIIT telah disenaraikanhitamkan oleh Parti Republican, Anwar dari penjara Sungai Buloh, telah mengutus surat meminta pertolongan daripada Paul Wolfowitz,(kawan rapat Anwar) yang asalnya dari Parti Demokrat telah berpindah ke parti Republican.

Bermakna perangai Paul Wolfowitz, sama dengan Anwar, seorang ‘opportunist’, ketika Parti Demokrat berkuasa di Amerika, mereka berdua menjadi penyokong kuat Demokrat. Ketika, Parti Republican kembali berkuasa, mereka berdua meninggalkan Demokrat dan menjadi penyokong kuat Parti Republican pula.

Dalam surat kepada Wolfowitz itu, Anwar menuduh Saddam Husin sebagai diktator serta menyokong tindakan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dari parti Republican menyerang Iraq yang dianggap punca tercetusnya pengeboman World Trade Center (WTC) dan Pentagon.

Sebagai membuktikan Anwar menyokong parti Republican, pimpinan Bush, dari penjara Sungai Buloh juga, Anwar menulis artikel kepada majalah Majalah TIME bertajuk “Who Hijacked Islam?”, mengecam seorang lagi tokoh Islam iaitu Osama bin Laden sebagai pengganas.

Kecaman Anwar ke atas tokoh-tokoh Islam turut dihantar kepada Majalah International Herald Tribune, New York pada 11 Oktober 2001 dalam tulisannya bertajuk “Growth of Democracy Is the Answer to Terrorism”.

Bermakna dalam membuktikan sikapnya pro-Amerika dan pro-Zionist, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mengkritik dan mengkambinghitamkan tokoh-tokoh Islam yang tidak terbukti bersalah.

Barangkali, sikap Anwar seperti inilah amat disukai oleh Zionist, kerana Anwar ‘berani’ bermusuh dan mengkritik tokoh Islam yang lain (yang dibenci oleh Amerika). Anwar mengkritik dan menyenaraihitamkan Sadam Hussein, Osama Laden, Mohammed Atta atau sesiapa sahaja yang dilabel ‘teroris’ oleh Amerika, tetapi dalam masa sama memuji-muji tokoh-tokoh bukan Islam yang dipuja oleh Amerika termasuk Aung San Suu Kyi (Burma), Gloria Macapagal-Arroyo (Filipina), Manmohan Sign (India) dan lain-lain lagi.

Dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar memerangi ‘penganas-penganas Islam’, menyebabkan Paul Wolfowitz ‘terhutang budi’ hingga sanggup meluang masa melawat Anwar di Munich, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh 2004.

Perbincangan selama tiga jam di Munich, telah menyakinkan Wolfowitz, sehingga Zionist yang digelar ‘arkitek perang ke atas negara Islam’ itu telah mengatur masa depan Anwar sebagai penyokong kuat, parti Republican dan Presiden Bush, Amerika Syarikat. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Untuk memahami lebih lanjut, kaitan Anwar dengan Parti Demokrat dan Republican serta IIIT, sila klik artikel 1, dan artikel 2.

Persoalan Zionist; Joe Biden, Gus Dur dan Anwar

Kata Joe Biden “saya adalah seorang rakyat Yahudi, bermakna saya secara automatik menjadi ahli Zionist. Jika anda mahu menjadi ahli Zionist, anda tidak semestinya rakyat Yahudi, kerana menjadi ahli Zionist terbuka kepada sesiapa sahaja”. Klik di sini.

Berdasarkan kata-kata Joe Biden di atas, menjadi ahli Zionist tidak semestinya terhad kepada bangsa Yahudi dan warganegara Isreal, tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja, dengan syarat menyokong dasar-dasar yang dilakukan oleh Zionist khususnya dalam menubuhkan Negara Israel yang sah.

Dalam konteks ini bagaimana dengan kedudukan Gus Dur dan Anwar Ibrahim, apakah mereka juga boleh digelar zionist ?

Gus Dur sendiri pro-Zionist. Beliau mendapat anugerah “Medal of Valor” iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan pro zionisme di Amerika Syarikat pada 6 Mei 2008.

Gur Dus juga menyokong penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin. Pada 7 hingga 12 Mei 2008, Gus Dur telah menghadiri majlis “Peringatan 60 Tahun Israel”. Dalam masa yang sama Gus Dur telah mengadakan pertemuan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush.

Jelas Gus Dur; “Saya banyak teman di Israel, termasuk (mantan) Presiden Shimon Peres yang mengundang saya untuk menghadiri peringatan ini.” Klik di sini.

Majalah The Australia / Israel Review merupakan majalah yang ditaja oleh Australia / Israel & Jewish Affairs Council (AIJAC) telah menggelarkan Gus Dur sebagai “Israel’s Asian Friend kerana idea dan pemikiran yang sekular dan radikal terhadap Islam.

Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim, kerana Gus Dur merupakan kawan rapatnya yang sanggup datang ke Malaysia untuk membantu Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ? Klik di sini

John Esposito, seorang orientalis Amerika yang dikatakan sangat ‘pakar soal Islam’ dan juga guru Anwar, telah menamakan Anwar dan Gus Dur sebagai “Islam Moderate” dalam bukunya Makers of Contemporary Islam” terbitan tahun 1996.

Apatah lagi, Gus Dur dan Anwar merupakan “dua tokoh Islam” yang banyak memberi pandangan Islam kepada Paul Wolfowitz di Hospital Munich, Jerman pada 2004 sehingga mendorong si Zionist itu membunuh beribu-ribu rakyat Islam di Iraq.

Apakah ini bermaksud ‘tokoh Islam’ yang digelar orientalis sebagai Islam Moderate adalah pro-Zionist dan Amerika ?

Bukankah Anwar bersekongkol dengan Paul Wolfowitz, ‘si arkitek perang’ yang dibenci oleh Islam dan bukan Islam itu sudah menunjukkan bukti Anwar pro-Zionist ?

Persoalannya kenapa kumpulan Zionist seperti Joe Biden, Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Elliot Abrams, Madeleine K. Albright, Al Gore, Kenneth D. Wollack, Lorne Craner begitu bersungguh-sunguh membela Anwar, sedangkan tokoh-tokoh Islam seperti Ahmadinejab (Iran) dan Ismail Haneyya (HAMAS) berdiam diri ?

AIDC
4 Oktober 2008
aidceditor@yahoo.com

Leave a comment

Filed under AIDC & Pengunjung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s