Memahami serangan anai-anai Erdogan II

Oleh: AIDC

Istilah “Erdogan” diperkenalkan oleh blog anti-husam (antihusam.blogspot.com) yang dibina pada akhir Julai 2008. Ketika itu Husam Musa dan Anwar Ibrahim berada di Dubai. Klik di sini dan di sini

Husam Musa sendiri menafikan wujudnya “kumpulan Erdogan”, sepertimana yang didakwa oleh blog itu malah turut menafikan pertemuannya di Dubai adalah dirancang bersama Anwar.

“Saya mempunyai aturcara peribadi saya sendiri, tidak ada kena-mengena dengan lawatan Anwar. Saya tidak tahu beliau (Anwar) berada di sana (Emiriyah Arab Bersatu),” katanya.

Tambahnya, beliau secara kebetulan bertemu penasihat PKR dalam satu majlis yang dirancang untuknya oleh sekumpulan warga Malaysia di negara Teluk itu.

“Saya berucap terlebih dahulu, dan beliau (Anwar) sampai semasa saya sedang berucap. Kemudian selepas habis ucapan, kami pulang ke hotel masing-masing. Keesokan pagi, saya berlepas ke Syria,” jelasnya, sambil menambah beliau ke sana hanya separuh hari.

“Jadi tidak ada masa untuk kami berbincang. Tiada perbincangan sama sekali.”

Baca kenyataan lengkap Husam klik di sini

Deklarasi Dubai

Tetapi blog anti-husam mendedahkan sebaliknya. Tulis blog itu, “Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti.”

Tulisnya lagi, “Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai”

Membaca lengkap deklarasi Dubai, klik di sini

Erdogan mula gigit kepimpinan ulama

Blog anti-husam menamakan beberapa orang tokoh PAS yang dikatakan termasuk dalam kumpulan Erdogan. Mereka adalah; Husam Musa, Kamaruddin Jaafar,Syed Azman, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub, Mujahid Yusuf, Dr. Lo’Lo’, Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dan lain-lain.

Blog itu turut mendedahkan satu insiden yang kurang ajar berlaku dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Kejadian itu berlaku, ketika Timbalan Mursyidul Am, YBhg. Dato’ Dr. Haron Din memberikan ucapan penggulungannya berkaitan dengan keputusan majlis syura ulama tentang muzakarah/muqabalah, Dr. Hatta Ramli secara menyindir berkata : “Hah..masukla UMNO kalau macam tu”

Seterusnya penulis mendedahkan lbih lanjut..”Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran – maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran”

“Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah “obsolete” atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari”

Penulis turut mendedahkan bahawa kumpulan Erdogan ini bukan setakat mula berani mengkritik kepimpinan ulama tetapi dalam masa sama berusaha membawa PAS menjadi Islam liberal, misalnya bersekongkol dengan konsert artis tunjuk bontot. Dalam konsert artis tunjuk bontot itu, Dr Hatta Ramli yang menjadi ketua, manakala Anwar menjadi pemidato utama. Kepimpinan tertinggi PAS tidak hadir, walaupun sebelum ini Dr Hatta sendiri memberi jaminan bahawa Timbalan Presiden PAS akan hadir berpidato bersama-sama dengan ketua de facto PKR.

Membaca lanjut artikel di atas, klik di sini

Erdogan gigit Presiden PAS

Seterusnya blog itu mendedahkan bahasa panggilan kurang ajar Khalid Samad “beraku dan engkau “ kepada Presiden PAS.

Tulisnya, “Kesimpulannya PAS kena buang dan turunkan pimpinan yang kurang ajar seperti beliau yang tidak melambangkan keperibadian Parti Islam. Lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak ada rasa hormat sehingga bertindak menghina dan merendah-rendahkan martabat seorang ulama besar seperti Tuan Guru Presiden PAS sendiri dengan perkataan “aku engkau

Dalam kes perbalahan antara wakil DAP, Chong Eng dan wakil PKR Zulkifli Nordin mengenai forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Khalid Samad pula menyebelahi wakil DAP.

Tulisnya, “Zulkifli Nordin mempertahankan rasional tindakannya bersama dengan penunjuk perasaan untuk menghentikan forum tersebut atas dasar mempertahankan agama Islam, si Khalid senang-senang mencelah dan cuba memenangkan dan mempertahankan Chong Eng yang mempertikaikannya. Hinggakan Chong Eng berterimakasih dan meminta orang lain mencontohi Khalid Samad yang beliau gelarkan “Islam Moderate”. Nampaknya Khalid Samad lebih takutkan DAP dan tindakan disiplin Lim Guan Eng daripada takutkan ALLAH! klik di sini

Khalid dikatakan berterusan merendahkan martabat dan kedudukan Tuan Guru Presiden. Khalid turut memperlekehkan soal solat istikharah sedangkan itu merupakan satu ciri kealiman pemimpin gerakan Islam.

Kata penulis jika “Khalid tak pernah buat istikharah jangan pula pertikaikan istikharah Tuan Guru. Apabila orang alim atau para wali beristikharah dan membuat keputusan, Allah bersama mereka dan Allah lah yang memberikan mereka petunjuk. Pemimpin Jamaah Islam bukan membuat keputusan berdasarkan akal dan strategi orang-orang macam Khalid semata-mata. Kalau dah Tuan Guru beristikharah dan Allah telah tunjukkan kepadanya betapa relevannya Surah Al-Anfal tersebut sebagai hujjah dan dalil terhadap isu muzakarah dengan UMNO – apa lagi yang Khalid dan geng “Erdogan” yang lain mahukan??? ” klik di sini

Khalid juga memperlekehkan PAS Terengganu. Kata penulis, satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Penulis persoalkan, “Apakah tujuan serangan ini sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia”. Klik di sini

Usaha menjatuhkan Presiden PAS

Seterusnya penulis membuat hipotesis bahawa perkara utama yang menjadi hala tuju kem Erdogan adalah menumbangkan Presiden PAS. Turut disebut nama Dr. Zulkifli Ahmad ( dikenali Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) yang pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat di antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan (Erdogan).

