Kes liwat Anwar – Saiful masih belum terurai simpulan

Hari ini, 31 Oktober, prosiding kes liwat Anwar – Saiful disambung kembali setelah ditangguh 8 Oktober lalu. Bermula dari tarikh laporan polis oleh Saiful, 28 Jun; tarikh didakwa di Mahkamah Sekyen Jalan Duta, 7 Jun hingga ke hari ini, 31 Oktober, pelbagai ‘drama selingan’ mewarnai perbicaraan tersebut.

Kronologi tarikh-tarikh itu adalah seperti berikut :

Laporan polis oleh Saiful dan serangan semula Anwar ke atas bekas pembantunya

28 Jun: Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun: Anwar lari mendapatkan perlindungan sementara di Kedutaan Turki (Barlas Ozener – Duta Turki) di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, dari Ahad.

30 Jun: Anwar keluar dari Kedutaan Turki pada jam 6.45 petang, selepas berlindung selama 36 jam. Beliau ditemani oleh Wan Azizah Wan Ismail ; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Sankara Nair (peguam peribadi)

1 Julai: Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tom Casey , Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat keluar kenyataan bela Anwar serta kecam Malaysia menganggap isu liwat adalah hak asasi individu. Klik di sini

Tom Casey, Jabatan Negara Amerika

2 Julai: Saiful beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri cabar Anwar dan Saiful bersumpah untuk membersihkan diri kedua-dua belah pihak. Cabaran itu dibuat oleh Mufti Perlis ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar.

4 Julai – Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Negara Malaysia) hantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. Surat tersebut telah dihantar kepada Condolezza Rice dengan menyatakan rasa dukacita kerajaan Malaysia berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tom Casey itu. Klik sini

8 Julai: Anwar buat laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil ke atas Saiful di bawah peruntukan qazaf.

11 Julai : Anwar hantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya “tukang lapor” Amerika Syarikat. Anwar juga menuntut RM100 juta.

14 Julai – Anwar tidak hadir beri keterangan kepada polis dan waran tangkap

Temujanji yang dibuat antara Anwar dan Polis, 2.30 petang di IPK tidak ditunaikan oleh pihak Anwar.

Pada 13 Julai, Anwar berjanji akan hadir ke IPK untuk beri keterangan dakwaan kes liwatnya tetapi mengubah fikiran untuk tidak hadir ke IPK kerana dakwa tiada arahan lengkap daripada polis.

Polis pula dakwa telah beri notis lengkap kepada Anwar dan menunggu sehingga pukul 5 petang tetapi Anwar gagal menghadirkan diri. Ekoran daripada itu polis telah mengeluarkan waran tangkap kerana Anwar tidak bekerjasama dalam membantu siasatan dakwaan kepadanya.

15 Julai: Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek anjuran Agendadaily.

16 Julai – Temujanji kedua Anwar – polis dan ditahan

10:05 pagi : Anwar pergi ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) Putrajaya untuk beri keterangan aduannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR. Sidang media bersama wartawan.

1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut kerana sepatutnya Anwar hadir ke IPK selepas selesai di BPR Putrajaya.

1:15 tengah hari : Anwar dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).

2.30 petang : Anwar mula beri kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

3:15 petang : Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair beri kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.

8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.

10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL kerana Anwar tidak membenarkan sampel DNAnya diambil.

12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.

Sokongan padu Amerika dan sekutu ke atas Anwar

16 JulaiLorne Craner, President of the International Republican Institute-IRI dan Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute-NDI hantar surat sokongan kepada Anwar. Klik di sini . Majalah “Islamica Magazine” yang beroperasi di Amerika dinaungi oleh John Esposito dan Anwar telah lancar kempen sokong Anwar. Klik sini

Dari kiri : Lorne Craner, Kenneth Wallock, John Esposito, Joe Biden dan Simon Zadek

17 Julai Senator Joe Biden, calon Naib Presiden Parti Demokrat Amerika dan Simon Zadek, Chief Executive Accountability hantar surat sokongan kepada Anwar.Klik sini

17 Julai: Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis.

18 Julai Gareth Evans (President & CEO ICG), Thomas R. Pickering (Co-chair ICG) dan Lord Patten (Co-chair ICG) dari International Crisis Group (ICG) hantar surat sokongan kepada Anwar. Klik sini.

21 Julai: Ketua Polis Negara, Musa Hassan failkan saman terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai: Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Ghani Patail (Peguam Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara). Beliauditemani oleh dua peguam iaitu Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah.