Dr Zulkifli Ahmad (paling kiri) terlibat secara aktif dalam Projek 16 September, anjuran Anwar

Penulis mempersoalkan “Apa maksud ramalan Dr Zul ini…hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu di sebalik kelembutan watak Abu Iman ini – dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan”

Seterusnya penulis menyenaraikan sembilan strategi yang digunakan oleh kumpulan Erdogan untuk menjatuhkan Presiden, iaitu; Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden, menggunakan pengaruh Mursyidul Am, merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS, menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi yang dilabel PAS Terengganu, menggunakan kaedah “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan perancangan membawa PAS masuk UMNO, menggunakan blogger ‘upahan’, menggunakan harakah dan harakahdaily, membeli sokongan negeri dan kawasan dan memujuk Presiden melepaskan jawatan. Klik di sini

Instrumen parti diguna untuk agenda peribadi

Intrumen paling penting PAS adalah Harakah dan Harakahdaily. Namun di sana juga salah seorang team Erdogan yang paling senior yang menjadi pegawalnya. Orang yang dimaksudkan itu adalah Kamaruddin Jaafar (Dato KJ), kawan paling setia Anwar Ibrahim.

Kata penulis, Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama kumpulan Erdogannya. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Ahmad Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Satu lagi instrumen parti adalah akhbar SIASAH. Pada zahirnya kepunyaan penulis buku politik terkenal, Mohd Sayuti Omar(MS0), tetapi pada hakikatnya digerakkan oleh Zulkifli Sulong, bekas ketua pengarah Harakah yang dikatakan pro Erdogan.

Walaupun pada pada zahirnya ditulis MSO adalah Ketua Pengarang, tetapi Ramli Abd Halim mendedahkan dalam blognya (melikapakjagak) bahawa nama MSO hanya digunakan dan beliau dibayar secara bulanan sebanyak RM6000 oleh team Erdogan. Ramli mendedahkan maklumat itu sebagai justifikasi alasannya menarik balik permit Wasilah yang hanya dibayar RM1000 sebulan. Ekoran pendedahan itu, beliau mendapat surat saman dari team Erdogan dan blognya dihack. Klik di sini

Projek 16 September mengundang padah

Projek 16 September yang dilaungkan Anwar disambut dengan penuh semangat oleh Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad. Di sini bermula keretakan dan di sinilah watak-watak Erdogan semakin menampakkan wajahnya.

Penulis blog anti-Husam juga menghentikan operasinya dengan posting terakhir bertajuk, “Sah Anwar Menipu” pada 2 Oktober 2008, sebagai tembakan peluru terakhirnya, setelah kegagalan Anwar Ibrahim mengotakan janjinya menukar kerajaan pada 16 September.

Penulis memulakan ayat dengan, “Saya ingat Anwar dah berubah….rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang..”

Seterusnya penulis menambah, “Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala’ dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah….hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di “tapi” kan.” klik di sini

PAS bermukim di Langkawi

Akhbar Siasah yang memulakan kempen agar PAS mengambil langkah drastik untuk mencantumkan kembali perpecahan PAS ekoran kegagalan projek 16 September. Satu retreat kepimpinan PAS telah diadakan di Langkawi pada 7 hingga 9 November. Klik di sini

Malaysiakini melaporkan krisis kepimpinan Selangor mula didedahkan dalam retreat Lankawi itu. Dikatakan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali didakwa membentang laporan yang mengkritik pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat di negerinya.

Dikatakan hasil daripada resolusi itu, PAS memulakan era baru dengan mempergiatkan semula program tarbiyah sebagai kunci kekuatan PAS itu. Klik di sini

Strategi memperkasakan tarbiyah ini pernah disebut oleh Mustafa Ali pada tahun 1982, ketika itu menjawat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mustafa Ali berkata demikian apabila melihat gerakan Islam terbelah dua, ekoran kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Selepas retreat Langkawi itu juga maka bermulalah pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungip, yang dikatakan oleh pengalisis politik sebagai isyarat awal daripada kepimpinan PAS, membersihkan semua ‘tangan-tangan hitam’ dari luar yang sedang mengawal PAS..klik di sini

Perancangan Anwar bermula di Munich

Anwar Ibrahim sendiri pernah berkata kepada wartawan Barat di Munich pada 2004, bahawa beliau tidak berminat menyertai UMNO atau PAS tetapi lebih berminat untuk meletakkan ‘tangan-tangannya’ di kedua-dua parti itu agar menjadi lebih liberal dan demokratik. Lihat video di bawah ini untuk memahami modus operandi Anwar ke dalam PAS dan UMNO.

Barangkali kata-katanya benar, kerana sehingga kini beliau hanya menjadi ketua de factor PKR walaupun pada hakikatnya beliau layak menjadi Presiden PKR. Malah Anwar pernah diramalkan menjadi Presiden PAS pada tahun 70-an dan menjadi Presiden UMNO pada tahun 1998, tetapi kedua-dua andaian itu tidak menjadi kenyataan hingga kini

AIDC
23 Disember

Artikel lain berkaitan :

1. Memahami serangan anai-anai Erdogan

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s