21 Julai : Kenyataan media bapa Saiful Bukhari cabar Anwar beri kerjasama.

23 Julai – Sekitar jam 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Anwar beri taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan menerangkan kes liwat yang dihadapinya. Klik sini

24 Julai – Tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis telah membuat kenyataan bersama untuk sokong Anwar. Mereka desak Malaysia agar gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin (bekas Presiden Kanada, 2003-2006), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) dan James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia). Klik sini

Dari kiri Condoleeza Rice, Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn

24 JulaiCondoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang dalam mengendalikan tuduhan liwat Anwar. Amerika anggap isu Anwar bukan isu dalaman tetapi isu antarabangsa. Klik sini

Anwar kempen hentikan siasatan dan gugurkan kes

28 Julai : Raja Petra (Blogger Malaysia Today) telah menyiarkan satu laporan doktor dari Hospital Pusrawi tentang pemeriksaan Saiful Bukhari Azlan. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan Anwar dakwa laporan itu menunjukkan beliau tidak bersalah, walaupun dalam laporan itu doktor yang sama menasihati mangsa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

30 Julai: Anwar hadir ke JAWI untuk memberi keterangan susulan. Kenyataan rasmi daripada Hospital Pusrawi menafikan Dr Mohamaed Osman sebagai doktor pakar yang layak memeriksa mangsa. Beliau hanya seorang doktor biasa.

31 Julai: Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Wan Azizah Wan Ismail letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding semula.

1 Ogos Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika hantar perutusan sokongan terhadap Anwar. Klik sini

Anwar kena dakwa meliwat Saiful di Mahkamah Seksyen Jalan Duta

6 Ogos: Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat pada 7 Ogos.

Anwar dapat sapina untuk hadir didakwa meliwat di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta

7 Ogos : Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Mohd Saiful Bukhari. Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Mahkamah menetapkan 10 September tarikh perbicaraan.

15 Ogos : Saiful Bukhari angkat sumpah diliwat oleh DSAI di Masjid Wilayah Persekutuan. Beliau ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim dan ahli keluarganya, disaksikan imam masjid itu, Ramlang Porigi serta beberapa iman lain pada 6.15 petang.

16 Ogos : Anwar hantar borang penamaan calon bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

17 Ogos : Anwar adakan sidang media di Bilik Gerakan Utama, PKR di Penanti, Permatang Pauh. Dalam sidang media tersebut, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh bekas pembantunya.

19 Ogos : Penggubalan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri.

19 Ogos : Saiful Bukhari memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh DSAI kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

24 Ogos : Ustaz Ramlang Porigi (saksi sumpah Saiful) berucap dari satu pentas ke pentas PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh mengaku dirinya diarah untuk menjadi saksi. Tindakannya dianggap sebagai bahan kempen memenangkan Anwar saat-saat akhir.

26 Ogos : Anwar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

28 Ogos : Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada jam 10.03 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan mengumumkan perlantikan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

28 Ogos : Anwar diwawancara oleh Al-Jazeera (101 East). Beliau dakwa yakin akan jadi PM pada 16 September, dan turut dakwa berlaku peralihan kuasa kerana telah mempunyai majoriti yang cukup yang bakal melompat parti.

10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September.

12 September : Rombongan PKR ke Taiwan kononnya untuk pujuk ahli Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak melompat parti. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) menyatakan bahawa beliau amat yakin peralihan kuasa berlaku pada 16 September.

16 September : Tiada pertukaran kerajaan. Sidang Akhbar di Pejabat PKR, Petaling Jaya, Anwar sekali lagi mendakwa sudah mencukupi bilangan yang cukup dan melebihi 31 ahli Barisan Nasional yang bersedia masuk PKR.

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful

7 Ogos : Anwar Ibrahim didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000. Perbicaraan disambung 10 September. Klik sini

10 September : Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September ini untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.

24 September : Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.

7 Oktober : Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.

Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR.

8 Oktober : Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.

9 Oktober : Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.

Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.

Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.

Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

AIDC
31 Oktober 2008
aidceditor@yahoo.com

Artikel berkaitan :

1. Kes Liwat – Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas ?

2. Anwar & Saiful mencongak tarikh 26 Jun & 24 September..

3. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa?

4. Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?

5. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?

6. Anwar : Kenapa ‘berlindung’ di kedutaan asing ?

Leave a comment

Filed under Anwar & Liwat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s